Wednesday, February 17, 2016

Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Alhamdulillah. Bersyukur saya pada Allah SWT kerana diberikan peluang untuk bersama dengan semua ibu-ibu hebat ini semalam. 

Saya rasa ilmu saya terlalu kurang dalam mendidik anak-anak. Berhari-hari saya berdrama dan berlinang air mata kerana nak pergi ke seminar ini semalam. Akhirnya berjaya juga. Suami kurang yakin dapat jaga hana lebih dari 2 jam tetapi Subhanallah suami hebat saya mampu jaga Hana sepanjang saya di seminar dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. 

Saya telah mempunyai coach-coach yang hebat dalam bab kesihatan dan gaya hidup sihat, sifu-sifu yang hebat dalam perniagaan tetapi saya tidak mempunyai sebarang guru dalam bab mendidik anak-anak. Semua ilmu hanya dari perkongsian rakan-rakan dan buku-buku yang saya baca. Terasa kehidupan saya sangat tidak lengkap. 

Tetapi semalam saya berjaya mendapat guru yang sangat hebat. 

Subhanallah..Alhamdulillah.. 

Saya sangat berterima kasih Dr. Siti atas perkongsian hebat beliau. Dan sangat berterima kasih dengan rakan-rakan "busy body" yang banyak menambah nilai dari perkongsian dan persoalan mereka. 

Kini kehidupan saya terasa lebih lengkap. Banyak yang saya pelajari semalam dan banyak juga yang mahu saya pelajari lagi dan lagi. In Shaa Allah. 

Dr. Siti menyedarkan saya betapa kita tidak memerlukan Ijazah atau PHD dalam pendidikan agama untuk mendidik anak menjadi soleh solehah. Semuanya berbalik pada asas kehidupan. Pengetahuan asas yang tidak kita amalkan. Betapa islam kita tidak sampai meresap ke dalam jiwa. Betapa seorang hafiz juga belum tentu memiliki jiwa Al Quran sekiranya tidak di didik dengan betul. Beliau menyedarkan saya sisi lain pendidikan awal kanak-kanak. 

Bagi saya, semua ibu yang teringin mendidik anak menjadi hebat soleh-solehah dunia akhirat wajib pergi ke seminar ini. Terutama sekali dalam situasi persekitaran seperti sekarang yang tidak lagi sama berbanding zaman kita yang dahulu. 

Boleh dapatkan info seminar yang akan datang di www.earlyedukids.com. 

Semoga bermanafaat. In Shaa Allah 😊

No comments:

Post a Comment