Sunday, January 31, 2016

Bagaimana Mendidik Anak Mendengar Kata

Teks: Perkongsian WhatsApp "Happy Family"

"Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!"

Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.

Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.

Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.

Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia. 

kredit to Muhammad Zukermi . Multimillionaire. Produk Kesihatan

.

.

Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.

Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.

Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.

.

.

"Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun"

Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.

.

"Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?"

Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.

.

.

"Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?"

Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.

.

"Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin."

.

"Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!"

.

"Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!"

Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.

.

.

"Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita"

Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.

Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.

.

.

1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.

.

2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.

Contoh, 'Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.

Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.

.

.

3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.

Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."

Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.

.

.

4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.

.

.

5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.

.

Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.

Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.

#SHARE

kredit to Muhammad Zukermi . Multimillionaire. Produk Kesihatan

Penutup Tirai Januari

31 January 2016, Ahad

Menutup tirai Januari dengan sedikit ilmu. :)

Alhamdulillah berjaya hadir juga walaupun hanya diberi kebenaran disaat akhir dan kelam kabut. :)

www.nhdbabyshop.com

Wednesday, January 27, 2016

Anak Demam

Teks: Nurul Diyana Mohamed


Bila anak demam panas, rasa risau sangat sebab anak-anak jenis susah nak jatuh sakit. 

Dalam masa yang sama bersyukur sebab Allah SWT datangkan ilham untuk bekerja sendiri. 

Sekarang jaga anak sambil uruskan order pelanggan dulu, tak lama lagi ummi jadikan bisnes ini bergerak sendiri demi untuk bersama anak-anak ummi sepanjang masa. 

In Shaa Allah masanya akan tiba. Bila mana ummi bekerja kerana ummi mahu dan bukannya ummi perlu. 

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, January 26, 2016

Definisi Kebebasan Kewangan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Ada orang pernah marah saya sebab saya tak mahu join MLM dia. 

Bila saya cakap saya dah temui jalan saya untuk dapatkan kebebasan kewangan. Beliau marah saya kata kebebasan kewangan itu apabila ada banyak duit dan dapat tanggung 4 rumah orang tua-tua sekitar kediaman saya. 

Malas nak berbahas saya diamkan sahaja dan biarkan dia syok sendiri. 

Kata Kim Kiyosaki (isteri kepada Robert Kiyosaki) dalam buku beliau bertajuk "Rich Women". Kebebasan kewangan adalah apabila pendapatan bulanan melebihi keperluan tanpa perlu bekerja. Melalui pelaburan atau perniagaan yang boleh bejalan sendiri tanpa kita bekerja. 

Apabila kerja adalah pilihan bukan lagi keperluan. Duit jutaan ringgit juga mampu habis sekelip mata andai wanita berbelanja. Kebebasan sebenarnya adalah melakukan apa sahaja yang kita mahu tanpa bergantung pada sesiapa. Dan apabila kita mampu sara diri sendiri tanpa bergantung pada pekerjaan, suami, mahupun kerajaan.

Semoga ada kaya dan berjaya dunia dan akhirat. 

www.nhdbabyshop.com

Monday, January 25, 2016

Keputusan Hidup

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Berjaga malam untuk membaca. Sudah agak lama rasanya saya tidak begitu teruja. Kalau dulu novel-novel cinta dan kemudiannya berhenti seketika apabila mempunyai anak. 

Tetapi kini buku-buku berkenaan perniagaan pula yang menjadi pujaan hati. Jika dulu setiap bulan pasti ada satu novel cinta yang dibeli yang menyebabkan diri terperangkap di alam fantasi tetapi kini membaca buku-buku perniagaan yang menjelaskan bahawa hidup ini bukanlah semudah itu. Bukan mengenai dunia percintaan semata-mata, ia lebih dari itu.

Jalan yang mudah tidak selalunya menjanjikan kejayaan di kemudian hari tetapi jalan sukar yang orang selalu mengelak itulah yang boleh menjadikan kita kaya dan berjaya dunia dan akhirat. 

"Bersakit-bersakit dahulu, bersenang-senang kemudian" tepat menjelasakan realiti sebenar kehidupan ini. Keadaan ekonomi sekarang benar-benar membuka mata saya mengenai nilai kebergantungan hidup, juga dugaan hidup saya. Saya tidak lagi menyalahkan sesiapa atas kehidupan saya dan juga cuba tidak bergantung sepenuhnya kepada sesiapa. 

Di antara empat quadrant

♥️ Employer 
♥️ Self-Employed 
♥️ Bussiness Owner 
♥️ Investor 

Saya sudah lebih tiga tahun meninggalkan dunia kerjaya dan hampir tiga tahun mengorak langkah sebagai self-employed. Bekerja sendiri. Saya ingatkan itu cukup buat saya, hidup dengan apa yang ada. Selesa bersederhana asalkan tidak pernah berhenti memberi wang untuk ibu tersayang setiap bulan sama seperti saya masih bekerja. 

Tetapi keadaaan kesihatan ibu sekarang betul-betul memberi impak yang besar dalam kehidupan saya. Saya kerap menangis kecewa kerana ibu rindukan kami dan anak-anak dan kami tidak dapat lebih kerap balik untuk bertemu beliau. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan itu.

Apatah lagi dalam keadaan ekonomi seperti sekarang, mengharapkan kerjaya makan gaji sahaja bukanlah pilihan yang tetap. Dengan keadaan ekonomi dan kerajaan yang sangat korup, kembali bekerja bukan lagi menjadi pilihan utama. 

Sekarang rasanya hanya Bussiness Owner dan Investor sahaja adalah pilihan yang tepat yang mampu membawa kita ke arah kebebasan kewangan. Dan untuk itu, tiada jalan yang mudah. Saya berharap saya berjaya lakukan. 

Saya harap saya mendapat ilmu yang betul dalam melaksanakan impian ini. Kerana ilmu itu akan menentukan sejauh mana pendapatan kita, sejauh mana kemampuan kita. 

♥️ Mengembangkan perniagaan daripada Self Employed kepada Bussiness Owner dengan Team yang bagus di mana perniagaan akan tetap berjalan apabila saya bercuti. Di mana ia memang sedang dalam proses. 

♥️ Dan perancangan masa depan untuk mempunyai hartanah yang mampu memberi keuntungan jauh melebihi keperluan. 

♥️ Mempunyai masa untuk menulis buku yang memberi manfaat kepada semua yang juga dalam masa yang sama akan memberikan pendapatan selagi ada permintaan. 

Di antara semua, saya percaya satu perkara bahawa kehidupan saya telah dirancang baik oleh yang Maha Pencipta melebihi apa yang saya rancangkan. Sesungguhnya baik atau buruk Allah SWT sentiasa tahu apa yang terbaik untuk saya. 

Malah pernah berberapa kali tersedar apabila sedang mengusahakan sesuatu, pasti ada perkara yang Allah SWT persiapkan sebelumnya, perkara yang jika bukan terjadi sebelumnya tidak mungkin apa yang ingin diusahakan itu dapat dilaksanakan. Allah SWT itu sungguh Maha Berkuasa. Dia hanya beri kita apa yang kita layak terima. Itu dari pemerhatian dan pengalaman saya. 

Semoga tiba masanya diri ini layak untuk mencapai apa yang diimpikan dengan izin-Nya. In Shaa Allah. Doakan saya.

Better Life, Better Future. 
www.nhdbabyshop.com

Saturday, January 23, 2016

Babywearers

Teks : Nurul Diyana Mohamed
Foto: Pembekal

Memilih untuk menjadi salah seorang babywearer dan memilih ergonomics SSC adalah antara pilihan terbaik yang saya lakukan dalam hidup.

Begitu mudah menguruskan anak dengan bantuan SSC yang betul. Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya tidak membuat keputusan yang betul, pasti setiap hari saya akan terseksa SAKIT BADAN terutamanya apabila berada di luar rumah.

Tidak dapat saya bayangkan betapa susah menguruskan anak-anak terutamanya apabila suami tiada bersama. Suami tinggal berkursus sekajap-sekejap sahaja saya dah rungsing apabila terpaksa membeli barang dapur sendiri dengan dua anak kecil. Untunglah ada SSC bantu saya menguruskan anak-anak ketika itu.


Terima kasih Allah kerana memberikan daku ilmu di saat memerlukan. Terima kasih kepada kawan saya Farihan Azizan kerana memperkenalkan diri ini dengan Malaysian Babywearers.

Ingin mengendong bayi? pastikan yang ergonomic ya?

Promosi diskaun 40% penghabisan stock di www.nhdbabyshop.comsedang berlangsung. Hanya tinggal 5 unit sahaja pada harga promosi. Dapatkan segera.

Untuk bantuan lanjut sila WhatsApp 013-9747810

Untuk bantuan lanjut sila WhatsApp 013-9747810

Untuk bantuan lanjut sila WhatsApp 013-9747810

Terima kasih. smile emoticon

Friday, January 22, 2016

Bantal Busuk

Siapa ada masalah BANTAL BUSUK? 

Bukan bantal busuk yang anak-anak bawa ke mana-mana tu tau. 

Ini bantal betul punya busuk. Biasanya kesan AIR LIUR BASI. Lagi busuk dari nasi basi. 

Kalau sesiapa ada masalah suami kuat berdengkur atau ada kalanya diri sendiri tidur dalam keadaan terlalu penat, akan ada masalah ini. 

STRESS kan? 

Jangan stress! nanti banyak sel kulit mati. Nanti tak cantik pula. 😊

Saya ini macam-macam boleh jadi, pakar nutrisi boleh, pakar kebersihan boleh, pakar motivasi pun boleh. Penulis masih amatur lagi. 

Nak tahu cara macam mana nak atasi masalah ini? 

Boleh tempah SARUNG BANTAL KALIS AIR dari kami. Jangan risau ia TIDAK BISING dan TIDAK PANAS sebab saya pun gunakannya sendiri. Selain #CADAR_KALIS_AIR ini juga salah satu produk kami. 

Mahu saya bantu? 

WhatApps "SRKA" ke 013-974 7810

WhatApps "SRKA" ke 013-974 7810

WhatApps "SRKA" ke 013-974 7810

Jangan lupa tau? kita sama-sama atasi masalah ini. 

Better Life, Better Future. 
www.nhdbabyshop.com

Thursday, January 21, 2016

Kebaikan Ilmu

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Ilmu itu sungguh sakti. Hari ini saya rasakan terlalu banyak perlu dilakukan selepas berguru dengan Tuan Izan malam tadi. Siap ada assignment yang perlu dihantar petang ini.

Tadi jam sudah menunujukkan jam 12.30 tengahari. Sedang berfikir-fikir mahu minta suami belikan makanan tengahari bimbang tidak sempat masak tetapi bila teringatkan pesanan Coach Eija dan Coach Ina mengenai makanan di luar yang kita tidak tahu bagaimana penyediannya, walaupun cuma ayam masak merah mungkin terlebih minyaknya atau ditambah gula yang banyak selain penyedap rasa, rasa ngeri pula.


Akhirnya terus masuk ke dapur, dalam masa setengah jam sahaja siap menu sayur campur, ikan singgang dan masak nasi. Menu simple sahaja. Tapi tetap kenyang. Dan yang paling penting kalori terjaga. Segala rempah rasa pun tangan ini sendiri yang masukkan.
Apabila perut dan kenyang, suami dan anak-anak pun dah makan. Sekarang tibalah masa siapkan assignment pemberian cikgu. Tentang produk yang dijual. Dalam kes saya sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan Cadar Kalis Air yang menjadi pujaan hatiku.

Bila ada ilmu semua perkara dihadapi dengan mudah, dengan tenang, semua perkara nampak senang. Walaupun tiada kaitan.Sebab itu saya kata ilmu itu sakti. Jangan berhenti cari ilmu ya.

Jom mencari ilmu! 
smile emoticon

Wednesday, January 20, 2016

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Bercadang mahu menukar fokus penulisan kepada diet sihat tetapi bila merujuk cikgu akademi, beliau kata suka penulisan asal saya tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Terharu. 

Sejujurnya saya pun suka. Menulis tentang sesuatu yang dekat dengan kita sehari-hari memang mengujakan. Tentang anak-anak, tentang pendidikan mereka. Merancang untuk hantar Hana ke Playschool tahun ini, mahu dia belajar berdikari walaupun sememangnya Hana memang pandai berkawan walaupun tidak pernah ke Taska. 

Tahun lepas ada buat percubaan di dua lokasi Playschool di Putrajaya. Kata mahu buka cawangan di enstek tapi masih tiada khabar berita. Di Putrajaya jauh la pula. Dengarnya di Kampung Jijan sebelah ada yang baru buka, nanti pergi tengok dan analisa. 

Walaupun seorang ibu itu memegang segulung Ijazah, Master atau Ijazah Kedoktoran sekalipun, namun perlu juga buka minda dan berlapang dada menerima ilmu dari luar. Barulah fikiran jadi terbuka bukan?

Saya memang sangat gembira apabila dapat belajar benda-benda baru, walaupun sekecil-kecil perkara. Apatah lagi kalau jumpa sesuatu yang membuka minda. Lepas itu pasti ada rezeki baru masuk dan lagi banyak. Benarlah kata DAO, ilmu itu menentukan berapa banyak pendapatan kita. Berapa nilai ilmu yang ada dalam fikiran kita, sebegitu banyaklah pendapatan kita. Itu yang saya percaya sekarang dan itulah yang saya pernah alami sebelum ini sehinggakan saya jadi seorang yang sangat dahagakan ilmu. 

Banyak juga berhabis untuk cari ilmu sejak akhir-akhir ini. Tetapi rasanya rezeki saya tidak pernah pun berkurang. Syukurlah pada Allah SWT Maha Pemberi Rezeki. Doakan saya terus berjaya dunia dan akhirat. Amin.

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, January 19, 2016

Timbang Berat

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Di rumah penimbang yang ada cuma boleh timbang berat sahaja, jadi sebab nak tahu berapa banyak lemak yang berkurang jadi minta coach timbang berat malam ini sebelum kelas aerobic. Ternyata lemak hanya berkurangan sebanyak 0.8% dan berat badan pula turun sebanyak 2.4kg untuk 27 hari mula perubahan.

Jadi dudukla bersila dengan coach, macam-macam kena tanya pasal pemakanan, apa lagi yang belum kena. Ternyata kebimbangan terjawab apabila cakap ada curi makan biskut anak sikit dan roti sikit. Nasib baik timbang dengan coach Ieja, kalau coach ina tentu kena marah. Ingatkan cuit sedikit tidak mengapa tapi sebenarnya makanan yang dicuit Glisemik Index (GI) atau kandungan gula tinggi dan kalori tinggi. Sekecil-kecil kepingan biskut kalorinya sudah 200. 

Begitu besar impak pada lemak badan. Jadinya, tersimpan lemak lebih walaupun berat kurang. Otot yang patutnya dinaikkan pula yang berkurang. Geram dengan diri sendiri malam ini. Belajar dari kesilapan. In Shaa Allah. 

Doakan saya. Amin. 

Better Life, Better Future
www.nhdbabyshop.com

Jika Mahu Kurus, Apa Yang Penting?

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Jika ingin sihat dan kurus apa yang penting kena jaga waktu makan. Jangan terlalu lewat dan terlalu awal. 

Bila makan lewat kita jadi terlalu lapar sampai makan berlebihan. Bila makan terlalu awal nanti belum sampai waktu makan kita sudah lapar. Jadi susah nanti. Bila rutin makan kucar kacir badan senang naik dan senang juga jatuh sakit. Kasihanilah badan anda. 

Ingin berubah, sila fokuskan pada cara hidup yang berpanjangan, jadi tiadalah masalah diet YOYO. Waktu makan rutin saya sekarang adalah;

Sarapan: 7am

Makan Tengahari: 12-1pm

Snek: 5pm

Makan Malam: 9am

Better Life, Better Future
www.nhdbabyshop.com

Monday, January 18, 2016

Kacau Ummi Lagi

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Ada budak kacau ummi kerja petang ini. So, up he go. Dah lama tak up masa kerja. Seronok kemain dia. 😊

Kalau tidak memang tak siaplah kerja-kerja ummi. Tapi pastikan yang ergonomik ye semua. Clearance sales SSC masih berlangsung di kedai online kami www.nhdbabyshop.com

Better Life, Better Future. 
www.nhdbabyshop.con

Thursday, January 14, 2016

Handmade Instant Tudung

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Saya tidak pandai menjahit guna mesin. Tapi sejak akhir-akhir ni dalam mood jahit tudung instant.

Hobi yang baru. Jahit pakai tangan sahaja. Biasalah, mak anak-anak kecik memang suka instant sahaja. Semua nak cepat. Tiada masa nak melilit tudung kalau anak melilit di kaki.

Setiap kali ummi pakai cantik-cantik dua-dua anak mula tidak senang duduk. Hendak ke mana-mana memang mengambil masa betul. Bimbang kena tinggal agaknya. Bila ummi buka pintu yang sedang tidur pun boleh terjaga berlari kejar pintu mahu ikut keluar.

Memang instant tudung adalah penyelesaian terbaik. Dekat luar samanada terlalu mahal, terlalu pendek atau kurang selesa tudungnya. Buat sendiri pun boleh. Habis kena transform semua tudung jadi instant juga lepas ini.

Seronok pakai hasil tangan sendiri. Seronok menjahit. Jahit mesin bukan tidak mahu belajar tapi jadi anak perempuan bongsu dari lapan beradik banyak perkara ma, kakak-kakak dan abang tolong buatkan. Konon disayang lebih.

Kalau bab menjahit, kak long suka jahitkan. Bila habis sekolah dulu terus masuk PLKN. Tidak pernah ada masa untuk pergi kelas menjahit.  Satu lagi target yang belum tercapai akan kucapai juga akhirnya. Mesti seronok kalau dapat jahitkan baju untuk anak-anak dan suami.

Better Life, Better Future.
www.nhdbabyshop.com

Monday, January 11, 2016

Sambutan Hari Lahir Suami di Rumah Pengasih Warga Prihatin

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Malam tadi memenuhi jemputan dan membuat kejutan hari lahir untuk suami. Kebetulan Kak Elly beria-ia menjemput ke sana semenjak dua minggu yang lepas. Perjumpaan yang tidak disengajakan dan kebetulan sangat. 

Sebenarnya memberi makan anak-anak yatim adalah salah satu keinginan saya yang telah sekian lama. Syukurlah Alhamdulillah tercapai juga akhirnya. 

Apa yang boleh saya kata, saya pernah ke rumah anak-anak yatim lain sebelum ini dan kemudiannya mendapat tahu anak-anak dijadikan alat untuk kepentingan peribadi. Tetapi di sini keadaan cukup berbeza, anak-anak di tarbiah berasaskan islam. Teguran kepada anak-anak dilakukan secara terbuka di hadapan ibu bapa yang lain. 

Ketika persembahan appresiasi seni anak-anak ada ustaz yang membetulkan bacaan hafazan anak-anak yang membuat persembahan tanpa menunggu akhir majlis. Teringat semasa belajar mengaji dengan arwah ayah semasa kecil, memang ayah cukup garang dalam mendidik kami adik beradik. 

Saya memang cukup gembira dan berlapang dada berada di sini, semua orang nampak setaraf walaupun ada ahli-ahli perniagaan yang berada di sini membantu. Semua bersila makan bersama-sama di atas tikar sambil melihat persembahan anak-anak. Sesuatu yang jarang kita lihat di masa kini. Lebih mudah untuk beramah mesra berbanding masing-masing dikerusi dan
buat hal sendiri. 


Saya bersyukur di atas peluang dan kerjasama yang diberikan untuk bersama-sama meraikan suami dan anak-anak yatim di sana. Segala kesempurnaan dan kebaikan hanya milik Allah SWT semata-mata, sebarang kekurangan dari pihak saya jua. Terima kasih Allah. 

Better Life, Better Future.
www.nhdbabyshop.com


Saturday, January 9, 2016

Cadar Kalis Air Untuk Semua

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Ibu dan kakak-kakak saya selalu berpesan, bila anak demam kerapkan basahkan kepala untuk elak suhu
naik mendadak dan boleh mengakibatkan sawan. 

Bangun pagi ini badan Hana sedikit hangat. Lalu ayah basahkan tuala dan letak atas kepala Hana.   Hana seperti biasa kalau terjaga terus buang ke tepi. Nasib baiklah ini cadar kalis air. Jika tidak habislah basah tilam. 

Teringat pula dialog saya dengan sifu beberapa bulan yang lepas apabila saya memilih untuk mempromosi hanya di program biasa-biasa cadar kalis air ini. Tempat yang rakyat marhaen sahaja pergi. Mungkin pada hemat beliau bukan tempat yang sesuai untuk buat sales. Harga cadar kalis air kami walaupun pada harga yang sangat berpatutan tetapi tidaklah sampai rakyat marhaen boleh beli sekali jalan. Pasti berfikir-fikir dahulu dalam ekonomi sekarang walaupun memerlukan.

Tapi saya nekad katakan pada beliau, saya yakin Cadar Kalis Air ini untuk semua, niat saya membantu yang memerlukan. Ternyata ia benar, ramai pelanggan bukan sahaja beli kerana ada anak kecil tetapi atas pelbagai alasan. Ada yang beli banyak-banyak untuk penjagaan tilam di asrama tahfiz, ada yang beli untuk anak-anak di asrama demi menjaga anak-anak sebagai pengganti diri, ada yang nak elak anak asma, ada ibu sibuk yang beli kerana mahu memudahkan kemas tilam dan bermacam-macam alasan lagi. 

Tidak kurang juga yang membeli atas sebab utama hendak mengajar anak ke tandas (potty train), penjagaan orang sakit, penjagaan orang tua dan penjagaan tilam secara umumnya. Hebat bukan? 😊

Saya hanya jual satu jenis cadar tetapi dapat bantu pelbagai golongan. Ia sungguh menggembirakan. 😊

Better Life, Better Future.
www.nhdbabyshop.com

#CadarKalisAir 
#CadarKemas 
#CadarKalisAir 
#CadarKalisAir4u 
#NHDBabyShop 
#AlasTilam 
#LapikTilam

Friday, January 8, 2016

Hari Lahir Ayah Hana Ammar

(Hari Lahir Ayah Hana Ammar)

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Dah masuk 3 series sudah. Pukul 3 pagi sebab sibuk di meja kerja, gigih menyiapkan akaun syarikat. Banyak sangat cuti bulan ini sampai liat nak siapkan dan korek data transaksi dalam sebulan ini. Taubat lepas tak nak ngelat lagi, nanti angkut sahaja buku akaun tu ke mana-mana pun. 

Cuma nak wish, terima kasih atas segala-segalanya. Segala cubaan, dugaan mahupun kemanisan hidup semuanya satu pengalaman yang berharga. Saya bersyukur seadanya. In Shaa Allah. 

Semoga cita-cita abang tercapai dan kaya berjaya dunia akhirat. 

Selamat Hari Lahir!

Better Life, Better Future
www.nhdbabyshop.com

Terima Kasih Guru

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Bila nilai kehidupan kita di tambah baik, orang disekeliling kita juga adalah yang terbaik. Macam magnet. 

Balik club sambung uruskan shipping untuk esok tapi langsung tidak stress macam selalu. Orang sombong buat kacau pun boleh relaks lagi. Anak-anak dan suami bagi kerjasama terbaik macam selalu. 

Semua lancar walaupun waktu lebih terhad berbanding biasa. Alhamdulillah. 

Ilmu melambangkan taraf hidup kita bukan setakat kewangan tetapi segala segi, segala sudut kehidupan. 

Saya bukan lapar makan dah, tapi lapar ilmu pula. Bab makan hari-hari coach dah bagi meal plan. 😊

Saya sekarang ada ramai guru, guru bab berniaga, bab kehidupan, bab pemakanan dan gaya hidup sihat, guru zumba, aerobik semua ada. 

Syukur sebab Allah SWT pinjamkan mereka untuk saya. Terima kasih guru, sifu, coach 😊

www.nhdbabyshop.com


Hebatnya Kata-kata Positif

Kata-kata Positif.

Teks: Nurul Diyana Mohamed. 

Dari kakak bayi ummi sedaya upaya usahakan untuk cakap perkara positif dengan anak-anak. Ummi ajak ayah sama-sama. Mula-mula agak payah tapi lama-lama terbiasa. Tapi disebabkan ummi dan ayah pun dah teracun dengan kata-kata negatif dari generasi ke generasi. Adalah dalam 80% kejayaan dan jadi kebiasaan. Sebab ada masa-masa kehabisan kata-kata terkeluar juga ayat negatif sepatah dua. Yang terbabas guna dan payah untuk dihilangkan dari kosa kata ialah perkataan "jangan".

Sekarang Hana dah 2 tahun 10 bulan, agak menggembirakan untuk ummi ayah apabila Hana selalu gunakan perkataan positif apabila bercakap. Contoh apabila dia suruh ayah baling bola ke dinding supaya bola melantun balik dan boleh sambut semula, ayah baru nak baling bola dia dah cakap " Wah! Hebatnya!" . Ayah pula yang berada di awang-awangan kena puji dengan anak-anak. 

Contoh lain apabila dia minta ummi tiupkan buih-buih sabun, bila ummi tiup Hana akan cakap "Wah, bagusnya" dan banyak lagi kata-kata positif, perkataan "boleh" juga antara perkataan sinonim dengan Hana. Hana memang suka buat ayat yang penuh ekspresi siap dengan nada suara dan mimik muka. 

Ummi dan ayah seronok betul apabila kena puji. Padahal tidak seberapa pun usaha dan kami lagi bersemangat hendak buat apa yang anak-anak minta. Agaknya itulah yang anak-anak rasa apabila kita puji-puji mereka.

Apabila kita ucapkan perkara negatif rasanya sesiapa yang pernah menonton rancangan Prof Muhaya di Youtube atau Televisyen tahu betapa berkuasanya ayat-ayat positif dan betapa teruknya ayat-ayat negatif melalui eksperimen-eksperimen Prof. Saya sendiri pernah bereksperimentasi dengan suami perkara yang sama. Apabila disebutkan ayat negatif seperti "Malas" atau bila mula ayat mengumpat seperti "dia tu kan?". Separuh tenaga kita akan hilang. Tubuh jadi lemah. 

Fitrah tubuh badan manusia memang memerlukan perkara-perkara positif sahaja, tetapi siapakah agaknya yang membudayakan budaya negatif yang tidak sepatutnya? jawapan saya adalah diri kita sendiri. Selama zaman berzaman, keturunan demi keturunan ayat-ayat negatif diturunkan. Bukan salah ibu bapa atau keturunan terdahulu tetapi mungkin mereka tidak tahu atau terlepas pandang. 

Jadi rasanya tanggungjawab kita generasi sekarang untuk mulakan perubahan demi generasi masa hadapan. Cuba sebaik mungkin, didik sebaik cara dan lakukan yang terbaik. Jadi pakar. Resam perlakuan positif, laksanakan berterusan selama 60 hingga 100 hari untuk jadikannya tabiat. 

Jom sama-sama ubat tabiat. Saya semakin bersemangat ini nak ubat tabiat positif bila anak-anal bagi semangat, dalam masa yang sama sedang ubah tabiat makan juga. Saya doakan anda semua berjaya dan tolong doakan kejayaan saya juga. In Shaa Allah kita sama-sama berjaya. 

Salam kasih sayang,
www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.com

Misi Turun Berat Badan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Nak jadi yang belah kiri tu. Target 1kg sebulan tapi semalam buat body analysis baru 14 hari dah 1kg++. Body fat pun dah turun. Air dah increase. Alhamdulillah. 

Walaupun diet sihat agak "ke laut" apabila mertua datang rumah bawa macam-macam makanan. Abah mertua siap mengoda-goda dengan bermacam-macam makanan dari pasar malam. Yang paling tak tahan, ayat dia "D, sedap ni. Marilah makan", besoknya ajak pergi KFC pula. 😅 

Balik kampung Kelantan jumpa Ma, suami dan ma pulak menggoda dengan bermacam-macam masakan dan kuih muih kegemaran. Terganggu diet. Tapi gigih lagi, cuit-cuit sahaja (tapi rasanya terlebih cuit). 

Apa yang saya belajar, diet sihat terdiri daripada 80% nutrisi, 20% senaman dan 100% mentality. Tapi kenalah ada ilmu, kena belajar. Jika tidak jadilah diet YOYO.

Kata coach, kalau di rumah sahaja mesti lagi banyak turun In Shaa Allah.

Coach ajar, naikkan air badan automatic berat akan turun. Nak senang minum air minum pakai straw. Setiap hari saya berjuang untuk minum 6liter sehari. Bila di rumah "kacang panjang" sahaja. Kalau berada di luar memang "ke laut". Tapi kalau dulu 3 liter pun payah nak minum, bila berguru 3 liter tu nampak sikit sahaja. 

Target dalam tempoh 2 tahun dah kembali ke badan zaman anak dara. Realistik. Diet sihat untuk nak sihat, kesihatan teruk sangat dah selepas anak dua. Banyak urat putus masa bersalin. 

Saya diet sihat, bukan diet kurus, bila makan sihat kurus tu akan datang kemudian In Shaa Allah. Apa-apa pun saya lebih takut sakit daripada gemuk. 😅

Better Life, Better Future,
www.nhdbabyshop.com

Pendirian

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Pendirian kita tidak semestinya sama dengan orang lain. Apatah lagi kalau lelaki dan perempuan. Kan ada buku "Men From Mars, Women from Venus" tu. 

Dulu selalu fikir apa kebendanya tahyul buku ini. Pandang sebelah mata pun tak mahu. Tapi bila dah baca rupanya itu analoginya sahaja. Lelaki dan perempuan ini berbeza, jangan anggap sama. Analoginya seolah-olah dua makhluk dari dua planet yang berbeza jatuh cinta dan berpindah untuk hidup di bumi. Kemudiannya lupa asal usul dan selalu bergaduh kerana merasakan diri sendiri selalu betul tanpa kompromi.

Salah apabila kita rasa orang lain patut rasa apa yang kita rasa, patut buat apa yang kita buat apatah lagi sekiranya berlainan jantina. Manusia itu tidak sama. Masing-masing kena belajar toleransi. Apabila pasangan tidak mahu bertoleransi dan dia sahaja yang betul, rasanya jalan terbaik adalah redha, terima perbezaan dan teruskan kehidupan. Sebab di akhir hari, jika bergaduh pun buat rugi sahaja. Sepertimana peribahasa "Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu". 

Better Life, Better Future.
www.nhdbabyshop.com