Sunday, February 28, 2016

Puji Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Setiap perkembangan anak-anak itu ibarat permata. Walaupun hanya baru pandai berdikari main buai sendiri. Ambil gambar, ambil video tayang pada  M Othman Jamilan. Puji pada orang depan anak-anak. 

Itu adalah satu teknik untuk bina keyakinan diri anak-anak. Bayangkan diri anda bila dipuji. Suka? Gembira? anak-anak yang ibarat kain putih itu lebihla lagi. Ini bukan riak, riak terjadi hanya apabila kita rasa kita punya sahaja yang bagus. Tapi saya rasa setiap anak itu permata yang hebat. Walaupun anak-anak orang lain. 

Banyak kita lihat harini pelbagai masalah gejala sosial. Semua sebab anak-anak yang kurang keyakinan diri. Kalau anak-anak dah cukup kasih sayang di rumah, anak-anak perempuan telah dapat cinta yang cukup daripada cinta manusia pertama iaitu si ayah. Kenapa mahu cari yang lain? 

Ilmu, didikan, kasih sayang dan segala yang perlu buat si anak adalah suatu perkara wajib yang perlu ditunaikan. Payah? tiada apa yang payah. Jadikan Islam sebagai gaya hidup. Keseluruhannya. Tidak perlu belajar PHD ilmu agama untuk mengajar anak tentang agama. Ia adalah asas kehidupan kita sendiri yang tidak kita amalkan. 

Jom sama-sama kita amalkan. Bercerita bukan untuk berbangga tetapi satu perjalanan untuk mendidik diri lebih istiqamah melakukan apa yang sepatutnya. Mengamalkan ilmu yang telah diperlajari dari insan-insan hebat bernama guru. 

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment