Monday, March 28, 2016

Perkembangan Positif Anak

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Perkembangan positif pada anak-anak lebih dari biasa. 

Seminggu dua ini duk usaha ajar anak dan tambah baik "Islam is the way of life". Apabila kakak nak susu;

Kakak: O' Ummi, nak susu. 

Ummi: Kakak dah minta dengan Allah? 

Kakak angkat tadah tangan.

Kakak: Ya Allah, kakak...susu. Amin. 

Masuk dapur nak ambil susu. 

Dia bersin. 

Kakak: Hachumm! Alhamdulillah. 

Hendak minum susu. 

Kakak: Bismillah.. 

Allah.. ummi rasa nak menangis sahaja tengok anak-anak. Betapa hebat anak ummi walaupun baru masuk 3 tahun usianya. Nikmat apa lagi yang ummi nak dustakan. 


P/S: O'ummi tu dah jadi panggilan anak-anak pada ummi sekarang sebab pengaruh doa bahasa inggeris. 😅

www.nhdbabyshop.com

Ke Hospital Lagi

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Ke sini lagi kami hari ini. Hadir menginsafkan diri sendiri dan memberi semangat buat mama ngoh Norisah Mohamed yang nampak kuat di luar dan Ayah Yie yang sedang sakit kuat. 

Ayah Yie Hana dan Ammar nampak lebih penat dari sebelumnya. Sudah tidak mampu bernafas tanpa bantuan oksigen. 

Kadang-kadang kita rasa susah tetapi kita lupa, ada yang lagi susah. 

Kadang-kadang kita rasa kita lebih sampaikan kita terlupa orang yang susah. 

Kadang-kadang ada yang rasa lebih sehingga menyakitkan hati orang yang dalam kesusahan. 

Muhasabah..muhasabah..muhasabah. 

Ummi, Ayah, Ammar dan Hana akan sentiasa doakan agar Ayah Yie cepat sembuh. 

Amin..amin..amin Ya Robbal Alamin.. 

www.nuruldiyanamohd.com
www.nhdbabyshop.com

Beza Lelaki dan Perempuan.

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Anak-anak main kerusi ni buat gelongsor. Setiap kali turun tu dia datang kat ummi dan dapat ciuman. Gigih turun naik terutama sekali Hana. 

Memang anak lelaki dan perempuan berbeza. Sama juga kita orang dewasa lelaki dan perempuan. Perempuan berorientasikan rasa untuk disayangi tetapi lelaki lebih kepada mencapai matlamat dan kuasa.

Baca buku psikologi "Men Are From Mars, Women Are From Venus". Dah ada anak sepasang, jadilah bahan eksperimen. Apa lagi. 😉

Sesiapa yang rasa hendak faham lelaki dan perempuan tu di syorkan baca. Tidak kira lah suami ke, rakan sekerja ke, semua pun boleh 😊



www.nhdbabyshop.com

Berpisah Dengan Anak? Tidak Rela!

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Ya Allah. Syahdu sikit hari ini membaca post seorang sahabat yang terpisah dari anak kerana tuntutan orang tua dan kerjaya. 

Ibu mana yang mahu memisahkan anak-anak. 

Ibu mana yang mahu melihat anak-anak terpisah. 

Ibu mana yang mahu terpisah dengan anak. 

Banyak juga kes rakan-rakan yang terpaksa berpisah dengan anak-anak kerana datuk dan nenek mahu jaga. 

Ramai juga yang terpisah kerana tuntutan kerjaya suami dan isteri yang berada di tempat berbeza. 

Dan mereka semua adalah Jurutera Wanita.

Kuatnya mereka. Tabahnya hati mereka. 

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan mereka dan satukahlah mereka di dunia ini dan syurga-Mu. 

Saya sendiri tidak sanggup berpisah dengan anak-anak. Sebab itu setiap kali ada tawaran kerja saya hanya senyum. Sebab itu saya menjadikan perniagaan sebagai kerjaya. 

Ya Allah..kau murahkanlah rezeki kami dan satukanlah kami sampai syurga-Mu. 

Amin. 

Ingin dapatkan #CADAR_KALIS_AIR dari kami? (Alas Tilam / Cadar Kalis Air / Waterproof Mattress Protector


Dapatkan sekarang! 

WhatsApp 0139747810

WhatsApp 0139747810

WhatsApp 0139747810

www.nhdbabyshop.com

Thursday, March 17, 2016

Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-4

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed.

Hari ini hari ulang tahun perkahwinan saya dan suami yang ke-4. Tengok kembali gambar perkahwinan. Kononnya mahu pilih satu untuk dibuat cerita tetapi apa yang paling menyentuh hati bukan gambar kami tetapi orang-orang di sisi kami. Suami dah selalu di hadapan mata (maaf tau en suami). 

Apa yang menyentuh hati saya adalah perkahwinan ini menggembirakan mereka. Dapat berkumpul bergurau senda. Bekerjasama bagi memastikan segalanya berjalan lancar walaupun adakalanya tidak selancar yang dimahukan. 

Melaksanakan majlis perkahwinan tanpa seorang ayah yang menjadi ketua pengemudi haruslah bukan mudah semestinya. Banyak perkara terpaksa dilakukan sendiri termasuk membeli barangan keperluan memasak kenduri hari kejadian. 

Tetapi ianya sudah cukup lancar dengan hadirnya mereka di sisi saya. 

Terima kasih semua atas kenangan yang tidak dapat dilupakan ini. 😇😇

www.nhdbabyshop.com

Monday, March 14, 2016

DIY Baiki Mesin Basuh

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah. Rezeki ilmu yang Allah SWT bagi masa belajar dan bergelar jurutera kemudiannya selama setahun dua tidak pernah pudar. 

Membaiki mesin basuh kita harini. Dan ia berjaya dengan bantuan seorang dua juruteknik dari jauh yang sudi membantu. Kata kak zulis, "Mudah kan? jimat RM120 you!" 😊. Tetapi ada pernah terbaca kes yang sama kena sampai RM500 😁.

Terima kasih kak  Zu Zulkifli jadi sifu hari ini. Saya punya masalah "drain" sahaja, jadi senang boleh buat sendiri. Jika anda ada masalah dengan perkakas elektrik lain boleh hubungi beliau di WhatsApp 013-850 8488. Ada seorang lagi juruteknik Wan dengan nombor WhatsApp 013-273 5282 tetapi dia ajarkan pada suami. Tapi biasalah isteri tidak penyabar dan berdikari mana dapat tunggu dua hari pun. Semua kerja pun mahu sendiri, daripada memasang perabot rumah sehinggalah ke perkakas elektrik.

Alkisahnya sudah seminggu dua mesin basuh buat hal, suami pula sibuk sangat sampai isteri terpaksa mencari penyelesaian dan juruteknik sendiri. Dah jumpa seorang dua yang bagus untuk membantu semua sibuk ataupun bercuti. Biasalah bila tiba musim cuti sekolah, semua berlumba-lumba mengambil peluang untuk bercuti bersama anak-anak tersayang. Ia sesuatu yang baik sebenarnya. 

Meluangkan masa dengan anak-anak adalah sesuatu yang paling tepat untuk dilakukan. Walaupun hanya 10 minit sehari, ketepikanlah telefon pintar dan segala gadget. Pandang wajah mereka, dengar apa kata mereka. Di seminar pendidikan awal kanak-kanak sebelum ini ramai yang mengakui tips ini sangat membantu mereka menghadapi masalah anak-anak tidak mendengar kata. Sebenarnya mereka hanya mahu perhatian kita. Jangan sampai perhatian yang dicari diperoleh dari insan lain di luar rumah. Terutama sekali sekiranya  berlainan jantina. Nauzubillah. 

Terutamanya kepada ibu bapa yang terpaksa bekerja di luar saban hari, berjaga-jagalah. Cari masa 10 minit anda. Ini bukan hanya pesanan untuk anda semua tetapi juga untuk saya dan suami M Othman Jamilan. Sebelum ini saya juga terlalu sibuk dengan perniagaan online saya di NHD Baby Shop  dan #CADAR_KALIS_AIR. Saya tolak tawaran kerjaya di luar untuk bersama anak-anak tetapi otak saya sentiasa ligat memikirkan kerja saban hari. Masa banyak dihabiskan sama ada di dapur untuk memasak untuk suami balik makan tengah hari ataupun di gadget mempromosi dan melayani pelanggan. 

Jadinya saya cuma menjaga mereka tetapi tetap sibuk. Sehinggakan masa untuk mengajar anak-anak juga saya tidak ada. Mujurlah Allah SWT berikan ilham sedikit usaha dengan lambakan pelbagai buku-buku dan video pembelajaran. Hana  dan Ammar banyak juga tangkap dan belajar. Mereka memang "sight reader" yang hebat. Apabila sudah ada sedikit ilmu dapat dari seminar,  kini saya bermula semula dengan mengajar fonik satu huruf satu hari dan luangkan lebih masa dengan meraka. Itulah bezanya bila berilmu dan tidak. Bukan sahaja duit, ilmu itu juga rezeki. 

Saya doakan kita semua dapat jadi ibu bapa hebat kaya berjaya dunia akhirat. 




www.nuruldiyanamohd.com
www.nhdbabyshop.com

Saturday, March 5, 2016

Cerita Kurus Saya

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Selamat pagi. Sudah lama tak bersiaran di sini. Sibuk dengan suami yang ulang pegi outstation ke sana sini. Menguruskan anak-anak kecil dan berniaga dalam masa yang sama bukan mudah tapi boleh dilakukan sekiranya ibu sihat dan fit.

Alhamdulillah, menjaga kesihatan dengan mempunyai coach adalah pilihan terbaik dalam hidup saya. Sekarang semua baju sudah membesar. Baju-baju lama sudah habis saya beri pada anak-anak saudara kerana hampir yakin tidak akan kembali mengecil. 

Tetapi kini akhirnya semakin lama semakin mengecil sehinggakan baju-baju lama sudah jadi baju kelawar. Seronok betul. Saya tiada masalah dengan baju besar sebab matlamat saya ingin menguruskan badan bukanlah ingin tayang badan berpakaian seksi. Saya lebih kepada ingin meningkatkan keyakinan diri, sihat dan fit dalam masa yang sama. 

Supaya nanti tak akan ada orang yang cakap saya gemuk lagi. Kecewa tau 😀


www.nhdbabyshop.com


Thursday, March 3, 2016

Anak-anak

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

"Kids are not born with the skills, you're the one who have to teach him/her" 

Sedap dan tidak berapa keras kan bunyinya amarannya bila ditulis dalam bahasa inggeris? Bahasa inggeris memang agak miskin bahasanya tetapi sangat berguna untuk orang yang ingin bercakap positif. Kalau kita cakap dalam bahasa melayu tentu kasar bunyinya dan akan buat orang marah. 

Macam selalu kita bising pada anak-anak suruh mengemas tetapi adakah kita ajar mereka mengemas dari kecil? buang sampah di tong sampah? dan lain-lain lagi? 

Bila dah besar dan tidak dibiasakan dari kecil agak payah sikit mahu dibentuk. Masih ada yang ingat peribahasa Bahasa Melayu ini? "Jika melentur buluh, biarlah dari rebungnya" 😊

Kita selalu bila tengok anak orang lain pandai itu ini, mulalah nak membanding dengan anak kita. Bila anak kita lagi bagus, kita mendabik dada bangga tetapi jika anak kita masih belum mampu melakukan perkara yang sama, rasa takut melanda dan adakalanya sehingga memaksa anak-anak melakukan perkara yang sama. 

Setiap anak-anak itu istimewa, sangat istimewa, ada kelebihannya tersendiri. Jika sesama adik beradik sahaja sudah lain, apatah lagi jika dengan anak orang lain. Setiasalah mengingatkan diri dan elak membanding anak-anak, sesama anak sendiri mahupun anak orang lain. 

Anak saya Ammar saya selalu panggil mujahid. Orangnya sangat hebat dalam aktiviti fizikal tetapi kakak lebih suka lihat sahaja namun sangat pintar berfikir dan kreatifnya MashaaAllah sentiasa buat ummi ayah kagum. Saya selalu kata pada suami, jika di medan perang Ammar akan jadi orang yang mengangkat pedang berjuang untuk Islam tetapi Hana yang akan menjadi "mastermind" merancang segalanya. Sengaja selalu saya ulang bagi meletakkan mengingatkan bahawa anak-anak itu berbeza. 

Jika anak orang lain begini begitu, alangkah lebih baik jika kita berusaha untuk mendapatkan hasil yang sama atau lebih baik? masih banyak usaha saya yang kurang dan masih banyak yang ingin dilakukan tetapi saya cuba untuk tidak membiarkan keterujaan saya itu mematikan semangat anak-anak untuk belajar. Ajar membaca juga hanya satu hari satu huruf sahaja sebagaimana pesanan guru saya. 

Indahnya apabila hidup berguru dan berilmu. 😊

www.nuruldiyanamohd.com