Sunday, February 28, 2016

Puji Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Setiap perkembangan anak-anak itu ibarat permata. Walaupun hanya baru pandai berdikari main buai sendiri. Ambil gambar, ambil video tayang pada  M Othman Jamilan. Puji pada orang depan anak-anak. 

Itu adalah satu teknik untuk bina keyakinan diri anak-anak. Bayangkan diri anda bila dipuji. Suka? Gembira? anak-anak yang ibarat kain putih itu lebihla lagi. Ini bukan riak, riak terjadi hanya apabila kita rasa kita punya sahaja yang bagus. Tapi saya rasa setiap anak itu permata yang hebat. Walaupun anak-anak orang lain. 

Banyak kita lihat harini pelbagai masalah gejala sosial. Semua sebab anak-anak yang kurang keyakinan diri. Kalau anak-anak dah cukup kasih sayang di rumah, anak-anak perempuan telah dapat cinta yang cukup daripada cinta manusia pertama iaitu si ayah. Kenapa mahu cari yang lain? 

Ilmu, didikan, kasih sayang dan segala yang perlu buat si anak adalah suatu perkara wajib yang perlu ditunaikan. Payah? tiada apa yang payah. Jadikan Islam sebagai gaya hidup. Keseluruhannya. Tidak perlu belajar PHD ilmu agama untuk mengajar anak tentang agama. Ia adalah asas kehidupan kita sendiri yang tidak kita amalkan. 

Jom sama-sama kita amalkan. Bercerita bukan untuk berbangga tetapi satu perjalanan untuk mendidik diri lebih istiqamah melakukan apa yang sepatutnya. Mengamalkan ilmu yang telah diperlajari dari insan-insan hebat bernama guru. 

www.nhdbabyshop.com

Saturday, February 27, 2016

Ayah Sibuk, Anak-anak Di Rumah di Hujung Minggu

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Tersayu bila anak-anak tanya "ummi, jom jalan boleh tak?" 

Ayah seminggu outstation balik semalam basuh baju pagi ni pergi lagi. 

Hujung minggu di rumah. Memang pelik untuk anak-anak tapi ayah dah tak izin ummi drive jauh dah sebab bimbang tak terkawal dengan dua orang anak kecil yang aktif. 

Ayah memang sibuk sampai awal bulan depan. Setiap kali ulangtahun Hana macam tu. Macam dah jadi rutin. 

Nanti petang kita jalan-jalan kat luar ye anak-anak? nanti ayah dah free kita ajak balik jumpa Tok Ma sayang sambil jalan-jalan. Tok Ma siap call cakap "Nasib baik ummi kerja kat rumah, kalau dua-dua sibuk anak-anak dengan pengasuh la jawabnya"

Tok Ma sayang memang faham benar cara anaknya bekerja, dulu lagi kerap outstation berbanding ayah. Balik pukul 10 malam hingga 1 pagi. Saya Ex-Project Engineer yang kini jadi Domestic Engineer. 

Syukur pada Allah SWT diberi kekuatan untuk berhenti kerja dan tumpu perhatian pada anak-anak walaupun masih berniaga. Mengimpikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak supaya ayah boleh pecat majikan. Boleh? Boleh?

www.nhdbabyshop.com

Ayah Sibuk, Anak-anak Di Rumah di Hujung Minggu

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Tersayu bila anak-anak tanya "ummi, jom jalan boleh tak?" 

Ayah seminggu outstation balik semalam basuh baju pagi ni pergi lagi. 

Hujung minggu di rumah. Memang pelik untuk anak-anak tapi ayah dah tak izin ummi drive jauh dah sebab bimbang tak terkawal dengan dua orang anak kecil yang aktif. 

Ayah memang sibuk sampai awal bulan depan. Setiap kali ulangtahun Hana macam tu. Macam dah jadi rutin. 

Nanti petang kita jalan-jalan kat luar ye anak-anak? nanti ayah dah free kita ajak balik jumpa Tok Ma sayang sambil jalan-jalan. Tok Ma siap call cakap "Nasib baik ummi kerja kat rumah, kalau dua-dua sibuk anak-anak dengan pengasuh la jawabnya"

Tok Ma sayang memang faham benar cara anaknya bekerja, dulu lagi kerap outstation berbanding ayah. Balik pukul 10 malam hingga 1 pagi. Saya Ex-Project Engineer yang kini jadi Domestic Engineer. 

Syukur pada Allah SWT diberi kekuatan untuk berhenti kerja dan tumpu perhatian pada anak-anak walaupun masih berniaga. Mengimpikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak supaya ayah boleh pecat majikan. Boleh? Boleh?

www.nhdbabyshop.com

Thursday, February 25, 2016

Mendidik Anak-Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Rasa banyaknya yang kurang dalam menjaga dan mendidik anak-anak.

Banyak lagi yang perlu dilakukan.

Membesarkan anak-anak itu senang. Bagi makan kenyang, membesar bagi juara, mula sekolah lepas pada cikgu, masuk universiti, kahwin dan dah habis cerita.

Mendidik anak-anak untuk hafal A to Z, kenal warna, kira 1-10, baca alif ba ta sampai ya. Semua itu Hana dah berjaya buat sebelum umur 3 tahun pun. Ammar 1 tahun setengah dan pandai sebahagiannya.

Cabaran terbesar adalah mendidik anak-anak mencintai Allah SWT. Mempunyai akhlak Al Quran yang mana kita sendiri belum tentu ada. Mungkin anda ada, saya sendiri yang terasa masih banyak yang kurang.

Cara sebenarnya sangat senang, jadikan ia amalan dalam kehidupan seharian. Semua berani cakap "Islam is the way of life". Tapi saya nak tanya "is it??". Tolong semak semula cara hidup kita.

Sama juga dengan hendak ubah gaya hidup sihat, coach saya Mazlina Shahrudin selalu cakap
"focus on the lifestyle" sama juga dengan urusan iman, fokus pada cara hidup sepenuhnya.

Macam pesanan guru saya Dr. Fauzan N Siti. Hendak cerita tentang sunnah nabi suka makan tembikai tetapi cerita semasa tengah buat perkara lain, macam mana? cerita waktu tengah makan tembikai lah.

Ini sebenarnya membebel pada diri sendiri supaya tidak lupa dan leka. Iman manusia ini ada pasanh surutnya. Kena istiqamah. Sama la juga dengan bab berniaga kena menghadap muka guru untuk "refresh" ilmu sekali-sekala.

Keinginan memang kena kuat. Impian kena jelas. In Shaa Allah berjaya.

Sebab blog saya www.nuruldiyanamohd.com tentang pendidikan awal kanak-kanak. Jadi sekali sekala kena tulis untuk peringatan semua dan pembaca setia.

Saya doakan kita semua berjaya mendidik anak-anak yang bukan sahaja hafiz Al Quran tetapi anak-anak yang mempunyai akhlak Al Quran itu sendiri. In Shaa Allah.

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, February 23, 2016

Mendidik Anak Sama Seperti Mendidik Diri Sendiri

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sudah lama menyepi dari blog. Bukannya apa, perasaan bercampur baur sekarang.

Banyak perjuangan, banyak pengorbanan dan banyak jugalah yang perlu dilakukan.

Apa yang menariknya..

MasyaAllah...

Jika kita menjatuhkan EGO sebenarnya mendidik anak adalah sama prosesnya seperti mendidik diri sendiri.

Atau sekurang-kurangnya mengingatkan kita yang telah lama lupa dan leka.

Astargfirullah...

www.nhdbabyshop.com

Wednesday, February 17, 2016

Belum Lagi

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Saya percaya anak-anak dilahirkan memang sedia hebat Allah SWT jadikan. Terutama sekali di bawah umur 7 tahun. Sayang kalau umur begini diabaikan. Cuma ummi dia belum hebat. 

Saya ada kongsikan semalam di seminar tentang saya memang sedaya upaya cuba sebut perkara positif dengan tapi bab melarang tu saya belum pandai. Selama ni saya selalu guna perkataan hati-hati. Anak melompat atas katil saya cakap hati-hati. Anak panjat tinggi-tinggi saya kata hati-hati. Nak melarang tapi tak ada ayat yang sesuai. Jadi hanya cakap hati-hati. 

Subhanallah bila anak sulung dah pandai bercakap memang nampak benda bahaya je dia cakap hati-hati. Ummi hendak jatuh pun dia pesan hati-hati. 

Adik baru hendak pegang pisau pun dia cakap hati-hati. 

Tetapi semalam saya bersyukur sangat dapat satu lagi kosa kata baru. "Belum lagi.." 

Nampak kecil tapi besar bagi saya yang kekurangan kosa kata harian ni. 😊

www.nhdbabyshop.com

Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah. Bersyukur saya pada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk bersama dengan semua ibu-ibu hebat ini semalam. 

Saya rasa ilmu saya terlalu kurang dalam mendidik anak-anak. Berhari-hari saya berdrama dan berlinang air mata kerana nak pergi ke seminar ini semalam. Akhirnya berjaya juga. Suami kurang yakin dapat jaga hana lebih dari 2 jam tetapi Subhanallah suami hebat saya mampu jaga Hana sepanjang saya di seminar dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. 

Saya telah mempunyai coach-coach yang hebat dalam bab kesihatan dan gaya hidup sihat, sifu-sifu yang hebat dalam perniagaan tetapi saya tidak mempunyai sebarang guru dalam bab mendidik anak-anak. Semua ilmu hanya dari perkongsian rakan-rakan dan buku-buku yang saya baca. Terasa kehidupan saya sangat tidak lengkap. 

Tetapi semalam saya berjaya mendapat guru yang sangat hebat. 

Subhanallah..Alhamdulillah.. 

Saya sangat berterima kasih Dr. Siti atas perkongsian hebat beliau. Dan sangat berterima kasih dengan rakan-rakan "busy body" yang banyak menambah nilai dari perkongsian dan persoalan mereka. 

Kini kehidupan saya terasa lebih lengkap. Banyak yang saya pelajari semalam dan banyak juga yang mahu saya pelajari lagi dan lagi. In Shaa Allah. 

Dr. Siti menyedarkan saya betapa kita tidak memerlukan Ijazah atau PHD dalam pendidikan agama untuk mendidik anak menjadi soleh solehah. Semuanya berbalik pada asas kehidupan. Pengetahuan asas yang tidak kita amalkan. Betapa islam kita tidak sampai meresap ke dalam jiwa. Betapa seorang hafiz juga belum tentu memiliki jiwa Al Quran sekiranya tidak di didik dengan betul. Beliau menyedarkan saya sisi lain pendidikan awal kanak-kanak. 

Bagi saya, semua ibu yang teringin mendidik anak menjadi hebat soleh-solehah dunia akhirat wajib pergi ke seminar ini. Terutama sekali dalam situasi persekitaran seperti sekarang yang tidak lagi sama berbanding zaman kita yang dahulu. 

Boleh dapatkan info seminar yang akan datang di www.earlyedukids.com. 

Semoga bermanafaat. In Shaa Allah 😊

Perbezaan Anak-anak

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Pagi selepas mandi Hana si anak dara yang lagi 2 hari akan menjengah masuk 3 tahun siap bersihkan bilik air, besen yang dia guna buat mandi siap di buang airnya dan diterbalikkan dengan kemas sebagaimana ummi biasa buat. 

Tengah hari semasa tengah masak, Ammar si mujahid buka tutup minyak canola baru beli di dapur dan mandi minyak satu dapur. Kakak cuma melihat dan meninggalkan lokasi kejadian. Dan adik dengan seronoknya terus bermain minyak. Sudah tentu ummi pastikan adik lap minyak selepas itu dan mop kemudiannya dengan bantuan ummi. 

Sudahnya nasi claypot ummi pukul 2 baru siap dari pukul 12.30 tengahari. Menu yang sepatutnya senang kononnya ummi buat sebab ayah di luar kawasan. Tetapi jadi lama. 

Ammar dan Hana dua insan berbeza, jika di medan perang hana akan jadi orang yang kreatif merancang dan Ammar akan menjadi pelaksana operasi. 😊

Anak-anak di hadapan mata, sihat kuat dan pintar. Nikmat apa lagi yang hendak kita dustakan. 

Subhanallah....Alhamdulillah..

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, February 16, 2016

Anak Mengemas Mainan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Semalam ayah balik dari bermain badminton rumah sudah berkemas. Tiada lagi mainan bersepah-sepah. Gembira bukan main lagi ayah. 

Sebelum ini memang berkali-kali ummi mengemas sehari tetapi tetap bersepah. Hanya Allah SWT yang tahu penatnya bagaimana. Hendak duduk senang lenang sudah lama tidak berkesempatan. 

Kadang-kadang bila poslaju datang ambil barang waktu petang, segan-segan sahaja ummi mahu buka pintu sebab mainan anak-anak tunggang langgang. 

Dulu sebenarnya anak-anak tidak buat sepah sehebat macam ini tetapi semenjak pernah melihat rakan-rakan lebih tua atau sebaya tuang dan sepahkan mainan, mereka belajar buat perkara yang sama. Walaupun hanya melihat sekali. Mungkin pada fikiran mereka itu tidak mengapa. Sehingga ummi buntu tidak tahu hendak buat bagaimana. 

Tapi di seminar ummi tertarik dengan perkongsisan Dr Siti mengenai betapa beliau pantang ibu-ibu mengemaskan mainan anak-anak. Kita kena pandai bezakan diri kita antara menjadi figura seorang ibu yang hebat dan bibik. Sentap ummi bila dengan macam tu. Mana tidaknya, hampir 3 tahun menjadi bibik di rumah sendiri.

Beruntunglah ibu-ibu yang menyedari yang pergi seminar Dr. Fauzan N Siti lebih awal dan mengamalkannya. 

Baru sehari menggunakan teknik yang diajar beserta penyesuaian dengan umur anak-anak yang saya tanya secara peribadi. Alhamdulillah Hana dan Ammar sudah menunjukkan perkembangan positif. Dan yang paling penting rumah dah tak bersepah sangat macam selalu. Jauh lagi perjalanan ummi mendidik anak soleh solehah ini. 

Doakan saya berjaya ya. 😊

www.nhdbabyshop.com

Monday, February 8, 2016

Anak Tidur Lena

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Kasih sayang adik beradik. Tidur sama-sama atas cadar kalis air. Anak selesa betul, sebab cadarnya KEMAS. Melompat-lompat sebelum tidur juga tiada masalah. Yang paling penting KALIS AIR. Ummi tak perlu risau apa-apa tentang tilam bila balik bercuti Nenek dan Atuk mahupun umah Tok Ma. 

Pendapat peribadi saya, jika sayang ibu bapa kita kena memudahkan mereka, memikirkan mereka, bila besar nanti In Shaa Allah anak-anak pula akan mudahkan urusan kita. 

#WaterproofMattressProtector 
#CadarKalisAir 
#AlasTilam 
#CADAR_KALIS_AIR
#PottyTrain


wwe.nhdbabyshop.com

Anak Tidur Lena

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Kasih sayang adik beradik. Tidur sama-sama atas cadar kalis air. Anak selesa betul, sebab cadarnya KEMAS. Melompat-lompat sebelum tidur juga tiada masalah. Yang paling penting KALIS AIR. Ummi tak perlu risau apa-apa tentang tilam bila balik bercuti Nenek dan Atuk mahupun umah Tok Ma. 

Pendapat peribadi saya, jika sayang ibu bapa kita kena memudahkan mereka, memikirkan mereka, bila besar nanti In Shaa Allah anak-anak pula akan mudahkan urusan kita. 

#WaterproofMattressProtector 
#CadarKalisAir 
#AlasTilam 
#CADAR_KALIS_AIR
#PottyTrain


wwe.nhdbabyshop.com

Friday, February 5, 2016

Sarapan Berkhasiat

Teks: Nurul Diyana Mohamed

5 Feb 2016, Jumaat

Salam penghulu hari!

Bangun pagi ini tengok gambar kawan-kawan post mereka jadi kurus. Perubahan mereka. Memang tambah bersemangat jadinya! 

Lagi bersemangat sebab tahu yang setiap hari apa sarapan yang paling berkhasiat boleh saya nikmati. 

Blend Kurma+F1(Shake)+Oats. Kenyang sampai tengahari. Yang penting GI rendah. Jadi hormon insulin tidak bekerja. Kita takkan cepat lapar dan asik nak mengunyah menambah lemak! BIG NO! 


www.nhdbabyshop.com

Wednesday, February 3, 2016

Kakak Solehah

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Melihat perkembagan anak-anak di hadapan mata, memulakan gaya hidup sihat dan aktif berniaga dalam masa yang sama betul-betul menjadikan saya sangat positif. 

Saya mahu rasakan ini semua dan lebih baik lagi! 

Setelah bermacam cara dilakukan, inilah yang saya rasakan terbaik untuk saya. Sungguh Allah SWT itu Maha Berkuasa, hanya memberi di kala kita layak menerima. 

Suami dan sifu saya sentiasa mengingatkan pesanan yang satu ini. 

Sepagi bersama anak-anak terjadi situasi yang istimewa. 

Situasi: Adik terpegun melihat kucing jantan besar yang datang menyinggah di balkoni dan bergerak selangkah ke belakang. Saya sendiri tidak tahu apa yang dia fikirkan. 

Kakak datang ke sisi adik dan tanya..

Hana: Adik kenapa? Ammar takut? 

Ammar: (diam) 

Hana menyambung.. "dah..dah kakak ada, angan takut" 

Banyak lagi dialog dia memujuk adik, lama.. siap peluk dan pegang adik dia. 

Memang gaya seorang kakak solehah. 😍

Walhal sebenarnya yang takut pada kucing adalah kakak. Sebab fobia pernah kena serang gigit dengan kucing sampai berdarah-darah masa pergi makan-makan dekat kawasan rumah pok su dia di Klang. 

Cuma baru sekarang berani sikit dengan kucing. Tapi itupun ikut mood. 😅

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, February 2, 2016

Senaman

Teks: Nurul Diyana Mohamed

2 Feb 2016, Selasa

Baru sahaja balik dari aerobic kat club. Sangat seronok sebab dapat workout bersama kawan-kawan. 

Rasa segar sangat badan lepas berpeluh hasil workout. Dah lebih sebulan jalani kehidupan sihat. Memang rasa lebih sihat. 

Dikelilingi sahabat-sahabat positif menjadikan saya sangat positif untuk mencapai impian dan hasil yang dimahukan. 

Takkan orang lelaki sahaja yang nak workout kan? orang perempuan lagilah perlukan stamina yang tinggi bagi menguruskan anak-anak, suami dan rumahtangga. Pernah terfikir tak kenapa badan kita selalu sakit-sakit? 

Sebab badan kita tidak di "train" untuk buat kerja-kerja berat macam tu. Tidak di train untuk aktif. 

Memang rugi sesiapa yang suaminya sahaja bersukan. Isteri pun kena turut sama. Saya dan suami bergilir bersukan. Isnin dan Rabu suami main badminton. Selasa dan Khamis malam saya di kelas aerobik. Jumaat, Sabtu dan Ahad masa kami untuk bermain dan berjalan dengan anak-anak. Adil bukan? 

Suami pun dah tak ada nak dengar isteri membebel sebab kena tinggal kat rumah bila dia pergi main badminton. Win-win situation 😊

www.nuruldiyanamohd.com

www.nhdbabyshop.com