Teks: Nurul Diyana Mohamed
Anak-anak saya sudah melepasi tahap perkembangan bayi yang tidak bergerak, maksudnya baring sahaja. Si kecil lapan bulan saya sudah merangkak, bertatih dan berdiri sebelah tangan. Malah sudah pandai terjun kerusi. Sebab itulah penulisan saya sangat terhad akhir-akhir ini.
Beli buku "essential guide to child development for ages 0-5" dah lama tapi tak berkesempatan baca secara terperinci. Sekarang baru baca sedikit-sedikit sambil berebut dengan anak-anak. Keduanya peminat buku.
Dari sini saya dapat tahu kedudukan meniarap adalah bagus untuk perkembangan fizikal anak, supaya anak bayi berlatih mangangkat kepala dan seterusnya bergerak. Tetapi jika tidur meniarap boleh menyebabkan bayi lemas.
Jadi ketika bayi berjaga, letakkan di posisi meniarap dan kita boleh bermain sambil belajar dengan dia. Jika bayi tidur, baringkan. Itulah yang terbaik.
www.nhdbabyshop.com
No comments:
Post a Comment