Saturday, June 4, 2016

Farm in The City

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Lepas selesaikan zakat perniagaan dan bayaran apa yang patut, Allah SWT bagi ilham nak habiskan "Fun Fund" dengan bawa anak ke "Farm in The City", Seri Kembangan. Jarak 45 minit sahaja dari rumah. 

Entah kenapa bila anak-anak kejutkan pukul 5 pagi, boleh buka komputer buat kira-kira apa yang patut, selesaikan semua kerja kedai online semampu mungkin dan ajak ayah Hana dan Ammar ke sini. 

Anak-anak dari pagi lagi teruja nak datang sini, bila ummi cakap nak bawa ke zoo semua pakat pergi mandi dan siap pakai baju. Hana cakap nak tengok "zoo keeper", Ummi kata orang pergi zoo tengok "animals" bukan "zoo keeper". 


Memang seronok datang tempat yang berkonsepkan "petting zoo" ni. Walaupun tiket agak mahal tapi agak berbaloi saya kira sebab anak-anak boleh pegang dan bagi makan binatang, setiap tempat ada zoo keeper yang membantu. Dan tempatnya pun agak terjaga. Dah kali ke-3 datang sini.  

Ada banyak juga binatang yang "best" dan menjadi kegemaran anak-anak macam kanggaro, tortoise, mousedeer, goat, alligator,owl dan banyak lagi. Yang paling ummi suka, ada tambah satu binatang baru, Llama. Dalam cerita Dora biasa ada binatang ni. Tapi anak-anak tak kenal, sebab jarang bagi tengok kartun dah.

Hari yang sangat bermakna sebenarnya. Dah lebih 3 tahun berniaga, baru kali ini rasa macam benar-benar berniaga sebab Ayah dah masuk "team" kami. Lengkap dah. 

Ini memang "rewards" ummi dari perniagaan online untuk semua sebab dah berkerja keras, anak-anak selalu tolong bungkuskan parcel, ambil congsignment note dari printer dan jadi tukang sibuk. Ayah selalu tolong hantar barang. 

Dengan izin Allah SWT harini dah ada sebahagian impian ummi menjadi kenyataan. Alhamdulillah. 

Semoga terus istiqamah. Doakan saya ya? 

Terima kasih. 😊

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"😊

===========================


🍁Inginkan pengurusan jualan yang sistematik dan penyimpanan data pelanggan yang berkekalan serta mobile friendly boleh dapatkan sistem jualan 1.0 daripada saya.


Username: admin 
Password: 12345

Hubungi 013 974 7810 untuk menempah. 

🍁 Lebih 500 produk pendidikan awal kanak-kanak dan banyak lagi di www.nhdbabyshop.com

πŸ›„ Dapatkan servis percutian Cuti Budget Murah daripada kami dengan pengalaman bersama lebih 15 tahun.  Hubungi khidmat pelanggan di 013 715 9522

πŸ›„ Kami juga sedang berusaha membantu menambah nilai kehidupan anda dengan Cadar Fitted Kalis Air yang terbaik, pakar dalam membantu pengurusan anak-anak kecil, potty train, kencing tilam, anak-anak di asrama, warga emas, orang sakit dan sesiapa sahaja yang memerlukan penjagaan tilam. Bantu kami dengan WhatsApp  013 974 7810 

No comments:

Post a Comment