Friday, August 28, 2015

Pengalaman Baru Berdikari Dengan Anak-anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah berkemungkinan besar hari ini berakhirlah cabaran berdikari dengan anak-anak. Sejujurnya memang sangat penat sebab baru dua minggu lepas suami berkursus ke Pulau Pinang. Balik sebentar dan kini berkursus lagi ke Johor Bahru. Penat yang dahulu masih belum hilang, kini pergi lagi.

Kata suami kursus ini wajib untuk naik gred jawatan. Jadi, memang kena pergi. Bukanlah kali pertama suami berkursus tetapi selalunya sama ada kebetulan balik bercuti ke kampung, jadi saya sambung bercuti dengan anak-anak. Ataupun kebetulan ma datang bercuti ke sini. Jadi, suami berkursus pun saya masih lega sebab ibu ada di sisi.

Bila bermasalah kan ibu itu juga penawar hari. Suaranya, gelak tawanya, cerita berulangnya, semua saya rindu setiap saat dan ketika. Kehadiran ma dan anak-anak ibarat madu dalam kehidupan seharian saya walaupun suami jauh dari sisi. Kalau ada suami tentulah lagi bahagia. Walaupun penat, inilah dunia kami.

Kali ini suami berkursus saya tiada rezeki mempunyai ma di sisi. Hendak balik ke kampung dengan dua anak kecil juga saya tidak berkemampuan. Apa yang saya boleh usahakan adalah biasakan diri bawa kereta semula. Sebab apabila ditinggal lama begini anak-anak tentu bosan dan rindu ayahnya. Lagi pula barang-barang dapur juga harus dibeli. Bila keluar berdua sahaja dengan anak-anak tablet, car seat dan baby carrier jadi teman sejati.

Dengan baby carrier yang ergonomik saya, saya mampu menguruskan anak-anak dengan tenang dan bijak. Malah, pernah kali pertama keluar diduga apabila sampai ke destinasi kakak pula buang air besar. Saya sedang carry si adik. Tapi saya tidak melihat itu sebagai satu yang saya tidak boleh hadapi. Saya bawa kakak ke tandas, pusing adik ke belakang untuk back carry, cuci apa yang patut, siapkan kakak, kemudian pusing semula adik ke hadapat untuk front carry. Semua sendiri. Rasa seperti supermom!

Selepas bersihkan kakak, bawa dia main semula di taman permainan sebelum masuk Mydin beli barang dapur. Biar dia main puas-puas dahulu baru ajak membeli belah. Lagi pula tiada apa yang saya kejarkan, saya memang sengaja keluar waktu orang tidak sibuk kerana saya memerlukan parkir kosong yang banyak. Sudah lama tidak bawa kereta semenjak selepas melahirkan kakak hana, dia buat drama air mata setiap kali saya memandu. Jadinya dekat dua tahun setengah juga tidak memandu. Parkir kereta memang terkial-kial.

Semua cakap kereta auto ini senang tetapi sebenarnya ada susahnya juga. Senang kemalangan. Nauzubillah. Sebab kereta masih bergerak walaupun tidak tekan minyak, kalau tertekan minyak apatah lagi. Tidak seperti kereta manual yang terus mati apabila tidak kena gaya. Pernah sekali naik divider kerana panic disergah suami berpunca dari salah jalan. Bukan salah saya seluruhnya kerana jalan masuk politeknik ini memang mengada, kadang buka dua jalan, kadang tutup satu buka satu sahaja. Menyukarkan orang yang tidak biasa memandu. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat sebab tidak tekan minyak pun. Tapi brek juga tidak tekan sebab panic. Sehingga harini kalau lalu jalan yang sama pasti cuak dan berhati-hati. Pengajaran sampai bila-bila.

Disebalik kemampuan terselit seribu satu lelah. Apabila suami pulang langsung tiada mood hendak memandu, malas akibat terlalu penat. Lagipula motosikal yang suami selalu bawa pergi kerja rosak. Suami bawa kereta pergi ke tempat kerja. Tidak memandu lagi seminggu. Tanda sedar aturan Allah SWT suami dapat surat lagi mengarahkan ke Johor Bahru untuk berkursus.

Pagi sebelum suami berkursus saya bawa kereta semula kerana terpaksa, memang terkial-kial semula. Sungguh, saya memerlukan latihan yang jitu. Rasa ingin berkerja makan gaji semula dan beli kereta sendiri sahaja. Tetapi rasa kasihan dan kasih sayang untuk meninggalkan anak-anak terlalu menebal. Saya tetap yakin bahawa menjaga anak sendiri dengan air tangan saya adalah kerjaya terbaik saya buat masa ini. In Shaa Allah rezeki lain akan menyusul.

Tapi sejujurnya saya sangat-sangat bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang agak senang diuruskan. Hana Damia sebagai seorang kakak walaupun baru berusia dua tahun enam bulan, sangat memahami dan sentiasa memberi ruang untuk adik terlebih dahulu. Sungguh, Allah SWT itu Maha Berkuasa. Dia tahu kemampuan kita. Dia pasti bantu kita. Saya lebih faham dan makin bahagia bersama  anak-anak kerana berjaya menghadapi cabaran dua minggu ini.

Bagi yang ingin mendapatkan baby carrier yang ergonomik bolehla layari www.nhdbabyshop.com. Untuk berkutu boleh hubungi 0139747810. Cadar Kalis Air juga sedang dalam promosi pengeposan percuma sehingga 31 Ogos 2015.

Jangan ketinggalan!

Tilam Basah

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Pagi ini, bila lepas mandi anak-anak pergi susun mainan di bilik mandi atas tilam. Basah tahu. Dahla En Fish, Squid, Starfish dan Duck dia tu penuh dengan air dalam badan.

Nasib baik tilam guna CADAR KALIS AIR. Kalau tak jenuh juga nak menjemur tunggu kering.

Saya guna secara terbalik supaya boleh lap sahaja kerana lapisan kalis air di bahagian luar.

Duhailah anak.

Untuk menempah WhatsApp 0139747810

Wednesday, August 26, 2015

Tilam Basah

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Pagi ini, bila lepas mandi anak-anak pergi susun mainan di bilik mandi atas tilam. Basah tahu. Dahla En Fish, Squid, Starfish dan Duck dia tu penuh dengan air dalam badan.

Nasib baik tilam guna CADAR KALIS AIR. Kalau tak jenuh juga nak menjemur tunggu kering.

Saya guna secara terbalik supaya boleh lap sahaja kerana lapisan kalis air di bahagian luar.

Duhailah anak.

Untuk menempah WhatsApp 0139747810

Monday, August 24, 2015

Anak Orang Slow? Berhenti Menilai

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Hanya Allah SWT yang tahu berapa bangga kami sebagai ummi ayah kepada pinjaman yang satu ini.

Elok paras rupa dan budi bahasa. Setiap kali dimarah kerana kenakalannya dia akan menghulurkan salam meminta maaf. Hanya berhenti menangis apabila ummi ayah senyum, cium dahi dan cakap "ummi ayah sayang kakak, perangainya elok-elok ye sayang". Walaupun kemudiannya buat lagi. Itulah anak-anak namanya.

Ummi ayah hanya suka-suka ajar A-Z, Alif Ba Ta, 1-10, shapes dan sebagainya tidak pernah memaksa dan menekan tetapi tiba waktunya sekitar umur dua tahun dia sudah kenal A-Z kecuali W dia susah nak sebut, 1-5 jadi mainan mulut, sebutan mudah shape seperti circle, star dia pandai, kasut sudah pandai pakai dan buka sendiri walaupun kadang-kadang terbalik, tapi bila kata " selipar tu terbalik, change kakak" dia terus tukar. Kebanyakan binatang juga dia tahu nama lengkap dengan bunyi sekali terutamanya yang ada di poster-poster di dalam rumah kami. Benda-benda lain yang biasa dia lihat juga.

Ada banyak lagi perkara yang buat kami sebagai ibu bapa bahagia. Tetapi kerana kesopanan dia ada yang kata dia SLOW tanpa tahu apa yang dia mampu lakukan.  Kalau ibubapa lain sudah tentu melatah tetapi kami lebih kenal siapa NHD kami.

Cuma mahu cakap, berhentilah membanding menilai anak-anak, walaupun anak sendiri, anak-anak orang lain apatah lagi. Anda mungkin akan menyakiti hati orang dengan kata-kata anda. Kerana setiap anak itu istimewa, hebat, Allah SWT jadikan cukup sempurna.

Nikmat apa lagi yang anda tidak syukuri. Kami menyukuri nikmat yang satu ini. Alhamdulillah.

www.nhdbabyshop.com

Anda Rasa Hidup Anda Susah?

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sebentar tadi terbaca perkongsian yang dikongsi oleh mentor ABDR, Kak Masayu Ahmad di Facebook mengenai kisah luahan hati bagaimana seorang lelaki yang kehilangan ibu bapa semenjak berumur 14 tahun berdikari sendiri sehingga berjaya menjadi Cikgu.

Sebahagian dari kisah ini pernah  saya lalui. Tapi tidaklah sehebat mana. Kalau saya, sengaja cuba berdikari semenjak dari sekolah rendah sebab tahu ma ayah cuma menoreh getah membesarkan 8 orang anak.

Bila arwah ayah meninggal ketika masih 15 tahun. Bermula kisah sebenar-benarnya berdikari. Menguruskan urusan permohonan ke Universiti semata-mata sendiri. Kerap naik bas dari Ketereh ke KB pergi checkup Xray, beli barang keperluan, pengesahan dokumen semua menapak sendiri. Pernah terlintas membandingkan diri dengan abang dan kakak-kakak, daftar kerja pun arwah ayah hantar lagi, walaupun hanya naik bas hingga ke KL, ke JB. Pengorbanan seorang ayah.

Tapi saya, angkut barang dari Kelantan ke Perak sendiri, Dari Perak Ke KL Ke Pahang bersama Kakak No.5 hanya kerana nak mendapatkan tandatangan kakak No. 2 dan No.5 sebagai penjamin belajar dan seterusnya mendaftar. Susah-susah pun dah rasa bersyukur sangat dah.  Benar, kita susah ada lagi yang lagi susah.

Kesusahan itulah yang mengajar kita erti kematangan. Erti bersyukur. Erti pengorbanan. Erti kasih sayang. Sungguh saya sangat menyayangi setiap inci ahli keluarga saya walau apa pun yang berlaku. Walau seperit mana terluka. Tetap memaafkan. Malah hampir melupakan.

Nikmat apa lagi yang kita tidak syukuri. Hidup ini cuma pentas dugaan. Kesenangan yang sementara. Yang tidak kekal. Apa yang ada cuma PINJAMAN. Waima kebolehan untuk bernafas juga pinjaman. Kalau rasa anda susah, ada yang jauh lagi susah.

Ingat kesenangan itu mungkin DUGAAN yang paling besar. Boleh melalaikan. Chin up! dan cakap Alhamdulillah. Bersyukurlah.

www.nhdbabyshop.com

Friday, August 21, 2015

Didik Anak Jadi Pembersih

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Hana memang dari kecil ayahnya ajar buang sampah dalam tong sampah. Bagus idea tu, sangat bagus, walau ummi rasa dia kecil lagi. Hana pun sangat mendengar kata. Alhamdulillah. Jadi, tidak pernah timbul isu terlalu awal mendidik anak tentang kebersihan. Sebab anak-anak suka merekod.

Tapi atas sebab tertentu ummi dah kuatkuasakan tiada lagi tong sampah dalam rumah. Sebelum tidur semua dekat luar rumah. Jadi sukar hana nak buang sampah sendiri.

Tapi sekarang Hana dah ada tong sampah bertutup sendiri. Pakej dengan penyapu sekali.  Minum susu kotak ke apa, terus masukkan dalam tong sampah dia. Harini ummi buli dia jumpa sampah je minta buang dalam tong sampah. Kesian hana. Sampai penuh tong sampah dia dibuat ummi. Penat pun dapat. Sekali sekala. Selalu Hana dan Ammar je yang buli ummi.

Sayang kak hana. Semoga membesar menjadi anak yang pembersih dan solehah.

www.nhdbabyshop.com

Thursday, August 20, 2015

Kenapa perlu Cadar Kalis Air atau Alas Tilam?

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Harini masih tengah mood mempromosi cadar kalis air untuk kebaikan semua.

Siapa perlukan alas tilam KALIS AIR?

1) Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

- Anak-anak walaupun dipakaikan pampers tetap lah ada masa-masa bocor.

- Mahu ajar anak ke tandas? lengkap dengan mop di tangan, karpet semua simpan tetapi tetaplah perlukan tilam bila anak mahu tidur. Kadang-kadang ibu-ibu menyusu badan, wajiblah ada tilam di ruang tamu. Kalau anak saya, dia memang ada kehendak sendiri mahu baring tak mahu pangku. Lagi selesa agaknya.

2) Ibu bapa yang mempunyai anak-anak di asrama atau hostel.

- Tilam yang lama haruslah sedikit kotor. Dan mungkin ada debu-debu hama. Nanti anak gatal-gatal dah kena ada berhabis bawa ke doktor. Caj minimum ke doktor dan boleh beli satu Cadar Kalis Air Single. Saiz single hanya RM60.

3) Sesiapa sahaja yang mementingkan kebersihan dan penjagaan tilam. Bimbang tilam ada peta dunia pula kan? Belum lagi cerita bab hama dan kuman-kuman. Bukan senang nak bersihkan tilam, melainkan anda ada vacuum air yang harga beribu ringgit tu.

Tuesday, August 18, 2015

Cadar Kalis Air

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Program utama hari ini adalah promosi Cadar Kalis Air.

Sudah agak lama sebenarnya saya dan suami berfikir-fikir untuk membeli alas cadar kalis air untuk tilam-tilam kami. Selain sebagai persediaan untuk potty train anak sulung kami, ia juga sebagai langkah  berjaga-jaga elak tilam dari kotor.

Biasalah masalah utama bila ada anak kecil dua orang ini. Kadang-kadang pampers bocor, adakalanya juga boleh pula pergi makan kat tilam sampai tertumpah. Macam-macam. Tapi sebolehnya saya cuba elakkan dari memarahi anak-anak. Cuma tegur elok-elok. Bagi arahan mudah supaya makan di meja makan. Tapi tetap tak boleh nak elak masa-masa anak meragam atau lampin bocor waktu tidur.

Kalau anda mengalami masalah yang sama, kita senasib. Jadi, terbaru NHD BABY SHOP ada menjual Cadar Kalis Air. Dengan harga serendah RM60. Memang berbaloi beli untuk penjagaan tilam yang optimun. Lagipun cadar ini sama seperti cadar lain, selesa. Cuma bezanya dia cadar poly knitted yang kalis air.

Kalau untuk penjagaan orang sakit pun amat sesuai guna ini. Jom mama papa semua pakat-pakat beli, anak-anak gembira, mama papa senang hati.

Untuk tempahan boleh hubungi saya di whatsapp/sms 0139747810 atau semak facebook NHDBaby Shop atau profil peribadi Nhdbaby Diyana.


Thursday, August 13, 2015

Doa Buat Ibu

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Lately semenjak "ketua kumpulan" berkursus macam jadi rutin bangun malam uruskan kerja-kerja rumah. Bukan kerja kedai online pun. Yang mana penting, yang mana sempat. Sebelum Ammar "ring the alarm"

Sebab siang hari banyak betul projek dengan putera puteri berdua. Baru dua orang. Tiba-tiba rindu ma. Mesti lagi besar pengorbanan dia membesarkan kami lapan beradik setelah arwah ayah pergi selamanya.

Allah...andaikata aku tak sempat membahagiakan ibuku di dunia ini, kau bahagiakanlah dia di akhir sana. Kau berikanlah sebaik-baik tempat untuk beliau di syurgamu nanti. Amin.

www.nhdbabyshop.com

Wednesday, August 12, 2015

Anak Tidak Cukup Susu?

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sempena bulan penyusuan susu ibu ini ramai pula ibu baru yang bertanya tentang susu ibu. Ada yang tanya bagaimana mahu memastikan anak cukup susu? ada yang mahu dikongsikan perjalanan menyusukan anak-anak kerana dikatakan terlalu susah. Ada pula yang bertanya bagaimana mahu cerai susu.

Penulisan kali ini saya tujukan khas buat ibu yang benar-benar mahu susukan anak-anak dengan susu ibu sahaja. Yang benar-benar berhajat, berimpian dan kuat semangat. Selain daripada itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Saya percaya setiap kehidupan yang kita jalani itu unik, jadi saya tak berhak menilai kehidupan sesiapa, apatah lagi menjatuhkan hukum.

Ilmu yang saya cuba sampaikan ini adalah dari kursus yang saya hadiri semenjak hamil anak pertama, dari pembacaan dan juga pengalaman saya sendiri. Secara asasanya sahaja dapat saya rungkai, selebihnya akan saya kongsikan di masa hadapan jika diberikan kesempatan. In Shaa Allah.

Kunci penyusuan susu ibu ialah ketabahan seorang ibu. Saya dulu anak pertama pun pengalaman dan liku-liku boleh dikira agak dasyat juga. Anak tak pandai latch on, nipple crack, kata-kata orang sekeliling tentang anak tidak cukup susu suruh campur FM, suruh bagi air masak banyak-banyak, hendak dibagi gula garam, hendak dibagi makan dan banyak lagi tak terkira rasanya dugaannya.

Tapi demi impian susu ibu saya, saya kuatkan semangat walaupun dekat setahun menghadapi masalah nipple crack atau puting melecet, kesakitannya memang tidak tertanggung. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.  Bila dah ada gigi lain pula masalahnya, selalu luka digigit terutama sekali bila anak tengah mamai. Itulah perjalanan 2 tahun 1 bln menyusukan anak pertama saya. 7 bulan terakhir adalah tandem nursing dengan si adik yang sehingga sekarang masih menyusu secara ekslusif.

Tips saya untuk pastikan sama ada susu cukup atau tak, pastikan anda menyusukan anak sebelah payudara dalam lingkungan 15 hingga 30minit setiap sesi atau kalau dia tak mahu, next penyusuan pastikan bagi payudara yang sama supaya semua zat yang diperlukan dapat pada anak (sebabnya zat dalam kandungan susu ibu dikeluarkan berperingkat, lemak akhir sekali).

Perut bayi baru lahir memang hanya sebesar biji guli, jadi memang sepatutnya bayi cepat lapar. Bukan kerana tidak cukup susu. Bayangkan perut sekecil itu diisi dengan air masak? apa khasiat yang diperolehi? Lagipun bayi cepat lapar bermaksud susu ibu senang hadam (mempunyai enzim yang sama;  manusia + manusia). Lagi cepat hadam, lagi banyak zat dapat kan?

Kenapa susu tepung baby lambat lapar ? enzim haiwan + manusia, jadi lambat hadam dan ada sesetengahnya kekal sebagai lemak tidak dapat dihadam.

Tips lain lagi tengok warna najis bayi. Kalau warna kuning maksudnya bayi dapat semua zat. Alhamdulillah. Kalau ada hijau berkemungkinan bayi tidak dapat bahagian lemak yang menyumbang kepada berat badan bayi. Kalau merah ada campuran darah. (Ini terpakai untuk anak menyusu susu ibu sahaja. Yang dah makan tak apply sebab ada warna makanan lain lagi kan?)

Yang paling penting ibu kena yakin, percaya, usaha dan doa. Selebihnya kita tawakkal. Semoga rezeki di pihak kita semua untuk meneruskan jihad ini. In Shaa Allah. Amin.

Temui kami di www.nhdbabyshop.com

Tuesday, August 11, 2015

Satu Keluarga, Satu Kumpulan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Semalam, hari yang bersejarah jugalah bagi kami sekeluarga. Ketua kumpulan kami pergi berkursus dan meninggalkan kami, tiga ahli kumpulan yang lain termasuk saya yang menyandang jawatan sebagai penolongnya.

Sebagai satu keluarga, kami seringkali mengingatkan yang kami adalah satu kumpulan. Nakhoda kami, ketua kumpulan kami tentulah si ayah. Saya, sebagai timbalannya dan anak-anak sebagai ahli kumpulan atau anak-anak kapal. Kami mahu seluruh ahli keluarga kami tahu kepentingan diri masing-masing. Hidup tanpa arah tujuan bukanlah sesuatu yang boleh diterima oleh kami.

Bagi kami, inilah salah salah satu cara supaya setiap daripada kami lebih bertanggungjawab dan dalam masa yang sama tahu kepentingan diri masing-masing. Sebab adakalanya si ayah atau ketua kumpulan payah benar hendak menyediakan keperluan diri hanya kerana memikirkan tentang ahli kumpulan yang lain. Walhal hakikatnya keperluan dia juga penting kerana andaikata ada yang kurang atau beliau jatuh sakit, pastilah lumpuh satu organisasi kami. Saya juga tentulah terpaksa bekerja lebih. Jadi sebenarnya menjaga diri sendiri juga adalah untuk ahli kumpulan yang lain juga.

Kami mengharapkan cara ini mampu mengukuhkan lagi silaturrahim di antara kami yang setakat ini menunjukkan perkembangan yang positif. In Shaa Allah. Amin.

Semoga saya kuat dan tabah meniti hari-hari selama seminggu tanpa ketua kumpulan kami. Walaupun dia tiada di sisi buat sementara waktu harapnya saya kuat menghadapi. Semoga semangat kami lebih kuat bersatu sekembalinya nanti. Besar harapan saya semoga anak-anak kapal memberikan kerjasama dan segala-galanya baik-baik sahaja.

Setakat ini sehari yang berlalu segalanya baik-baik sahaja. Hanya kena lebih berusaha di waktu petang kerana banyak kerja yang harus dilakukan seorang diri. Mungkin kena mula dilakukan lebih awal daripada kebiasaan. Benarlah kata-kata salah seorang kawan kepada saya yang menjadi pegangan saya sekarang, bila sy ada masalah, takut saya akan ingat;

"Tiada benda yang hendak ditakutkan, Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Yang paling penting kita kena takut, takut Allah SWT tak ampunkan dosa-dosa kita bila mati nanti.

Mohon doa semua agar semuanya berjalan lancar. Amin.

Ingin mudah menguruskan anak-anak? miliki pengendong bayi (baby carrier) yang ergonomik dari kami di www.nhdbabyshop.com atau hubungi 0139747810 untuk bayaran ansuran bulanan. Terima kasih.

Thursday, August 6, 2015

Turun Naik

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Tersenyum seketika membaca assessment di internet seketika tadi. Malu sendiri kerana sudah lama tidak update blog.

Sebagai manusia yang lemah, kita selalu ada turun dan naik. Kadang rasa semangat, kadang rasa lemah. Kadang rasa rajin, kadang rasa malas. Sama juga macam keimanan kita.

Jadi kena selalu ingatkan diri tentang impian hati, tulis pada whiteboard sticker pada dinding besar-besar dan tengok hari-hari. Saya perasan bila sudah lama saya tidak buat sebab itulah semangat jadi lemah, sentiasa terlupa untuk update blog. Dengan alasan ketandusan idea.

Padahal orang macam saya ini, pegang sahaja pena berduyun-duyun idea datang. Kalau taip di smartphone, apabila buka aplikasi blog. Kadang-kadang tajuk yang ditulis lain tetapi di pertengahan jalan tulis pasal benda lain. Sudahnya tukar tajuk. Senyum sendiri saya kadang-kadang. Tiada idea kononnya.

Samalah juga dengan kasih sayang pada anak, rasa kasihan pada anak. Dewasa ini kita seringkali dihujani dengan berita sedih mengenai penderaan kanak-kanak, sangat menyedihkan apabila ada yang sanggup mendera kanak-kanak yang tidak berdaya, malah ada yang sanggup memotong anggota bayi yang dilahirkan bagi menutup kesilapan walaupun diberitakan bayi itu telah meninggal lebih awal. Semua tu soal iman, soal kewarasan fikiran.

Soal iman turun naik itu biasa, seorang guru pernah menasihati saya ; "Pastikan solat cukup, In Shaa Allah boleh menghindari segala perlakuan buruk". Sebab itulah dikatakan solat itu tiang agama. Rumah tanpa tiang akan runtuh bukan? Sebab itu adakalanya ada majikan yang mewajibkan pekerja yang bersolat untuk diambil bekerja.

Untuk perniagaan menjadi maju sudah tentulah memerlukan pekerja-pekerja yang jujur dan beriman. Malah salah satu soalan temuduga jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang tempat saya belajar dahulu ; " Adakah anda solat cukup 3 waktu? " selain "Adakah anda merokok?".

Satu tips lain yang saya rasa sangat berguna adalah melihat wajah anak sedang tidur. Cubalah, anda pasti merasa belas dan sayang. Anak memang adakalanya menguji kesabaran kita, tetapi kita juga harus ingat, suatu masa dahulu kita juga sama. Jika ibu bapa kita tidak sabar, adakah kita masih ada dan berjaya sekarang? Bukannya lahir terus besar.

Muhasabahlah diri, nescaya anda akan lebih menghargai penat lelah ibu bapa kita. Sebagaimana pendapat ibu saya, hanya anak-anak yang mempunyai anak yang faham dan lebih menghargai ibunya.

Untuk kita lebih beringat boleh beli satu whiteboard sticker yang senang dipasang di dinding rumah anda. Ada dijual di www.nhdbabyshop.com