Sunday, June 5, 2016

Zakat

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet

Tunaikanlah zakat.. 

Hanya 2.5% dari gaji bersih sebagai zakat pendapatan. 

Hanya 2.5% untung bersih sebagai zakat perniagaan. 

Memang berbeza rasa jiwa. Urusan lebih mudah. Rezeki lebih bermanfaat. Kalau kata, kau boleh la ada rezeki lebih.. kau bolehla ada gaji besar..kau bolehla ada itu..ada ini... 

Tapi kan jumlahnya 2.5% sahaja, walaupun jumlahnya cuma seringgit dua. Kemudahan bayaran online pun dah ada. 

Lagi rugi kalau tak bayar walaupun gaji mahal, income juta-juta pun tapi tak dapat dimanfaatkan sebab tak berkat. Rezeki lari-lari. 

Hak kita bukan rezeki kita, rezeki kita cuma apa yang memberi manfaat kepada kita. Sekurang-kurangnya rezeki berkat melekat, ada bila diperlukan. Bukan hanya namanya sahaja berjaya tapi bukan rezeki. 

Ingat dalam rezeki kita, ada hak orang lain. 

Saya pegang hal 2.5% ini semenjak lepas SPM lagi, ada kisah dari perkongsian abang ipar Sairi Yaakob. Kemudian saya mula bayar ketika mula-mula bekerja sebagai jurutera. Alhamdulillah kerja saya memang mudah dan senang adapt. 

Bila berhenti kerja dan berniaga sambil-sambil asuh anak sendiri saya kurang ilmu tentang zakat perniagaan. Tambahan pula belum serius berniaga. Tapi wang belanja pada ibu bapa setiap bulan memang kami tidak pernah berhenti bayar tanpa alasan. Setiap bulan, asingkan siap-siap. Jika mahu tunggu cukup memang tak cukup-cukup. Pada Ma, Mak dan Abah. Sama rata. 

Bila mula serius berniaga dan mula bayar tidak mengira hal cukup haul atau tidak hati memang tambah lega. Hanya 2.5% sahaja dan ia benda baik, saya kira kenapa nak tunggu cukup haul? 

Alhamdulilah, rasa hidup lebih baik dan bermanfaat. Syukur pada Allah SWT. 

Tanggungjawab duit pada orang tua dan zakat memang kena jaga sekiranya mahu hidup tenang dan bahagia. Walaupun sedikit, kuncinya istiqamah. 

Kawan-kawan wajib cuba tau! 



Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia" 😊

www.nhdbabyshop.com

============================


🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.


Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

No comments:

Post a Comment