Saturday, May 16, 2015

Hari Minggu Tanpa Si Ayah

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Biasanya hari-hari minggu macam ni memang ditunggu-tunggu. Supaya lengkap sekeluarga. Tetapi hari ini suami berseminar pula hari ini.

Jadi hanya bertiga dengan anak-anak. Mengemas, memasak dengan tangisan Si kecil yang hanya mahu berdukung. Seperti biasa, manja orangnya. Tetapi ummi cuma bekerja seperti biasa, Kadang-kadang angkat anak, bila perlu letak.

Ramai yang bertanya bagaimana saya begini tenang melayan karenah anak. Tiada apa-apa rahsia, cuma kasih sayang dan kesedaran yang anak-anak tidak tahu apa-apa. Kita ibu bapalah yang menentukan bagaimana mereka akan jadi.

Lagipun dugaan saya bukanlah apa jika dibanding  dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja. Tentulah lagi banyak dugaan.

Selamat berhujung minggu semua. Semoga hari anda baik-baik sahaja. 

No comments:

Post a Comment