Friday, February 27, 2015

Suri Bekerjaya Dari Rumah Dengan Anak-anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: PenMerah [dot] com

Ketika sedang menguruskan kutipan kutu di Facebook sambil menyusukan Ammar terperasan dua isu menarik di newsfeeds. Rasa tertarik untuk berkongsi.

Ahli kutu Onya saya yang saya kenali sebagai Puan Ayda menulis tentang keinginan beliau untuk menjaga ada dua puluh empat jam sehari. Membaca komen-komen dari seorang rakan beliau paling menarik hati apabila beliau menceritakan tentang bagaimana ibunya menjaga sehingga dapat membezakan cara anak mengikat tali kasut. Menarik bukan?

Selama menjadi ibu bekerjaya dari rumah, saya seringkali menjadi tempat meluah perasaan ibu-ibu bekerjaya di luar akan keinginan mereka berhenti kerja dan menguruskan anak-anak sendiri. Tetapi kekangan kewangan dan cabaran hidup masa kini menjadikan impian itu sukar di capai.

Saya akui menjadi suri bekerjaya dari rumah ibarat menjadi suri rumah dan bekerja dalam satu masa. Semasa anak kecil kesukaran berkerja memang ada. Jika tak kuat kerja terabai. Jika terlalu sibuk bekerja pula, rasa bersalah apabila tengok anak-anak sedikit berdikari. Belum lagi termasuk isu sampingan seperti dikata orang ada ijazah tetapi malas bekerja, dilayan ibarat tiada nilai, terpaksa bekerja hampir dua puluh empat jam, dipandang rendah dan banyak lagi. Jika tidak kuat, saya tidak berada di sini. Jika rapuh sudah tentu telah lama hancur. Tetapi setakat ini Alhamdulillah saya masih kuat.

Saya selalu ingatkan diri saya tidak korbankan kerjaya saya, kesenangan diri, ibu dan keluarga saya untuk perkara yang sia-sia. Saya menyusukan dan menguruskan anak-anak saya sendiri, yang mana tiada satu gaji pun mampu bayar saya. Saya hanya mengharapkan "gaji" dari Allah SWT.

Saya korbankan segala-galanya atas kehendak bersama dengan suami, redha, izin dan sokongan ibu kandung saya Siti Eshah Binti Latif yang setia memberi sokongan dari belakang walaupun menerima pelbagai kata-kata orang. Kami tidak pernah meminta makan dari orang, jadi sepatutnya orang luar tidak layak mencampuri urusan kami.

Saya selalu cakap, hidup seorang ibu pada saya adalah antara mengorbankan anak-anak ataupun mengorbankan kerjaya. Ketika saya kecil ibu saya tidak bekerja, menjaga kami semata-mata. Bila adik bongsu saya berumur empat tahun barulah beliau bekerja, itupun cuma menoreh dan membuat padi kerana tidak mempunyai kelulusan tinggi. Dipaksa berhenti sekolah kerana nenek mahu bekerja, terpaksa menjaga adik-adik walaupun ibu saya adalah antara pelajar terbaik suatu masa dahulu. Saya ini tidaklah sehebat ibu saya, bekerja juga walaupun bersusah payah merangkak-rangkak.

Disebabkan kenangan yang lalu ibu mengalakkan dan memberi sokongan kepada kami belajar setinggi yang boleh, semampu yang mungkin. Alhamdulillah saya suri bekerjaya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) setakat hari ini. Sambungannya In Shaa Allah di masa hadapan. Mungkin dalam bidang perniagaan pula atau bidang pendidikan anak-anak? Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.

Saya mengimpikan anak soleh selohah seperti dalam gambar. Impian dan doa saya untuk anak-anak dan seluruh ahli keluarga saya adalah syurga Allah SWT.

Anak suka ikut-ikut, saya tidak yakin orang lain boleh menjaga anak-anak saya sebaik saya dan ibu kandung saya. Sekiranya saya masih seorang jurutera dan anak menyusu botol mana mungkin saya mempunyai Damia dan Ammar yang bijak dan sihat walafiat.

Syukur pada Allah SWT.

Thursday, February 26, 2015

Bermain-main Tetapi Terselit Pelajaran Berharga

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Kesusahan talian internet di kampung halaman saya jadikan peluang untuk bermain dan belajar bersama anak-anak.

Ada juga buat kerja kedai seperti merekod dan sebagainya tetapi saya masih dapat menikmati masa lebih bersama anak-anak.

Gembira. Itu sahaja yang boleh saya katakan apabila melihat anak-anak tersenyum gembira bermain bersama. Kebetulannya tok ma mereka pun memang ceria dan memahami orangnya. Mak cik pak cik pun sama. Syukur saya dikurniakan keluarga bahagia walaupun dalam kesederhanaan hampir kepada kekurangan.

Benarlah kata orang bahagia itu paling berharga berbanding wang ringgit. Saya rela bersusah payah mencari rezeki tetapi masih boleh hidup melihat senyuman anak-anak. Kiranya keputusan saya melepaskan jawatan sebagai jurutera projek bukanlah sia-sia. Jika dibandingkan gaji beribu dan senyuman gembira dari anak-anak dan ibu kandung. Tidak ternilai harganya.

Tetapi setiap ibu mempunyai pendirian berbeza. Ketahanan setiap orang berbeza. Tidak semua mampu bertahan apa yang saya mampu tahan. Pada saya, saya sudah biasa hidup susah. Ini bukanlah apa-apa. Yang penting bahagia. Kiranya ada yang memberi masalah kepada saya hanyalah sikap manusia yang menghalang rasa bahagia saya. Yang suka mencampuri urusan peribadi saya. Itu sahaja. Antara saya dan anak-anak, adik beradik dan ibu kandung memang tenang dan bahagia. Alhamdulillah.

Banyak permainan fikizal antara saya dan anak-anak setiap hari di sini, di kampung halaman tanah kelahiran saya.

Damialah yang paling gembira bebas melihat atau bermain dengan ayam, ikan, itik, kucing, lembu dan banyak lagi binatang. Kalau dulu takutkan bunyi ayam jantan berkokok, asal dengar sahaja terus berpeluk dengan tok ma sayang, tapi kini tidak lagi, dia yang kejar ayam tu hari-hari.

Antara aktiviti fizikal lain adalah saya melatih Damia untuk mengkoordinasi tangan dan mata melalui sentuhan jari ke jari secara tepat. Apabila berjaya akan ada bunyi gegaran seperti mode vibrate di telefon menjadikan benda sesenang itu cukup istimewa dan gembira untuk Damia.

Saya juga seperti biasa menyokong perkara betul yang dilakukan anak-anak. Setiap kali anak berjaya melakukan sesuatu pasti saya tepuk tangan bagi sokongan. Damia juga akan terdorong melakukan perkara yang sama, menepuk tangan dengan gembiranya. Lain kali mesti dia ulang lagi.

Mak long, abang epul, kak amalina dan abah jo Damia pun bukan main lagi bagi sokongan untuk Damia belajar dan bermain. Setiap kali Damia berjaya lakukan sesuatu Mak Long (kakak saya yang sulung) pasti bagi high five.

Alhamdulillah, syukur saya mendapat sokongan semua. Yang pasti walaupun ayah berkursus di luar kawasan. Kami di sini bergembira. Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya dan anak-anak bersendirian di rumah. Pasti bosan.

Bermain-main Tetapi Terselit Pelajaran Berharga

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Kesusahan talian internet di kampung halaman saya jadikan peluang untuk bermain dan belajar bersama anak-anak.

Ada juga buat kerja kedai seperti merekod dan sebagainya tetapi saya masih dapat menikmati masa lebih bersama anak-anak.

Gembira. Itu sahaja yang boleh saya katakan apabila melihat anak-anak tersenyum gembira bermain bersama. Kebetulannya tok ma mereka pun memang ceria dan memahami orangnya. Mak cik pak cik pun sama. Syukur saya dikurniakan keluarga bahagia walaupun dalam kesederhanaan hampir kepada kekurangan.

Benarlah kata orang bahagia itu paling berharga berbanding wang ringgit. Saya rela bersusah payah mencari rezeki tetapi masih boleh hidup melihat senyuman anak-anak. Kiranya keputusan saya melepaskan jawatan sebagai jurutera projek bukanlah sia-sia. Jika dibandingkan gaji beribu dan senyuman gembira dari anak-anak dan ibu kandung. Tidak ternilai harganya.

Tetapi setiap ibu mempunyai pendirian berbeza. Ketahanan setiap orang berbeza. Tidak semua mampu bertahan apa yang saya mampu tahan. Pada saya, saya sudah biasa hidup susah. Ini bukanlah apa-apa. Yang penting bahagia. Kiranya ada yang memberi masalah kepada saya hanyalah sikap manusia yang menghalang rasa bahagia saya. Yang suka mencampuri urusan peribadi saya. Itu sahaja. Antara saya dan anak-anak, adik beradik dan ibu kandung memang tenang dan bahagia. Alhamdulillah.

Banyak permainan fikizal antara saya dan anak-anak setiap hari di sini, di kampung halaman tanah kelahiran saya.

Damialah yang paling gembira bebas melihat atau bermain dengan ayam, ikan, itik, kucing, lembu dan banyak lagi binatang. Kalau dulu takutkan bunyi ayam jantan berkokok, asal dengar sahaja terus berpeluk dengan tok ma sayang, tapi kini tidak lagi, dia yang kejar ayam tu hari-hari.

Antara aktiviti fizikal lain adalah saya melatih Damia untuk mengkoordinasi tangan dan mata melalui sentuhan jari ke jari secara tepat. Apabila berjaya akan ada bunyi gegaran seperti mode vibrate di telefon menjadikan benda sesenang itu cukup istimewa dan gembira untuk Damia.

Saya juga seperti biasa menyokong perkara betul yang dilakukan anak-anak. Setiap kali anak berjaya melakukan sesuatu pasti saya tepuk tangan bagi sokongan. Damia juga akan terdorong melakukan perkara yang sama, menepuk tangan dengan gembiranya. Lain kali mesti dia ulang lagi.

Mak long, abang epul, kak amalina dan abah jo Damia pun bukan main lagi bagi sokongan untuk Damia belajar dan bermain. Setiap kali Damia berjaya lakukan sesuatu Mak Long (kakak saya yang sulung) pasti bagi high five.

Alhamdulillah, syukur saya mendapat sokongan semua. Yang pasti walaupun ayah berkursus di luar kawasan. Kami di sini bergembira. Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya dan anak-anak bersendirian di rumah. Pasti bosan.

Monday, February 23, 2015

Kampung Halaman

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Koleksi Keluarga

Saya dan anak-anak masih berada di kampung halaman tetapi rasa sangat rugi pula bila tidak menulis. Tidak mengapalah, untung sabut dapat saya siarkan entri saya. Sekiranya internet tiada cuba lain kali pula.

Balik kali ini sungguh seronok dan meriah. Walaupun hanya lima keluarga sahaja yang ada daripada lapan keluarga. Dalam keluarga kami masing-masing berfikiran terbuka menjadikan suasana lebih meriah dan gembira. Bayangkanlah, kakak yang lebih tua dan lebih berpangkat dari kami pun adik saya boleh layan macam kawan. Satu-satunya ipar saya dari belah keluarga kami pun kuat melayan, memang menjadilah semuanya.

Balik kali ini saya cukup jelas tentang pandangan setiap ibu bapa. Setiap didikan ibu bapa itu sungguh unik. Kalau dulu saya rasa kakak nombor lima terlalu tegas mendidik anak-anak, kali ini tampak lebih sesuai bila anak sudah besar. Anak-anak saudara pun rapat dan manja dengan emak saudaranya yang satu itu. Alhamdulillah.

Kakak saya ini teringin betul hendakkan bayi baru, mohon pembaca doakan. In Shaa Allah.

Hari ini baru jadual saya lega setelah adik lelaki bongsu sekeluarga pulang. Maaflah sekiranya ada yang tertunggu-tunggu entri dari saya yang tidak seberapa ini.

Mohon doa semua agar kami sekeluarga kekal bahagia bersatu walaupun telah mempunyai keluarga masing-masing. Jatuh bangun setiap perjalanan hidup itu kami sudah biasa, apa yang penting sekarang kami telah bersatu dan berusaha mengembirakan ibu kami.

Semoga setiap dari kami dan anak-anak masing-masing berjaya menjadi anak soleh solehah yang sentiasa berada dalam redha Allah SWT.

In Shaa Allah.

Saturday, February 21, 2015

Berada di Luar Kawasan

Assalamualaikum..

Saya berada di kampung halaman sekarang, cadangnya hanya untuk beberapa hari tetapi disebabkan suami tiba-tiba ditugaskan untuk ke luar kawasan selama seminggu jadi saya dan anak-anak merelakan diri untuk ditinggalkan di kampung halaman dengan gembiranya.

Bukan senang nak pulang ke kampung sendiri, kekangan mempunyai anak kecil dan jarak yang jauh. Sepatutnya sembilan jam perjalanan tetapi kebiasaannya jadi sebelas jam kerana banyak berhenti dan keadaan jalan yang tidak berapa elok.

Semenjak selepas berpantang, inilah kali pertamanya dapat pulang ke kampung halaman. Hampir empat bulan. Rasanya sudah banyak air mata ibu mengalir kerana rindukan anak, menantu dan cucu-cucu. Kakak-kakak pun sering bertanya. Rasa bersalah hanya Allah SWT yang tahu.

Kali ini dapat tinggal lama sikit. Syukur Alhamdulillah. Gembiranya hanya Allah SWT yang tahu. Lagi-lagi sebab ada lagi adik beradik lain dapat pulang bercuti.

Tapi talian internet di kampung agak sukar didapati. Jadi, mungkin agak sukar untuk saya menaip dan menyiarkan entri. Jadi, diharap pembaca dapat memahami.

Tuesday, February 17, 2015

Pengalaman Menyertai Akademi Bekerja Di Rumah

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah 


Assalamualaikum...

Bagi memenuhi permintaan mentor saya Puan Masayu Ahmad, hari ini saya ingin berkongsi tentang Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali dengan ABDR. Saya adalah pelajar dari Kelas Fatimah, Tutorial Blog & Penulisan Asas.

Saya sebenarnya telah lama mengenali ABDR. Semenjak memulakan perniagaan atas talian pada pertengahan tahun 2013 lagi. Ketika itu saya sedang mencari tempat untuk mempromosi NHD BABY SHOP dan saya jumpa SOHO Directory milik ABDR. Saya bertanya kepada admin ABDR mengenai bayaran iklan yang kemudiannya membawa saya kepada perkenalan dengan dua orang Pengurus ABDR yang ada dalam senarai kawan saya di Facebook. Saya selalu lihat tulisan dan iklan mereka di newsfeed. 

Walaubagaimanapun pada ketika itu saya merasakan belum terbuka hati ingin menyertai ABDR atau beriklan di SOHO Directory. 

Lebih setahun kemudian, saya tiba-tiba sedar dan merasakan bahawa ada yang kurang, seperti ada yang tak kena, seolah-olah berniaga kerana terpaksa. Saya mampu bertahan selama lebih setahun bukanlah kerana minat yang mendalam tetapi kerana sikap dan tekad saya. 

Saya seorang yang suka melakukan terbaik dalam apa sahaja pekerjaan walau pelbagai pahit getir yang melanda. Terus berusaha mengikut arus keadaan dan menimba pengalaman berharga. Itulah perangai saya yang memungkinkan saya melakukan hampir apa sahaja pekerjaan. Antara sebab saya menjadi kegemaran majikan saya ketika masih bekerja dahulu.

Dalam kegelisahan hati saya berdialog dengan Allah SWT memohon petunjuk apakah sebenarnya punca perasaan tidak enak saya. Selepas itu Allah SWT bagi saya sedar bahawa minat saya bukan pada perniagaan tetapi pada penulisan dan perkongsian.

Memandangkan saya telah ada NHD BABY SHOP, saya tidak mungkin meninggalkan kedai atas talian ini begitu sahaja sedangkan telah banyak wang, tenaga dan buah fikiran yang telah saya laburkan di situ. Jadi saya membuat keputusan untuk menulis ulasan mengenai barang kedai yang saya guna di samping membuat promosi. Dua dalam satu. Minat dapat dipenuhi, perniagaan juga berjalan.

Saya mula menulis di blog lama saya www.nhdbabyshop.blogspot, ketika itu saya mula mencari guru untuk belajar menulis. Bagi saya, saya memerlukan seorang guru. Kemudiaannya terjumpa kawan yang telah sebulan menyertai ABDR. Saya kemudiaanya mencari info tambahan sebelum membuat keputusan untuk menghubungi pengasas ABDR, kak Masayu Ahmad.

Dengan Kak Masayu, saya ceritakan apa yang terjadi dan bagaimana saya rasa terlalu ingin menulis kerana minat dari kecil tetapi ingin meneruskan perniagaan online saya yang ada, Kak Mas kemudiannya mencadangkan saya menyertai kelas penulisan bisnes. Saya belajar menulis dengan mudah sambil menjaga anak di rumah sahaja. 

Di Kelas Fatimah, Kak Masayu melakukan analisa dan memberi arahan tugasan yang amat mudah. Bina blog mengikut arahan beliau dan buat 44 entri. Jadi saya buat tanpa banyak soal. 

Mulanya ada banyak keraguan juga tetapi setelah diberi contoh kepada persoalan saya, saya faham dan terus menulis tanpa henti. Kami juga di ajar supaya menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Di ABDR juga kami diajar bagaimana tulisan menarik kami di Facebook juga kadang-kadang boleh menjadi entri di blog. 

Selain belajar, saya juga berpeluang berkongsi dan bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan sekelas mengenai beberapa perkara, contohnya penggunaan #hashtag dan aplikasi blogger di telefon pintar. Seronok jadi seorang yang memberi nilai pada orang lain. Saya pula yang mengajar Kak Masayu dan kawan-kawan kan? Kelakar pula bila di ingat semula. 

Asalnya yang dipinta Kak Masayu cuma 44 entri tetapi kerana kekangan masa menulis, bekerja dan menguruskan anak tanpa sedar entri ini telah menjadi entri ke-50 saya. Alhamdulillah. Saya panjatkan syukur pada yang Maha Esa. 

Saya cuba untuk menulis setiap hari, tetapi kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, ada juga kadang-kadang terbabas sehari dua. Tetapi saya yakin dan percaya diri akan terus menulis selagi Allah SWT kurniakan kudrat dan idea. 

Bagi yang ingin menyertai ABDR dan bertanya saya berbaloikah menyertai? Pada saya, kenapa tidak? Di sini anda akan mengenali ramai orang, banyak ilmu yang boleh ditimba dari rakan-rakan. Malah jika tidak salah saya sekiranya anda ingin berniaga tetapi tiada produk, juga boleh menyertai rangkaian ABDR. Belajar sampai tamat dan kemudiannya menghasilkan produk e-book sendiri ataupun menjadi ejen dropship. 

Yang penting, belajar dan ikut arahan cikgu online, tanya kalau tak faham tetapi kalau tak faham juga hanya terus buat, lama-lama akan faham. Itu cara saya. Ayat yang selalu cikgu online saya guna untuk menegur saya apabila banyak sangat idea hendak dibuat "pelan-pelan kayuh". Jadi, saya juga ingin cakap benda yang sama dengan anda, pelan-pelan kayuh. Di sini tiada paksaan. 

Dengan ABDR, saya memperolehi ilmu, rakan-rakan yang baik dan rangkaian perniagaan. Cita-cita saya sekarang adalah ingin menjadi penulis yang berjaya di dunia dan di akhirat. In Shaa Allah. 





Saturday, February 14, 2015

Mengimpikan Anak Menjadi Hamba Allah SWT Yang Baik

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet

Mungkin ramai yang mengimpikan anak mempunyai kerjaya bagus seperti Doktor, Saintis, Pensyarah, Cikgu dan sebagainya.
Tetapi alangkah manis jika anak mempunyai kerjaya yang bagus disertakan menjadi hamba Allah SWT yang baik. Dan sekiranya diberi pilihan antara mempunyai anak yang soleh dan wang ringgit yang banyak, saya memilih anak yang soleh.

Saya mahukan anak-anak saya menjadikan kerjayanya sebagai satu ibadah. Buat apa pun dapat pahala, semuanya kerana Allah SWT.

Semua ibu mahukan anak-anak hidup senang tetapi saya bukan sahaja mahu anak hidup senang di dunia malahan di akhirat.

Terkesan dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz semalam. Ma dan arwah Ayah saya sering mengikuti ceramah beliau di Medan Ilmu, Kota Bharu setiap pagi Jumaat. Bila Ayah meninggal, sayalah yang menjadi teman setia ma ke Medan Ilmu setiap hari jumaat. Bersila di kaki lima sahaja kerana di situ bukanlah tempat khas tetapi cuma di tengah-tengah deretan rumah kedai.

Masa di awal remaja saya sangat suka menemani ma sebab saya suka dengar ceramah agama selain seronok tengok orang meriah berniaga di sekeliling. Macam pesta. Murah dan sedap makanannya, barang lain pun ada. Lepas sahaja dengan ceramah agama, kami apa lagi, beli barang makanan. Kadang-kadang ma beli barang keperluan. Seronok.

Sebenarnya tidaklah setiap kali jumaat itu TGNA yang memberi ceramah tetapi setiap kali beliau yang bagi ceramah, semua orang gembira. Tidak kira apa sahaja perbezaan parti politik, semuanya menghadirkan diri. Dengar ceramah agama kan? Bukannya dengar ceramah parti. Lagipun tidak pernah pula saya perasan Allahyarham TGNA menyebut isu-isu politik dalam ceramah agama beliau. Dan itulah yang paling saya suka.

Pernah semasa berpantangkan Ammar, saya berangan-angan membawa Ammar kepada Allahyarham TGNA. Tetapi kerana ayah yang selalu balik kampung sekejap sahaja, tidak sempat pula untuk berjumpa beliau. In Shaa Allah sekiranya berkesempatan, balik Kelantan minggu depan mahu menziarahi kubur beliau dan arwah ayah.

Keadaan semasa majlis pengkebumian Allahyarham Tuan Guru sebenarnya mengingatkan saya kepada majlis pengkebumian arwah ayah. Walaupun tidaklah sehingga 300,000 orang datang menziarah tetapi semasa arwah ayah dulu kami adik beradik terkejut dengan kehadiran orang yang sangat ramai sehingga di laman rumah kami tidak mampu bergerak. Kereta memang langsung tidak boleh masuk ke lorong kawasan perumahan kami kerana ramainya orang. Ribuan manusia entah dari mana. Itupun selama berminggu-minggu ada sahaja yang datang melawat tidak putus-putus. Dan kebanyakkannya tidak kami kenal.

Arwah ayah hanyalah seorang Imam surau. Surau kecil itu dibinanya sendiri di atas tanah pusaka kami yang menjadi tempat orang kampung berjemaah apabila masuk waktu solat. Yang kami tahu arwah ayah bersekolah pondok, menjadi imam surau dan selalu dijemput memberi ceramah-ceramah agama di surau-surau di kampung berdekatan. Yang kami kenal, beliau ayah kami yang tegas dalam mendidik anak-anak dalam hal agama. Itu sahaja. Tetapi entah dari mana datangnya orang yang ramai. Ke mana sahaja kami pergi selepas itu, seluruh pelosok kelantan juga ada yang mengenali beliau. Kami anak-anak sampai sekarang merasa aneh dengan apa yang berlaku. Kuasa Allah SWT menzahirkan kuasanya kepada kami yang arwah ayah juga seorang yang alim dan dihormati dengan kehadiran ribuan orang yang menziarah entah dari mana.

Orang baik-baik memang umurnya tidak panjang. Ayah meninggal dalam usia lima puluhan ketika saya berumur lima belas tahun, masih terlalu muda dan dahagakan kasih sayang beliau. Semenjak itu, rutin pagi jumaat saya adalah di sisi kubur beliau.

Pada mulanya saya tidak kuat kerana arwah meninggal secara tiba-tiba. Pernah juga pengsan kerana terkejut, tiada siapa berani untuk memberitahu saya yang ayah sudah tiada, paginya saya tinggalkan arwah ayah dalam keadaan sihat walafiat, dengan gelak tawa rajuk manja kerana arwah lewat pulang selepas menghantar anak saudara ke sekolah sehingga saya terpaksa berbasikal sendiri ke sekolah. Pulang lewat dari sekolah tengok orang ramai, sempat saya bermonolong merajuk lagi kerana arwah ayah tidak memberitahu ada kenduri.

Masuk ke rumah menggunakan pintu dapur setelah semua orang memandang terpinga-pinga, malu jadi perhatian. Lemah longlai kaki saya, buku dan barang sekolah entah ke mana apabila abang datang dan beritahu ayah sudah tiada dan disebalik dinding saya bersandar ada jenazah arwah ayah.

Kusangka kenduri rupanya ayah dah tiada lagi buat selama-lamanya. Yang ada sempat saya jumpa cuma sekujur tubuh kaku berbau wangi seolah-olah sedang tidur. Agak lama saya memengsangkan diri mengumpul semangat untuk keluar dari bilik membaca yassin untuk arwah. Kerana saya juga abang yang tidak pernah tumpah air matanya menangis.

Saya anak bongsu perempuan yang paling rapat dan manja dengan arwah tetapi dalam masa yang sama seorang yang berdikari. Masa itu saya seperti hilang segala-galanya. Bagi saya, tiada lagi orang yang akan mengambil berat tentang saya. Sanggup menunggu tiga puluh minit sebelum saya habis waktu sekolah untuk menjemput saya pulang. Yang kemudiannya saya teman beliau untuk berbual dan minum-minum di kedai kopi sebelum balik ke rumah. Indahnya saat itu.

Setahun saya ambil masa untuk kembali ceria, sebelum itu, teringat sahaja sudah boleh buat saya menangis, belum lagi bercerita. Semangat ibu, bacaan yassin dan doa-doa untuk beliau jadi penguat semangat saya untuk teruskan hidup semasa. Kalau sebelumnya saya mengada-ngada ingin berdikari, tetapi akhirnya saya betul-betul terpaksa berdikari. Menguruskan pendaftaran ke universiti juga sendiri, heret beg ke universiti juga tanpa ditemani insan bergelar ibu atau ayah.

Saya sendiri membawa bagasi menaiki bas ke Perak berjumpa dengan kakak untuk meminta tandatangan pengesahan jaminan tanggunggan, kemudian ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tandatangan kakak yang nombor dua sebelum mendaftarkan diri ke Universiti Malaysia Pahang menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik. Mujurlah ada seorang kakak sanggup menghantar dari Perak ke Kuala Lumpur dan akhirnya ke Gambang, Pahang. Kenangan yang tidak pernah saya lupakan.

Bila hati ada pada Allah SWT, In Shaa Allah kita kuat. Sebab itu saya mahu anak-anak hidup kerana Allah SWT, jadi Hamba Allah SWT yang baik. Kerana apa sahaja dugaan yang melanda bila kita ingat Allah SWT, In Shaa Allah segalanya akan jadi mudah. Apa-apa keputusan yang ingin dibuat juga kena bertanya Allah SWT dulu, buat istikharah. Itulah yang saya cuba praktikkan dalam kehidupan saya sekarang. Semoga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

In Shaa Allah.

Friday, February 13, 2015

Tatap Wajah Anak

Alhamdulillah, syukur pada yang ESA kerana dikurniakan sepasang cahayamata. Indahnya rasa hati apabila dapat menatap wajah anak-anak. Tenang dan menghiburkan. Kalau boleh mahu tatap wajah dan gomol anak dua puluh empat jam sehari, tujuh hari seminggu.

Tetapi apakan daya, terlalu banyak kerja yang perlu di siapkan.

Thursday, February 12, 2015

Kreatif, Lucu Didik Anak

Menjadi ibu bapa memang tugas yang penuh cabaran tetapi boleh jadi seronok sepanjang masa anda kena caranya.

Petang ini saya terjumpa artikel bertajuk "Kreatif, Lucu Disiplin Anak" oleh Noor Hidayah Shafiee dalam Majalah Wanita edisi Januari 2015. Sesuai dengan pendekatan saya yang suka didik anak secara positif, jadi saya kongsi semula untuk panduan dan peringatan saya serta para pembaca. Antara cara mendidik anak yang dikupas oleh penulis dan saya olah semula menurut pemahaman dan pendapat saya ialah;

1. Implementasi Tidak Kejam.
     Saya setuju dengan pendapat beliau bahawa ibu bapa yang positif perlu bijak mendisiplinkan anak. Harus pastikan bahawa implimentasi hukuman adalah tidak kejam cuma berikan sedikit ketidak selesaaan.

      Bagi saya hukuman fizikal seperti latih tubi boleh dilakukan tetapi pada pendapat saya lebih sesuai untuk anak berumur tujuh tahun ke atas. Sama seperti hukuman cikgu-cikgu kita semasa masih bersekolah.

       Barulah anak-anak lebih memahami apa itu hukuman. Hukuman seperti itu untuk anak-anak bawah umur tujuh tahun lebih kepada boleh menganggu emosi anak-anak.

2. Ambil Sahaja!
    Kupasan tajuk kecil ini agak menarik hati, mudah tetapi mungkin ada benarnya.

    Sekiranya anak mengingkari arahan seperti tidak mengemas katil atau biarkan barang peribadi berselerakan, buat rampasan. Ambil sahaja cadar, selimut, telefon atau semua sekali.

     Dan katakan "Mungkin barangan ini kamu tidak perlukan, jadi biar ibu ambil sahaja". Jika anak mahu semula pastikan anak-anak berjanji tidak akan melakukan perkara yang sama.

Wednesday, February 11, 2015

NHD BABY SHOP sebagai Parents One Stop Center

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Nurul Diyana Mohamed & NHD BABY SHOP

www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.blogspot.com
www.facebook.com/NHDBabyShop
nuruldiyanamohd@gmail.com
013-9747810

Sebagai ibu kepada sepasang cahaya mata, saya sentiasa mencari pemudah cara dalam mendidik dan menguruskan anak-anak.

Saya kemudiannya menubuhkan NHD BABY SHOP sebagai platform perkongsian saya dengan ibu bapa di luar sana. 

Menjual secara online pelbagai kelengkapan pemudah cara dan alat bantu mengajar untuk ibu bapa dalam mendidik dan menguruskan anak-anak.  Antara produk kegemaran kami dan pelanggan ialah;

1.Onya Baby Soft Structured Carrier (SSC)
-Menyebarkan cinta pengendongan bayi bagi memudahkan ibu bapa, mengendong bayi tetapi masih boleh menggunakan dua tangan.

- Bayi yang dikendong cenderung untuk kurang menangis, mempunyai perkembangan mental dan fizikal yang lebih baik selain jauh lebih sihat berbanding bayi yang tidak dikendong.

-Pengendong bayi yang ergonomik dan menyokong kedudukan semulajadi berbentuk M anak-anak. 

-Selesa untuk ibu ayah, rekaan yang sempurna dan ringan. 
-Juga boleh diubahsuai menjadi kerusi meja makan.

-Menyediakan sistem kutu atau ansuran bulanan bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan.

2. Lampin Kain Moden (Cloth Diaper)

- Menyokong penjimatan dalam jangkamasa panjang kerana dilengkapi dengan 1 CD dan 2 insert yang boleh dibasuh dan diulang pakai.
-Menyelamatkan alam sekitar.

-Kesihatan kulit bayi yang lebih baik tanpa sebarang bahan kimia.

-Satu saiz untuk semua. Saiz boleh diubah dari saiz S sehingga saiz L menggunakan snap button.

3. Alat Bantu Mengajar.


- Juga menjual pelbagai alat bantu mengajar seperti kad imbas, poster, buku kanak-kanak, Smart Pen Upin dan Ipin, Whiteboard/Blackboard Sticker dan banyak lagi.

4. Mainan Berkonsepkan Pembelajaran (Learning Toys)

- Menjual pelbagai permainan berkonsepkan pembelajaran termasuk Apple learning Qur'an, Y-Pad Islamic, Y-Pad English, Lamaze Musical Inchworm dan banyak lagi,

5. Pakaian Kanak-Kanak, Telekung Kanak-Kanak dan Baju Menyusu.

-Penglibatan awal NHD BABY SHOP adalah dengan menjual pakaian kanak-kanak dan bayi terutamanya pada musim perayaan.

- Merupakan agen bagi produk baju menyusu Aqeela Muslimah dan Telekung Kanak-Kanak ArRazin dan Telekung Weeda.

6. Ejen Shaklee & Amway

- Produk vitamin dan kelengkapan rumah organik berjenama Shaklee adalah kegemaran saya sepanjang masa. Setiap ibu bapa memerlukan kesihatan yang baik dan zat yang cukup dalam kehidupan berumatahtangga tidak kiralah semasa proses cuba mendapatkan anak, kehamilan, melahirkan , menjaga dan membesarkan anak-anak. Vitamin itu penting sebagai makanan tambahan.

- Apa yang paling saya suka dengan produk Amway adalah Periuk Bertekanan Tinggi berjenama Noxxa. Periuk pelbagai guna yang memasak mudah dan cepat. Sungguh mudah untuk saya yang menguruskan kerjaya di rumah di samping dua anak kecik yang masih menyusu badan. Kutu juga disediakan.

--------------------------------------

Ada juga barangan yang masih belum sempat saya muat naik ke www.nhdbabyshop.com tetapi boleh dilihat sama ada di facebook peribadi saya Nhdbaby Diyana atau Fan Page www.facebook.com/NHDBabyShop. Untuk maklumat lanjut boleh SMS/Whatsapp saya di 013-9747810 untuk membuat tempahan.

Terima Kasih.









Tuesday, February 10, 2015

Jurutera Di Rumah

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Kali ini sel-sel otak ummi pula dipaksa berhubung dek kerenah Damia yang bijaksana.

Dalam tengah nak siapkan ini pun berperang dia nak rosakkan semula.

Kalau tidak difikirkan sayang dah lama ummi buang dan minta ayah beli baru.

Siapa kata bekerja di rumah tidak perlu jadi jurutera?

Monday, February 9, 2015

Erti Kehidupan Kita dan Anak-Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Rentetan daripada membaca buku motivasi bertajuk 'Celik Mata & Jiwa" daripada Dr. muhaya Hj. Mohamad, kesulitan hati yang berlaku kerana kehadiran orang-orang yang bercakap dan bersikap tidak memikirkan perasaan orang lain yang akhirnya mengundang gundah gulana di dalam hati.

Rasanya dulu masa mula-mula menulis sudah cukup kuat dan positif tetapi sejak akhir-akhir ini agak emosi apabila berhadapan dengan manusia yang tidak berhati perut. Adakah dugaan terlalu besar atau saya yang semakin lemah? Semakin kurang motivasi?

Dalam misi mencari lebih motivasi diri terjumpa petikan yang menarik yang ditulis dalam buku Dr. Muhaya yang satu ini. "Pernahkah kita bertanya setiap kali kita bangun dari tidur apa perasaan kita? Adakah kita mengeluh ataupun bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat dunia dan kita membuat sesuatu perkara demi untuk mencapai cita-cita ataupun mencapai makna yang berharga kepada kehidupan?"

Kalau saya pada hari ini, selepas menjadi lemah setelah segala masalah yang melanda saya fikir saya tetap bersyukur kerana saya tahu Allah SWT dah beri banyak perkara baik dalam kehidupan saya. Sepasang anak-anak yang baik dan sempurna juga seorang ibu yang sangat penyayang dan prihatin akan kehidupan anak bongsu perempuannya yang seorang ini.

Disebalik setiap kesusahan hanya ibu dan anak-anaklah kekuatan saya dan kadang-kadang suami juga jadi sumber kekuatan. Ibu, suami dan anak-anak, itulah dunia kecil saya setiap hari. Walaupun ibu jauh di mata, kami hampir setiap hari bertanya khabar sementelah saya telah menyediakan sebuah telefon bimbit khas untuk berhubung dengan ibu (percuma apabila menghubungi sesama sendiri).

Kerana ibu jauh, saya tidak mampu balik ke kampung selalu. Jadi, walaupun sedih. Inilah yang termampu saya lakukan buat masa sekarang. Alhamdulillah ibu cukup memahami dan memberi sokongan kepada saya tidak seperti sesetengah orang yang cuba memanipulasi demi kepentingan diri sendiri sahaja. Syukur saya masih ada seorang ibu.

Kerana dunia saya yang kecil tidak seperti bekerja di luar, sedikit perkara negatif mengundang impak yang cukup besar. Benarlah kata mentor ketika di Bank Negara dahulu, input negatif itu sungguh berbahaya. Pendedahan kepada media tempatan yang banyak mendedahkan perkara negatif dan tidak bermoral adalah perlu dielakkan.

Sebab itulah dalam buku panduan rekod kesihatan anak-anak juga ada meletakkan garis panduan kawalan penggunaan televisyen untuk anak-anak. Anak-anak di bawah umur dua tahun dilarang didedahkan kepada televisyen. Satu perkara yang saya impiankan tetapi gagal kerana tiada kesedaran daripada orang sekeliling.

Di bawah adalah tiga sebab manusia dilahirkan di dunia ini yang di olah di permulaan buku ini;

1) Menjadi hamba Allah
2) Menjadi khalifah
3) Mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah SWT

Mendidik anak-anak menjadi hamba Allah SWT adalah fokus utama saya. Saya ingin anak-anak menjadi hamba Allah SWT yang taat mengikut landasan yang betul. Seterusnya mendidik diri sendiri melakukan perkara yang sama. Biarlah betapa susahnya hidup di dunia, asalkan di akhirat nanti bahagia. Dunia kan cuma persinggahan sahaja.

Besar harapan saya semoga insan di sekeliling dan pembaca saya melakukan perkara serupa. Dengan itu tiada lagi istilah dengan sengaja atau tidak sengaja menyakiti orang lain. Semoga kita sama-sama hidup bahagia dan berjaya mendidik anak-anak yang menjadi khalifah berjasa di muka bumi Allah SWT.

In Shaa Allah.

Saturday, February 7, 2015

Sekali Sekala Bawa Anak Bermain

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Sepanjang hari kerja kami mengemas dan menyusun atur rumah, si ayah menyediakan pejabat peribadi khas untuk saya bekerja selain menyusun atur rumah supaya nampak lebih ruang dan lebih selesa untuk anak-anak.

Menggantung perhiasan ayat-ayat Al-Quran di dinding yang masih belum sempat digantung setelah berpindah ketika sarat mengandung tidak lama dulu. Agak lambat sebenarnya, memakan masa kerana saya bersalinkan anak ke-2 sebaik sahaja berpindah dan masing-masing juga sentiasa sibuk.

Seronok bila tengok rumah kemas. Anak-anak juga ada ruangan khas bermain dan belajar. Damia siap ada khemah peribadi dibeli dari NHD BABY SHOP, sengaja saya sediakan ruangan peribadi untuk Damia.

Disebabkan kami tidak keluar seharian, saya menyediakan nasi lemak kukus lengkap dengan telur rebus dan sambal ikan bilis untuk menu sarapan pagi dan kemudiannya dibawa ke menu tengahari dengan tambahan lauk. Memasak gaya sibuk. Mulanya ingin memasak ayam masak merah, tetapi suami bimbang saya penat. Katanya malam nanti belanja makan luar. Saya diam dan menurut sahaja.

Yelah, mengemas pun sambil carry Ammar. Untungnya ada ergonomic baby carrier juga daripada kedai kami sendiri di www.nhdbabyshop.com.

Malam ini katanya nak keluar makan, tetapi apabila dah bersiap dibawanya pula ke Dataran Putra, Putrajaya. Suami sekarang sudah pandai bawa anak jalan-jalan tanpa perancangan tanpa dipinta. Sudah mula mengikut gaya saya. Seronok sebenarnya sekali sekali keluar berseronok dengan anak-anak keluar dari rutin harian. Anak-anak pun ceria sahaja. Anak yang gembira dan ceria memang matlamat kami. In Shaa Allah.

Friday, February 6, 2015

Kerja dan Anak-anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Ummi kalut harini.

Bangun pagi ummi kalut masak pulut kuning untuk potluck ayah. Terlupa nak prepare bahan malam tadi sebab balik COD barang terus tertidur masa susukan anak.

Lepas selesai urusan untuk ayah bawa keluar kakak kemudiannya sesambil kemas keta. Sambil carry Ammar.

Pagi ini ummi terlebih rajin bawak anak main belakang umah lagi. Sambil-sambil kemas kereta. Terjumpa mainan sponge bob yang dah lama ada dalam kereta. Rasanya beli masa bawa keluarga makan di Pantai Morib semasa Uncle Zhahir Damia balik tahun lepas lagi.

Saja tegur Damia yang tengah sibuk main kat luar kereta dengan kereta mainan dia. Dialog kami;

Ummi: Kakak, tengok ni. Sponge Bob.

Kakak: Spon bob..

Ummi: erk..

Terkedu sebab tak menyangka dia akan ulang balik dua patah perkataan. Selama ini dia cuma pandai cakap sepatah-sepatah. Dahla mengajar anak menyebut sponge bob.

Memanglah otak anak bagai span. Lagi-lagi kalau melibatkan Sponge Bob (Gurauan semata-mata).

Masuk rumah packing barang-barang kedai untuk dipostkan, siapkan segala resit dan kerja kedai. Dengan kakak jerit-jerit. Sempat lagi melayan sambil bekerja. Ammar dah lena diulit mimpi dalam carrier masa main kat luar lagi. Ummi front carry dia masa tu.Terima kasih Allah, bagi ummi kemudahan guna Baby Carrier.

Sedang sibuk bekerja tak lama kemudian Ammar bangun. Letak dalam car seat yang boleh dibuat rocker. Buat kerja sambil layan dua anak pula kali ini. Siap bekerja terus mandi dan susukan. Dalam nak memandikan Ammar sempat lagi kemas dapur sementara menunggu air panas masak.

Di umur lima bulan, saya masih menggunakan air suam untuk memandikan Ammar. Si kakak dulu sampai satu tahun masih mandi air suam. Sekarang pun kadang-kadang bila cuaca sejuk, masih saya atau suami masakkan air buat mandi. Saya pernah jumpa orang dalam 40 hari pun dah bagi anak mandi air sejuk. Saya tak tahu apa yang alasan beliau tetapi bagi saya agak tidak patut. Kerana semasa bayi kawalan suhu anak masih lemah.

Pernah terbaca satu artikel perubatan suatu masa dulu tentang memandikan bayi dengan air sejuk boleh membawa maut.

Kakak saya sendiri ketua jururawat yang telah lebih lima belas tahun khidmat sentiasa berpesan, ketika anak demam pastikan mandi dengan air suam. Jangan basahkan kepala, lap sahaja. Sebab kepala tempat kawal suhu. Bimbang tambah demam atau lambat sembuh, badan terkejut kalau guna air sejuk. Hanya saranan tidak formal dari seorang kakak yang berpengalaman kepada seorang adik. Kesan selebihnya saya sudah lupa. Nanti saya cari semula artikel dan buat satu post baru. In Shaa Allah.

Tengahari pula, suami cuma balik sebentar untuk rehat dan terus bersiap untuk solat jumaat. Sebelum bersiap sempat suami bantu saya mandikan kakak. Mungkin kesian tengok saya sibuk, terima kasih kepada beliau. Selepas solat jumaat katanya nak ke bank di Bandar Baru Nilai uruskan tentang tugasan koperasi. 

Ummi pula sambung masak rendang untuk makan dengan lebihan pulut kuning potluck ayah, juga sambil back carry. Tak lama kemudian tertidur lagi dalam carrier si kecil Ammar. Maklumlah badan dah segar siap mandi dan menyusu. Banyak betul sleeping dust dalam Soft Structured Carrier (SSC) Ammar.

Kata kawan-kawan, walaupun kita sibuk bekerja, buat perkara selain melayan anak, memang anak senang tenang dalam baby carrier sebab rapat dengan ibunya, dapat dengar degupan jantung yang menenangkan dia.

Terapi kanggaroo care untuk anak-anak premature juga menggunakan kaedah yang sama. Mengikut kajian, anak-anak premature yang menggunakan terapi ini lebih cepat sihat, mempunyai peratusan untuk keluar hospital lebih awal sebanyak 50% berbanding yang lain.

Menjaga anak gaya sibuk memang mudah dengan adanya SSC.

Rugi sapa tak merasa. Onya pun masih ada potongan harga 30% di www.nhdbabyshop.com. Rugi berganda kalau tak beli sekarang. Tak cukup duit tak mengapa. Boleh hubungi saya untuk beli guna sistem kutu atau ansuran bulanan.

Bila Ammar tidur nampak lena betul. Ummi letak dalam katil bayi. Sambung memasak rendang ayam dan beberapa makanan lain guna noxxa. Senang, cepat, mudah dan pelbagai guna. Ummi guna kutu juga untuk beli ini. Dan juga menguruskan kutu noxxa setelah berpuas hati dengan produk yang satu ini.

Kakak bermain berdekatan, bila nampak minat Damia nak susun stok tin susu dan sos. Terus teringatkan Building Block. Ambil dan beri Damia main. Lihat anak main, kemudiannya rasa bersalah sebab terlalu kalut dan sibuk harini.

Saya berhenti bekerja kat luar demi anak-anak. Sambung bekerja dirumah. Belikan banyak learning toys, siapkan khemah untuk kakak punya kawasan sendiri.

Walaupun segalanya dilakukan dengan terbaik dan demi anak-anak juga. Tetapi jauh di sudut hati memang ada rasa bersalah. Terutamanya di waktu sibuk. Sebab itu sebolehnya saya akan tidur awal dan bangun awal bagi menyiapkan lebih banyak kerja sebelum anak bangun.

Walaupun sibuk bekerja, menulis, menunaikan tanggugjawab sebagai seorang hamba dan menguruskan rumahtangga dalam satu masa, saya sangat berharap dan berusaha supaya anak-anak tetap berjaya. Dari orang jaga tak tentu lagi macam mana.

Amanah pinjaman Allah SWT saya cuba jaga dengan baik dengan harapan ibadah saya diredhai-Nya. Cuba didik diri untuk bersolat di awal waktu kerana takut akan balasan Allah SWT sekiranya lalai. Sangat takut. Semoga dari hari ke hari saya, suami dan anak-anak akan jadi hamba Allah SWT yang diredhai.

In Shaa Allah





Thursday, February 5, 2015

Supermom

Saya supermom.

Sibuk sungguh beberapa hari ini. Kena maintain balik jadual lama. Kalau tidak boleh huru hara jadinya.

Semalam stok kedai sampai. Terutamanya Onya. Sibuk menguruskan stok dan memuat naik ke website www nhdbabyshop.com.

Semalam juga ada temujanji klinik Ammar. Dah 5 bulan dah anak teruna seorang tu. Membesar bagai juara. Dah 7.2kg. Malamnya keluar belanja barang dapur sebab peti dah kosong.

Sibuk juga melayan soalan pelanggan sampai semalam betul-betul tak larat sampai tertidur waktu malam.

Tambahan pula baru pulang dari kampung. Ammar demam dan tak mahu menyusu kat kampung haritu. Huru-hara hidup berhari-hari tidur tak lena. Risaukan anak. Macam tak selesa di tempat baru. Anak teruna saya tidak suka bermalam di luar agaknya.

Sampaikan tidak teringat langsung nak update blog. Tapi dalam sibuk-sibuk pun saya masih ada mood nak masak. Memang pelik. Siap masak nasi arab. Semua kerana ada noxxa.

Harini masak mee goreng kampung pula. Sampai kene perli dengan suami "hari-hari main dengan toy dia" . Dah noxxa ni jadi toy saya pula. Sebelum ini suami kata noxxa chef dia. Tak apalah, janji noxxa ni dah banyak berjasa pada saya, suami dan anak-anak.

Harini Damia bukan main selera makan mee yang saya goreng guna noxxa. Alhamdulillah. Semoga terus berselera. Nanti dah dua tahun bolehla berhenti menyusu ye. Masa dah terhad ni.

Tapi sekali fikir sayang betul nak lepaskan susu Damia. Walaupun tandem nursing dua anak itu susah, tapi wajah anak-anak ketika menyusu memang priceless.

Monday, February 2, 2015

Menimba Ilmu Babywear

Harini secara tak sengaja menimba ilmu dari otai babywear. 8 tahun pengalaman.

Tiba-tiba rasa diri sangat kerdil. Banyak lagi kena belajar. Saya cuma insan kerdil yang minat babywear.

Terima kasih sis. Lepasni akan gigih study. Teringin nak ambil course pula.

Mungkin ramai yang tak tahu kat luar negara ada babywearing course.

Betapa Malaysia masih mundur bab babywear. Senang hidup guna ni. Gaya hidup saya lebih mudah 50% sejak ada babywear. Lagi 50% saya bagi untuk noxxa.

-untuk di olah-

Kenangan Manis Babywearer dan Babywearee

Malam tadi kenangan manis betul dengan si Ammar.

Orangnya demam panas..macam-macam usaha ummi buat tapi payah betul nak menyusu. Biasanya laju je. Dari lepas lahir dah pandai cari sendiri. Sebab demam jadi serba tak kena.

Dah hampir hilang sabar dah umminya. Kalau tak menyusu macam mana nak cepat sembuh. Ummi memang anti anak demam.

Tetiba Allah SWT gerakkan hati nak carry Ammar and try NIP. Bila carry, siap gelak-gelak dan menyusu dengan jayanya.

Oh, Ammar memang babywearee sangat. Nasib baik ummi guna THE RIGHT SSC. Ergonomic gitu. Sebab tu baby suka. Duduk elok je dalam tu. Ummi pun suka sebab tak lenguh tangan layan anak demam.

Jom beli kat www.nhdbabyshop.com sementara sales masih ada. :)

Sunday, February 1, 2015

Anak Bermain Kayu Pengikat Langsir

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Apabila anak bermain barang rumah, apakah tindakan anda?

Saya sebolehnya akan menjadikannya suatu permainan yang seronok untuk anak.

Kali ini Damia bermain plastik komponen pengikat langsir.

Saya sedang mengendong Ammar yang demam, tapi suami seperti faham kehendak saya atau sudah terbiasa mula belajar dan bermain dengan anak.

Belajar mengkoordinasi tangan ibarat seorang drummer!

Menasihati atau Mengatur?

Sesetengah orang sudah biasa mengatur kehidupan orang lain. Kalau atur dengan ilmu tak apa juga tetapi malangnya hentam kromo sahaja.

Mungkin ada yang kata mereka hanya menasihati tapi sebenarnya mereka mengatur dan memaksa. Sedih bukan?

Setiap ibu bapa ada impian untuk anak-anak.

Sebelum berimpian tentulah terlebih dahulu di kaji selidik. Jadi insan berilmu dan bukannya hentam kromo.

Macam misi penyusuan susu ibu Damia yang 19hb February ini genap 2 tahun, cabarannya terlalu banyak. Tapi saya kuat sebab saya berilmu, saya hadiri kursus penyusuan susu ibu semasa hamilkan damia. Seorang diri kerana suami bekerja.

Yang paling terkesan kepada saya apabila mengetahui bahawa susu tepung mengandungi kandungan melanin sama seperti pembuatan pinggan mangkuk sebagai pengawet bagi memastikan susu tepung tahan lama. Walaupun dikatakan pada kuantiti yang dibenarkan, saya nekad tidak mahu benda seperti itu ada dalam perut anak saya terutamanya sebelum umur 2 tahun. Sebolehnya sehingga dewasa.

Kalau perlu minum susu selepas umur 2 tahun, saya lebih memilih susu segar. Itu belum lagi termasuk masalah penghadaman kerana enzim binatang tidak sama dengan manusia.

Saya kongsi ilmu yang saya timba untuk pengetahuan suami dan Allah SWT beri dia kelapangan hati untuk menerima yang terbaik demi anak-anak. Seterusnya kami berdoa dan berusaha semoga berjaya. Kami minta pada Allah SWT dan dia beri lagi  kami kemampuan setakat hari ini. Terima kasih Allah kerana masih memberi rezeki untuk saya tandem nursing adik dan kakak sampai ke hari ini.

Kami suami isteri mencuba untuk bersikap terbuka dalam menerima nasihat tapi dalam masa yang sama masih tetap berpegang pada impian dan nekad kami. Tapi  malangnya sedikit kecewa kerana ada pihak-pihak yang mempertikai keputusan kami dan cuba mengatur setiap langkah hidup perjalanan dan keputusan kami.

Walaupun ramai yang datang kepada saya meminta nasihat dan panduan mengenai susu ibu, saya tidak pernah memaksa mereka untuk mengikut cara saya. Hanya memberi panduan, sokongan dan berkongsi ilmu yang saya ada sahaja.

Saya lebih menyukai konsep free parenting, walaupun agak kasar tetapi suka untuk saya kata. Daripada suka sangat mengatur hidup orang lain lebih baik pergi beranak sendiri.

Penyusuan susu ibu hanyalah satu contoh. Belum termasuk lagi pasal bab makan dan minum anak, pakaian anak, fesyen rambut anak, pelajaran anak, permainan anak, pemakaian saya, tudung yang saya pakai, kehidupan saya, cara saya, kesukaan saya dan banyak lagi.

Saya doakan insan-insan yang suka mengatur hidup orang lain ini bertaubat dan bersikap lebih menghormati orang lain.

Saya juga berharap semoga saya lebih kuat dalam meniti hari yang mendatang dalam menghadapai insan-insan sebegini. Sedikit kecewa tetapi sudah rezeki saya, jadi saya redha dan terus berdoa semoga mereka berubah atau dijauhkan dari hati saya tersakiti.

Mohon juga pembaca di luar sana sekiranya tanpa sedar kita teratur hidup orang lain walaupun kononnya merasa berniat baik. Berubahlah.

Kepada yang menjadi mangsa seperti saya, bertabahlah.