Tuesday, March 31, 2015

Knee Guard Untuk Ibu Prihatin

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Hana bila jatuh asek mengadu sakit. Setiap kali tu la hati ummi macam di hiris-hiris. Penyelesaiannya saya borong
Knee Protector Guard demi dia.

Sesuai untuk ibu ayah yang protective macam saya.

Knee Guard yang ini sesuai untuk kanak-kanak aktif tetapi bukan untuk baby merangkak. Kecuali petite baby.

Sebab bayi biasanya peha besar. Kene cari yang lagi loose sebab peha tak jauh Dari lutut kan? Adiknya Ammar tak must yang ni. Tapi bila besar sikit dalam umur setahun dua In Shaa Allah muat.  

Monday, March 30, 2015

Obsesi Susu Ibu Part 1

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Baru sahaja buat post mengenai Onya di www.nuruldiyanamohd.WordPress.com Berminat Nak baca boleh pergi kepada link yang disediakan.

Harini saya nak cerita tentang pendapat saya dan pengalaman saya mengenai susu ibu.

Kita kalau buat apa-apa pun kena ada ilmu disertakan dengan pengalaman. Tetapi pengalaman saya juga baru tiga tahun dalam penyusuan susu ibu. Setahun pertama semasa mengandungkan Hana Damia saya gunakan untuk mencari ilmu sebaik mungkin. Detik permulaan saya dalam misi penyusuan susu ibu sejak mula-mula hamil. Disyorkan oleh rakan seuniversiti saya bernama Syuhadah.

Beliau berjaya menyusukan bayi bijak bernama sofea sambil bekerja sehingga berusia dua tahun tiga bulan sebelum weaning off secara kasih sayang atas kesedaran sofea sendiri kerana tidak sanggup melihat mama nya sakit kalau beliau masih menyusu. Bijak bukan? Anak susu ibu memang bijak. Mengikut banyak kajian yang telah dibuat perkembangan anak yang menyusu susu ibu adalah lebih baik berbanding yang tidak menyusu susu ibu.

Mengikut amalan dunia perubatan moden. Ibu-ibu disarankan menyusukan anak secara ekslusif sehingga bayi berusia 6bulan dan seterusnya meneruskan penyusuan penuh sehingga dua tahun. Tetapi Islam menyarankan penyusuan ekslusif tanpa makanan sehingga bayi berusia dia tahun. Malah mengikut sejarah, Rasulullah SAW sendiri menyusu susu ibu sehingga berusia tiga tahun.

Walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan tiada nas atau hadis sahih mengenai penyusuan ekslusif selama dua tahun tetapi saya yakin dan percaya obsesi ini benar berdasarkan pengertian Najis Mukhaffafah ini; 

"Najis Mukhaffafah (ringan) adalah najis ringan yang cara menghilangkannya cukup dengan menyiramkan air pada najis tersebut. Najis mukhaffafah terdapat pada kencingnya anak kecil laki-laki yang belum berusia 2 tahun dan tidak makan apa-apa kecuali ASI(air susu ibu).[1] Jenis najis ini disucikan dengan membersihkan dan menghilangkan 3 sifatnya, rasanya, baunya dan warnanya."

Daripada pengertiannya ini saya percaya bahawa tempoh dia tahun itu adalah secara ekslusif.

Dan juga berdasarkan yang tertulis dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 233 seperti berikut;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Jangan menjadikan seorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika sibapa tiada ). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengang persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukanya). Dan jika kamu hendak memberi anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya kepada kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa jua yang kamu lakukan."

Daripada sini pula saya percaya bahawa tempohnya adalah dua tahun. Dan ia adalah perintah Allah SWT Dan bukannya cakap kosong ibu-ibu fanatik atau apa sahaja. 

Tapi Islam itu agama yang mudah, tidak sesekali memberatkan umatnya. Tidaklah berdosa bagi yang tidak mampu untuk menyusukan anaknya. Tetapi sekiranya sihat tubuh badan kenapa tidak menyusukan anak sedangkan terlalu banyak kebaikannya. Saya sendiri baru sahaja berjaya melepaskan susu anak pertama berumur dia tahun satu bulan lebih dan masih menyusu ekslusif anak ke dia berusia tujuh bulan.

Sebelumnya masih menyusu badan walaupun ketika hamil  anak ke dua dan menyusu secara tandem nursing bersama adiknya. Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hak anak pertama saya dalam menyusu susu ibu. Setahun pertama secara ekslusif dan tahun ke dua secara penyusuan penuh kerana kekurangan susu ketika hamil.

Tetapi apabila sudah lahir adiknya dia lah yang jadi pembantu saya menghilangkan masalah bengkak susu dan seolah-olah menyusu ekslusif kembali sehingga dua tahun satu bulan kerana tidak mahu makan.

Bersambung...


Sunday, March 29, 2015

Blog Baru

Teks: Nurul Diyana Mohamed

https://nuruldiyanamohd.wordpress.com/

Blog ini sengaja saya buka untuk bercerita tentang kedai bayi kecil saya. NHD BABY SHOP. Fokus adalah untuk bercerita mengenai aktiviti kedai dan promosi. Selain memenuhi minat saya untuk menulis dan terus menulis.

Semoga usaha ini diberkati Allah SWT.

Terima kasih.

Diam Bersebab

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Semenjak berpindah ke rumah baru pada Ogos 2014. Talian streamyx terpaksa dipotong kerana walaupun sudah beberapa kontraktor TM dipanggil tapi masih tidak dapat membuat penyambungan. Berkemungkinan ada masalah pada penyambungan bawah tahan.

Disebabkan masalah ini 100% urusan perniagaan dan penulisan adalah bergantung kepada telefon pintar saya. Walaupun hanyalah telefon cap ayam.

Tetapi pada Malam Ahad, 22/03/2015, seminggu yang lalu telefon pintar yang menjadi penghubung saya dan kalian telah hilang do pesta buku BookerVille, PICC. Anjuran MPH. Hilang entah kemana. Baru sahaja ada di dalam tangan tetapi selepas membuat bayaran dan bergerak ke kereta saya perasan telefon sudah tiada. Kemudiannya masuk semula dan berusaha mencari sementelah tidaklah ramai mana orang sebab sudah malam. Yang ramainya pekerja MPH sahaja. Tetapi tetap juga tidak jumpa.

Bukan itu sahaja, kaunter tempat membuat bayaran juga seolah-olah mengelak apabila saya bertanya. Katanya tidak cam saya tetapi saya agak pasti kerana pada masa itu saya sengaja mencari kaunter yang pekerjanya semua wanita kerana Ammar sedang Nursing In Public (NIP) di dalam ergonomic baby carrier. Saya tidak begitu mahir NIP tetapi sebab dia sudah mangamuk mahu tidur, saya terpaksa mencari tempat sunyi untuk Ammar latch on dan NIP.

Beberapa hari ini mengambil masa bertenang mengharapkan dapat semula. Sudah tinggalkan nombor suami pada kaunter pertanyaan MPH, kaunter pertanyaan PIC, pihak pengurusan MPH, follow up lagi dengan pihak MPH. Sehingga sekarang masih tiada khabar berita. Mendapatkan telefon isu kedua, tetapi maklumat di dalamnya yang begitu berharga buat saya sementelah 99% kerja saya melalui telefon pintar kerana sibuk menguruskan dua anak kecil.

Dari sudut positif masa bertenang INI dapat saya gunakan untuk menilai sejauh mana kebergantungan saya kepada telefon pintar dan Alhamdulillah syukur pada-Nya. Tidak mempunyai telefon pintar saya masih tenang dan gembira menguruskan rumahtangga. Apa yang meralatkan cuma urusan perniagaan tergendala. Kebetulannya di hujung Bukan begini banyak transaksi online yang perlu dibuat. Terutama sekali yang melibatakan kutu dan semakan rekod kedai yang juga secara online.

Maafkan saya kerana menyepi, kerana sepinya saya bersebab. Mohon DOA semua semoga telefon pintar saya dapat kembali.

Terima kasih.

Friday, March 20, 2015

Bedua Lebih Baik

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Assalamualaikum w.b.t.

Siapa yang ada anak ramai mesti kepenatan kan? Yang ada anak satu kebosanan pula. Siap kesian lagi anak main sorang-orang. Semua mainan hendak dibeli tapi tetap tak puas hati.

Rasa mahu mengandung lagi tambah anak tetapi yang pertama masih kecil lagi, bimbang tak terlayan. Saya pernah melalui masa-masa itu. Disebabkan anak hanya seorang, sering juga berebut dengan suami mahu pegang anak.

Damia memang menjadi kesayangan tok ma sebab susah senang kami sentiasa bersama. Di saat tok ma kemalangan ketika berpantangkan damia 11 hari, saya dan Damia sentiasa di sisi. Saling menjaga sehingga hari ke-30 dan apabila pulang ke pangkuan suami pun tok ma kami bawa bersama. Tok ma tinggal dengan kami sampai sihat, dah boleh jalan sikit-sikit dan pulang ke kampung untuk mengundi pada pilihanraya yang lepas. Itu pun kalau dia rindu, dia pasti datang apabila ada adik- beradik yang pulang ke kampung. Hendak datang sendiri dengan bas memanglah tidak mampu.

Ammar hadir tanpa dijangka, mengesahkan kehamilan dan membuat kad merah juga sudah empat bulan di dalam kandungan. Ketika itu period saya memang tunggang langgang. Kali pertama period hilang dah buat ujian tetapi negative bila bulan seterusnya tidak datang saya buat tidak tahu sahaja sebab Damia menyusu badan. Menurut pembacaan saya, itu perkara biasa bagi ibu menyusu. Alahan pun tak ada, jadi memang lah tidak perasan. Yang perasan cuma satu, rasa badan makin berisi tapi langsung tidak menyangka ada isi sebenarnya.

Bila rasa tidak sedap hati buat UPT lagi dan hasilnya samar-samar. Pergi klinik untuk buat pengesahan dan positif. Suami la insan yang paling gembira. Saya masih terpinga-pinga tidak percaya. Bila doktor scan dan beritahu sudah besar, saya lagi la tidak percaya. Disebabkan period tidam teratur beberapa siri scan terpaksa di buat. Bagi saya, Ammar ni bayi ajaib. Sebab hadirnya tanpa dijangkan dan menjadi pelengkap hidup kami. Kini kami sudah ada sepasang cahaya mata.

Hasilnya lihat seperti dalam gambar. Bila kakak buli adik macam ni la jadinya.

Sekarang dah pandai main sama-sama.

Ummi ayah panggil adik, jarang nak pusing balik kalau dah merayap tu tapi bila kakak panggil terus berpaling.

Siblings power kata ayah.

Ok, berdua itu lebih baik. Yang ada anak seorang tu sila tambah lagi satu. Penat memang penat tapi berbaloi sangat. Cuma pesanan saya, kene kuat dan tabah. Kemanisannya tetap ada.

Semoga berjaya!

Wednesday, March 18, 2015

Jauhi Anak Dari Perkara Tidak Patut

Teks: Nurul Diyana Mohamad

Saya sentiasa ingatkan suami dan orang sekeliling supaya tunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak. Jangan sekali-kali buat perkara yang tidak patut. Seperti membaling bola di kepala anak, bermain cara kasar, sakit menyakiti dan sebagainya. Tapi walaupun telah ditegur ada juga yang berlagak pandai tidak mahu mendengar kata. Kebiasaannya orang luar.

Apa yang paling menyakitkan hati apabila Damia juga sudah pandai bermain kasar dengan adik. Penat betul mahu menepis sebab dua-dua pun masih belum tahu apa-apa. Hendak di marah buat sakit hati sendiri sahaja. Di pukul sudah tentulah jauh sekali sia-sia.

Ketika balik ke kampung baru-baru ini bermain dengan adik sepupunya di buatnya perkara yang sama pada adik sepupunya. Kesian cik Dhiya lawa. Menjerit saya. Padahal bukan selalu pun jumpa hamba Allah yang tak bertimbang rasa tu. Tapi anak-anak memang suka rekod dan buat ulang tayang. Apa yang saya risau dah terjadi, sekarang tengah usaha nak bagi si kakak faham yang perkara tu salah. Susahnye la hai.

Saya benci betul orang main kasar-kasar dengan anak saya. Lagi benci bila anak pick up benda-benda kasar dan buat perkara yang sama pada adik kandung atau sepupunya. Sebab saya dan keluarga saya cukup pantang benda-benda sebegini.

Siapa pernah dengar istilah "Baby Shaken Sindrome"? Boleh sesiapa beritahu saya yang bermain bola hentak ke kepala anak tu boleh diterima akal atau tidak. Tengah marah betul ni. Dah ditegur tak mahu dengar. Anak pula merekod dan buat ulang tayang. Harap-harap jangan ada yang buat kat anak-anak la ye? Anak orang lagila tak boleh. Sebab bukan kita yang beranak. Dan kita tak pernah tahu sama ada mak budak tu suka atau tak suka. Jadi jangan berlagak pandai.

Peringatan buat semua dan cabaran buat saya dalam mendidik anak-anak. Lepas ni kena lebih tegas dengan orang sekeliling. Apa yang saya kata tidak, jawapannya tetap tidak. Saya tak mahu perkara sama terjadi lagi. Mungkin perkara kecik untuk orang lain, tetapi bab akhlak anak-anak ni saya trauma betul tengok anak-anak zaman sekarang, jadi benda ni walaupun nampak kecik adalah perkara besar untuk saya.

Anak saya mesti berakhlak baik. Tiada konpromi bab akhlak anak. Lagi-lagi ini melibatkan kesihatan anak juga. Berapa ramai anak yang terkena "Baby Shaken Sindrome" kerana sikap-sikap bodoh orang tua ni. Jadi, berhati-hatilah. Saya tak pernah suka.

Anak Cerewet Makan?

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Sumber: 300++ Resipi dan Panduan Lengkap Pemakanan Anak (Koleksi Majalah Pa&Ma)

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tetapi seringkali kita menghadapi masalah apabila anak tidak mahu makan, memilih makanan, tak makan sayur dan tak suka makan.

Untuk memastikan anak-anak mendapat zat yang cukup bagi menyokong perkembangan dan pertumbuhan yang sihat, sudah pasti aspek pemakanan anak harus di ambil berat.

Buku bertajuk " 300++ Resipi dan Panduan Lengkap Pemakanan Anak" adalah koleksi resipi Majalah Pa&Ma keluaran karangkraf. Saya memang suka majalah Pa&Ma kerana banyak info berguna yang boleh digunakan dalam proses mendidik anak-anak. Mendidik anak-anak juga perlu ilmu. Kalau tidak tentulah buntu fikiran memikirkan. Terutama sekali kalau soal pemakanan.

Pola pemakanan anak sulung saya sentiasa berubah-ubah dan saya percaya bukan saya sahaja yang mengalami masalah ini malahan ramai lagi ibu bapa di luar sana mengalami masalah yang sama. Saya juga ada bertanya rakan-rakan yang mempunyai anak sebaya Damia dan mereka mengatakan itu normal.

Buku ini saya beli di One Kiddie Mom & Baby Expo di Putrajaya pada hari Ahad yang lepas. Banyak ilmu dan resipi yang boleh didapatkan, buku wajib beli.

Berikut adalah antara zat makanan yang diperlukan oleh anak-anak yang perlu diberi perhatian:

Vitamin A
Fungsi: Penting bagi mata
Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin.

Vitamin B1
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan.
Sumber: Gandum, daging dan susu.

Vitamin B2
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan.
Sumber: Susu, daging dan ikan.

Vitamin C
Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit
Sumber: Sayuran warna hijau dan buah-buahan sitrus.

Kalsium:
Fungsi: Penting bagi pembetukan tulang dan gigi yang kuat.
Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu.

Zat Besi
Fungsi: Penting bagi pembentukan hemoglobin bagi sel darah merah.
Sumber: Ikan, telur dan ayam.

Kerana bimbangkan pemakanan anak saya pastikan saya berikan Mealshake untuk anak setiap hari, di campur dalam jus oren kegemaran anak. Damia memang suka "shake-shake". Setiap kali saya buat Mealshake pasti dia ikut sama membuat gaya "shake-shake" dan minum sampai habis. Memang sedap.

Berikut adalah fakta Mealshake Shaklee kegemaran Damia;

1) Mengandungi nutrisi lengkap.

Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan zat perlu dalam tubuh boleh menyebabkan kadar serapan vitamin dan mineral dalam tubuh kita jadi kurang efisyen.

2) Membekal nutrisi kepada sel tubuh:

Sebab mealshake ni diperbuat dari bahan semulajadi dan kaya dengan protein ia membantu pembinaan sel-sel baru.
Membantu tumbesaran: mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk membantu proses tumbesaran ( sebab tu ia popular untuk kanak-kanak)

3) Anti-oksida:

Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

4) Mengembalikan seri wajah:

Sebab ade vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberi seri wajah yang lebih cantik.

5) Detoksifikasi:

Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa-sisa buangan dari perut dan usus.

6) Kelazatan rasanya:

Berperasa french vanilla, tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. - Shaklee

Apabila anak ada zat pelengkap barulah hati sedikit tenang. Inilah pembantu saya sementara berusaha mengaplikasi segala ilmu yang ada bagi menarik hati anak supaya makan secara teratur dan sihat. Jika berminat mahu order boleh whatsapp ke 013-9747810.

Temui kami di www.nhdbabyshop.com untuk lebih lagi barangan menarik.




Monday, March 16, 2015

Expect The Unexpected

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Semalam tiada masa untuk menulis memandangkan sibuk menguruskan anak-anak. Tambahan pula pada sabtu malam yang lepas semasa memenuhi jemputan makan-makan pak su dan mak ngah Damia dan Ammar. Entah kenapa ada kucing besar yang tiba-tiba menyerang Damia. Damia memang peminat kucing tetapi kebiasaannya kalau hanya di kedai makan kami tidak akan membenarkan Damia menyentuh kucing.

Pada ketika itu Damia di bawah jagaan ayahnya. Tiba-tiba sahaja di bawa ke meja dalam keadaan berlumuran darah. Saya yang sedang menjaga Ammar di meja makan tergamam tidak percaya. Sudahnya kami terus ke klinik 24 jam dan pulang sahaja ke rumah setelah selesai urusan di klinik. Sudah tiada hati mahu makan. Pak su Damia dah hampir menangis lihatkan anak saudara kesayangan dia sakit. Saya pula di tegur oleh Mak Teh Damia keesokkan harinya.

Ada dua anak terpaksalah uruskan seorang satu. Saya jaga Ammar dan Si ayah jaga Damia. Saya di meja makan sewaktu kejadian berlaku, Damia pula berjalan-jalan sambil diekori oleh ayahnya. Saya sempat berpesan pada suami supaya jaga anak baik-baik kerana keadaan kedai juga agak sesak dengan pelanggan. Siapa tahu lain yang saya risau, lain pula yang terjadi.

Hendak marahkan suami juga tiada gunanya. Saya bukan jenis yang suka marah-marah sehingga kadang-kadang saya risau suami ambil mudah apabila menjaga anak-anak. Kalau mengikut cerita suami ketika itu kucing berada di hadapan Damia dan suami di belakang kucing, kedudukan mereka begitu. Tentu dia tidak sangka kucing itu tiba-tiba akan menyerang Damia. Tetapi kalau saya, lebih suka expect the unexpected.

Bila kita expect the unexpected kita akan jadi lebih berhati-hati. Tentu ada bezanya antara kedudukan suami di sebelah Damia atau di belakang kucing. Kalau suami saya ada disebelah Damia, agaknya kucing itu berani atau tidak mahu menyerang? Tapi semua ini sudah takdir Allah SWT. Saya redha. Mungkin Allah SWT mahu mendidik kami supaya lebih berhati-hati. Supaya kami menjadi insan yang lebih baik. Tolong doakan Damia cepat sembuh dan semoga kami sekeluarga di lindungi dari segala perkara yang buruk.

Berhati-hatilah pembaca semua, expect the unexpected. Pastikan anak-anak anda sentiasa selamat. Sekiranya anak kami di hadapan mata sahaja sudah boleh tercedera, apatah lagi sekiranya tiada di depan mata? Semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya selalu. In Shaa Allah.

Jom membeli belah di kedai online kami www.nhdbabyshop.com


Saturday, March 14, 2015

Suri Rumah

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Suri rumah pun satu kerjaya, pekerjaan yang gajinya amat lumayan tapi bukan kat dunia, di akhirat.

Mana ada suri rumah duduk sahaja goyang kaki, tidur pun tak sempat. Orang keje pejabat gaji ribu riban pun banyak lagi masa siap ada boleh ngular.

Jadi suri bekerjaya dari rumah lagi huru hara. Masa packing barang paling mencabar. Kita pack barang anak pack sama. Bangun subuh hari plan nak buat keje dia bangun sama. Rumah tak tahu berapa puluh kali kemas sepah sehari. Kerjaya yang sungguh sibuk! Tapi saya suka! 

Ramai memandang rendah pada suri rumah, dikata tidak bekerja. Kalau tidak bekerja anak siapa mahu jaga? Suami siapa mahu urus? Rumah siapa mahu kemas? Kain siapa mahu basuh? Mop lantai? Makan siapa mahu masak?  Kain siapa mahu sidai? Lipat kain? Anak siapa mahu didik? dan banyak lagi kalau nak ditulis.

Sekiranya anda pernah memandang rendah pada kerjaya seorang suri rumah atau anda suri rumah tetapi merasa rendah diri, sila ubah persepsi.

Kerjaya suri rumah la kerjaya paling kaya. Di dunia anda kaya dengan kasih sayang kerana sehingga sanggup mengorbankan segala-galanya demi suami dan anak-anak. Di akhirat andalah jutawan kerana terlalu banyak pahala yang dibuat di dunia.

Keyakinan diri itu penting, yang lahir dari dalam diri sendiri tanpa siapa beri. Yakinlah sayang, redhalah sayang. Allah ada untuk kamu.

Jumpa lagi di www.nhdbabyshop.com

Friday, March 13, 2015

Hidup Berubah Dengan Babywearing Gear

Dulu saya ada kat gambar pertama dan kedua.

Pernah kerana berebut nak bawakan stroller dengan kak Wan Na Wzamry sampai kain Wanie Nie terkoyak sangkut kat escalator. Masa tu ada event shaklee di Putrajaya dan suami demam chicken pop.

Huru hara bawa anak tanpa suami.

Sekarang dah ada pada gambar terakhir tu. Semua jadi mudah. Lagipun Ammar membesar bagai juara. Sejak pantang lagi ummi dah kalah bab dukung manual.

Jom sertai kami. Kalau minat Brand Onya jangan segan silu beli kat www.nhdbabyshop.com. Ready stock available.

Wednesday, March 11, 2015

Eksplorasi Bersama Anak-Anak

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Anak-anak perlu didorong dan dipimpin untuk mengenali dunianya. Perbanyakkan aktiviti fizikal bersama anak-anak.

Terkesan saya apabila membaca entri salah seorang kawan yang juga merupakan guru tadika di Facebook. Beliau menyeru ibu bapa membuat ulangkaji pembelajaran untuk anak-anak sekurang-kurangya lima minit sehari.

Tegas beliau anak-anak terutamanya yang dibiarkan bermain ipad atau gadget tanpa kawalan lemah dalam daya mengingat, senang lupa apa yang di ajar.

Sistem motor anak-anak seperti ini juga lemah pada hemat beliau. Betul la tu, apabila anak fokus pada ipad sahaja, aktiviti fizikal kurang, logiklah kalau sistem motor lemah kerana bermain Ipad atau telefon pintar, tiada kemahiran lain diperlukan kecuali kebolehan slide sahaja.

Oleh itu, saya menyeru marilah kita sama-sama memperbanyakkan aktiviti fizikal bersama anak-anak dan mengurangkan kebergantungan kepada pengunaan gadjet.

Memang adakalanya pengunaan gadjet adalah penting sebagai alih perhatian di saat kita sibuk memasak, makan di luar, menghadiri majlis keramaian dan sebagainya. Supaya anak-anak tidak bosan, mengamuk atau lebih senang diuruskan.

Tetapi kita perlu ingat bahawa sesusah mana pun menjaga dan menguruskan anak-anak, segala aktiviti fizikal itu adalah sangat menambah nilai dalam kemahiran motor dan perkembangan minda anak-anak. Dengan bermain dan belajar anak-anak dapat meneroka dan menambah kemahiran atau ilmu baru. Malah, pada zaman ibu bapa menjaga kita dahulu tiada satu pun gadget yang digunakan namun mereka masih mampu menghasilkan kita pada hari ini.

Fikir semula, jika di didik tanpa gadjet dan dorongan fizikal dan mental yang penuh kita rasa hidup ini sukar untuk diuruskan. Dengan latihan yang penuh juga pembelajaran masih susah. Bagaimana pula anak kita yang di didik sedemikian rupa? Bagaimanakah mereka dapat menghadapi persaingan dan merentasi cabaran dalam arus pembangunan yang semakin pesat pada hari ini?

Saya juga masih banyak harus diperbaiki dalam mendidik anak-anak. Sebagai ibu bekerja dari rumah saya masih ada kebergantungan kepada pengunaan gadjet di saat sibuk mengemas, di saat kecemasan seperti perlu ke tandas atau perlu memasak. Buat masa sekarang, saya cuba untuk berubah sedikit demi sedikit, langkah pertama saya adalah menutup astro. Walaupun atas desakan suami kami akhirnya menggunakan njoi tetapi itu lebih baik berbanding astro.

Saya juga banyak menghadkan penggunaan televisyen kepada siaran ilmiah seperti Tanyalah Ustazah atau Tanyalah Ustaz di TV9, Rancangan berbentuk ceramah agama dan perbualan isu semasa di TV Al Hijrah dan banyak lagi. Hanya jarang-jarang sekali kami menonton cerita. Dan yang paling penting, kebergantungan kepada siaran ulangan seperti drama bersiri atau sinetron juga tiada langsung. Kenapa? Sebab itu semua membazir masa saya dan anak-anak.

Saya doakan kita semua dapat menjadi ibu bapa yang lebih baik dari hari ke hari. In Shaa Allah.

Jumpa kami di www.nhdbabyshop.com

Tuesday, March 10, 2015

Sepasang Anak, Suami dan Saya

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Cukup bahagia apabila tidak perlu penat memikirkan pembahagian masa antara kerjaya, anak-anak, suami dan rumahtangga. Cukup bahagia. .

Mulalah berangan-angan agar segala usaha sebelum ini berbaloi. Saya cuma tumpukan pada anak-anak, rumahtangga dan suami tetapi duit tetap masuk. In Shaa Allah, semua boleh berlaku dengan izin Allah SWT. Sekarang, anak-anak, suami dan rumahtangga keutamaan saya. Lebih bahagia begini, jadi tidak perlu terkejar-kejar untuk siapkan kerja. Cuma tetap berdoa Allah SWT kurniakan saya masa untuk siapkan kerja-kerja penting kedai dan segala urusan dipermudahkan-Nya. Amin...amin Ya Robbal Allamin.

Pagi ini saya cuba bangun awal untuk mengemaskini website www.nhdbabyshop.com kerana ramai pelanggan bertanya. Jika saya kemaskini sahaja, tidaklah saya kelam kabut nanti. Tinggal terima tempahan, semak bayaran dan buat pengeposan sahaja.

Tidak mahu menjadi hamba yang kufur nikmat, sebelum mula kerja saya solat dua rakaat dan mengaji dahulu tetapi baru selesai solat si tuan puteri dah menempel atas riba. Aduhai anak. Selesai mengaji semuka dua, sang putera pula bangun. Dugaan sungguh. Kerja belum mula tu. Si kakak kejutkan ayah, tapi ayah biasa lah masih lena tidur. Suami kesayangan saya gemba  bumi jadi pun dia tetap mahu rehat dan tidur. Anak-anak sudah bangun seawal 4.30 pagi.

Tapi saya rasa dia tidur lambat malam tadi, belajar selok belok saham katanya. Pensyarah Perbankan Islam la katakan, nak mengajar kenalah ada pengalaman baru boleh beritahu. Saya sendiri lebih suka pembelajaran berasaskan pengalaman berbanding teori.

Semasa bekerja sebagai jurutera projek dahulu saya tidak memandang jawatan besar dan selesa berkawan dengan orang lama tak kira apa jawatan, urusan saya sangat mudah apabila belajar dengan orang berpengalaman. Apa yang silap saya jadikan tauladan, apa yang betul saya jadikan panduan. Sudahnya, saya menjadi kesayangan semua. Agaknyalah. Kalau tidak, takkan ada yang sentiasa menyokong saya dan nak berhenti juga penuh cabaran. Beberapa kali surat permohonan berhenti kerja kena campak masuk tong sampah. Sudahnya saya terpaksa gunakan paksaan dengan bantuan setiausaha syarikat yang saya kenal rapat.

Masa tu impian saya hanya satu, mahu syurga Allah SWT melalui usaha menjadi isteri dan ibu yang solehah. Macam mudah sahaja saya berimpian. Tapi hakikatnya banyak lagi cabaran menanti apabila mengorbankan kerjaya yang bagus dan mempunyai ijazah yang juga bagus.

Adatlah bila ada yang menuduh saya malas bekerja, memaksa saya bekerja dan macam-macam lagi pandangan buruk.  Walaupun hakikatnya tiada seorang pun yang saya beri hak untuk menilai kehidupan kami. Padahal mereka tidak tahu bahawa kerjaya Jurutera Projek lah yang paling saya suka. Saya mengorbankan apa yang paling saya suka untuk sesuatu yang tidak pasti pada ketika itu. Keyakinan saya hanya pada Allah SWT.

Malah sehingga sekarang saya masih belum puas hati dengan rentak kehidupan kami. Masih mencari nada yang betul. Kekuatan saya untuk terus bertahan pada ketika ini hanyalah ibu yang saya cintai yang sentiasa menjadi teman baik dan menyokong saya dari segala segi. Beliau juga berkorban demi saya, suami dan anak-anak. Bayangkan sekiranya saya jurutera yang berjaya, sudah tentu beliau hidup senang. Tapi kini, beliau masa sama seperti dahulu, masih berdikari menoreh mencari rezeki di usia 61 tahun.

Bukan kata saya dan adik beradik tidak memberi wang tetapi hebatnya ibu kami, dia tidak pernah meminta duit dari anak-anak. Katanya, apabila anak-anak mengirimkan wang dia gembira, itu tanda ingatan anak-anak. Kadang-kadang, duit yang kami hantar dibiarkan terkumpul dalam akaun bank sehinggalah beliau benar-benar memerlukan seperti jatuh sakit atau inginkan sesuatu yang memerlukan kos yang banyak seperti memasang jeriji besi di rumah atau membaiki rumah. 

Cuma apa yang buat saya sedikit ralat adalah sekiranya saya mempunyai kewangan yang kukuh sudah tentu saya dapat memberi sebab supaya beliau berhenti bekerja kerana selama ini hanya saya yang menjadi teman baik dan saling menyokong. Malah berbohong kepada saya atas dasar terpaksa sahaja ibu tidak mampu.

Berbalik kepada cerita pagi tadi, sudahnya saya kemaskini website dengan Ammar yang tidak lekat dipegang dan Damia yang mengemaskan barang kedai. Cabaran sungguh bila bekerja dengan anak-anak. Bangun awal pun masih lagi ingin menemani. Duhai anakku sayang, jadi ummi kena banyak bersabar. Itu sahaja rahsianya, jangan tanya lebih. Apa-apa pun kuncinya hanya bersabar. Kalau hilang sabar, macam-macam boleh jadi.

Yang ajaibnya, dalam kesusahan itu saya dapat menyiapkan kemaskini website seadanya. Tidaklah masih pada tarikh promosi 18/2/2015 lagi segala banner yang ada. Syukur pada Allah SWT.

Baju kerja suami sudah siap digosok dari semalam lagi, sengaja lebihkah untuk beberapa hari supaya dapat jimatkan elektrik. Sebagai jurutera elektrik saya memang tahu penggunaan alatan pemanas seperti seterika elektrik tinggi penggunaan pada peringkat pemanasan. Kemudian baru stabil. Jadi nak jimatkan elektrik silalah gosok banyak baju dalam satu masa. Jika mampu gosok untuk tempoh penggunaan seminggu terus.

Hari ini suami mohon pergi kerja awal, tidak sempat sarapan. Setengah jam lebih awal kerana katanya banyak kerja. Damia pura-pura terbaring sakit kaki mohon ayah angkat. Tapi sebenarnya kami tahu dia mahu ikut ayahnya pergi kerja. Terlebih panjang pula akal sang puteri sejak akhir-akhir ni. Sudahnya si ayah bawa pergi punch card dan hantar balik semula.

Suami pergi kerja, saya pula memasak pulut kuning untuk dipadankan dengan rendang semalam. Juga guna noxxa (perkhidmatan kutu disediakan). Pagi-pagi makan pulut kuning? Kalau anda mahu tahu, di kelantan kami ada menu pulut pagi. Jadi apa beza?

Kata orang tua-tua sebab itulah kulit orang kelantan cantik-cantik. Fakta atau auta tidak pula saya berminat untuk kaji buat masa ini.

Selepas siap bersarapan anak-anak pula meragam minta perhatian. Mengantuk kerana bangun awal. Duhai anak. Layankan Ammar bagi lena, Damia pula minta layanan, layankan Damia bagi lena, Ammar pula terjaga. Tengok jam dah pukul 11 pagi. Telefon mengadu pada suami sudahnya habis macam tu je masa saya harini. Dalam hati tetap berdoa mohon Allah SWT permudahkan.

Tapi ajaibnya kuasa Allah SWT selepas tu anak-anak senang diuruskan walaupun tidak tidur. Saya sempat menyapu satu rumah dan mengelap. Siap layankan anak belajar guna VCD Pembelajaran Al-Furqan dan memgemas dapur. Hampir sahaja waktu suami balik makan tengahari anak minta layanan lagi. Yang tinggal hanya memasak. Jadi, suami tolong masak nasi tanpa dipinta.

Berterima kasih sangat sebab suami sudah lebih ringan tulang membantu saya sekarang. Tidaklah langsung tidak dibantu sebelum ini tetapi cuma sekarang, saya gembira suami lebih memahami. Menolong tanpa dipinta. Alhamdulillah.

Apabila anak sudah terurus, saya mula masak untuk makan tengahari guna noxxa. Sesuai untuk yang mahu makan yang istimewa tetapi cepat. Ummi masak kambing grill siap dengan sos istimewa dan sup sayur untuk suami, tambahan ikan masin goreng pula untuk saya. Itupun resipi entah ke mana. Main buat sahaja, nasib baik jadi. Itulah ajaibnya periuk noxxa ni. Perut kenyang makan sedap. Saya memang suka sangat makan kambing grill semenjak mengandungkan Ammar. Putera hebat saya. Tetapi memasaknya sendiri baru pertama kali. Menjadi dengan periuk noxxa.

Suami pastikan saya selesaikan urusan mandi dan solat sebelum pergi kerja semula lagi. Sangat berterima kasih. Selesai semua bermulalah urusan perang saya dan anak-anak semula. Penuh cabaran tapi saya suka. Penat lelah ini tidak mahu saya pedulikan. Yang penting saya ikhlas kerana Allah SWT. Biar susah sekarang asal di akhirat nanti senang. In Shaa Allah.

Jumpa lagi.

www.nhdbabyshop.com

Monday, March 9, 2015

Damia oh Damia..

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Kebiasaannya kalau ayah tak sibuk,bila petang ayah akan mandi dan siapkan si kakak, ummi pula siapkan si adik.

Tapi petang ini ummi sibuk sikit, jadi ayah dapat siapkan kakak dulu cantik-cantik. Lepastu ayah offer nak siapkan adik sama dengan syarat ummi yang kene mandikan.

Lepas mandikan adik dalam bath tub dan hantar pada ayah untuk disiapkan, hati ummi berbunga-bunga jalan ke dapur sebab ayah ringankan kerja ummi. Dalam otak fikir nak kemas tempat mandi adik tadi dan nak masak sup telur dan kentang untuk tambahan menu makan malam.

Sekali tengok si kakak berendam dalam bath tub adik yang penuh air siap berpakaian lengkap dan keropok di mulut (ala-ala orang kaya).

Ummi letak tangan kat dada tahan sabar, masuk bilik siapkan adik dan minta tolong ayah tengokkan kakak dengan penuh rasa kecewa.

Sabar ajelah yang mampu.

Utamakan Allah SWT Dan Keluarga

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sudah sehari dua tidak menulis, terasa rindu yang amat. Tetapi setiap kali memegang telefon pintar, ada sahaja kehendak anak yang perlu dituruti. Sampaikan, saya rasa saya perlu merujuk pada yang pakar kerana banyak betul tugasan kedai yang tertangguh kerana kesuntukan masa.

Kata sifu ABDR saya Kak Masayu, jangan bagi masa yang kawal kita tetapi biar kita yang kawal masa. Ada benarnya, tetapi hati degil saya mengatakan, bukan saya bagi masa yang kawal saya tetapi anak-anak mengawal saya, bos besar saya. Kerana penyebab kesuntukan masa itu adalah kerana anak-anak masih kecil, sedang aktif dan perlukan lebih perhatian.

Mana tidaknya, Ammar sudah pandai maju ke depan. Sekejap sahaja sudah mahu jatuh tilam. Langsung tidak boleh leka. Si kakak pula kuat sedang aktif dengan pelbagai aktiviti dan perlu pantauan. Mengusik dan mengajuk adik pun kuat juga. Ada masanya datang geram sayang pada adik dipeluknya kuat-kuat. Adik yang lemas tapi bukan salah kakak, dia masih belum faham apa itu timbang rasa. Menjadi tanggungjawab saya dan suami untuk menjadi lebih prihatin. Terutamanya saya yang ada dengan anak-anak dua puluh empat jam sehari, tujuh hari seminggu.

Dalam masa yang terhad dan impian besar saya untuk menjadi suri bekerjaya yang mempunyai sumber kewangan yang stabil, saya jadi terbeban tanpa saya sedari. Sedaya upaya mencari masa untuk menyiapkan kerja-kerja kedai yang tergendala. Saya lemas dalam tugasan harian tanpa teman, tanpa pembantu kerana suami juga kebetulannya sibuk dengan kerja-kerja audit.

Tapi semalam saya terbaca satu artikel daripada salah seorang pembekal yang juga saya anggap mentor kerana dari beliau juga saya banyak belajar. Beliau yang lebih lama dalam perniagaan online dan mempunyai empat anak kecil telah berkongsi pengalaman dan apa yang telah dipelajari selama ini.

Antara intipati perkongsian beliau yang terkesan di hati saya adalah tentang mengutamakan Allah SWT, urusan keluarga dan mendidik anak-anak terlebih dahulu kemudiannya baru selesaikan urusan kerja kedai online. Redha Allah SWT terletak pada ibadah yang paling utama patut kita dahulukan.

Inilah jawapan yang saya cari-cari sebenarnya, saya telah ada kedai online di www.nhdbabyshop.com, page NHD BABY SHOP dan akaun peribadi Nhdbaby Diyana. In Shaa Allah kalau Allah SWT nak beri rezeki, peluang sentiasa terbuka. Jadi, saya utamakan keluarga saya terlebih dahulu. Selebihnya, saya mohon pada Allah SWT untuk beri saya rezeki.

Hari ini saya bangun menyelesaikan urusan rumahtangga seperti menyiapkan suami ke tempat kerja, sarapan, memandikan, mendidik dan menidurkan anak-anak dengan lebih tenang. Dengan mind set yang baru. Di samping tidak putus-putus berdoa semoga Allah SWT permudahkan urusan saya, murahkan rezeki saya dan beri saya masa untuk selesaikan kerja kedai online saya.

Friday, March 6, 2015

Pukul Anak Bukan Ajaran Islam

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Pagi ini sengaja buka Tanyalah Ustaz di TV9 sebagai makanan ilmu. Ia, setiap manusia perlukan makanan rohani untuk meneruskan kehidupan harian.

Makanan fizikal senang sahaja didapati, asal ada bahan sahaja boleh masak guna noxxa dengan cara paling mudah; campak-campak sahaja kemudian setting mode dan masa yang diperlukan. Cukup masa, siap dan boleh dimakan.

Makanan rohani pula hanya boleh didapati melalui pembacaan, audio dan video ceramah agama dan motivasi yang memberi ilmu. Sekarang sangat mudah didapati, buka sahaja televisyen tapi ramai sangat yang terlalu sibuk untuk makanan rohani menjadikan motivasi untuk hidup kelaparan. Sudahnya hidup rasa susah dan perit.

Berbalik pada ilmu yang saya dapat melalui rancangan Tanyalah Ustaz pagi ini yang bertajuk "Anakku Penyejuk Mataku" tapi mengenai anak-anaklah.

Apa yang saya tertarik dan teringin untuk berkongsi dengan pembaca adalah ustaz pemberi ceramah ada menyatakan bahawa memukul anak bukanlan ajaran islam, marah-marah anak juga bukan ajaran Islam.

Saya bukanlah ustazah tetapi apa daripada apa yang diberitahu katanya memanglah Islam ada menyatakan anak berumur 10tahun boleh dipukul (dari lutut ke bawah) apabila tidak mahu bersolat tetapi tiada satu hadis pun yang dijumpai Rasulullah SAW memukul anak-anak.

Hal pukul dengan niat mengajar dari lutut ke bawah sahaja kita selalu lupa. Bila sudah pukul tentulah kerana marah. Tiada lagi niat untuk mendidik kerana Allah SWT. Hentak sahaja tanpa belas kasihan. Semua kerana hasutan syaitan. Jangan kata pukul, kalau marah sahajapun dah lupa diri.

Saya sendiri sentiasa mengawal diri apabila marah, sebolehnya biar hanya gunakan mulut kerana bimbang hilang sabar. Atau buat tidak tahu sahaja. Fikiran saya, setting minda saya, "Anak tidak tahu apa-apa, bila pukul nanti sakit sahaja, nanti ganggu emosi anak". Inilah kata-kata yang ibu saya sentiasa ingatkan kepada kami adik beradik dan yang selalu saya cakap pada suami dan fikir untuk anak-anak. Syukurlah, saya ada ibu penyayang yang selalu jadi sahabat dan pengingat setia.

Terima kasih ma yang tersayang. Harini hari lahir ma. Sekejap lagi mahu telefon ucap kasih sayang. Semalam dah nyanyi-nyanyi sama-sama anak. Awal sehari.

Jadi, saya menyeru diri anda dan saya, walau apa pun berlaku elakkan memukul anak. Kerana itu bukan ajaran islam. Jika tersilap itu tidak apa-apa, kita manusia biasa. Hanya minta maaf pada anak-anak. In Shaa Allah tak jatuh ego kita, malah anak-anak akan lebih menghormati dan menjadi anak- anak yang lebih baik.

Temui kami di www.nhdbabyshop.com

Thursday, March 5, 2015

Drama Anak

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Pemberi cabaran pagi ini.

Menangis ikut ayah pergi kerja. Siap jalan kaki ikut ayah. Macamlah dia tahu pejabat ayah dekat mana. Eh, ke tahu?

Budak bijak pandai. Akhirnya pujuk dapat pergi taman permainan. Kerja ummi selonggok atas meja. Nasib baik ummi kerja di rumah.

Alahai anak. Jadi ibu bekerja dari rumah beginilah. Penuh dengan drama bersama anak-anak.


Layari www.nhdbabyshop.com, pusat belian anda. 

Monday, March 2, 2015

Sampai ke Rumah Kami Syurga Kami

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Lebih kurang jam lapan malam akhirnya sampai juga kami ke rumah. Perjalanan jauh dari Ketereh, Kelantan ke Nilai, Negeri Sembilan. Tak sabar-sabar nak sampai ke rumah sebab keadaan badan kurang sihat. Dalam otak cuma fikir nak rehatkan badan yang demam dan rehatkan anak-anak.

Hanya rumah kuarters sahaja tapi syukurlah ada juga tempat berteduh. Rumah kami, syurga kami, tempat di mana kami berempat ada bersama. Semoga suatu hari nanti berjaya memiliki rumah sendiri, In Shaa Allah.

Sekali sekala balik ke kampung memang seronok, tapi nak uruskan balik kehidupan bercuti lama di kampung juga ada cabarannya. Tambahan pula apabila badan tidak sihat. Tapi kali ini In Shaa Allah lebih tenang. Yang penting buat sahaja. Nanti Allah SWT bantu.

Doakan kesembuhan kami sekeluarga ye para pembaca. Jumpa lagi di lain masa.

Sunday, March 1, 2015

Khidmat Seorang Ibu

Sekarang dah pukul 12:38 pagi, anak-anak, suami dan ibu tercinta sedap tidur dah. Tapi memandangkan esok kami sekeluarga akan pulang ke nilai meninggalkan kampung halaman jadi tidam mahu kelam kabut saya mengemas pada malam hari apabila anak-anak sedang tidur.

Suami pun ada membantu sebentar tadi, tapi orang lelaki mana faham kerja orang perempuan ni. Ingat lagi ketika Damia masuk wad untuk pemantauan keracunan makanan sehari sebelum tarikh jangka bersalin Ammar. Sesuatu yang tidak dijangka tetapi bila minta suami balik ambil keperluan dan baju sehelai dua tanpa menulis details, itulah yang dibawanya, sehelai dua baju tanpa sabun, tuala dan lain-lain. Pampers anak pun tidak dibawa sampai terpaksa beli.

Kelakar bila diingat semula tetapi itulah suami yang saya sayangi. Buruk baik itulah sumber kebahagiaan saya. Jika dia sakit, sakitla diri ini. Jika dia penat, penatlah saya. Tetapi saya pernah mendengar ceramah agama dari seorang pendakwah luar negara suatu ketika dahulu, lelaki memang hanya boleh melakukan satu perkara sahaja pada suatu masa. Lain pula orang perempuan, sebolehnya semua kerja mahu dilakukan dalam masa yang sama. Dan fakta ini diakui oleh suami saya sendiri.

Dirasakan kalau suami dan saya melakukan kerja-kerja rumah di hujung minggu, dah berpuluh kerja yang saya buat. Suami dari pagi ke petang hanya satu atau dua kerja yang dibuat. Kalau diberitahu suruh lakukan perkara lain yang lebih penting juga tidak mahu.

Bising-bising pun tiada gunanya, nanti dikatakan mahu dia lakukan semua dalam satu masa. Walaupun kita hanya cakap sahaja, maksudnya bila ada kelapangan baru buat. Tetapi suami akan faham mahu segera dilakukan. Jadi, berhati-hatilah para ibu semua. Kene faham fakta ini.

Jadi ibu dan isteri mesti kene banyak berkorban. In Shaa Allah ada ganjaran yang lebih di kemudian hari nanti, kalau pun bukan di dunia, di akhirat nanti pasti.

Khidmat Seorang Ibu

Sekarang dah pukul 12:38 pagi, anak-anak, suami dan ibu tercinta sedap tidur dah. Tapi memandangkan esok kami sekeluarga akan pulang ke nilai meninggalkan kampung halaman jadi tidam mahu kelam kabut saya mengemas pada malam hari apabila anak-anak sedang tidur.

Suami pun ada membantu sebentar tadi, tapi orang lelaki mana faham kerja orang perempuan ni. Ingat lagi ketika Damia masuk wad untuk pemantauan keracunan makanan sehari sebelum tarikh jangka bersalin Ammar. Sesuatu yang tidak dijangka tetapi bila minta suami balik ambil keperluan dan baju sehelai dua tanpa menulis details, itulah yang dibawanya, sehelai dua baju tanpa sabun, tuala dan lain-lain. Pampers anak pun tidak dibawa sampai terpaksa beli.

Kelakar bila diingat semula tetapi itulah suami yang saya sayangi. Buruk baik itulah sumber kebahagiaan saya. Jika dia sakit, sakitla diri ini. Jika dia penat, penatlah saya. Tetapi saya pernah mendengar ceramah agama dari seorang pendakwah luar negara suatu ketika dahulu, lelaki memang hanya boleh melakukan satu perkara sahaja pada suatu masa. Lain pula orang perempuan, sebolehnya semua kerja mahu dilakukan dalam masa yang sama. Dan fakta ini diakui oleh suami saya sendiri.

Dirasakan kalau suami dan saya melakukan kerja-kerja rumah di hujung minggu, dah berpuluh kerja yang saya buat. Suami dari pagi ke petang hanya satu atau dua kerja yang dibuat. Kalau diberitahu suruh lakukan perkara lain yang lebih penting juga tidak mahu.

Bising-bising pun tiada gunanya, nanti dikatakan mahu dia lakukan semua dalam satu masa. Walaupun kita hanya cakap sahaja, maksudnya bila ada kelapangan baru buat. Tetapi suami akan faham mahu segera dilakukan. Jadi, berhati-hatilah para ibu semua. Kene faham fakta ini.

Jadi ibu dan isteri mesti kene banyak berkorban. In Shaa Allah ada ganjaran yang lebih di kemudian hari nanti, kalau pun bukan di dunia, di akhirat nanti pasti.