Thursday, March 3, 2016

Anak-anak

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

"Kids are not born with the skills, you're the one who have to teach him/her" 

Sedap dan tidak berapa keras kan bunyinya amarannya bila ditulis dalam bahasa inggeris? Bahasa inggeris memang agak miskin bahasanya tetapi sangat berguna untuk orang yang ingin bercakap positif. Kalau kita cakap dalam bahasa melayu tentu kasar bunyinya dan akan buat orang marah. 

Macam selalu kita bising pada anak-anak suruh mengemas tetapi adakah kita ajar mereka mengemas dari kecil? buang sampah di tong sampah? dan lain-lain lagi? 

Bila dah besar dan tidak dibiasakan dari kecil agak payah sikit mahu dibentuk. Masih ada yang ingat peribahasa Bahasa Melayu ini? "Jika melentur buluh, biarlah dari rebungnya" 😊

Kita selalu bila tengok anak orang lain pandai itu ini, mulalah nak membanding dengan anak kita. Bila anak kita lagi bagus, kita mendabik dada bangga tetapi jika anak kita masih belum mampu melakukan perkara yang sama, rasa takut melanda dan adakalanya sehingga memaksa anak-anak melakukan perkara yang sama. 

Setiap anak-anak itu istimewa, sangat istimewa, ada kelebihannya tersendiri. Jika sesama adik beradik sahaja sudah lain, apatah lagi jika dengan anak orang lain. Setiasalah mengingatkan diri dan elak membanding anak-anak, sesama anak sendiri mahupun anak orang lain. 

Anak saya Ammar saya selalu panggil mujahid. Orangnya sangat hebat dalam aktiviti fizikal tetapi kakak lebih suka lihat sahaja namun sangat pintar berfikir dan kreatifnya MashaaAllah sentiasa buat ummi ayah kagum. Saya selalu kata pada suami, jika di medan perang Ammar akan jadi orang yang mengangkat pedang berjuang untuk Islam tetapi Hana yang akan menjadi "mastermind" merancang segalanya. Sengaja selalu saya ulang bagi meletakkan mengingatkan bahawa anak-anak itu berbeza. 

Jika anak orang lain begini begitu, alangkah lebih baik jika kita berusaha untuk mendapatkan hasil yang sama atau lebih baik? masih banyak usaha saya yang kurang dan masih banyak yang ingin dilakukan tetapi saya cuba untuk tidak membiarkan keterujaan saya itu mematikan semangat anak-anak untuk belajar. Ajar membaca juga hanya satu hari satu huruf sahaja sebagaimana pesanan guru saya. 

Indahnya apabila hidup berguru dan berilmu. 😊

www.nuruldiyanamohd.com

No comments:

Post a Comment