Saturday, June 20, 2015

Sabar Didik Anak Bersolat

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah malam tadi malam ke tiga dapat tarawikh. Semoga matlamat tarawikh penuh kami bulan puasa ni tertunai. Amin

Tapi tarawikh dengan anak kecil dua orang bukannya senang. Kalau solat lima waktu tu dengan anak-anak tak apa sebab masanya tak adalah lama sangat. Paling panjang pun cuma empat rakaat. Tapi solat isyak, campur solat sunat tarawikh, campur solat sunat witir (4+2+2+2+2+1), paling kurang pun 13 rakaat. Panjang tu.

Kita mungkin boleh tahan. Tapi anak-anak memang gelisah la bila lama sangat ummi ayah bersolat. Geram je dia nak kacau. Lebih-lebih lagi dua-dua masih kecil. 2tahun 4 bulan dan 9 bulan. Malam pertama setakat cuit-cuit telekung sahaja. Itupun semua mainan bawa keluar. Rumah dah macam playground.

Malam kedua sampai tercabut telekung. Kena marah-marah sayang terus menangis. Tahu ummi  marah terus emosi, sebab tu dalam Islam dilarang marah anak kecil. Tapi ummi manusia biasa, kadang-kadang nak juga mengusik.
Malam ke tiga pakaikan telekung solat yang dijual di NHD BABY SHOP tapi tahan beberapa rakaat sahaja sebab adiknya dah kejar tarik-tarik telekung kakak. Teruja dia tengok kakaknya bertelekung. Sudahnya pasangkan cerita kartun upin ipin dan buat kepungan kerusi. Jadi amanla sikit hendak besolat. Itupun beberapa rakaat akhir si kakak dah panjat kerusi keluar. Memang hebat anak dara sorang ni. Sebolehnya tidak mahu anak terikat dengan kartun tapi usaha-usaha lain belum menampakkan hasil.

Siapa kata didik anak itu senang? semua memerlukan kesabaran yang tinggi. Keimanan yang menebal. Jika tak sabar memang kena cubit dah budak bedua ni. Tapi ummi nekad nak dedahkan anak-anak dengan solat. Bersolat bersama anak-anak walaupun payah tetapi seronok. Gembira bila tengok si kakak tiru angkat takbir untuk solat. Sudah pandai rukuk walaupun ummi ajar sekali sahaja.

Memang hebat anak-anak ini, cepat sedap apa yang diajar. Menambahkan kebimbangan ummi apabila bagi tengok kartun atau layan cerita televisyen. Duhaila anak, serap yang baik-baik sahaja ye. Semoga anak-anak kita jadi soleh, solehah. Amin

Nanti layari page NHD BABY SHOP untuk telekung travel kanak-kanak yang ringan dipakai. Rancangannya hendak buat clearance sempena bulan puasa ni. Tapi belum sempat upload ke website. PM sahaja untuk maklumat lanjut.

www.nhdbabyshop.com

Thursday, June 18, 2015

Pertama Puasa

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Hari ini dah pun hari pertama puasa. Disambut dengan selsema. Harap2 tak berjangkit pada suami dan anak-anak.

Saya cukup pantang bila suami tak sihat. Lemah semangat. Nanti jadi serba tak kena. Kalau anak-anak pula sangat kesian sebab masih kecil keduanya kan?

Tapi saya masih bekerja seperti biasa walaupun kepala rasa berat, hidung tersumbat, kadang-kadang terbersin. Kifarah segala dosa. Bila sakit pasti ada dosa yang terhapus kan? siapa kita hendak menidakkan kesakitan yang Allah SWT berikan.

Hari ini gigih merancang menu untuk bulan puasa. Anak sudah dua, jadi kene ada perancangan. Perancangan boleh kurangkan masa yang diambil untuk membeli bahan dapur dan seterusnya memasak. Tapi belum siap pun. Baru siap menu untuk lima hari. Buntu sungguh bab fikir apa nak masak.

Tapi dalam kepala memang wajib ada Rendang Ayam, Ayam Percik dan Sup Soto Bergedil. Terliur nak makan. Pagi ini sahur rancang nak buatkan sup macaroni untuk Hana Damia. Karang buat masa sedang berpuasa, rasa entah ke mana. kesian pula si kakak.

Apa pula menu anda di bulan puasa ini?

Di hari pertama puasa ini saya dan keluarga mengambil kesempatan menyusun sepuh jari memohon kemaafaan andai ada tersalah atau terkasar bahasa.

Selamat berpuasa.

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, June 16, 2015

Tips Menyusu Dengan Bertenaga Di Bulan Puasa

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sudah beberapa hari tidak menulis apabila anak demam dan kemudian jadi terlebih manja sejak akhir-akhir ini. Bilalah agaknya hendak istiqamah menulis.

Kali ini sebagaimana tajuk saya akan kongsikan tentang penyusuan susu ibu di bulan puasa yang saya pelajari hari ini di TV Al Hijrah jam 9 pagi tadi untuk tambah ilmu sedia ada. Perkongsian ini adalah atas permintaan rakan-rakan. Mungkin ramai yang sedia menyedari bahawa ilmu sangat penting dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Dengan ilmu yang tidak seberapa inilah saya kuat dan berjaya menyusukan anak sulung Hana Damia dengan susu ibu selama 2 tahun 1 bulan. Menyusukan secara tandem nursing bersama anak ke dua Rizq Ammar semenjak berusia 18 bulan dan masih lagi menyusukan anak kedua saya sehingga sekarang secara ekslusif. Alhamdulillah, bersyukur atas rezeki yang Allah SWT berikan. Hanya Dia sahaja pemilik segala yang ada di langit dan di bumi.

Walaupun pernah menyusukan anak pertama di bulan puasa dan hamil dalam waktu yang sama tetapi kebimbangan menghadapi bulan puasa kali ini tetap ada. Bukan apa, lain anak, lain ragamnya, lebih-lebih lagi target saya untuk menyusukan secara ekslusif, In Shaa Allah.

Berbalik kepada perkongsian ilmu di TV Al Hijrah tadi, satu fakta yang dikongsikan yang saya percaya akan menenangkan semua ibu yang menyusukan adalah;

"Menurut kajian yang dilakukan badan ibu menyusu akan mengalami perubahan metabolisma di bulan puasa yang membolehkan ibu tetap menyusukan anak di bulan puasa, jadi menyusukan anak pasti boleh dilakukan walaupun ketika sedang berpuasa"

Ibu-ibu mungkin akan mengalami kekurangan susu tetapi hanya dalam 1-2 auns sahaja. Yang penting, cara pemakanan yang betul harus dijaga supaya badan kekal bertenaga.

Cadangan Pemakanan:
1) Ambil makanan sihat lengkap; karbohidrat, air, buah-buahan, protein dan sayur-sayuran. 

2) Elakkan makanan berminyak, berempah dan pedas kerana makanan sebegini susah untuk dicernakan.

3) Banyakkan makanan berkuah seperti makanan rebus dan sup.

4) Banyakkan meminum air dari berbuka sampai sahur (3.5 liter sehari). Air yang dicadangkan adalah air suam.

- Pada ketika ini pengacara ada mempersoalkan mustahil hendak meminum air sebanyak itu di bulan puasa. Tetapi tetamu jemputan cikgu susu ain menegaskan bahawa beliau sendiri merupakan ibu menyusu.

-Beliau menerangkan semuanya boleh dilakukan, cadangan beliau adalah meminum satu gelas air suam setiap satu jam supaya badan kekal hidrat.

Pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang SID dan pengamal vitamin Shaklee yang sangat mementingkan pengambilan air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Saya pasti ini boleh dilakukan.

Tips peribadi saya, botolkan siap-siap sukatan air yang hendak diminum dan letakkan di tempat yang mudah dilihat.

Atau pernah juga saya cuba gunakan botol air 500ml dan sentiasa bawa bersama. Bila nampak pasti minum, dan badan memang rasa sangat selesa.

Elakkan pengambilan air banyak-banyak dalam satu masa kerana itu adalah satu tindakan yang salah. Nanti kerap pula ke tandas apabila terlebih minum air, apabila ini berlaku air yang kita minum itu jadi sia-sia.

Bagi ibu yang bekerja juga boleh tetap menyusukan anak walaupun ketika berpuasa, bagi mengelakkan bekalan susu berkurang dicadangkan melakukan power pumping sekali seminggu di waktu malam selama sejam.

Teknik power pumping kita meniru keadaan di mana anak kerap menyusu ketika sedang mengalami pecutan pertumbuhan (lebih pertumbuhan dari waktu biasa).

Yang selalu kita kata anak meragam nak menyusu sahaja tu agaknya fasa semulajadinya.

Cara melakukan power pumping;
- Lakukan selama satu jam
- Bagi pengguna dua pam lakukan 20 minit memerah, 20 minit rehat, 20 minit memerah (cukup 60 minit bersamaan 1 jam)
- Bagi pengguna single pump, lakukan secara bergilir-gilir 10 minit setiap satu sehinggalah cukup 1 jam.

Sesetengah ibu akan menghentikan sesi pam di pejabat kerana bimbang penat tetapi apa yang akan berlaku jika dibiarkan susu penuh tanpa pam seperti biasa, badan akan memberi isyarat untuk mengurangkan atau menghentikan pengeluaran.

Ini juga prinsip yang saya pegang selama menyusukan anak-anak selama ini dan selalu nasihatkan kawan-kawan. Ajaibnya kuasa Allah SWT, pengeluaran susu adalah bergantung kepada demand atau keperluan bayi.

Penggunaan pam adalah satu peniruan yang penting bagi ibu yang bekerja. Malah saya mempunyai sahabat hebat yang tidak mampu menyusukan anak secara normal kerana masalah keistimewaan fizikal anak (lelangit istimewa sejak lahir) tetapi masih berjaya meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif sebagaimana sepatutnya dengan izin Allah SWT. Dan anaknya tidak pernah menyusu secara terus. Hebat bukan?

Jadi, teruskan mengepam di pejabat. Jika anda tidak terus mengepam, mengikut kajian terdapat banyak kes bekalan susu akan berkurangan selepas bulan puasa.

Satu lagi tips menarik yang dikongsikan yang pasti saya cuba ialah makan kurma secara maksimum untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Bukan makan kurma sahaja tau tapi secara maksimum.

Apa yang cikgu susu ain lakukan adalah;
- Berbuka dengan 3 biji kurma.
- Setiap 1 jam makan kurma bersama air suam.
- Waktu moreh makan 3 biji kurma bersama air susu atau air suam.
- Setiap kali bayi bangun menyusu di malam hari, makan 1-2 biji kurma bersama air suam. Jadi pastikan bekalan kurma dan air suam sentiasa di sisi.
- Sahur, makan kurma milkshakes ( blend kurma dan susu).
- Boleh juga campurkan dengan mealshake Shaklee bagi peminat Shaklee (ini saya tambah)

Boleh layari blog cikgu ain www.cikgususu.com dan www.pumponthego.com untuk lebih perkongsian dari cikgu ain. Saya belum buka lagi. Ini apa yang diberitahu. Jangan lupa layari juga online shop saya www.nhdbabyshop.com.

Sesi perkongsian ini sekejap sahaja, ini sahaja yang sempat saya catit. Ada juga saya selitkan perkongsian dan pemahaman saya sedikit sebanyak. Ada juga saya rakam audio tapi belum sempat dengar semula. Semoga berguna untuk semua. Jangan lupa doa banyak-banyak pada Allah SWT. In Shaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Amin.

Semoga berjaya!

Thursday, June 11, 2015

Kuasa Kasih Sayang

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Bayi pun tahu gembira bila rasa disayang.

Dari merengek lepas bangun tidur, bila ummi cium terus tersenyum gembira tak jadi nak menangis.

Hebatnya kuasa kasih sayang.

Subhanallah.

Jadi, kasih sayang itu penting, berilah sepenuh kasih sayang kepada anak-anak anda. Supaya mereka gembira dan rasa disayangi.

Dalam masa yang sama, masukkan ilmu tentang akhlak mulia, agama, sifat tanggungjawab dan lain-lain. Tapi bukanlah secara mendesak, biasa kan sahaja. Apabila dah berumur tujuh tahun baru boleh kita tegur secara serius.

In Shaa Allah, semoga anak-anak kita berjaya di dunia dan di akhirat. Amin

www.nhdbabyshop.com

Friday, June 5, 2015

Aktiviti Berguna Untuk Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sebenarnya pernah terbaca tentang aktiviti menarik untuk anak-anak tetapi mungkin masa baca tu anak-anak tengah bayi lagi jadi lebih utamakan flashcard, lepas tu terus lupa. Flashcard pun tak sempat hendak melayan sangat sejak si kecil Ammar makin aktif. Kesian kakak Hana Damia.

Walaupun banyak aktiviti yang saya cuba buat tapi dia tetap nampak bosan. Mungkin kerana aktiviti saya yang dibuat sambil kelam kabut uruskan dua anak kecil, memasak, menguruskan rumah dan lain-lain tidak mampu menangani sel-sel otak Hana Damia yang mahu berhubung.

Malam ini terbaca lagi entri berkaitan aktiviti untuk anak-anak yang saya pernah baca rasanya. Cuma masa sahaja mungkin kurang sesuai.

Banyak aktiviti menarik untuk di cuba. Jadi hujung minggu ini masa untuk buat gerak khas sediakan aktiviti untuk anak-anak. Doakan saya berjaya.

Saya tinggalkan anda dengan entri berguna dari blog Adlil Rajiah

Boleh tekan nama dia untuk terus baca entri yang saya maksudkan.

Apa sahaja demi anak-anak.

Wednesday, June 3, 2015

Perkara Tidak Patut Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Semalam bawa Ammar jumpa dentist. Regular appointment. Berdua sahaja. Kakak tidur, jadi kene tinggal dengan ayah.

Masa masuk klinik ternampak dua orang ibu lain bawa anak-anak mereka checkup. Nampak rapat, mungkin jiran dan datang sama-sama. Masing-masing bawa dua orang anak.

Anak pertama mereka sebaya, saya agak dalam lingkungan umur lima tahun, perempuan dan lelaki. Anak kedua mereka pula berbeza umur, seorang sebaya Ammar dalam lingkungan 9 bulan dan seorang lagi saya agak sebaya Hana Damia dalam 2 tahun.

Saya lihat anak perempuan 5 tahun dari ibu pertama tetiba datang merengek menangis takut jumpa doktor Gigi. Yang lelaki pula tak habis-habis mengusik. Si ibu  kepada budak perempuan memujuk anaknya. Di saat ibu membelakangkan anaknya, budak lelaki masih terus mengusik, sekali anak perempuan itu tunjukkan simbol lucah!

Istigfar panjang melihat anak sekecil itu berkelakuan begitu. Pengaruh orang sekitar dan televisyen mungkin.

Bimbangnya anak "pick up" perkara tidak sepatutnya. Sekarang cerita kartun yang kononnya kata banyak beri pengajaran juga banyak perkataan dan perbuatan negatif. Kalau pick up yang positif sahaja tak apa. Kalau negatif? Nauzubillah.

Dulu kita, umur 20 tahun pun belum tentu kenal simbol sebegitu.

www.nhdbabyshop.com
www.nuruldiyanamohd.blogspot.com

Allah SWT itu Maha Berkuasa

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Memadamkan kenangan pahit

Mana ada hidup yang sempurna?

Mana ada orang yang sempurna?

Mana? Mana?

Allah SWT itu maha berkuasa, dia mengingatkan kita dengan dugaan di saat kita leka.

Dia memberikan kita jawapan sebenar kepada andaian kita yang salah selama ini.

Alhamdulillah. Syukur atas peringatannya.

Di dalam mendidik anak-anak dugaan itu biasa, terutama sekali apabila anak-anak berada di peringat anak sulung saya, sekitar dua tahun setengah. Pandai buat banyak perkara tapi masih belum memahami baik dan buruknya sesuatu.

Jadi, menjelaskannya sahaja mengambil masa. Niat hati nak elakkan rasa marah. Tetapi di saat ini bila dia rasa ummi marah sahaja baru akan timbul emosi dan menghentikan apa yang dilakukan. Segaja mahu ambil perhatian. Lumrah anak-anak.

Bagi yang membesarkan anak-anak sendiri baru tahu bagaimana dugaannya kan? dulu saya selalu tolong kakak-kakak jaga anak-anak saudara yang berpuluh orang tu. Berbulan-bulan lamanya saya menguruskan mereka, tapi rasanya menguruskan anak dari rahim sendiri lagi besar dugaannya.

Semoga berjaya ibubapa di luar sana. Yakinlah, Allah SWT ada untuk kita.

www.nhdbabyshop.com