Friday, August 28, 2015

Pengalaman Baru Berdikari Dengan Anak-anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah berkemungkinan besar hari ini berakhirlah cabaran berdikari dengan anak-anak. Sejujurnya memang sangat penat sebab baru dua minggu lepas suami berkursus ke Pulau Pinang. Balik sebentar dan kini berkursus lagi ke Johor Bahru. Penat yang dahulu masih belum hilang, kini pergi lagi.

Kata suami kursus ini wajib untuk naik gred jawatan. Jadi, memang kena pergi. Bukanlah kali pertama suami berkursus tetapi selalunya sama ada kebetulan balik bercuti ke kampung, jadi saya sambung bercuti dengan anak-anak. Ataupun kebetulan ma datang bercuti ke sini. Jadi, suami berkursus pun saya masih lega sebab ibu ada di sisi.

Bila bermasalah kan ibu itu juga penawar hari. Suaranya, gelak tawanya, cerita berulangnya, semua saya rindu setiap saat dan ketika. Kehadiran ma dan anak-anak ibarat madu dalam kehidupan seharian saya walaupun suami jauh dari sisi. Kalau ada suami tentulah lagi bahagia. Walaupun penat, inilah dunia kami.

Kali ini suami berkursus saya tiada rezeki mempunyai ma di sisi. Hendak balik ke kampung dengan dua anak kecil juga saya tidak berkemampuan. Apa yang saya boleh usahakan adalah biasakan diri bawa kereta semula. Sebab apabila ditinggal lama begini anak-anak tentu bosan dan rindu ayahnya. Lagi pula barang-barang dapur juga harus dibeli. Bila keluar berdua sahaja dengan anak-anak tablet, car seat dan baby carrier jadi teman sejati.

Dengan baby carrier yang ergonomik saya, saya mampu menguruskan anak-anak dengan tenang dan bijak. Malah, pernah kali pertama keluar diduga apabila sampai ke destinasi kakak pula buang air besar. Saya sedang carry si adik. Tapi saya tidak melihat itu sebagai satu yang saya tidak boleh hadapi. Saya bawa kakak ke tandas, pusing adik ke belakang untuk back carry, cuci apa yang patut, siapkan kakak, kemudian pusing semula adik ke hadapat untuk front carry. Semua sendiri. Rasa seperti supermom!

Selepas bersihkan kakak, bawa dia main semula di taman permainan sebelum masuk Mydin beli barang dapur. Biar dia main puas-puas dahulu baru ajak membeli belah. Lagi pula tiada apa yang saya kejarkan, saya memang sengaja keluar waktu orang tidak sibuk kerana saya memerlukan parkir kosong yang banyak. Sudah lama tidak bawa kereta semenjak selepas melahirkan kakak hana, dia buat drama air mata setiap kali saya memandu. Jadinya dekat dua tahun setengah juga tidak memandu. Parkir kereta memang terkial-kial.

Semua cakap kereta auto ini senang tetapi sebenarnya ada susahnya juga. Senang kemalangan. Nauzubillah. Sebab kereta masih bergerak walaupun tidak tekan minyak, kalau tertekan minyak apatah lagi. Tidak seperti kereta manual yang terus mati apabila tidak kena gaya. Pernah sekali naik divider kerana panic disergah suami berpunca dari salah jalan. Bukan salah saya seluruhnya kerana jalan masuk politeknik ini memang mengada, kadang buka dua jalan, kadang tutup satu buka satu sahaja. Menyukarkan orang yang tidak biasa memandu. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat sebab tidak tekan minyak pun. Tapi brek juga tidak tekan sebab panic. Sehingga harini kalau lalu jalan yang sama pasti cuak dan berhati-hati. Pengajaran sampai bila-bila.

Disebalik kemampuan terselit seribu satu lelah. Apabila suami pulang langsung tiada mood hendak memandu, malas akibat terlalu penat. Lagipula motosikal yang suami selalu bawa pergi kerja rosak. Suami bawa kereta pergi ke tempat kerja. Tidak memandu lagi seminggu. Tanda sedar aturan Allah SWT suami dapat surat lagi mengarahkan ke Johor Bahru untuk berkursus.

Pagi sebelum suami berkursus saya bawa kereta semula kerana terpaksa, memang terkial-kial semula. Sungguh, saya memerlukan latihan yang jitu. Rasa ingin berkerja makan gaji semula dan beli kereta sendiri sahaja. Tetapi rasa kasihan dan kasih sayang untuk meninggalkan anak-anak terlalu menebal. Saya tetap yakin bahawa menjaga anak sendiri dengan air tangan saya adalah kerjaya terbaik saya buat masa ini. In Shaa Allah rezeki lain akan menyusul.

Tapi sejujurnya saya sangat-sangat bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang agak senang diuruskan. Hana Damia sebagai seorang kakak walaupun baru berusia dua tahun enam bulan, sangat memahami dan sentiasa memberi ruang untuk adik terlebih dahulu. Sungguh, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Dia tahu kemampuan kita. Dia pasti bantu kita. Saya lebih faham dan makin bahagia bersama  anak-anak kerana berjaya menghadapi cabaran dua minggu ini.

Bagi yang ingin mendapatkan baby carrier yang ergonomik bolehla layari www.nhdbabyshop.com. Untuk berkutu boleh hubungi 0139747810. Cadar Kalis Air juga sedang dalam promosi pengeposan percuma sehingga 31 Ogos 2015.

Jangan ketinggalan!

No comments:

Post a Comment