Tuesday, February 16, 2016

Anak Mengemas Mainan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Semalam ayah balik dari bermain badminton rumah sudah berkemas. Tiada lagi mainan bersepah-sepah. Gembira bukan main lagi ayah. 

Sebelum ini memang berkali-kali ummi mengemas sehari tetapi tetap bersepah. Hanya Allah SWT yang tahu penatnya bagaimana. Hendak duduk senang lenang sudah lama tidak berkesempatan. 

Kadang-kadang bila poslaju datang ambil barang waktu petang, segan-segan sahaja ummi mahu buka pintu sebab mainan anak-anak tunggang langgang. 

Dulu sebenarnya anak-anak tidak buat sepah sehebat macam ini tetapi semenjak pernah melihat rakan-rakan lebih tua atau sebaya tuang dan sepahkan mainan, mereka belajar buat perkara yang sama. Walaupun hanya melihat sekali. Mungkin pada fikiran mereka itu tidak mengapa. Sehingga ummi buntu tidak tahu hendak buat bagaimana. 

Tapi di seminar ummi tertarik dengan perkongsisan Dr Siti mengenai betapa beliau pantang ibu-ibu mengemaskan mainan anak-anak. Kita kena pandai bezakan diri kita antara menjadi figura seorang ibu yang hebat dan bibik. Sentap ummi bila dengan macam tu. Mana tidaknya, hampir 3 tahun menjadi bibik di rumah sendiri.

Beruntunglah ibu-ibu yang menyedari yang pergi seminar Dr. Fauzan N Siti lebih awal dan mengamalkannya. 

Baru sehari menggunakan teknik yang diajar beserta penyesuaian dengan umur anak-anak yang saya tanya secara peribadi. Alhamdulillah Hana dan Ammar sudah menunjukkan perkembangan positif. Dan yang paling penting rumah dah tak bersepah sangat macam selalu. Jauh lagi perjalanan ummi mendidik anak soleh solehah ini. 

Doakan saya berjaya ya. 😊

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment