Thursday, June 30, 2016

OCTOPUS

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed. 

Parcel Cadar Kalis Air banyak. Rezeki bulan puasa, Alhamdulillah. 

Ummi dah macam Octopus packing barang sorang-sorang, sambil layan customer WhatsApp. Komen dan PM dan kelaut dah.. 

Tiba-tiba dengar anak senyap...

Rasa lain macam.. 

Tengok-tengok, selongkar almari ambil barang kemas pakai kan dekat kucing dia. 

Siap nyanyi.. B-I-N-G-O.. Nama saya BINGO! 

Ummi yang BINGO dengan anak-anak ni. Haha.. 

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"

============================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

http://minisite.azanis.my/ (Penerangan) 

http://demo.azanis.my/ (Demo) 
Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com. 

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

[AWESOME CUSTOMER]

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Setiap pagi memang visualize dapat pelanggan yang hebat-hebat. 

Dan bukan kerana saya, tapi mereka memang sedia hebat. Baru up testimoni pada komen terus bagi respon. 

Alhamdulillah. Nikmat Apa Lagi Yang Ingin Saya Dustakan. Terima kasih semua. 

Sila abaikan bateri yang nyawa-nyawa ikan tu 😁😁

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"😊

============================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Thursday, June 16, 2016

Kepercayaan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Bukan mudah mendapatkan kepercayaan pelanggan, tapi saya cuba untuk melakukan tugasan sebaik mungkin. 

Mungkin cara saya berbeza berbanding peniaga lain. 

Tetapi saya ada sebab saya tersendiri dan saya yakin itu yang terbaik untuk para pelanggan. 

Semoga Cadar Kalis Air dapat memberi manfaat yang sebaiknya untuk anda semua.

Dapat menambah nilai kepada kehidupan semua, memudahkan urusan menjaga anak-anak sebaiknya dan menjadikan kita ibu yang lebih hebat dari sebelumnya. 

Saya doakan puan-puan dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan diberikan ketabahan oleh Allah SWT dalam menguruskan anak-anak. 

Mohon doakan perniagaan saya berkembang maju dan seterusnya dapat membantu lebih ramai insan memerlukan ya. 😊

Akhir sekali, terima kasih untuk semua atas sokongan. 

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"😊

============================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Tuesday, June 7, 2016

HATI-HATI DENGAN PENIPUAN ALAS TILAM KALIS AIR

[HATI-HATI] 

Mohon kepada para pelanggan berhati-hati dengan penipuan Alas Tilam Kalis Air. 

Akhir-akhir ini ramai pelanggan membuat aduan mengenai ada pihak ke-3 yang menjual dengan harga murah dan main harga tapi menggunakan gambar produk dan brand kami (Aula Shield). 

Apabila diterima oleh pelanggan, yang kononnya nak dapatkan harga lagi murah, sedangkan harga kami sudah murah, packaging entah apa-apa (macam jual kain pasang gayanya).

Dan kualiti juga tidak terjamin. 

Untuk makluman, ini produk kami ya? Owner produk adalah orang yang rapat dengan saya, mustahil ada harga lebih murah sedangkan kami telah berikan FREE Postage. Harga untuk semua ejen adalah standard.

Kami manufacture di luar negara dengan kos tinggi dan KUALITI TERJAMIN (Malaysia kami belum jumpa pengilang yang ada teknologi nak buat jenis laminated ni, jika ada boleh maklumkan saya). 

Sudah lebih 3 tahun kami di Industri ini, tapi baru akhir-akhir ini ada "copy cat" yang menyerang pelanggan-pelanggan.

Berhati-hatilah. Jangan kerana ingin murah anda DITIPU. Lebih buruk lagi, sekiranya barang pun anda tidak dapat. 

Di sini, anda kenal saya. Anda nampak muka saya. Anda tahu siapa nama saya dan syarikat kami juga berdaftar dengan SSM. Jadi, belilah dengan YAKIN. 

Kepada yang terlibat, sekiranya anda ada di page saya, saya sedekahkan Al Fatihah..Kesian...

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"😊
=========================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Sunday, June 5, 2016

Zakat

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet

Tunaikanlah zakat.. 

Hanya 2.5% dari gaji bersih sebagai zakat pendapatan. 

Hanya 2.5% untung bersih sebagai zakat perniagaan. 

Memang berbeza rasa jiwa. Urusan lebih mudah. Rezeki lebih bermanfaat. Kalau kata, kau boleh la ada rezeki lebih.. kau bolehla ada gaji besar..kau bolehla ada itu..ada ini... 

Tapi kan jumlahnya 2.5% sahaja, walaupun jumlahnya cuma seringgit dua. Kemudahan bayaran online pun dah ada. 

Lagi rugi kalau tak bayar walaupun gaji mahal, income juta-juta pun tapi tak dapat dimanfaatkan sebab tak berkat. Rezeki lari-lari. 

Hak kita bukan rezeki kita, rezeki kita cuma apa yang memberi manfaat kepada kita. Sekurang-kurangnya rezeki berkat melekat, ada bila diperlukan. Bukan hanya namanya sahaja berjaya tapi bukan rezeki. 

Ingat dalam rezeki kita, ada hak orang lain. 

Saya pegang hal 2.5% ini semenjak lepas SPM lagi, ada kisah dari perkongsian abang ipar Sairi Yaakob. Kemudian saya mula bayar ketika mula-mula bekerja sebagai jurutera. Alhamdulillah kerja saya memang mudah dan senang adapt. 

Bila berhenti kerja dan berniaga sambil-sambil asuh anak sendiri saya kurang ilmu tentang zakat perniagaan. Tambahan pula belum serius berniaga. Tapi wang belanja pada ibu bapa setiap bulan memang kami tidak pernah berhenti bayar tanpa alasan. Setiap bulan, asingkan siap-siap. Jika mahu tunggu cukup memang tak cukup-cukup. Pada Ma, Mak dan Abah. Sama rata. 

Bila mula serius berniaga dan mula bayar tidak mengira hal cukup haul atau tidak hati memang tambah lega. Hanya 2.5% sahaja dan ia benda baik, saya kira kenapa nak tunggu cukup haul? 

Alhamdulilah, rasa hidup lebih baik dan bermanfaat. Syukur pada Allah SWT. 

Tanggungjawab duit pada orang tua dan zakat memang kena jaga sekiranya mahu hidup tenang dan bahagia. Walaupun sedikit, kuncinya istiqamah. 

Kawan-kawan wajib cuba tau! 

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia" 😊

www.nhdbabyshop.com

============================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Saturday, June 4, 2016

Puasa

Teks: Nurul Diyana Mohamed

[PUASA] 

Hana: Ummi nak susu. 

Dah minta dengan Allah? 

Hana: Ya Allah Ya Tuhanku..kakak nak susu. Amin. 

Ummi baru nak bangun tengok adik sedu-sedu. Ummi fikir kurang minum air agaknya. 

Bagi adik minum air masak dulu. Lepas adik minum hulur kat Hana. 

Hana: Not Yet! kakak PUASA. (Sambil lari-larikan muka) 

Ummi: Apa? Puasa? .....😱😱😱

Ingat puasa boleh boleh puasa air masak je ke? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ragam anak 3 tahun. 😊

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia" 😊

====================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Farm in The City

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Lepas selesaikan zakat perniagaan dan bayaran apa yang patut, Allah SWT bagi ilham nak habiskan "Fun Fund" dengan bawa anak ke "Farm in The City", Seri Kembangan. Jarak 45 minit sahaja dari rumah. 

Entah kenapa bila anak-anak kejutkan pukul 5 pagi, boleh buka komputer buat kira-kira apa yang patut, selesaikan semua kerja kedai online semampu mungkin dan ajak ayah Hana dan Ammar ke sini. 

Anak-anak dari pagi lagi teruja nak datang sini, bila ummi cakap nak bawa ke zoo semua pakat pergi mandi dan siap pakai baju. Hana cakap nak tengok "zoo keeper", Ummi kata orang pergi zoo tengok "animals" bukan "zoo keeper". 

Memang seronok datang tempat yang berkonsepkan "petting zoo" ni. Walaupun tiket agak mahal tapi agak berbaloi saya kira sebab anak-anak boleh pegang dan bagi makan binatang, setiap tempat ada zoo keeper yang membantu. Dan tempatnya pun agak terjaga. Dah kali ke-3 datang sini.  

Ada banyak juga binatang yang "best" dan menjadi kegemaran anak-anak macam kanggaro, tortoise, mousedeer, goat, alligator,owl dan banyak lagi. Yang paling ummi suka, ada tambah satu binatang baru, Llama. Dalam cerita Dora biasa ada binatang ni. Tapi anak-anak tak kenal, sebab jarang bagi tengok kartun dah.

Hari yang sangat bermakna sebenarnya. Dah lebih 3 tahun berniaga, baru kali ini rasa macam benar-benar berniaga sebab Ayah dah masuk "team" kami. Lengkap dah. 

Ini memang "rewards" ummi dari perniagaan online untuk semua sebab dah berkerja keras, anak-anak selalu tolong bungkuskan parcel, ambil congsignment note dari printer dan jadi tukang sibuk. Ayah selalu tolong hantar barang. 

Dengan izin Allah SWT harini dah ada sebahagian impian ummi menjadi kenyataan. Alhamdulillah. 

Semoga terus istiqamah. Doakan saya ya? 

Terima kasih. 😊

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"😊

===========================

🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.

Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

Wednesday, June 1, 2016

Teman Setia

Bila bangun malam buat kerja, inilah dia teman setia yang akan akan datang cari. 

Setia betul berkepit dengan ummi. Boyfriend "tetot" ummi kata Ayah.

Nampak tak cadar kalis air yang jadi alas tilam tu? cadar biasa dah kelaut dengan Ammar ni. Cadar Kalis Air juga yang tetap kemas terletak. 