Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed
Pagi tadi terjaga pukul tiga pagi, terdetik mungkin Allah SWT mahu aku Tahajjud. Bangun solat dan kerana bimbang terlajak subuh jika tidur kembali, ambil keputusan mengkhatamkan Bab 6 Bowel and bladder development sebagai tambahan ilmu untuk impian ajar anak ke tandas.
Mengikut apa yang dibaca, diperingkat awal bayi membuang air besar dan kecil kerana faktor tekanan. Tetapi seiring dengan masa, anak-anak kecil akan berkemampuan untuk mengawal pengeluaran air kecil atau besar mereka. Boleh menahan untuk beberapa ketika untuk mereka ke tandas. Pada masa inilah Kita boleh ajar mereka ke tandas.
Kebiasaannya seawal usia 18 bulan bergantung kepada perkembangan anak-anak. Tetapi kesuluruhannya bergantung kepada keupayaan dan kesediaan anak dari segi fizikal, mental dan emosi keseluruhannya. Ada juga teori yang mengatakan sekiranya kita terlepas pandang tanda pertama anak mahu ke tandas, kemungkinan anak akan lambat sedia ke tandas.
Penggunaan toilet trainer boleh membantu anak ke tandas. Puji dab peluk anak-anak setiap kali mereka berjaya ke tandas. Beri sokongan. Mungkin tugas ini akan mengambil masa, tetapi sekiranya gagal kali pertama dan menunjukkan anak belum bersedia, pakai diaper balik dan cuba semula.
Penggunaan cloth diaper yang menggunakan kosep alami boleh membantu anak ke tandas kerana mereka akan rasa tidak selesa apabila basah berbanding lampin pakai buang. Ada dijual di www.nhdbabyshop.com. WhatsApp 0149747810 untuk mengetahui stock semasa.
No comments:
Post a Comment