Sunday, May 3, 2015

Kepentingan Ilmu

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Semalam tidak buka Facebook atau apa-apa berita kerana sibuk melayan anak-anak berjalan ke Zoo Melaka dan seterusnya pulang ke kampung suami di Muar, Johor. Tujuan utama untuk pastikan suami berurut kerana sudah dua, tiga minggu jalan terhencut-hencut tetapi liat sungguh mahu pergi berurut.  Terseliuh urat lutut kata tukang urut.

Harini buka Facebook rata-rata kawan-kawan bercerita pasal myvi pembunuh. Ada yang mengutuk tindakan tidak bermoral pemandu myvi dan bersedih dengan nasib anak-anak yang ditinggalkan.

Jika benar apa yang di kata, ada yang  berlumba di jalan raya sehingga mengakibatkan kemalangan satu keluarga yang mengorbankan ibu bapa mereka dan seorang bayi berusia tujuh bulan sementara meninggalkan dua anak yang lain (terselamat). Innalillah..

Sampainya hati mereka berlumba mengikut nafsu sehingga mengorbankan pengguna jalan raya yang lain. Rakan-rakan babywearers pula biasalah, semua memberi komen mementingkan aspek keselamatan. Tentang betapa pentingnya penggunaan car seat.

Semalam juga ada mendengar komen daripada komentar tidak bertauliah mengenai Saya yang menggunakan car seat untuk anak-anak, katanya "beraninya biar anak duduk sendiri di belakang, kalau aku tak haraplah!" sambung lagi, "tengok gambar anak tido terteleng, patah leher nanti".

Hidup kita ini kalau ingin dengar cakap orang tanpa ilmu yang cukup habislah. Kita tidak akan dapat memuaskan hati sesiapa pun. Saya ulangi tidak akan. Jadi, carilah ilmu sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya buka minda untuk menerima ilmu disekeliling. Jangan mudah melatah.

Tiada seorang pun yang lahir penuh ilmu di dada. Belajar tinggi manapun masih ada yang kita masih tidak tahu. Saya sendiri sekarang gigih cari ilmu dan asah skill ajar anak ke tandas di samping cuba untuk memahami peringkat perkembangan kanak-kanak. Saya ada Ijazah Kejuruteraan Elektrik sahaja. Jadi, Saya langsung tidak tahu tentang anak-anak. Semua saya fahami dari kursus, pembacaan dan  pengalaman sendiri sahaja.

Pengalaman dan nasihat dari ibu dan ibu mertua sendiri juga di tapis-tapis kerana orang lama kebiasaannya belajar dari pengalaman atau kata orang tua-tua sahaja tanpa ilmu. Ada yang boleh diikut dan ada juga perlu di tolak tepi berhati-hati. Perlu kuat ilmu dan kuat iman. Kerana orang tua ini kebiasaanya selalu berdegil mahu kita ikut cara mereka walau berbakul kita jelaskan.

Ada kalanya terpaksa jadi degil demi kebaikan anak-anak sendiri. Menahan diri dari rasa marah apabila ditekan-tekan supaya tidak memburukkan keadaan. Lebih-lebih lagi, lumrah perangai saya tidak suka dipaksa-paksa. Boleh meletup silap haribulan. Sebab tu kuat iman jadi syarat.

Biasalah benda baru mesti banyak halangan. Perkara seperti penyusuan susu ibu yang menjadi lumrah alam dan menjadi begitu utama di negara-negara Islam membangun malah sudah ada semenjak daripada zaman Rasullah SAW sahaja orang tua kita jauh ketinggallan. Walau ditulis jelas dalam Al-Quran penyusuan susu ibu lengkap adalah selama dua tahun penuh, masih jadi persoalan, masih jadi kebimbangan tidak berasas.

Tidak mahu riak, tidak mahu takbur, terima kasih Allah kerana beri saya ilmu. Ilmu penyusuan susu ibu, ilmu mendidik anak-anak, ilmu cara mengendong anak, ilham dan keterbukaan untuk menggunakan car seat demi keselamatan anak-anak, membantu memberi kefahaman kepada suami tentang kepentingan semua ini dan banyak lagi.

Semoga kami sekeluarga sentiasa diberi ilmu dan kefahaman yang cukup dalam menghadapi hari-hari mendatang dan berjaya membesarkan anak-anak seiring dengan tuntutan-Nya. Amin.

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment