Tuesday, February 2, 2016

Senaman

Teks: Nurul Diyana Mohamed

2 Feb 2016, Selasa

Baru sahaja balik dari aerobic kat club. Sangat seronok sebab dapat workout bersama kawan-kawan. 

Rasa segar sangat badan lepas berpeluh hasil workout. Dah lebih sebulan jalani kehidupan sihat. Memang rasa lebih sihat. 

Dikelilingi sahabat-sahabat positif menjadikan saya sangat positif untuk mencapai impian dan hasil yang dimahukan. 

Takkan orang lelaki sahaja yang nak workout kan? orang perempuan lagilah perlukan stamina yang tinggi bagi menguruskan anak-anak, suami dan rumahtangga. Pernah terfikir tak kenapa badan kita selalu sakit-sakit? 

Sebab badan kita tidak di "train" untuk buat kerja-kerja berat macam tu. Tidak di train untuk aktif. 

Memang rugi sesiapa yang suaminya sahaja bersukan. Isteri pun kena turut sama. Saya dan suami bergilir bersukan. Isnin dan Rabu suami main badminton. Selasa dan Khamis malam saya di kelas aerobik. Jumaat, Sabtu dan Ahad masa kami untuk bermain dan berjalan dengan anak-anak. Adil bukan? 

Suami pun dah tak ada nak dengar isteri membebel sebab kena tinggal kat rumah bila dia pergi main badminton. Win-win situation 😊

www.nuruldiyanamohd.com

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment