Friday, October 7, 2016

PENGALAMAN PERTAMA SEBAGAI MAJIKAN]

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sudah Lama Saya Tidak Menulis Kan? Ramai Yang Tanya Di Mana Saya. Alhamdulillah Ada Juga Yang Rindu Ya? Siap Ada Yang Setting "See First" Sebab Tak Keluar Post Saya Di FB Wall Mereka, Sedangkan Sejak Aktif Berfbads Jun Yang Lepas Saya Sudah Jarang Menulis Kerana Kekangan Masa Dan Traffic  Yang Tinggi Di WhatsApp. Maaf Ya?

Menulis Memang Cara Saya Untuk Betulkan Fikiran, Lama Tidak Menulis Bermakna Fikiran Akan Jadi Celaru Sehingga Tidak Dapat Tidur Malam. Harini Nak Tulis Panjang-Panjang, Jadi Bersabarlah Dalam Membacanya Ya?

Setelah Lebih Tiga Tahun Berniaga, Harini Genap Sebulan Menjadi Majikan. Beralih Kepada Perniagaan Offline Di Samping Meneruskan Perniagaan Online Yang Sedia Ada Dengan Aturan Allah SWT Jua. 

Jauh Sekali Untuk Mendabik Dada Mahupun Berbangga Tetapi Sekadar Ingin Berkongsi Pengalaman Kepada Rakan-Rakan Yang Berniat Ingin Mencuba. 

Perit Penat Jerih Menjadi Majikan Kepada Pekerja-Pekerja Yang Berubah-Rubah Sikap Memang Satu Kenangan Yang Tidak Dapat Dilupakan. Memang Merasalah Perasaan Bercampur Baur Setiap Hari Selama Sebulan. 

Pekerja 1 Ini Bukan Kami Yang Ambil, Tetapi Dari Majikan Yang Lama, Kerana Kami Meneruskan Perniagaan Rakan Yang Upgrade Bisnes. Tetapi Hanya Awal Sehari Masuk Sebelum Kami.

Mula-Mula Bekerja Memang Rajin Habis, Sampai Suruh Rehat Pun Tak Mahu. Suruh Balik Tak Mahu Balik. Sebagai Majikan Rasa Macam Bangga Dapat Pekerja Yang Jujur, Tidak Berkira, Siap Rasa Nak Jadikan Supervisor, Nak Hantar Kursus Dan Lain-Lain.

Masuk Hari Ketiga, Majikan Lama Bantu Ambilkan Seorang Lagi Pekerja Kerana Bebanan Kerja Yang Tinggi Setiap Hari Terutama Di Hujung Minggu. Pekerja 2 Ini Saudara Kepada Pekerja 1, Walaupun Kami Sedikit Skeptikal Kerana Mungkin Akan Timbulkan Masalah Di Kemudian Hari, Kami Terpaksa Terima Kerana Bebanan Kerja Dan Telah Berjanji Dengan Keluarga Untuk Balik Cuti Raya Haji. (Ketika Ini Kami Pernah Cuba Ambil Beberapa Pekerja Lain Seagama Tetapi Allah SWT Belum Izinkan)

Silap Kami Layan Dengan Sangat Baik, Anggap Macam Keluarga Tetapi Apabila Pertengahan Bulan Dah Mula Tunjuk "True Color", Sepatah Kita Cakap, Sejuta Melawan. Bukan Sekali Tetapi Berkali-Kali. Pekerja 1 Cari Pasal, Pekerja 2 Jadi Penyokong.

Nak Masuk Akhir Bulan, Sudah Pandai Biadap Dengan Pelanggan. Kerja Cakap Macam Bagus. Sudah Mula Tidak Cekap Dan Berkira.

Masa Ni, Perasaan Majikan Nak Buang Pekerja Dah Menggunung. Tapi Sebagai Majikan Bukan Senang-Senang Kita Nak Buang Orang. Kita Pun Ada Akta Pekerja Perlu Diikut. Masa Ni Ada Juga Nekad Nak Bekerja Sendiri Dan Teruskan Perniagaan Tanpa Pekerja. Saya Pun Sudah Semakin Mahir Dengan Operasi Dan Kedai Sudah 80% Saya Setup.

Sedang Elok Besoknya, Ada Pula Yang Datang Minta Kerja. Mula-Mula Berat Hati Mahu Ambil Bekerja Sebab Jika Perlu Pun Saya Hanya Perlukan Perkerja Part Time Atau Driver Lelaki. (Ketiga-Tiga Pekerja Tadi Adalah Wanita).

Tetapi Setelah Dicuba Sanggup Pula Kakak Tu Melakukan Apa Sahaja. Ibu Tunggal Yang Sangat Memerlukan Pekerjaan Dan Seagama Pula. Persis Doa Kami Pada Mulanya, Untuk Membantu Yang Betul Memerlukan. Malah Mempunyai Pengalaman  Empat Tahun Di Bidang Perniagaan Kami. 

Mengambil Tiga Orang Perkerja, Bermakna Kami Terpaksa Bekerja Lebih Keras. Tapi Kami Serah Diri Dan Percaya Pada Aturan Allah SWT. Konon Dah Ada Tiga Pekerja, Kami Dah Full House. Tiba Masanya Kami Fokus Pada Marketing Untuk Tambah Punca Rezeki. 

Namun Allah SWT Mengaturkan Situasi Dan Berikan Jalan Untuk Pekerja 1 Dan 2 Yang Tidak Efisien  Berhenti Sendiri Dan Gantikan Dengan Dua Pekerja Berpengalaman Dalam Bidang Perniagaan Kami Yang Jauh Lebih Baik. Alhamdulillah.

Walaupun Niat Pertama Kami Mengambil Pekerja Ini Adalah Sekadar Untuk Membantu Insan Dalam Kesusahan. Kini Dia Menjadi Pekerja Utama Kami. Masih Jauh Perjalanan Kami Tetapi Yang Paling Penting Walau Apapun Yang Akan Berlaku Selepas Ini, Perjuangan Tetap Harus Diteruskan.

Inilah Asam Garam Kehidupan. Kata Majikan Terdahulu (Yang Juga Merupakan Mentor Suami) Yang Turut Membantu Menyelesaikan Isu Pekerja 1 Dan 2 Semalam, Lebih Baik Hadapi Sekarang Dari Masa Depan Dan Sentiasalah Percaya Pada Kuasa Yang Maha Esa. Pasti Dia Aturkan Sesuatu Yang Lebih Baik Untuk Kita.

Saya Menulis Bukan Untuk Memburukkan Sesiapa Tetapi Sebagai Pengajaran, Saya Tahu Ramai Pembaca Saya Merupakan Jutawan Hebat, Berpengalaman Lebih Luas. Namun Ada Juga Yang Masih Dalam Fasa Cuba-Cuba. 

Pengajaran Besar Untuk Saya. Pekerja Dan Majikan Harus Ada Garis Pemisah. Sebaik Manapun Kita.

Kepada Yang Masih Bekerja Atau Berniaga, Sebagus Mana Kita Rasa, Tetap Kena Selalu Semak Diri. Mungkin Ada Akhlak Diri Yang Kita Terlepas Pandang. Baik Pekerja Mahupun Majikan. Pasti Tiada Siapa Yang Sempurna.

Masing-Masing Perlu Perbaiki Diri Dan In Shaa Allah Kita Akan Dapat Peluang Lebih Baik, Kalaupun Bukan Dari Majikan Atau Pekerja Yang Sama, Tetapi Dari Allah SWT. Sepertimana Pesanan Sifu-Sifu Bisnes Saya, 

"Syukur Dahulu, Dan Allah SWT Akan Gantikan Dengan Yang Lebih Baik"

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"

Kami Juga Adalah Stokis 
"Gel Mandian Bidara Al Fattah Limau Purut Nilai/Port Dickson" 😊

No comments:

Post a Comment