Friday, July 31, 2015

Belajar Senyum Dengan Anak-anak.

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Teks ini saya tulis pada balasan komen dengan seorang sahabat, rasa mahu berkongsi rasa di sini. Allah, hikmahnya.

Ma saya cakap beranak rapat ni susah sekarang sahaja, senang masa depan. Ibu sahabat saya pun cakap benda yang sama. In Shaa Allah. Amin.

Sesungguhnya saya tidak pernah menyesal, tidak pernah merasa rugi. Dalam kepenatan membesarkan anak, banyak bahagianya.

Bila tengok wajah anak senyum. Allah, nikmat. Saya seorang yang jenis serius bila bekerja, kadang tanpa sedar termenung mikir masalah dunia. Tapi bila kita senyum, anak senyum balik, jadi kene banyak senyum sebab nak tengok anak senyum. Jadinya belajar senyum dan gembira dengan anak-anak.

Allah, hikmahnya. Allah SWT tak bagi harta dunia banyak-banyak dia bagi harta anak-anak.

Alhamdulillah.

Berminat nak ada SSC tapi belum berkemampuan, kami ada ansuran bulanan, layari www.nhdbabyshop.com untuk maklumat lanjut.

Friday, July 24, 2015

Pengaruh Upin Ipin

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin diucapkan dari kami sekeluarga.

Balik kampung tiada talian internet jadi baru sempat mahu update. Apa-apa pun raya tahun ini sungguh seronok. Bukan sahaja sebab dapat beraya di kampung halaman sendiri tetapi sebab anak-anak sedara sudah besar. Bila berkumpul meriah nya suasana.

Masing-masing juga sudah boleh diharap. Di saat uda anna (panggilan saya oleh anak-anak saudara) memerlukan, mereka sentiasa ada. Alhamdulillah. Menghabiskan masa cuti menjaga mereka semenjak sekolah hingga universiti dirasakan sungguh berbaloi. Kami memang akrab. Ditegur juga mereka tidak marah. Hanya senyum-senyum dan terus buat kerja. Mereka faham sangat yang uda anna menegur kerana sayang tiada niat lain.

Sungguhla hubungan saudara itu sangat penting, jangan ada dengki khianat mengadu domba, itu perosak suasana.

Anak-anak sendiri masih kecil tetapi si kakak sudah pandai membawa diri. Hari-hari ada sahaja perkara yang dibuatnya. Akal sudah panjang. Harini ini yang berlaku.

Yang ni memang kena rakam/rekod segala macam nota.

Pengaruh tengok movie upin ipin masa atas kereta.

Situasi: Ayah tengah drive kereta. Kereta tengah berhenti kat traffic light.

Bila traffic light hijau.

Hana: Sappy! Go!

Kereta jalan.. beberapa minit kemudian.
... nampak mall.

Hana: Stop! (sambil gelak excited)

Ayah: Suka-suka hati dia je. Mana boleh stop-stop.

Ummi: (Gelak rasa nak pecah perut)

Teruk betul pengaruh cerita ni. Walaupun kartun. Jadi, ibu ayah kena lebih berhati-hati nampaknya.

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, July 21, 2015

Komen Saudara Pemalas Chef Wan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Jadi viral kes chef wan komen pasal saudara pemalas, walaupun rasa kurang sesuai tapi mungkin sudah hilang sabar agaknya. Maklumlah kita tak ada kat tempat dia, nak cakap banyak pun tidak tahu.

Nasib baik lah dalam keluarga kami sindrom ni kurang sikit. Kalau ada sikit2 pun masih boleh pejam mata, ada masa macam plaster kejap orang tu terlebih rajin, kejap orang ni terlebih rajin.

Tapi tahun ni paling best sebab anak-anak buah dah besar dan boleh harap. Walaupun kadang-kadang kuat main tapi bila uda anna nya membebel semua senyum2 pergi buat kerja. Tak ralat nak membebel sebab memang darah daging sendiri dan senang dengar cakap sebab dua tangan ni la yang selalu bantu kakak-kakak jaga mereka dari kecil, kadang-kadang tu cuti sekolah dan semester memang duk peluk cium jadi kawan budak-budak ni. Kesian mama papa ibu walid ummi abah sibuk kerja semuanya.

Juga antara sebab kenapa rela tinggalkan kerja lama sebagai jurutera demi anak-anak. Bila mendalami akan memahami.

Sebab itulah "bonding" pun main peranan penting. Jadi sebagai saudara kena saling sayang menyayang dan memahami. Jangan ada cemburu dengki bagai. Walaupun bukan semua tapi kadang-kadang itu juga penyebab adanya "parasit" macam ni.

Kalau kita hargai orang, layan baik orang sampai mati pun orang akan ingat. Sama juga kalau sakiti orang, malukan orang.

Akhir kata, selamat hari raya, maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

www.nhdbabyshop.com

Saturday, July 11, 2015

Isteri Berkerja Vs Suri Rumah

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Jalan-jalan di facebook terjumpa satu luahan hati si suami mengenai isteri bekerja, oleh sebab penulis ingin tahu mengenai pendapat ibu-ibu mengenai luahan hatinya maka ini pendapat peribadi saya.

Bukan kebimbangan seorang ayah sahaja. Seorang ibu lebih-lebih lagi sehingga ada yang mengambil keputusan drastik berhenti kerja demi anak-anak (sayalah tu).

Tetapi setiap kehidupan itu berbeza, unik. Kita tak tahu apa yang orang lain hadap. Kesusahan mereka. Kebiasaan mereka. Kalau macam saya sudah biasa hidup susah (dibesarkan oleh ibu tunggal penoreh getah sahaja) , jadi kalau takat makan pakai apa ada tiada masalah.

Kakak-kakak pun selalu kata, saya ni campak mana pun boleh hidup. Sebab mereka biasa nampak saya berdikari. Kalau suami isteri rasa mampu untuk berkorban tiada masalah. Tapi janganlah menjatuhkan hukum atas kehidupan orang lain. Ingat senang ke ibu bekerja perah susu secara konsisten (3jam sekali tak silap) semata-mata nak bagi anak susu ibu. Saya sendiri belum tentu sanggup. Memilih untuk direct feed anak selama 2 tahun. Dari satu sisi rasa sudut tu tak kuat.

Kakak-kakak saya majoriti ibu bekerja, apa yang anak-anak mereka kena hadap dek kerana karenah pengasuh, orang gaji, nursery itu jugalah yang menjadi antara kekuatan saya untuk berhenti kerja. Banyak sangat kisah, rasa tak sanggup nak cerita. Sehinggakan waktu-waktu cuti semester di universiti memang majoriti dikorbankan demi menjaga anak-anak saudara. Orang gaji larilah, diabaikan pengasuhla, ada yang patah tangan di diamkan sahaja, ada juga yang ditinggalkan pengasuh dengan gantung botol susu di buaian dan macam-macam lagilah.

Tetapi mereka terpaksa bekerja demi masa depan, demi membantu suami. Ada suami yang bergaji kecil sahaja jadi perlu dibantu, ada suami yang menderita sakit jantung dan kencing manis bertahun lamanya, jadi perlu berkorban bekerja demi menampung kos perubatan dan persekolahan anak--anak yang sedang membesar. Ada rakan yang saya kenal di facebook, suami kemalangan kehilangan kaki tidak mampu bekerja lagi dah, jadi harus bekerja demi menampung tujuh ahli keluarga, tiga daripadanya OKU, dua warga emas, seorang lagi baru berumur tiga tahun.

Jadi, berhenti menilai, berusahalah yang terbaik untuk kehidupan sendiri. Islam itu indah, tidak memberatkan umatnya. Walau apa pun keputusan yang dibuat teruskanlah berdoa semoga anak-anak kita sentiasa dibawah lindunganNya. Amin.

Friday, July 10, 2015

Cara Mudah Urus Anak Tantrum

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sejak akhir-akhir ini jarang bersiaran. Hati membuak-buak untuk menulis setiap hari tetapi hakikatnya tidak semudah yang disangkakan. Untuk membuka laptop dengan anak kecil payah sekali, masalah ketiadaan talian internet streamyx dan aplikasi blogger di telefon pintar pula meragam sama. Sudahnya kerjaya menulis turut ke laut sama seperti kerjaya sebagai seorang peniaga. Peniaga online tetapi kemudahan internet terhad, bagaimana tu?

Saya anggap ini semua dugaan untuk mahu berjaya, dari sisi lain ini juga satu peluang untuk saya memberi lebih perhatian kepada rumahtangga, suami dan anak-anak. Masa kecil mereka cuma sekali. Dirasakan masih banyak kekurangan yang perlu saya dan suami perbetulkan. Masih ada perkara yang lebih baik harus dilakukan.

Doa kami semoga anak-anak ini membesar menjadi insan soleh-solehah, semoga tiada satu pun salah silap kami yang diikuti, semoga elok akhlak budi bahasa sampai ke besar. Membesarkan anak-anak itu tidak mudah. Cabarannya amat besar dan hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membantu.

Contohnya seperti malam ini, selesai iftar bersama para pelajar di bawah seliaan suami di Dataran Nilai dan singgah sebentar di Giant, Nilai selepas itu dirasakan sudah cukup penat. Sebagai ibu menyusu, masih perlu menyusu dan menguruskan anak kedua tetapi dalam masa yang sama entah kenapa si kakak merengek tanpa henti selama berjam-jam lamanya tidak makan pujuk. Tidak tahu di mana silapnya, mungkin kerana terlalu penat hingga susah mahu tidur. Ummi ayah cuba kawal emosi. Bangun berwuduk, bersihkan diri, selesaikan apa yang patut, tenangkan diri sendiri terlebih dahulu kemudian capai satu babywearing gear dan dukung anak.

Alhamdulillah satu kaedah yang tidak pernah mengecewakan kami suami isteri. Suami sambung tidur dan saya carry anak sulung kami sambil susun beberapa baju. Ajaibnya kuasa Allah SWT bagaimana dia menjadikan satu ketenangan dalam diri anak-anak apabila berada dekat dengan ibunya. Melihat bagaimana Hana yang asalnya sudah menangis sampai mata bengkak begitu tenang kemudiannya dan akhirnya terlena dalam beberapa minit sahaja buat saya begitu mensyukuri kerana membuat pilihan tepat menjadi seorang babywearers dan juga menjual beberapa jenis gear di www.nhdbabyshop.com

Maafkan ummi sayang kerana terpaksa menguruskan adik terlebih dahulu sebelum menguruskan kakak. Maafkan ummi kerana tidak mampu memberi perhatian lebih awal. Ummi harap ayah dapat tenangkan Hana tetapi tidak berjaya. Ummi harap ummi ayah dapat jadi ibu bapa yang lebih baik untuk Hana dan Ammar. Semoga ayah diberikan lebih kebolehan untuk memujuk anak-anak, Amin.

www.nhdbabyshop.com

Wednesday, July 8, 2015

Dukung Anak, Anak Jadi Manja

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Ada yang kata dukung anak nanti anak jadi manja tapi bukan dalam Islam memang anak itu perlu dimanjakan sehingga umur 7 tahun ke?

Masa kecil sahaja nak bermanja pun, bila dah besar bawa jalan masing-masing dah.

Lenguh tangan nak dukung, banyak pengendong bayi ergonomik yang dijual di pasaran. Asal anda tak guna crotch carrier sudah. Malaysia maker pun ada. di www.nhdbabyshop.com pun ada jual. Harga boleh nego lagi.

Binatang pun suka dukung anak tau.

www.nhdbabyshop.com

Wednesday, July 1, 2015

Berebut Balik Raya

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Tengok Prof Muhaya Dot Com. Ada yang tanya bagimana mahu buat setiap kali balik raya selalu bergaduh hendak balik raya mana dan suami suka buat keputusan sendiri tanpa berbincang.

Jawapan:
Sebelum kahwin lagi dah kena rancang perkahwinan. Balik raya macam mana.

Pengalaman kami:
Alhamdulillah. Inilah yang kami buat semenjak sebelum kahwin lagi. Sebagai menghormati suami, raya kali pertama kami sebagai suami isteri di kampung suami. Tidaklah mempunyai apa-apa ilmu tetapi logik akal saya, ini adalah sangat penting.

Walaupun ramai sepupu sepapat yang mengata rugi buat macam tu. Tapi saya bahagia kerana semua orang gembira. Tak perlu kelam kabut. Raya bagi saya hanya untuk membahagiakan anak-anak dan ibubapa. Bila turn raya di kampung saya, ibu saya adalah segala-galanya. Perhatian tumpah pada dia sahaja. Tanpa perlu fikir mahu berebut.

Kawan-kawan dan adik-adik yang belum berkahwin. Ingat, rancang sebelum berkahwin. In Shaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Amin.