Friday, January 8, 2016

Pendirian

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Pendirian kita tidak semestinya sama dengan orang lain. Apatah lagi kalau lelaki dan perempuan. Kan ada buku "Men From Mars, Women from Venus" tu. 

Dulu selalu fikir apa kebendanya tahyul buku ini. Pandang sebelah mata pun tak mahu. Tapi bila dah baca rupanya itu analoginya sahaja. Lelaki dan perempuan ini berbeza, jangan anggap sama. Analoginya seolah-olah dua makhluk dari dua planet yang berbeza jatuh cinta dan berpindah untuk hidup di bumi. Kemudiannya lupa asal usul dan selalu bergaduh kerana merasakan diri sendiri selalu betul tanpa kompromi.

Salah apabila kita rasa orang lain patut rasa apa yang kita rasa, patut buat apa yang kita buat apatah lagi sekiranya berlainan jantina. Manusia itu tidak sama. Masing-masing kena belajar toleransi. Apabila pasangan tidak mahu bertoleransi dan dia sahaja yang betul, rasanya jalan terbaik adalah redha, terima perbezaan dan teruskan kehidupan. Sebab di akhir hari, jika bergaduh pun buat rugi sahaja. Sepertimana peribahasa "Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu". 

Better Life, Better Future.
www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment