Friday, April 29, 2016

Kakak Cakap Nama Penuh

Teks: Nurul Diyana Mohamed. 

Saja nak tulis nota. Kakak dan boleh cakap  nama sendiri dengan penuh malam ni. 

Selepas balik makan tiba-tiba dengar dia membebel nama saya Nurul Hana Damia. Masuk rumah, tanya lagi, "Siapa nama kakak?" Dia balas "Nurul Hana Damia" 

Ok, officially tuan puteri dah boleh sebut nama penuh sendiri. Mashaa Allah. Hebat betul Hana. 😊

------------

Dapatkan cadar kalis air sekarang dengan WhatsApp 013 9747810 


Kawan Kata Kecil!

29 April 2016, Jumaat. 

Harini memang best. Ada rakan lama semenjak belajar di Universiti sama-sama datang rumah. 

Kali terakhir kami berjumpa adalah di majlis perkahwinan rakan baik kami sekitar 3 tahun yang lalu. Selepas itu tidak pernah jumpa lagi kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. 

Beliau meneruskan kerjaya sebagai jurutera dan saya berpindah mengikut suami ke Nilai, Negeri Sembilan. 

Beliau kata saya sudah mengecil. Siap bimbang saya sakit lagi, saya memang tidak pernah sekecil ini, walaupun kurus! 

Sebab lemak badan tinggi sekeliling organ, walaupun saya kurus, bahagian dada dan peha tetap besar. Yang menyebabkan terpaksa pakai tudung dan baju besar. Sebab nak elak nampak seksi. Sudahnya nampak gemuk! yang mana memang sangat memalukan dan terasa sangat bila ada orang mengata. 😁😁

Alhamdulillah kehidupan kini sudah jauh berbeza. Walaupun mentaliti belum lagi 100% tapi ilmu pemakanan dan gaya hidup sihat ini banyak menyelamatkan saya dari kehidupan masa silam. 

Tetapi tiada satu zarah pun yang bergerak tanpa izin Allah SWT. 

Terima kasih Allah! 

Travelong Kurus Sihat. 
www.nhdbabyshop.com

Thursday, April 28, 2016

Didik Anak Cara Positif

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: FB Dr Zaharudin


Nak buat ni mula-mula memang susah. Tapi bila dah terbiasa nikmatnya Allah SWT sahaja yang tahu. 

Anak tu pula tukang ingatkan kita bila kita lupa. 

Anak tu juga yang pesan pada adiknya benda yang sama. 

Beri semangat pada ayah bila ayahnya kecewa. 

Kadang-kadang orang tak faham yang percakapan tu doa. Apa yang kita fikir, cakap tu semua doa. 

Bila fikir bukan-bukan, tercakap bukan-bukan cepat-cepatlah sambung cakap "Nauzubillah..." 

Moga-moga perkara yang kita cakap tu tidak berlaku. 

In Shaa Allah. 

Nurul Diyana Mohamed
Satu perkara yang berjaya konsisten.
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Wednesday, April 27, 2016

Cuti FREE

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Agensi 


Bandung FREE KOS 
( Limited )

Jakarta Bandung FREE KOS ( Still available )

FREE !! FREE !! FREE !! FREE !! FREE !! FREE !! FREE !!
( Myat/0010000/kn16 )

Sah hingga 30/4/2016
( 5 group terpantas shj )
 
Anda = Bawa duit poket je.
Anda jadi team leader- cari 5 org je utk join group anda.

Anda BOOKING dulu RM 500 p/group. Slow2 cari team. Date ikut anda je. Nak FREE anda kena komitment dulu bayar deposit  & deposit tu refundable/dikembalikan bila team anda dah bayar.

Jakarta - Bandung :
Kawan anda cuma bayar RM 899 seorg All-In. 4h3m termasuk :
Tiket flight pergi blk
Hotel 3 mlm
Transport 4 hari
Breakfast
Driver cum tour guide
Tipping

Jom WhatsApp 013 715 9522 (En Othman) untuk mendaftar. 

Fb : Cuti Budget Murah/ Pakej Jakarta Bandung Murah

Sakit Itu Penghapus Dosa

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed


Jalan terakhir,  sekian lama menahan sesak dada akhirnya ke klinik jua.

Ini kalau tak baik juga kena pergi buat X Ray katanya. 🙈🙊

Kalau hendak diikutkan sayalah orang yang paling pantang hendak menelan segala ubat-ubatan dadah ni. Semalam doktor mahu bekalkan inhaler juga saya tidak mahu. Tidaklah kebergantungan sampai ke situ. 

Tetapi semangat saya tidak pernah sakit, usaha menaikkan cadar kalis air, menambah nilai dalam kehidupan orang lain yang memerlukan masih berjalan seperti biasa, usahasama cuti-cuti budget bersama suami juga baru bermula dan akan terus berkembang In Shaa Allah. 

Perniagaan Cadar Kalis Air dan NHD Baby Shop sekarang adalah melalui sistem jualan, sistem baru sahaja siap dan sudah digunakan. Kini para pelanggan akan menerima tracking melalui sistem jualan terus ke inbox sms.

Satu lagi projek lama yang akan di tambah baik adalah website kami di www.nhdbabyshop.com akan ditambah produk dan diuruskan sistem dengan lebih baik. In Shaa Allah. 

Sakit ini juga Al sebab dari ingatan Allah SWT, tidak menjaga kesihatan sepanjang melaksanakan kerja yang bertimbun ini. Sikap gila kerja semasa masih bergelar jurutera masih lagi belum luput. Hampir terlupa yang badan juga perlukan rehat yang cukup. In Shaa Allah selepas ini akan lebih beringat. Moga-moga. 

Doakan saya cepat sembuh dan segala urusan adalah lancar. Amin.

Promosi Cadar Kalis Air (Waterproof Mattress Protector) ini juga masih berlangsung kepada yang masih berminat. 




Nurul Diyana Mohamed
Sakit itu penghapus dosa. 😊
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Ingin Redha Ibu

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Menangis baca cerita ini. 😭😭😭 

-------------

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah. 

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah. 
Kami banyak buat salah pada ayah". 

Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.

-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik - Karyawan Bisu

P/S: Jika anda menyukai artikel ini sila kongsikan kepada kawan-kawan anda terima kasih.

-----------------

Termenung memikirkan mungkinkan ada dosa yang tidak diampunkan.. Ya Allah.. kau ingatkanlah aku jika ada.. 

Amin Ya Robbal Alamin. 



Nurul Diyana Mohamed
Anak yang ingin redha ibu dunia akhirat.. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Monday, April 25, 2016

Cadar Kalis Air - Promosi Potongan Harga!

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed. 

Kepakaran kami adalah membantu ibu bapa atau individu yang mempunyai masalah penjagaan tilam. Antaranya penjagaan orang sakit, penjagaan anak-anak, penjagaan orang tua, anak-anak di asrama, anak kencing tilam dan lain-lain.  

Tawaran potongan harga ini agak ekslusif sebenarnya tetapi memandangkan sambutan adalah menggalakkan. Jadi kami buka pada public. 😊


Dapatkan segera selagi stok masih ada. 

Nurul Diyana Mohamed
Cuba memberikan servis terbaik. 
www.nhdbabyshop.com

Order Cadar Kalis Air


Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed


Sedang aerobic pun order masuk. Alhamdulillah. 

Siapa nak #CADAR_KALIS_AIR lagi? Coupon diskaun masih ada lagi. Sehingga 30hb April 2016 sahaja tau. 😊

Nurul Diyana Mohamed
Gaya hidup sihat 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Friday, April 22, 2016

Fyda Rafidah Ibrahim Cuti Bersama Ke Bandung

✔PROGRAM Exclusive BERCUTI  & SHOPPING RAYA bersama ARTIS @ RAFIDAH IBRAHIM 
( Bersama Wartawan pilihan )

✔Destinasi : 
Jakarta - Bandung
Total : 30 terawal shj.

Harga exclusive seorang @ 3 star hotel + Program santai bersama artis anda di Bandung.

Harga ( Giliran booking awal ) 😊
✔1 - 3 pax : RM 1,590 /pax
✔4 - 7 pax : RM 1,650 / pax
✔8 - 10 pax : RM 1,690 / pax
✔> 11 pax  : RM 1,750 / pax

AKTIVITI SANTAI BERSAMA RAFIDAH IBRAHIM :
✔ Dinner special bersama artis + di iringan traditional Indonesia band.
✔ Santai karaoke sambil dinner
✔ Cabutan bertuah @ Dinner + Souvenier kenang-kenangan Bandung setiap seorang.
✔ Sepetang bersama Rafidah di Floating Market sesi berfoto santai / selfie.
✔ Shopping happening bersama Rafidah di pusat borong kulit @ Jln Chibaduyut.

Harga juga Termasuk :
✔ Tiket flight pergi balik ( Lion/Airasia/MAS ) From Klia to Jakarta & Jakarta to Klia.
✔ Hotel 3 mlm di Sukajadi hotel /similar 3 star ( Twin/Tripple sharing )
✔ Transport AC Coach 31/40 seat untuk 4 hari.
✔ Tour Guide.
✔ Breakfast + Lunch + Dinner
✔ Special Dinner exclusive
✔ Tiket lawatan Monas + Ldg Strawbery + Floating Market & Ciater Hot Spring.
✔ Tipping.
SPECIAL :
✔ Tshirt kenangan program percutian istimewa @ Bandung bersama Artis.


ACARA BERSAMA RAFIDAH IBRAHIM :
✔ Hari ke-2 Shopping bersama Rafidah di Factory Outlet Jln Setiabudhi @ Rumah Mode. Lunch 
✔ Hari ke -2 @ After Lunch -  sepetang bersama Rafidah  di Floating Market Bandung + Photo kenang-kenangan di Floating Market bersama Rafidah Ibrahim
✔ Hari ke-3 ; 
Shopping mania pelbagai barangan borong kulit di Jln Chibaduyut @ Exlusive bersama Rafidah Ibrahim
✔ Hari ke-3 :  Special Dinner bersama Rafidah Ibrahim + iringan traditional muzik Ori Indonesia.
✔ Cabutan bertuah special buat peserta yang bertuah.
Grand Prize Istimewa !!
✔ Hari ke-4 : Pagi - sesi bergambar di area hotel bersama Rafidah.

======================
FULL PROGRAM/ITINERARY :
Day 1 ( 26/5/2016 )
Peserta akan berkumpul di Klia2/Klia seawal 4 pagi or 3 jam awal sebelum penerbangan & urusan check- in etc. Wakil kami akan ada di airport.Flight direct to Jakarta.

Wakil kami jemput di Jakarta. Jakarta Sight seeing ke Monas & Shopping di Tanah Abang.
Transfer to Bandung. Check-In Hotel.

Day 2 : ( 27/5/2016 )
Breakfast. Shopping bersama Rafidah di Factory Outlet Jln  Setiabudhi @ Rumah Mode.
Special Lunch bersama Rafidah Ibrahim & 
Sepetang istimewa beraktiviti riadah & santai di Floating Market Lembang bersama Rafidah ibrahim + Sesi bergambar / Selfie etc.

Day 3 : 28/5/2026
Breakfast. Shopping di Pasar Baru + Toko Tiga.
Tengahari : After lunch - Shopping bersama Rafidah Ibrahim di Pusat barangan kulit Jln Chibaduyut.

DINNER SPECIAL : Bersama Rafidah Ibrahim dan lain2 program seperti di maklumkan.

Day 4 :
Breakfast. 
Sesi bergambar kenangan di area hotel.
Check out.
Beli ole-ole Bandung .
Peserta berangkat ke Jakarta. Last shopping di Mangga Dua. Transfer ke Airport.

Home sweet home semoga kenangan terindah terpahat di memori album percutian exclusive bersama Rafidah Ibrahim
End Program ( itinerary ini boleh di ubah tertakluk faktor-faktor yang tak dapat di elakkan .

UNTUK MENYERTAI :
1) Call urusetia
( En Othman)

2) Beri info jumlah peserta 
( Full name + Ic + email )
3) Bayaran deposit RM 600 seorang or boleh full payment.
4) Confirmation booking & copy tiket akan di sent by email.
5) Baki bayaran selewat 14 hari sebelum bercuti.

Ikhlas & program by :
Myaltitute 30 Travel & Tours Sdn Bhd & Prima Travels Sdn Bhd
Kpl/Ln lesen : 6985

Alamat :
No 6003 , 1st Floor
Blue Boy Mansion
Jln Tong Shin
Kuala Lumpur
Fb : Cuti Budget Murah/ Pakej Jakarta Bandung Murah 

Sistem Jualan DIY

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Inilah sebahagian kerja saya dua hari ni. Edit sistem jualan kat website, menghadap cpanel, buat profile bisnes, buat lima page bisnes. 

Dua projek yang datang dalam satu masa. Pengalaman baru yang berharga untuk dunia perniagaan kami. Semoga lepas ini nyawa perniagaan ini lebih terurus dan berjasa buat tuannya dan para pelanggan 😊

Resit dari sistem jualan
yang sangat comel. Hampir sempurna. 

Lagi-lagi dengan logo NHD Baby Shop yang sungguh comel itu 😊

Apa kata anda? 

Nurul Diyana Mohamed
Perlu edit lagi 😅
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Monday, April 18, 2016

Anak Positif

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Seronok ada anak pandai bercakap. 😊

Ayah memang pantang betul masuk KL. Selama kami bermastautin di Nilai lebih 4 tahun ni adalah boleh kira dengan jari turun KL agaknya. Itu pun seingat saya dengan kereta cuma sekali. Naik komuter adalah sekali dua. Itu pun sekejap sahaja sudah ajak balik. 😅

KL dan Jem memang sinonim kan? Semalam ada urusan kerja di tengah Bandaraya KL. Lama juga berkira-kira hendak pergi. Hampir membatalkan rancangan tetapi akhirnya buat keputusan pergi juga. Sebab janji dengan orang. 

Perjalanan pergi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan, tetapi semasa perjalanan balik entah macam mana kami keluar ikut kawasan Lowyat yang sesak. Ayah sudah mula mahu stress, adik pula menangis tidak selesa kerana "poo-poo",  mahu pergi pada ayah.

Kakak Hana pula jadi penenang keadaan; 

Hana: Adik, jangan kacau. Ayah sibuk ni.

Ummi: (cuma mampu tersenyum sambil tenangkan adik). 

Hana sambung lagi; 

Hana: Ayah, you can do it...don't cry! (ummi ajar asalnya) 

Hana terus ulang cakap sampai ayah keluar dari jem. Kadang-kadang dia nampak bangunan tinggi dan dia kata "wow". 

Nampak lampu isyarat merah dia kata "ayah, red means stop!", nampak lampu isyarat hijau "ayah, green! go!" 

Selain tu mulut bising tenangkan ayah, "Ayah, you can do it....don't cry! "

Sudahnya ayah tidak jadi stress pun, hendak tergelak bila anak kata jangan nangis agaknya. Bila keluar dari KL ayah senyum je. Sesuatu yang sukar nak lihat dari wajah ayah kalau masuk KL. Hana memang hebat la! ummi tabik! 😘😘😘

--------------------

Anak-anak boleh bantu kita jadi positif jika kita didik mereka jadi positif. Kadang-kadang anak-anak lah yang mengingatkan kita di saat kita lupa. In Shaa Allah.  

Jadi jika anda tanya tips saya, usahakanlah bercakap positif dengan anak sejak dari dalam perut lagi. Mungkin ada masanya kita kecewa dan tidak mampu jadi positif, merekalah yang akan ingatkan kita. 

Pernah sekali bila saya menangis dan suami pula di luar kawasan berkursus , Hana akan tanya saya "ummi, kenapa?" sambil pegang kat bahu, peluk, tenangkan dan terus bertanya sampai saya jawab dengan tenang. Sesuatu yang saya langsung tidak jangka kanak-kanak 3 tahun mampu lakukan. Saya ingat dia tahu main sahaja. 



Nurul Diyana Mohamed
Ummi yang selalu lupa. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com


Bandung-Jakarta Cuti Budget Termurah

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Agensi Pelancongan Berdaftar. 

Siapa yang ingin pergi bercuti tetapi tidak mampu bayar mahal-mahal, kami ada pakej menarik untuk anda. 

Ini perniagaan suami isteri, bantu orang yang hendak cuti budget. Ikuti pakej percutian murah-murah yang akan kami kongsikan dari semasa ke semasa. 
======================

Bandung
Bandung - Jakarta
Bandung Jakarta JOM CUTI
4h3m pakej TERMURAH

PROMO GEMPAK HABIS !!
SHOPPING RAYA APRIL & MAY DI BANDUNG & JAKARTA.
( Myat/0010000/kn16 )

Myaltitute 30 Travel & Tours Sdn Bhd ( Peneraju pakej bajet ke destinasi Jakarta-Bandung dgn pengalaman melebihi 15 thn )

Date : April - Nov 2016
Per Group 6 orang.
BOOKING TODAY !!

✔All-In 4h3m
( Termasuk tiket flight )
Harga Jakarta - Bandung 
** Dari RM 650 / pax

✔Ground 4h3m
( Tak termasuk tiket flight )
Harga Jakarta-Bandung 
** Dari RM 350 / pax

✔ All-In 4h3m
( Termasuk tiket flight )
Harga Bandung
** Dari RM 850 / pax

✔ Ground 4h3m
( Tak termasuk tiket flight )
Harga Bandung
** Dari RM 299 /pax 

Harga All-In Termasuk : 
1) Tiket flight pergi balik 
( Lion/Airasia/etc ) tanpa bagasi.
2) Hotel 2 star utk 3 mlm 
( Hotel Hyper In/Mine Hotel/Victoria/similar )
3) Transport 4 hari.
4) Breakfast @ hotel
5) Driver cum tour guide
6) Upah pemandu
7) Minyak + Tol + Parking

Harga Ground ** Semua di atas termasuk KECUALI Tiket Flight.

Cadangan Itinerary Jakarta-Bandung 4h3m :
Day 1 :
Wakil kami jemput di airport. ( Ketibaan pagi ) Jakarta sight seeing Monas , Tmn Mini dan Shopping di Tanah Abang.Bertolak ke Bandung. Check in.
** Jika ketibaan Petang/Malam - terus bertolak ke Bandung.

Day 2 :
Breakfast. Lawatan ke Ldg Strawberry & Floating Market. Shopping di Factory Outlet di Jl Riau & Dago.

Day 3 :
Breakfast. Bandung sight seeing di Gedung Sate & Masjid Agung. Shopping di Pasar Baru , Toko Tiga & Jln Chihampelas or Factory outlet Jln Setiabudhi @ Rumah Mode.

Day 4 :
Breakfast. Check out. Beli ole-ole Bandung di Kartika Sari. Bertolak ke Jakarta. ** Jika sempat waktu - last shopping di Mangga Dua.

Note :
1) Itinerary boleh di ubah tertakluk faktor2 tertentu demi kelancaran trip.
2) Jika Itinerary Bandung 4h3m - Tak banyak perbezaan Cuma Day 1 Shopping di Factory Outlet & Check in. 

NAK BOOKING :
1) Untuk booking Ground kos RM 100 seorg.
2) Untuk booking All-In kos , deposit dari RM 350 seorg.
3) Resit & Confirmation Booking akan di keluarkan.



TANYA KAMI : Bagi info
* Destinasi
* Jumlah peserta ( Dewasa + knk2 + infant )
* Date bercuti.
* Nak pakej termasuk or tak termasuk tiket flight.

CALL 0137159522 (Othman)
Whatapps 0137159522 (Othman)
Isteri tukang promote suami tukang buat arrangement. 😊
www.nuruldiyanamohd.com

Sunday, April 17, 2016

Sebelum Tidur

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah segala urusan hari ini berjalan lancar. 

Sebelum tidur kita buat tips yang rakan-rakan KN bagi 

-------

SEBELUM TiDUR
Tak tahan air mata buat ni... 
Sebelum tidur 

Bismillahirrahmannirahim...
"Aku menerima diriku, memaafkan diriku, dan maafkan segala kesalahan orang lain terhadapku. Kerana itu semua adalah proses untuk aku jadi dewasa dan bijaksana serta adalah proses utk aku  membantu orang lain yang melalui apa yang telah ku lalui. 

Terima kasih Ya Allah...

Terima kasih Atas limpah berkah kasih sayang Mu❤"

Baca kuat ulang 3x sebelum tidur
( tarik nafas tenang 3x, bismillah, selawat, doa tidur,niat yang baik2)

Ulang baca ikrar ni sampai tertidur🌹

Ketahuilah semasa kita tidur otak kita adalah level theta. ( ketenangan tertingg) 

Inilah time yang sesuai utk instalion positif energy🚩

Tak faham takpe...
Always positive thinking...

----------

Kena buat tau! 

Nurul Diyana Mohamed
Bersyukur pada Allah SWT
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Saturday, April 16, 2016

Timba Ilmu

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Hujung minggu ini, Allah lorongkan ummi ayah untuk mencari ilmu perniagaan lagi. Mashaa Allah. 

Alhamdulillah Allah SWT lorongkan jalan dan mudahkan urusan kami. Perlawaan kadang-kadang datang tanpa dipinta. 

Hebatnya Allah SWT. Selalu dia beri apa yang kita tidak minta, apa yang terbaik untuk kita. Kita pula minta yang bukan-bukan. Yang hanya kepuasan di masa sekarang. Sebab tu kata-kata orang bijak pandai alim ulamak "Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk kita". 

Mohon doa semua agar segalanya berjalan lancar dan diberi rezeki kefahaman untuk kami hari ini. Amin. 

Segala yang baik semua datang dari-Nya. Tiada satu zarah pun bergerak tanpa izin Allah SWT. 

Nurul Diyana Mohamed
Misi mencari ilmu. 
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Wednesday, April 13, 2016

Tips Kurus

Jarang nak update sini kerana kesibukan kerja, anak-anak dan suami. 

Tetapi misi penurunan berat badan masih berlangsung. Walaupun kadang-kadang terlebih kalori tetapi penurunan berat badan masih terbela. Sebab kita dah tahu pengiraan kalori. Jadi kita akan sentiasa beringat-ingat 😊

Malam tadi timbang tapi malas nak mengira sangat. Nak mencongak pun malas. Saya kira tak sampai 8kg turunnya. Rupa-rupanya sudah 8.8kg. Macam tak percaya sebab cuma target 1kg sebulan. Sebab dalam berniaga saya sudah di latih untuk konsisten. Biar sikit asal konsisten. Istiqamah itu ibarat menanam rumput karpet. Makin hari makin selesa dipijak. 

Target tidak perlu besar. Jika kita terus target besar, akal akan mengakal kan kita. Yang penting konsisten. Biar sikit asal berterusan. Kini dalam tempoh lebih kurang 3 bulan sudah turun 8.8kg. Lemak badan (Visceral Fat) turun lagi. Berbanding dulu berat macam YO-YO naik turun. 

Kepada yang ingin menurunkan berat badan, ingat pesan saya. Konsisten. Biar sedikit usaha asal konsisten. Yang paling penting jadikan cara hidup bukannya hangat-hangat sahaja. Dalam misi penurunan berat badan ini saya cuma tukar sarapan dan tambah minum petang guna F1 Shake Herbalife. Aerobic di Club dua kali seminggu ( lebih kurang satu jam setengah setiap kali. Makan tengah hari dan makan malam saya makan nasi, lauk dan sayuran macam biasa. Cuma saya berhenti makan daging. Makan berasaskan ayam, ikan sahaja. 

Ayam saya biasa ambil bahagian dada sebab lebih protein dan lebih kenyang serta kurang  berlemak. Apabila coach beritahu yang daging ambil masa 2-3 hari untuk hadam saya terus berhenti ambil daging. Baru saya ingat kenapa berat badan saya naik mendadak selepas cerai susu anak pertama sedangkan masih menyusu anak kedua (sebelumnya tandem nursing). 

Saya sangat suka makan daging kambing sejak hamilkan anak ke dua. Orang kata ibu menyusu biasa kurus kan? tetapi berat saya naik macam di pam-pam sehingga 72 - 75kg. Sedangkan berat ideal saya cuma 50kg. Itulah kesilapan terbesar saya. Kuat makan daging! Menu wajib setiap minggu mesti kena ada daging kambing. Makan juga bertambah-tambah. Mana tak naik badan macam belon. 😁😁 

Makan nasi cuma sebesar penumbuk, jangan lupa. Jika malam boleh makan separuh sahaja. Tapi kadang-kadang malam saya makan nasi lebih juga. Adakalanya sayur saya masak santan. Tetapi Alhamdulillah berat turun juga dalam 1.3kg dalam dua minggu. Saya kira sekali sekala tidak mengapa tetapi bersederhanalah. 

Semoga sedikit sebanyak tips ini membantu insan yang memerlukan. 

Semoga berjaya! 

Nurul Diyana Mohamed
Masih perlu turunkan 14kg untuk capai berat ideal. 
www.nuruldiyanamohd.com
www.nhdbabyshop.com

Tuesday, April 12, 2016

Membantu Orang Sakit

"Assalamualaikum.... ada lg tak jual cadar mcm yg akk beli hr tu tp akk nk queen size... klau ada brapa hrganya dn akk nk dgn kadar segera boleh tak?" 

Tiba-tiba dapat WhatsApp macam ni. Saya mula paling risau kalau dapat pelanggan yang urgent. Sebab urusan perniagaan #CADAR_KALIS_AIR memang ada kaitannya dengan pelanggan-pelanggan yang tertekan. Ada yang tertekan bila mana tiba-tiba anak kencing tilam. Ada yang tertekan apabila menguruskan orang tua yang sakit. Memang benar mereka sepatutnya lebih bersabar tetapi setiap orang itu tidak sama. Mainan emosi sebegini kadang membuatkan para peniaga terpaksa lebih hati-hati meluahkan kata-kata. 

Saya telah berurusan dengan ratusan dan mungkin mencecah ribuan pelanggan. Dan sebelum ini ada juga data yang hilang disebabkan smartphone yang rosak. Saya semak semula rekod perbualan. Mujurlah pelanggan ini belum lama benar berurusan dan tinggal tidak jauh dari rumah kami. 

Saya masih ingat lagi kali pertama saya hantar #CADAR_KALIS_AIR kepada beliau. Ketika itu sebenarnya kami sudah berhenti buat COD sebab margin untung yang tidak sebesar mana. Tidak cost effective. Suami pula serik kerana selalu mendapat alamat yang kadang-kadang tidak masuk akal. Sampai ke dalam ceruk hutan pun ada perginya. Sekarang kami lebih menfokuskan pada penghantaran melalui pengeposan, COC atau Self Pick Up. 

Berbalik kepada cerita pelanggan tadi, memandangkan masih kami kira dalam jarak boleh hantar jadi kami hantar. Lagipun saya ini kadang-kadang jadi cepat kesian. Kesian yang kadang-kadang memakan diri. Pelanggan ini menjaga ayahnya yang sakit tua. Ketika sampai ke rumah beliau saya lihat ramai orang di hadapan rumah, saya bertanya dalam hati "apa sudah jadi?". Sempat juga flashback kejadian 14 tahun lalu semasa pulang dari sekolah dan lihat ramai orang, rupanya Ayah tercinta telah dijemput Maha Pencipta. Sempat istigfar dalam hati. 

Teragak-agak saya bertanya nama pelanggan pada orang-orang di hadapan rumah. Katanya ada di atas bersama ayahnya, mereka menyuruh saya masuk dan naik ke tingkat atas. 

Tapi syukurlah belum sempat saya naik, beliau turun menyambut kedatangan saya. Saudara mara penuh di dalam dan luar rumah. Rupanya ayah Kak Ijah (pelanggan) sedang nazak. Hendak di bawa ke hospital tidak mahu tetapi mereka sepakat mahu bawa juga. Jadi adik beradik datang ramai-ramai untuk memujuk beliau. Kak Ijah bertanya, boleh akak pasang terus? Saya katakan pada dia, jika kak ijah pakai terbalik dan cadar biasa di sebelah luar sepatutnya tiada masalah. 

Kami berborak seketika, bersalaman dan saya meminta diri memandangkan saya masih urusan di Shah Alam pada ketika itu. 

Banyak lagi pelbagai kisah sepanjang perjalanan kami dengan #CADAR_KALIS_AIR. Bila di ingat semula pelanggan-pelanggan yang dalam kesusahan ini saya jadi kuat untuk terus berjuang membantu insan memerlukan walaupun pelbagai masalah melanda. In Shaa Allah. 

Nurul Diyana Mohamed
Insan yang kuat In Shaa Allah. 
www.nhdbabyshop.com

Monday, April 11, 2016

Masih Belajar

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sejujurnya walaupun telah lama berniaga secara online tapi masih belajar dan terus belajar. Jika sebelum ini banyak belajar sendiri kini tumpuan lebih belajar dengan guru. Tetapi dalam masa yang sama saya masih mengambil ikhtibar dari kesilapan yang sebelumnya dan jadikannya pengalaman berharga. 

Saya sentiasa dan akan terus memperbaiki tahap diri ke arah yang lebih baik walaupun satu-satu masa kononnya rasa sudah tepu tapi sebenarnya diri sendiri yang main biola. Layan perasaan. Dan kadang-kadang ada juga terambil ilmu sesat di perjalanan. Bukan ilmu agama tau, ini ilmu berniaga. Kena pandai-pandai pilih guru. Yang paling bagus tentulah yang telah berjaya. Bukan sama cuba-cuba macam kita. Jika berbayar, itu sedekah jariah namanya. 

Kepada para pelanggan yang terasa ada kekurangan ketika berurusan dengan saya, saya mohon ampun dan maaf. Saya cuba yang terbaik tetapi kadang-kadang belum cukup baik sebab masih belajar. Saya manusia biasa yang bekerja dengan anak dua. Ini kerja saya, ini hidup saya. In Shaa Allah saya akan berusaha untuk tambah baik. Tegur saya andai ada silap saya.

Semoga urusan jual beli yang berlaku antara kita diredhai Allah SWT. Segala yang buruk datang dari saya dan yang baik-baik semuanya dari Yang Maha Esa. 

Jika ada lagi yang lain memerlukan #CADAR_KALIS_AIR atau Alas Tilam dalam bentuk cadar fitted yang tidak panas, boleh hubungi saya. 

WhatsApp 0139747810

WhatsApp 0139747810

WhatsApp 0139747810

www.nuruldiyanamohd.com

Sunday, April 10, 2016

Timba Ilmu

Teks: Nurul Diyana Mohamed 
Foto: Tuan Khai Rash

Alhamdulillah semalam Allah SWT beri kami kesempatan untuk bersua muka dan menimba ilmu dari insan-insan hebat ini. Syukur yang tidak terhingga kepada yang Maha Mendengar dan Maha Mengatur. 

Sungguh aturan-Nya sangat sempurna. Mereka insan-insan hebat yang bermula dari zero ke hero. Dari tiada apa-apa kepada Jutawan Dunia Akhirat In Shaa Allah. Tetapi masih merendah diri menjemput kami yang masih Zero. Terima kasih Tuan Khai Rash dan isteri, Kak Azura dan suami, Tuan Khairul dan lain-lain atas perkongsian aura dan ilmu yang sangat bermakna. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya 😊

Besar harapan kami untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Antara kata-kata Tuan Khai yang melekat di jiwa, kalau saya jual #CADAR_KALIS_AIR, beliau dah KALIS NEGATIF. Saya berharap sampai masa, kami suami isteri juga KALIS NEGATIF In Shaa Allah. 😍

Semoga ukhwah yang terjalin kekal In Shaa Allah. Terima kasih kerana mewujudkan Khalifah Niaga. Dan terima kasih juga kepada kekanda tercinta Nor Azizah Mohamed kerana menjebakkan kami ke dalam Khalifah Niaga. 

Kami insan-insan dari latar belakang dan perniagaan berbeza tetapi masih bersatu saling berkongsi aura dan idea ke arah percapaian yang lebih baik. Khalifah Niaga terbaik! 👍

www.nuruldiyanamohd.com

Selamat Pagi!

Assalamualaikum dan Selamat pagi. Alhamdulillah Allah bangunkan awal pagi hari ini. Berpagian kita bekerja. 

Thank You Allah! 😊😊

Ya Allah, kau mudahkanlah segala urusan kami dan urusan orang yang membaca doa ini, kurniakanlah kami kebaikan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan Petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada engkau dari kejahatan sesuatu yang ada di dalamnya dan kejahatan sesuatu sesudahnya. 

Amin-amin Ya Robbal Alamin. 

#CADAR_KALIS_AIR

www.nhdbabyshop.com

Friday, April 8, 2016

Ceritera Murah Rezeki

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Kita membuat banyak kebaikan dengan harapan Allah SWT murahkan rezeki kita. Belajar macam-macam juga dengan harapan yang sama. Teknik sana-teknik sini tetapi hasil tetap sama. Sibuk kaji sana-kaji sini. Doa pun tidak putus-putus. Kemudian bertanya, apa silap aku? 

Barangkali hal yang di bawah ini al sebab nya tetapi lupakah kita bahawa Allah SWT itu Maha Pemberi Rezeki? Jika tidak di dunia, di akhirat nanti pasti dengan syarat kita tetap jadi orang-orang yang beriman pada-Nya. In Shaa Allah. 

Jika difikirkan semula, setiap perbuatan baik ada ganjarannya. Jadi kenapa perlu rasa kecewa?kenapa perlu putus asa? kenapa perlu berhenti berusaha?. Bukankah kehidupan yang kekal dan abadi di akhirat nanti? Ingatkah kita bahawa kesenangan dunia bukanlah kesenangan yang kekal. Yang kekal dan boleh dibawa mati cuma amal kebaikan dan doa anak soleh. 

Tiada istilah GAGAL selagi bernafas. Peluang dan kemudahan untuk berbuat baik itu juga rezeki 😊 

Saya bukan ustazah ya? Ini cuma pemikiran peribadi bersama secebis ilmu yang bermushasabah diri. Kongsi di sini andaikata berguna bagi yang lain. Jumpa lagi di lain masa. 

Jika ingin dapatkan #CADAR_KALIS_AIR (Waterproof Mattress Protector - Fitted Style) yang banyak membantu dalam menguruskan anak-anak kecil atau penjagaan tilam. Boleh WhatsApp 0139747810

WhatsApp 0139747810
WhatsApp 0139747810

www.nuruldiyanamohd.com

Wednesday, April 6, 2016

Child Proof Drawer

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Mujahid kecil makin hari makin aktif, diam cuma waktu tidur dan memang tahap tenaga berlebihan. Lompat sana-lompat sini, lari sana-lari sini. Bila penat minta susu. Dah kenyang sambung balik. Tetapi ummi suka anak-anak aktif. Kalau dia diam baru risau kalau-kalau tidak sihat atau ada agenda tersembunyi. 

Sudah pandai tarik laci walaupun tiada pemegang. MashaAllah..hebatnya anak ummi. Sudah tidak perlu bantuan kakak bagi melaksanakan agenda-agenda beliau. Tetapi ummi memang sentiasa pastikan anak-anak dalam  pemerhatian. Atau paling tidak pun, pastikan tiada bahaya. 

Tetapi semalam Ammar tarik laci laju-laju sampai tercabut laci dan hampir menghempap kakinya. Ummi yang jadi supermom sepantas kilat sambut laci. Ibu mana yang tidak risau akan keselamatan anak-anak. Sudah banyak kali pesan tetapi Ammar masih terlalu kecil untuk faham sepenuhnya. Jadi keselamatan diutamakan! 

Petang ini ummi buat kunci keselamatan pada laci. Hanya guna apa sahaja yang ada di rumah, cuma guna stapler gun, tali recycle dan screw. Idea asal dari internet juga (guna glue gun yang kuat bukan craf punya dan snap button). 

Laci kerja NHD Baby Shop yang ada segala cop mohor, gunting dan segala benda tajam juga ummi pasang juga. Tetapi dengan cara yang lebih simple.  Di bawah ini adalah salah satu idea untuk laci panjang. Selamat mencuba! 😊

www.nhdbabyshop.com

Dapatkan #CADAR_KALIS_AIR(Waterproof Mattress Cover
) yang sangat hebat dalam membantu menguruskan anak-anak kecil. 

WhatsApp 0139747810

WhatsApp 0139747810

WhatsApp 0139747810