Monday, January 25, 2016

Keputusan Hidup

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Berjaga malam untuk membaca. Sudah agak lama rasanya saya tidak begitu teruja. Kalau dulu novel-novel cinta dan kemudiannya berhenti seketika apabila mempunyai anak. 

Tetapi kini buku-buku berkenaan perniagaan pula yang menjadi pujaan hati. Jika dulu setiap bulan pasti ada satu novel cinta yang dibeli yang menyebabkan diri terperangkap di alam fantasi tetapi kini membaca buku-buku perniagaan yang menjelaskan bahawa hidup ini bukanlah semudah itu. Bukan mengenai dunia percintaan semata-mata, ia lebih dari itu.

Jalan yang mudah tidak selalunya menjanjikan kejayaan di kemudian hari tetapi jalan sukar yang orang selalu mengelak itulah yang boleh menjadikan kita kaya dan berjaya dunia dan akhirat. 

"Bersakit-bersakit dahulu, bersenang-senang kemudian" tepat menjelasakan realiti sebenar kehidupan ini. Keadaan ekonomi sekarang benar-benar membuka mata saya mengenai nilai kebergantungan hidup, juga dugaan hidup saya. Saya tidak lagi menyalahkan sesiapa atas kehidupan saya dan juga cuba tidak bergantung sepenuhnya kepada sesiapa. 

Di antara empat quadrant

♥️ Employer 
♥️ Self-Employed 
♥️ Bussiness Owner 
♥️ Investor 

Saya sudah lebih tiga tahun meninggalkan dunia kerjaya dan hampir tiga tahun mengorak langkah sebagai self-employed. Bekerja sendiri. Saya ingatkan itu cukup buat saya, hidup dengan apa yang ada. Selesa bersederhana asalkan tidak pernah berhenti memberi wang untuk ibu tersayang setiap bulan sama seperti saya masih bekerja. 

Tetapi keadaaan kesihatan ibu sekarang betul-betul memberi impak yang besar dalam kehidupan saya. Saya kerap menangis kecewa kerana ibu rindukan kami dan anak-anak dan kami tidak dapat lebih kerap balik untuk bertemu beliau. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan itu.

Apatah lagi dalam keadaan ekonomi seperti sekarang, mengharapkan kerjaya makan gaji sahaja bukanlah pilihan yang tetap. Dengan keadaan ekonomi dan kerajaan yang sangat korup, kembali bekerja bukan lagi menjadi pilihan utama. 

Sekarang rasanya hanya Bussiness Owner dan Investor sahaja adalah pilihan yang tepat yang mampu membawa kita ke arah kebebasan kewangan. Dan untuk itu, tiada jalan yang mudah. Saya berharap saya berjaya lakukan. 

Saya harap saya mendapat ilmu yang betul dalam melaksanakan impian ini. Kerana ilmu itu akan menentukan sejauh mana pendapatan kita, sejauh mana kemampuan kita. 

♥️ Mengembangkan perniagaan daripada Self Employed kepada Bussiness Owner dengan Team yang bagus di mana perniagaan akan tetap berjalan apabila saya bercuti. Di mana ia memang sedang dalam proses. 

♥️ Dan perancangan masa depan untuk mempunyai hartanah yang mampu memberi keuntungan jauh melebihi keperluan. 

♥️ Mempunyai masa untuk menulis buku yang memberi manfaat kepada semua yang juga dalam masa yang sama akan memberikan pendapatan selagi ada permintaan. 

Di antara semua, saya percaya satu perkara bahawa kehidupan saya telah dirancang baik oleh yang Maha Pencipta melebihi apa yang saya rancangkan. Sesungguhnya baik atau buruk Allah SWT sentiasa tahu apa yang terbaik untuk saya. 

Malah pernah berberapa kali tersedar apabila sedang mengusahakan sesuatu, pasti ada perkara yang Allah SWT persiapkan sebelumnya, perkara yang jika bukan terjadi sebelumnya tidak mungkin apa yang ingin diusahakan itu dapat dilaksanakan. Allah SWT itu sungguh Maha Berkuasa. Dia hanya beri kita apa yang kita layak terima. Itu dari pemerhatian dan pengalaman saya. 

Semoga tiba masanya diri ini layak untuk mencapai apa yang diimpikan dengan izin-Nya. In Shaa Allah. Doakan saya.

Better Life, Better Future. 
www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment