Wednesday, October 26, 2016

[NEVER TOO OLD TO DREAM]

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Selama Ni Memang Inspired Dengan MD Danial Sebab Dapat Touch RM10k/Month Pada Umur 19 Tahun Yang Harini Tengah Final Exam Diploma. 

Al Fatihah Sent Untuk Muhammad Danial Bin Nor Sharini. 

Ya Allah Kau Bantulah Beliau Menjawab Exam Hingga Selesai Dengan Sempurna.

Pernah Juga Terlintas Kenapalah Baru Sekarang Nak Serius Jadi Usahawan. 

Masih Dalam Proses Mencari Ilmu. Masih Banyak Nak Improve. Masih Langgar Sana Sini. Bersyukur Allah SWT Ada Sentiasa Bantu Dalam Perjalanan. 

Tapi Harini Dapat Quote Best Ni. 



Never Too Old To Set Another Goal Kan? 

Salam Kasih Sayang. 

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"

Kami Juga Adalah Stokis 
"Gel Mandian Bidara Al Fattah Limau Purut Nilai" 😊

Monday, October 17, 2016

[POTONG SAYUR]

Teks: Nurul Diyana Mohamed


Oleh Kerana Tukang Potong Sayur Harini Adalah Comel-Comel. 

Maka Sayur Untuk Makan Tengahari Nanti Pun Akan Jadi Comel Ya. 😂😂😂

Sengaja Libatkan Anak-Anak Dalam Kerja Memasak Jika Berpeluang. Bagi Dia Sedikit Pengalaman Improve Skill Dan Tanggungjawab. 

Happy Lunch Everybody! 😘😘

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"

Kami Juga Adalah Stokis 
"Gel Mandian Bidara Al Fattah Limau Purut Nilai" 😊

Wednesday, October 12, 2016

[TERSANGAT MUDAH]

Teks: Nurul Diyana Mohamed

[TERSANGAT MUDAH] 

Dalam Perniagaan Guru Kami Mengajar Untuk Tidak Menyebut Ma****h Apabila Bertemu Ma****h. Tapi Sebut "Situasi".

Apabila Pa**h Sebut "Sangat Mudah"

Menterbalikkan Setiap Situasi Kepada Situasi Terbaik Yang Ada. Memandang Setiap Ma****h Sebagai Perkara Baik. Wujudnya Perniagaan Juga Kerana Ma****h Orang. 

Kerana Allah SWT Mengikut Sangkaan Hamba-Nya Dan Setiap Apa Yang Kita Rasa, Buat, Cakap Dan Tulis Itu Adalah Doa. Jadi Jangan Didoakan Yang Tidak-Tidak. 

Jadikan Setiap Situasi Sebagai Pembakar Semangat Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik. Allah Menguji Bukan Kerana Dosa, Tetapi Kerana Ingin Jadikan Kita Insan Lebih Baik. Kalaupun Kerana Dosa, Sudah Tentu Ada Dosa Yang Terhapus, Sudah Tentu Ada Pengalaman Tercipta, Sudah Tentu Ada Pelajaran Berharga. 

Ujian Di Dunia Tiada Apa-Apa, Yang Penting Adalah Akhirat Kita. "Syurga" Atau "Sebaliknya". 

Selamat Berjuang Untuk Semua Dari Kami Sekeluarga!


  "Teman Perjuangan Saya"


Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"

Kami Juga Adalah Stokis 
"Gel Mandian Bidara Al Fattah Limau Purut Nilai" 😊

[SITUASI]

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Bangun Pagi Siapkan Akaun Tertangguh, Sibuk Sangat La Kan? 

Nak Kejar Appointment Jam 10 Pagi, Siapkan Order Customer Cadar, Restock Cadar Yang Menipis, Nak Siapkan Anak-Anak Lagi. 

Orang Berniaga Akaun Memang Penting. Kene Tahu Duit Keluar Masuk, At Least Kalau Belum Capai Target Boleh Cari Jalan Lain Usaha. 

Kalau Tak Buat Syok Sendiri La Jawabnya. Bila Tak Lepas Overhead, Termenung. 

Sekali Buka Pintu Belakang. Bersepah Sampah Buatan Kucing-Kucing Tak Tahu Sapa Punya. Situasi Betul Dengan Lantai Balkoni Penuh Minyak, Geli. 

Mula-Mula Rasa Ralat Tapi Muhasabah, Sambil Mencuci Teringat, Allah SWT Nak Bagi Rezeki Banyak Ni. Nak Bagi Rezeki Melimpah Ruah. Sebab Tu Dia Uji Yang Sedikit Ni. 

Gigih Bersihkan Balkoni Belakang Bila Ingat Nak Bagi Rezeki Masuk. Disamping List Kerja Yang Masih Bersusun Panjang. Tapi Sempat Lagi Duk Menulis! 

Eh, Dah Kata Menulis Untuk Betulkan Fikiran Kan? 😅

Selamat Bekerja Semua! Semoga Hari Anda Sungguh Indah Dan Dilimpahi Rezeki Melimpah Ruah Harini. 

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"

Dobi AquaNano Teluk Kemang, Port Dickson. 
(Sederet Rumah Terbalik Port Dickson)

Kami Juga Adalah Stokis 
"Gel Mandian Bidara Al Fattah Limau Purut Nilai/Port Dickson" 😊

Monday, October 10, 2016

[MURAH DAN MUDAH LA KAK!!]

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Semalam Survey Barang Kedai Kat Kedai Perabot. 

Ada Seorang Pemuda, Saya Agak Seorang Pakistan. Mengikut Cerita Dia Jaga Kedai Ayah Dia. 

Saya Tanya Barang Yang Saya Nak Tapi Dia Offer Macam-Macam Perabot. 

Pemuda: Akak, Tak Mau Barang Lain Lagi Ka? Banyak Murah! 

Saya: Tak Mahu La Dik, Mahu Itu Sahaja. Akak Bukan Tinggal Sini. Kedai Sahaja. 

Pemuda: Kedai Apa? 

Saya: Dobi. 

Pemuda: Layan Diri Ka Kena Layan? 

Saya: Kena Layan Dik. 

Pemuda: Basuh Ini Baju Berapa Satu? (Sambil Pegang Baju T-Shirt Yang Dipakai)

Saya: Basuh Biasa Ke Dry Clean?

Pemuda: Basuh Biasa Je Kak. 

Saya: RM3 Sekilo. Siap Kering Dan Lipat.

Pemuda: Banyak Murah Lak Kak! Saya Basuh Dobi 24 Jam, RM10 Kena Belum Kering! Lipat Sendiri Juga....(Muka Terkejut Dan Sesal Habis)

Saya: Ya La, Banyak Murah Tapi Orang Tak Tahu. 😊

Saya Agak Pemuda Ni Belum Berkahwin, Jadi Nak Senang Hantar Dobi Sahaja. 

Ramai Yang Tak Tahu Kan, Yang Harga Kami Sangat Murah. Lagi Kelebihan; 

🛂 Siap Kering Dan Lipat.

🛂 Tidak Perlu Menunggu Lama Di Kedai Dobi. Hanya Bertemujanji. 

🛂 Cucian Terbaik

🛂 Pekerja Berpengalaman 4 Tahun



Jom Bantu Kami War-Warkan Kepada Yang Memerlukan. 

SHARE & TAG Kawan-Kawan Ya!😊😊
😊

Selamat Datang!

Dobi AquaNano Port Dickson. 
(Sederet Rumah Terbalik Port Dickson)

[MENDOBI DI PORT DICKSON]

Teks: Nurul Diyana Mohamed



Alhamdulillah Dobi AquaNano Port Dickson Dah Elok Terletak Dalam Google Maps. 

Lepas Ni Dah Boleh Guna Google Maps Anda Untuk Ke Tempat Kami Ya?

Bagi Yang Bermastautin Ke Port Dickson Bercuti Menghilangkan Lelah. 

Jom Mendobi Di Kedai Kami. Normal Wash Hanya RM3/kg Untuk Pakaian Harian. Siap Kering Dan Lipat, Anda Tidak Perlu Menunggu, Hanya Bertemujanji Dengan Kami. 

Bawa Pulang Kain Bersih. Pilihan Yang Sangat Bijak Kan?😊

Selamat Datang!

Dobi AquaNano Teluk Kemang, Port Dickson. 
(Sederet Rumah Terbalik Port Dickson)

Saturday, October 8, 2016

[LEGA]

Teks: Nurul Diyana Mohamed. 

Kali Pertama Lega Sebab Bila Ke Kedai Semua Kerja Dah Setel. Cuma Tinggal Train Pekerja Baru Guna Komputer Dan Explain Sedikit Sistem "Front Desk" Sahaja.

Sebulan Kami Overworked Sampai Demam-Demam. Balik Tengah Malam Siapkan Kerja-Kerja Selepas Pekerja Balik. 

Barulah Faham Kenapa Majikan Suka Ambil Pekerja Berpengalaman. Tapi Kalau Tak Ada Pengalaman Nak Belajar Dan Perbaiki Diri Pun Tak Apa. Yang Jadi Isu Bila Rasa "Besar Sangat" Dan Lebih Dari Orang Lain. 

Alhamdulillah. Hebatnya Kuasa Allah SWT. Dia Uji Kami Dengan Pelbagai Dugaan Dalam Tempoh Sebulan Ni Dan Bila Kami Redha, Dia Bawa Kami Ke Tahap Yang Baru. Yang Pasti Sebagai Hamba Kami Tak Akan Berhenti Diuji. Tapi Yang Bestnya Bila Lepas Cabaran Demi Cabaran Tu. Macam Main Game. Game Kehidupan. Lagi Best Dari COC Atau Candy Crush Kot 😁😁

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"

Dobi AquaNano Teluk Kemang, Port Dickson. 
(Sederet Rumah Terbalik Port Dickson)

Kami Juga Adalah Stokis 
"Gel Mandian Bidara Al Fattah Limau Purut Nilai/Port Dickson" 😊

Friday, October 7, 2016

PENGALAMAN PERTAMA SEBAGAI MAJIKAN]

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sudah Lama Saya Tidak Menulis Kan? Ramai Yang Tanya Di Mana Saya. Alhamdulillah Ada Juga Yang Rindu Ya? Siap Ada Yang Setting "See First" Sebab Tak Keluar Post Saya Di FB Wall Mereka, Sedangkan Sejak Aktif Berfbads Jun Yang Lepas Saya Sudah Jarang Menulis Kerana Kekangan Masa Dan Traffic  Yang Tinggi Di WhatsApp. Maaf Ya?

Menulis Memang Cara Saya Untuk Betulkan Fikiran, Lama Tidak Menulis Bermakna Fikiran Akan Jadi Celaru Sehingga Tidak Dapat Tidur Malam. Harini Nak Tulis Panjang-Panjang, Jadi Bersabarlah Dalam Membacanya Ya?

Setelah Lebih Tiga Tahun Berniaga, Harini Genap Sebulan Menjadi Majikan. Beralih Kepada Perniagaan Offline Di Samping Meneruskan Perniagaan Online Yang Sedia Ada Dengan Aturan Allah SWT Jua. 

Jauh Sekali Untuk Mendabik Dada Mahupun Berbangga Tetapi Sekadar Ingin Berkongsi Pengalaman Kepada Rakan-Rakan Yang Berniat Ingin Mencuba. 

Perit Penat Jerih Menjadi Majikan Kepada Pekerja-Pekerja Yang Berubah-Rubah Sikap Memang Satu Kenangan Yang Tidak Dapat Dilupakan. Memang Merasalah Perasaan Bercampur Baur Setiap Hari Selama Sebulan. 

Pekerja 1 Ini Bukan Kami Yang Ambil, Tetapi Dari Majikan Yang Lama, Kerana Kami Meneruskan Perniagaan Rakan Yang Upgrade Bisnes. Tetapi Hanya Awal Sehari Masuk Sebelum Kami.

Mula-Mula Bekerja Memang Rajin Habis, Sampai Suruh Rehat Pun Tak Mahu. Suruh Balik Tak Mahu Balik. Sebagai Majikan Rasa Macam Bangga Dapat Pekerja Yang Jujur, Tidak Berkira, Siap Rasa Nak Jadikan Supervisor, Nak Hantar Kursus Dan Lain-Lain.

Masuk Hari Ketiga, Majikan Lama Bantu Ambilkan Seorang Lagi Pekerja Kerana Bebanan Kerja Yang Tinggi Setiap Hari Terutama Di Hujung Minggu. Pekerja 2 Ini Saudara Kepada Pekerja 1, Walaupun Kami Sedikit Skeptikal Kerana Mungkin Akan Timbulkan Masalah Di Kemudian Hari, Kami Terpaksa Terima Kerana Bebanan Kerja Dan Telah Berjanji Dengan Keluarga Untuk Balik Cuti Raya Haji. (Ketika Ini Kami Pernah Cuba Ambil Beberapa Pekerja Lain Seagama Tetapi Allah SWT Belum Izinkan)

Silap Kami Layan Dengan Sangat Baik, Anggap Macam Keluarga Tetapi Apabila Pertengahan Bulan Dah Mula Tunjuk "True Color", Sepatah Kita Cakap, Sejuta Melawan. Bukan Sekali Tetapi Berkali-Kali. Pekerja 1 Cari Pasal, Pekerja 2 Jadi Penyokong.

Nak Masuk Akhir Bulan, Sudah Pandai Biadap Dengan Pelanggan. Kerja Cakap Macam Bagus. Sudah Mula Tidak Cekap Dan Berkira.

Masa Ni, Perasaan Majikan Nak Buang Pekerja Dah Menggunung. Tapi Sebagai Majikan Bukan Senang-Senang Kita Nak Buang Orang. Kita Pun Ada Akta Pekerja Perlu Diikut. Masa Ni Ada Juga Nekad Nak Bekerja Sendiri Dan Teruskan Perniagaan Tanpa Pekerja. Saya Pun Sudah Semakin Mahir Dengan Operasi Dan Kedai Sudah 80% Saya Setup.

Sedang Elok Besoknya, Ada Pula Yang Datang Minta Kerja. Mula-Mula Berat Hati Mahu Ambil Bekerja Sebab Jika Perlu Pun Saya Hanya Perlukan Perkerja Part Time Atau Driver Lelaki. (Ketiga-Tiga Pekerja Tadi Adalah Wanita).

Tetapi Setelah Dicuba Sanggup Pula Kakak Tu Melakukan Apa Sahaja. Ibu Tunggal Yang Sangat Memerlukan Pekerjaan Dan Seagama Pula. Persis Doa Kami Pada Mulanya, Untuk Membantu Yang Betul Memerlukan. Malah Mempunyai Pengalaman  Empat Tahun Di Bidang Perniagaan Kami. 

Mengambil Tiga Orang Perkerja, Bermakna Kami Terpaksa Bekerja Lebih Keras. Tapi Kami Serah Diri Dan Percaya Pada Aturan Allah SWT. Konon Dah Ada Tiga Pekerja, Kami Dah Full House. Tiba Masanya Kami Fokus Pada Marketing Untuk Tambah Punca Rezeki. 

Namun Allah SWT Mengaturkan Situasi Dan Berikan Jalan Untuk Pekerja 1 Dan 2 Yang Tidak Efisien  Berhenti Sendiri Dan Gantikan Dengan Dua Pekerja Berpengalaman Dalam Bidang Perniagaan Kami Yang Jauh Lebih Baik. Alhamdulillah.

Walaupun Niat Pertama Kami Mengambil Pekerja Ini Adalah Sekadar Untuk Membantu Insan Dalam Kesusahan. Kini Dia Menjadi Pekerja Utama Kami. Masih Jauh Perjalanan Kami Tetapi Yang Paling Penting Walau Apapun Yang Akan Berlaku Selepas Ini, Perjuangan Tetap Harus Diteruskan.

Inilah Asam Garam Kehidupan. Kata Majikan Terdahulu (Yang Juga Merupakan Mentor Suami) Yang Turut Membantu Menyelesaikan Isu Pekerja 1 Dan 2 Semalam, Lebih Baik Hadapi Sekarang Dari Masa Depan Dan Sentiasalah Percaya Pada Kuasa Yang Maha Esa. Pasti Dia Aturkan Sesuatu Yang Lebih Baik Untuk Kita.

Saya Menulis Bukan Untuk Memburukkan Sesiapa Tetapi Sebagai Pengajaran, Saya Tahu Ramai Pembaca Saya Merupakan Jutawan Hebat, Berpengalaman Lebih Luas. Namun Ada Juga Yang Masih Dalam Fasa Cuba-Cuba. 

Pengajaran Besar Untuk Saya. Pekerja Dan Majikan Harus Ada Garis Pemisah. Sebaik Manapun Kita.

Kepada Yang Masih Bekerja Atau Berniaga, Sebagus Mana Kita Rasa, Tetap Kena Selalu Semak Diri. Mungkin Ada Akhlak Diri Yang Kita Terlepas Pandang. Baik Pekerja Mahupun Majikan. Pasti Tiada Siapa Yang Sempurna.

Masing-Masing Perlu Perbaiki Diri Dan In Shaa Allah Kita Akan Dapat Peluang Lebih Baik, Kalaupun Bukan Dari Majikan Atau Pekerja Yang Sama, Tetapi Dari Allah SWT. Sepertimana Pesanan Sifu-Sifu Bisnes Saya, 

"Syukur Dahulu, Dan Allah SWT Akan Gantikan Dengan Yang Lebih Baik"

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"

Kami Juga Adalah Stokis 
"Gel Mandian Bidara Al Fattah Limau Purut Nilai/Port Dickson" 😊