Monday, January 11, 2016

Sambutan Hari Lahir Suami di Rumah Pengasih Warga Prihatin

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Malam tadi memenuhi jemputan dan membuat kejutan hari lahir untuk suami. Kebetulan Kak Elly beria-ia menjemput ke sana semenjak dua minggu yang lepas. Perjumpaan yang tidak disengajakan dan kebetulan sangat. 

Sebenarnya memberi makan anak-anak yatim adalah salah satu keinginan saya yang telah sekian lama. Syukurlah Alhamdulillah tercapai juga akhirnya. 

Apa yang boleh saya kata, saya pernah ke rumah anak-anak yatim lain sebelum ini dan kemudiannya mendapat tahu anak-anak dijadikan alat untuk kepentingan peribadi. Tetapi di sini keadaan cukup berbeza, anak-anak di tarbiah berasaskan islam. Teguran kepada anak-anak dilakukan secara terbuka di hadapan ibu bapa yang lain. 

Ketika persembahan appresiasi seni anak-anak ada ustaz yang membetulkan bacaan hafazan anak-anak yang membuat persembahan tanpa menunggu akhir majlis. Teringat semasa belajar mengaji dengan arwah ayah semasa kecil, memang ayah cukup garang dalam mendidik kami adik beradik. 

Saya memang cukup gembira dan berlapang dada berada di sini, semua orang nampak setaraf walaupun ada ahli-ahli perniagaan yang berada di sini membantu. Semua bersila makan bersama-sama di atas tikar sambil melihat persembahan anak-anak. Sesuatu yang jarang kita lihat di masa kini. Lebih mudah untuk beramah mesra berbanding masing-masing dikerusi dan
buat hal sendiri. 


Saya bersyukur di atas peluang dan kerjasama yang diberikan untuk bersama-sama meraikan suami dan anak-anak yatim di sana. Segala kesempurnaan dan kebaikan hanya milik Allah SWT semata-mata, sebarang kekurangan dari pihak saya jua. Terima kasih Allah. 

Better Life, Better Future.
www.nhdbabyshop.com


No comments:

Post a Comment