Monday, March 14, 2016

DIY Baiki Mesin Basuh

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah. Rezeki ilmu yang Allah SWT bagi masa belajar dan bergelar jurutera kemudiannya selama setahun dua tidak pernah pudar. 

Membaiki mesin basuh kita harini. Dan ia berjaya dengan bantuan seorang dua juruteknik dari jauh yang sudi membantu. Kata kak zulis, "Mudah kan? jimat RM120 you!" 😊. Tetapi ada pernah terbaca kes yang sama kena sampai RM500 😁.

Terima kasih kak  Zu Zulkifli jadi sifu hari ini. Saya punya masalah "drain" sahaja, jadi senang boleh buat sendiri. Jika anda ada masalah dengan perkakas elektrik lain boleh hubungi beliau di WhatsApp 013-850 8488. Ada seorang lagi juruteknik Wan dengan nombor WhatsApp 013-273 5282 tetapi dia ajarkan pada suami. Tapi biasalah isteri tidak penyabar dan berdikari mana dapat tunggu dua hari pun. Semua kerja pun mahu sendiri, daripada memasang perabot rumah sehinggalah ke perkakas elektrik.

Alkisahnya sudah seminggu dua mesin basuh buat hal, suami pula sibuk sangat sampai isteri terpaksa mencari penyelesaian dan juruteknik sendiri. Dah jumpa seorang dua yang bagus untuk membantu semua sibuk ataupun bercuti. Biasalah bila tiba musim cuti sekolah, semua berlumba-lumba mengambil peluang untuk bercuti bersama anak-anak tersayang. Ia sesuatu yang baik sebenarnya. 

Meluangkan masa dengan anak-anak adalah sesuatu yang paling tepat untuk dilakukan. Walaupun hanya 10 minit sehari, ketepikanlah telefon pintar dan segala gadget. Pandang wajah mereka, dengar apa kata mereka. Di seminar pendidikan awal kanak-kanak sebelum ini ramai yang mengakui tips ini sangat membantu mereka menghadapi masalah anak-anak tidak mendengar kata. Sebenarnya mereka hanya mahu perhatian kita. Jangan sampai perhatian yang dicari diperoleh dari insan lain di luar rumah. Terutama sekali sekiranya  berlainan jantina. Nauzubillah. 

Terutamanya kepada ibu bapa yang terpaksa bekerja di luar saban hari, berjaga-jagalah. Cari masa 10 minit anda. Ini bukan hanya pesanan untuk anda semua tetapi juga untuk saya dan suami M Othman Jamilan. Sebelum ini saya juga terlalu sibuk dengan perniagaan online saya di NHD Baby Shop  dan #CADAR_KALIS_AIR. Saya tolak tawaran kerjaya di luar untuk bersama anak-anak tetapi otak saya sentiasa ligat memikirkan kerja saban hari. Masa banyak dihabiskan sama ada di dapur untuk memasak untuk suami balik makan tengah hari ataupun di gadget mempromosi dan melayani pelanggan. 

Jadinya saya cuma menjaga mereka tetapi tetap sibuk. Sehinggakan masa untuk mengajar anak-anak juga saya tidak ada. Mujurlah Allah SWT berikan ilham sedikit usaha dengan lambakan pelbagai buku-buku dan video pembelajaran. Hana  dan Ammar banyak juga tangkap dan belajar. Mereka memang "sight reader" yang hebat. Apabila sudah ada sedikit ilmu dapat dari seminar,  kini saya bermula semula dengan mengajar fonik satu huruf satu hari dan luangkan lebih masa dengan meraka. Itulah bezanya bila berilmu dan tidak. Bukan sahaja duit, ilmu itu juga rezeki. 

Saya doakan kita semua dapat jadi ibu bapa hebat kaya berjaya dunia akhirat. 




www.nuruldiyanamohd.com
www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment