Thursday, April 30, 2015

Hukum Meninggalkan Solat

Petikan Dari: Aplikasi Solat Fardhu
Ulasan: Nurul Diyana Mohamed

Orang yang meninggalkan solat fardhu kerana INGKAR adalah dihukum kafir dan terkeluar daripada Islam (murtad). Pemerintah Islam wajib menyuruhnya bertaubat dan bersolat. Sekiranya enggan, boleh dihukum bunuh dan jenazahnya tidak harus dimandikan, dikafankan dan disolatkan juga tidak harus dikebumikan diperkuburan Islam.

Orang yang meninggalkan solat fardhu denganSENGAJA / MALAS tetapi masih beriktikad solat itu wajib, maka ia perlu mengqada'kan semula solat yang telah ditinggalkan dan bertaubat. Pemerintah Islam wajib menyuruhnya bertaubat dan bersolat dan sekiranya enggan, maka wajib dibunuh dengan kaedah hukum hudud. Ianya tetap dianggap sebagai Islam dan jenazahnya diuruskan sebagaimana orang Islam.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda, ;

وَبَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَة

"Sesungguhnya sempadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan solat."

Nauzubillah. Ini sesuatu yang kita patut elakkan dari berlaku ke atas diri kita dan anak-anak kita.

www.nhdbabyshop.com

Wednesday, April 29, 2015

Hikmah Memberi Manfaat

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Baru-baru ini ada menerima beberapa mesej dan komen membina mengenai perkongsian Saya. Alhamdulillah memberi manfaat.

Saya sendiri masih dalam proses belajar,  proses mentarbiah diri. In Shaa Allah akan terus berkongsi selagi diberikan kesempatan.

Terima kasih atas sokongan semua. Semoga kita semua menjadi ibubapa yang berjaya di dunia dan akhirat.

In Shaa Allah.

www.nhdbabyshop.com

Monday, April 27, 2015

Seronoknya Ada Adik Beradik

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Aksi hindustan dalam kereta. Sekejap sahaja masa berlalu membesarkan dua "hadiah" dari Allah SWT ini.

Memang best mempunyai adik-beradik. Ingat lagi semasa kecil walaupun tidak membesar bersama-sama kakak-kakak kerana jurang usia yang jauh tetapi kepulangan kakak-kakak semasa cuti dan hari raya adalah saat yang paling ditunggu-tunggu.

Pagi-pagi lagi dah tercongok dekat jambatan jalan masuk ke rumah tunggu kakak balik. Walaupun itu bermaksud perhatian ma dan arwah ayah akan tertumpu pada kakak-kakak (5 orang). Sebelumnya hanya ada saya, abang dan adik. Menjadi satu-satunya anak perempuan terakhir dalam keluarga sudah tentulah di manja lebih.

Bila dah ramai-ramai, kalau Saya merajuk dan hilang waktu makan pun mereka tidak sedar sebab sekali sekala jumpa memang riuh rendah suasana. Mereka cuma mencari masa kena basuh pinggan, sedih tak?

Tetapi Saya tahu mereka semua sayangkan  saya kerana selalu terlebih prihatin dan sentiasa sanggup berkorban demi Saya. Terima kasih kakak-kakak ku. I love you so much! Maaf sebab selalu jadi adik yang manja dan degil.

www.nhdbabyshop.com

Sunday, April 26, 2015

Cerita Semalam

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Semalam penat betul rasanya, pagi-pagi keluar ikut Suami hantar barang untuk program pelajar ke Temerloh. Tapi kami hantar barang keperluan mereka ke Bas sahajalah.

Kemudian melawat kawan bersalin pada tengaharinya. Anak-anak tengah tidur pun angkut. Selepas itu menghadiri majlis kahwin pula.

Seharian berjalan rasa penat betul.  Malamnya pula ada program lain.

Kalau Suami ada aktiviti banyak macam ni memang penat, anak jadi tantrum. Menangis sampai tak boleh pujuk memang pertama kali jadi.

Naluri ibu kata dia mahu tidur. Walaupun mulanya suami tidak percaya akhirnya mengalah kerana sudah tiada idea mahu pujuk anak. Akhirnya tidak sampai limit dah pun lena.

Alhamdulillah SSC banyak membantu memudahkan urusan kami. Di mana sahaja anda berada, bila anak tantrum, masuk sahaja SSC. In Shaa Allah selamat dan menyelamatkan.

SSC onya masih ada ready stock. Kami borong banyak. Sila ke www.nhdbabyshop.com untuk membeli belah. 

Friday, April 24, 2015

Setiap Ibu Itu Hebat

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Setiap orang ibu itu hebat dalam versi mereka yang tersendiri. Tidak kiralah Suri Bekerjaya, Suri Rumahtangga mahupun Suri Bekerjaya dari rumah.

Fasa atau proses kehamilan, kelahiran dan membesarkan anak-anak itu sendiri sudah hebat ditangani. Dari aspek kerjaya pula;

Suri Bekerjaya atau ibu yang bekerja di luar dan meninggalkan anak-anak sebenarnya hebat hatinya  bertawakkal kerana meninggalkan anak-anak seharian di tangan pengasuh. Sesuatu yang masih belum mampu saya sendiri lakukan. Tetapi demi mencari rezeki untuk kesenangan hidup keluarga, mereka keluar bekerja. Hanya doa mereka yang mengiringi anak-anak sehari-hari.

Suri Rumahtangga atau Ibu yang tidak bekerja juga hebat kerana mampu hidup dengan apa yang ada, lagi-lagi kalau suami tidak bergaji rendah atau sederhana. Tetapi kalau bergaji tinggi pun susah juga, hati pasti bimbang suami curang dan sebagainya. Manusia mana-mana pun kalau duit banyak di depan mata senang mengikut telunjuk syaitan. Lagi-lagi kalau solat tidak cukup lima waktu.

Bukan berdiskriminasi, tetapi solat itu tiang agama. Bayangkan rumah tanpa tiang? agak-agak boleh berdiri tegak atau tidak. Biarpun memaksa diri tetapi tetap juga harus dilakukan kerana tiang agama itulah tiang rumahtangga. Kerana agama Islam itu panduan hidup bukan hanya catatan pada IC semata-mata.

Suri Bekerja Dari Rumah juga hebat, kerana melakukan dua perkara dalam satu masa. Ada masa-masanya hidup sungguh huru-hara kerana pelanggan harus dijaga tetapi dalam masa yang sama keperluan keluarga juga perlu diutamakan. Kadang-kadang tidur malam juga tidak lena. Ada masa-masanya waktu malam juga digunakan untuk bekerja kerana tidak cukup masa.  Mempunyai anak yang masih bayi dan kecil seperti saya tentulah cabaran utama.

Kejayaan mereka juga di atas kaki sendiri dan bukanlah begaji tetap bulan-bulan. Pendapatan diukur seiring  usaha. Sekiranya kerjaya diutamakan sudah tentulah nama sahaja anak di depan mata, tetapi diri sentiasa sibuk memikirkan segala kerja. Bila anak berjaga harus bekerja di samping memerhatikan anak-anak. Jika anak lena, masih berganda urusan rumahtagga yang perlu dilakukan.

Rumah yang sentiasa berpenghuni 24 jam sehari sudah tentulah tidak sama dengan rumah yang kosong di siang hari dan terisi di malam hari. Tugasan memasak sahaja sudah banyak mengeluarkan tenaga.

Jika keluarga diutamakan berbanding kerjaya, tentulah pendapatan tidak seberapa. Juga hidup dengan apa yang ada.

Setiap ibu itu kuat fizikal dan jasmaninya. Kerana apa sahaja keputusan juga memerlukan pengorbanan yang tersendiri. Banggalah jika anda seorang yang bergelar ibu.

www.nhdbabyshop.com

Thursday, April 23, 2015

Tatap Wajah Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet

Bila rasa marah, rasa hilang sabar pada anak-anak ingat Allah SWT. Anak-anak amanah-Nya untuk kita.

Perbanyakkan menatap wajah anak ketika tidur. Wajah suci polos yang tiada dosa. Mereka datang dari syurga Allah SWT, suci bersih tiada dosa. Anak-anak syurga ini ibarat kain putih, tangan kitalah yang mencorakkannya  sama ada menjadi majussi atau nasrani.

Jika buruk hasilnya jangan sesekali menunding jari ke arah orang lain, tengok diri, tengok suami anda dan buat penilaian. Adakah tangan kita lebih banyak di telefon pintar berbanding membelai anak-anak? Fikir-fikir dan renung-renungkan.

Jika kita rasa tanggungjawab ini susah, pengorbanan ini besar, fikir semula. Apa kita sanggup mengorbankan anak-anak demi kepentingan dunia yang entah hari ini atau esok akan tamat? atau mungkin beberapa minit lagi? bila ajal memanggil, di saat nazak, apa sahaja kebaikan yang ingin dilakukan sudah tidak laku. Jadi, saya ingatkan diri saya dan anda, bersabarlah. Allah SWT sentiasa ada untuk kita.

Wednesday, April 22, 2015

Ilmu Ada Di Mana-Mana

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Ilmu boleh di dapat kan di mana-mana, asal pandai menapis baik buruk dan sentiasa dapat kan ilmu tambahan. Malah, logik fikiran boleh digunakan untuk menapis ilmu.

Dunia ilmu sekarang semua hanya di hujung jari, di televisyen juga ada banyak. Cara paling mudah buka sahaja TV Al Hijrah, TV9 atau Astro Oasis setiap hari. Yang paling saya suka TV9. Sekali dengan cerita kegemaran Hana Damia Upin dan Ipin. Jadi sudah tidak perlu tukar siaran.

Pening kalau main tukar-tukar siaran ni. Buka televisyen ini kebiasaannya di pagi hari sahaja. Kadang-kadang berhari-hari Tidak buka langsung. Ilmu saya dapatkan daripada buku-buku yang di beli. Biarpun hanya majalah keibupabaan, In Shaa Allah sudah cukup berguna. Biar sedikit asal bermakna.

Kita cari ilmu ala-ala santai macamtu. Tiada tekanan. Jadikan kehendak yang juga keperluan. Maksudnya dengan kemahuan diri. Selamat mencari ilmu!

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, April 21, 2015

Senyuman Anak-Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Pagi ini bermain dengan anak-anak. Dukung Ammar sambil goyang-goyang. Gelak sakan sang putera. Gembira sungguh. Kakak memandang minta di dukung juga.

Walaupun agak berat dan memenatkan demi anak buat tandem carry, dukung dua-dua anak dalam satu masa. Buat swing lagi. Masyaallah gembiranya mereka. Gelak tawa sejujur dan sehabis ikhlas. Terdetik dalam hati, aku sanggup lakukan apa sahaja untuk melihat gelak tawa ini.

Naluri keibuan memang begitu. Walau penat, walau lelah tetap sanggup lakukan apa sahaja demi anak dan suami. Sebagaimana terlebih dahulu meninggakan kerjaya yang bagus demi melihat anak membesar di hadapan mata. Semoga Allah SWT terus berikan kekuatan dan semoga rezeki kami sentiasa murah dan mencukupi supaya dapat jaga anak di rumah dan menggembirakan mereka.

Doakan kami ye semua pembaca yang budiman.

www.nhdbabyshop.com

Monday, April 20, 2015

Bagaimana Ilmu Membantu Ibubapa

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Dalam dunia ilmu sekarang pencarian ilmu adalah sangat-sangat kritikal. Bukanlah ilmu agama semata-mata tetapi ilmu agama adalah prioriti. Ilmu psikologi, ilmu keibubapaan dan ilmu berkaitan anak-anak pula adalah keperluan.

Kerana pada zaman sekarang pendekatan mendidik anak-anak jauh berbeza dari zaman dahulu. Jika dahulu kita di takut-takutkan oleh orang tua. Kadang-kadang sampai boleh mendatangkan syirik kerana lebih takutkan kata-kata orang tua dahulu daripada Allah SWT. Contohnya kalau sanding dua pengantin salah satunya tidak dapat anak. Bukankah dapat atau tidak dapat anak itu urusan Allah SWT.

Ayat itu di ulang cakap apatah lagi apabila ada di antaranya yang benar-benar lambat mendapatkan anak. Kasihan pula melihat masyarakat dimomokkan dengan perkara sebegini. Padahal sekiranya kepercayaan sampai sudah tidak ingat Allah SWT sudah boleh jatuh syirik. Nauzubillah..

Di zaman dahulu rasa hormat lahir dari rasa takut tetapi sebenarnya tanpa rasa takutpun jika dilayan dengan betul anak-anak akan merasa dihormati dan memahami bahawa menghormati orang lain adalah satu kemestian. 

Ilmu psikologi dapat membantu para ibu bapa memahami anak-anak mengikut perkembangan minda mereka. Contohnya situasi yang saya hadapi baru-baru ini. Hana Damia yang berumur 2 tahun 2 bulan tantrum(mengamuk) kerana tidak mahu menurut kehendak kami yang mahu pergi membeli barang seterusnya pulang ke rumah sedangkan hakikatnya sudah berjam-jam dibiarkan bermain tidak henti-henti.

Kami layankan sahaja kerana hari minggu memang hari untuk anak-anak. Kebiasaannya bila di ajak pergi tidak menjadi masalah, paling tidak pun kalau menangis perlu pujuk sebentar dan sudah ceria kembali. Tetapi kali ini beri apa pun tidak mahu walaupun minuman kegemaran jus oren yang tidak pernah ditolak.

Bijaknya Suami mencari tempat bertenang di suatu sudut sementara Saya pergi membeli jus Oren. Siapa yang tidak malu apabila orang sekeliling melihat. Hendak marah pun tidak berguna kerana masyarakat kita memang terlebih prihatin.

Apabila Suami sudah rasa mahu marah Saya jadi peneutral keadaan kerana melalui pembacaan Saya tahu Anak tantrum pasti ada sebabnya. Saya percaya Hana Damia penat dan mahu tidur. Jika masuk baby carrier pasti selesai masalah. Sayangnya Onya Baby Carrier kepunyaannya kami sengaja tinggalkan kerana mahu Hana Damia jalan-jalan dan adik pula sedang lena dalam baby carrier kepunyaanya. Silap kami membuat keputusan.

Setelah memujuk beberapa ketika tetapi tidak jalan juga. Saya katakan pada Suami biar Saya dukung Ammar bare hand kerana Saya tidak sanggup lagi melihat Hana Damia tantrum dan menyakitkan diri apabila menghempaskan badan dalam troli kereta pinjam yang disediakan pihak jusco.

Pada mulanya Suami tidak percaya yang Hana Damia mahu tidur tetapi kerana sudah tiada cara Suami mengalah dan beri Ammar pada Saya. Suami angkat Hana Damia ke dalam baby carrier Ammar. Biarpun kepunyaan adik dan sudah tidak k2k(knee to knee support) tetapi untuk pemakaian yang sementara masih boleh.

Lagipun apabila anak sudah enam bulan dan ke atas sebenarnya keperluan k2k itu tidak begitu kritikal pada anak tetapi beralih pula kepada ibu bapa kerana dibimbangi sekiranya dipakai terlalu lama boleh menyebabkan sakit badan.

Dengan izin Allah SWT dalam masa tidak sampai lima minit dalam baby carrier, Hana Damia tertidur. Mana tamatlah episod drama tantrum anak kami. Pada awalnya Suami sudah mengajak untuk pulang ke rumah, masuk dalam baby carrier juga hanya kerana mahu senang urusan memulangkan troli dan perjalanan ke kereta.

Tetapi mungkin kerana gembira masalah sudah selesai agaknya, dalam perjalanan ke kereta Suami cadangkan letak beg dan sambung shopping barang dapur. Saya tentulah mengikut sahaja kerana tidak perlu lagi menyinggah tempat lain untuk membeli barang dapur lagi. 

Alhamdulillah, bagaimana sedikit ilmu yang di cari mampu menyelesaikan masalah kami dengan izin Allah SWT. Jadi, kepada ibu bapa di luar sana, marilah Kita sama-sama bersabar dengan anak-anak. Carilah ilmu sebanyak mungkin demi mereka. Saya seru diri saya dan anda, elakkan dari menyakiti anak-anak.

Sesungguhnya mereka adalah amanah Allah SWT kepada Kita, pinjaman semata-mata. Jangan apabila tiada di pinta-pinta apabila sudah ada di abaikan hak mereka. Nauzubillah..    

----------------------------------

Onya Baby Carrier ada dijual  di www.nhdbabyshop.com. Bayaran ansuran disediakan.

Sunday, April 19, 2015

Anak Tumpahkan Air?

Bila anak tumpahkan air.

Puji sahaja "pandainya kakak tuang air sendiri".

Bagi dia minum air yang dia tuang tu. Haus agaknya. Lepas tu bagi tuala suruh lap yang tumpah tu.

Teknik kawalan emosi ummi sebab kata pakar kanak-kanak marah anak tu tak bagus. Boleh mencederakan emosi anak-anak. Selain kata-kata marah tu juga boleh jadi doa.

www.nhdbabyshop.com

Anak Solehah

Suka akan kenyataan ini;

"Ibu-ibu yang membesarkan anak tetapi tidak ada niat untuk menjadi wanita solehah, sia-sia" - Prof. Dr Muhaya  

www.nhdbabyshop.com

Wednesday, April 15, 2015

Cari Ilmu, Elakkan Menilai Orang

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Baru-baru ini Hana Damia demam panas secara tiba-tiba. Saya seperti biasa mengambil pengalaman lalu cuma mengawal suhu, membasahkan badan dari semasa ke semasa dan memantau selama tiga hari sebelum bertindak membawa ke klinik.

Sebab saya percayakan kuasa Allah SWT. Saya percaya bahawa tubuh kecil kurniaan Allah SWT itu mempunyai sistem pertahanan yang cukup kuat dalam melawan penyakit. Pengunaan dadah seperti paracetamol atau lebih dikenali dikalangan kita sebagai panadol hanyalah sebagai suatu pelalian.

Perasan atau tidak walaupun setelah diberikan ubat dan suhu sudah kebah, selepas beberapa jam suhu akan naik semula. Apabila di beri ubat semula, susu turun kembali dan begitulah seterusnya. Antibiotik yang diberikan doktor juga wajib di habiskan kerana bimbang apabila timbul penyakit lain dan antibiotik sama diberikan, antibiotik itu sudah tidak berkesan kepada badan anak. Atau mungkin lebih teruk, kuman menjadi semakin kuat.

Sama juga konsep dengan vaksin. Vaksin adalah kuman yang lemah yang di berikan kepada tubuh anak-anak supaya antibodi sedia ada dalam badan anak mampu melawan penyakit dan seterusnya menjadi kuat untuk melawan kuman yang sama sekiranya terjadi di kemudian hari.

Sebab itu terdapat ibu bapa hebat di luar sana yang tidak membenarkan anak-anak mereka di vaksin. Kerana di percayai penvaksinan ini banyak membawa kemudaratan. Dari penyakit yang tidak pernah ada jadi ada. Pernah juga terjadi kepada anak sahabat saya yang comel di mana setiap kali pemvaksinan di lakukan anaknya akan demam dalam satu tempoh yang lama. Bekerja pun terpaksa ambil cuti kecemasan sahaja. Gaji selalu dipotong.

Tetapi demi anak di gagahkan juga. Akhirnya membawa kepada keputusan beliau berhenti kerja kerana tidak tahan anak selalu sakit dan orang tua pula selalu meminta mengambil anak.  Ibu mana yang kuat apabila sentiasa dipisahkan dengan anak-anak. Selepas melahirkan anak ke dua beliau melakukan pembacaan penuh dan memutuskan untuk tidak memberi vaksin dan nekad mengusahakan 100% penyusuan susu ibu.

Anak pertama hanya  menyusu susu ibu sebentar sahaja kerana tekanan orang tua. Memang akan ada yang mempertikaikan apa sahaja keputusan yang kita sebagai ibu bapa buat, seperti saya sendiri walaupun tahu mengenai keburukan vaksin dan agak tidak rela kuman pelbagai penyakit di suntik ke dalam badan anak saya kononnya atas dasar kebaikan perubatan, tetapi terpaksa merelakan kerana tidak mahu bertambah tertekan kerana desakan keluarga.

Sudahlah isu penyusuan lengkap susu itu sahaja sehingga dua tahun sahaja saya sudah tidak mampu tahan sabar. Kadang-kadang sehingga terlepas amarah apabila berhadapan dengan orang-orang tua atau muda yang tiada ilmu pengetahuan akan kebaikannya. Pelbagai kajian dan pembacaan yang dilakukan hanyalah untuk menguatkan diri sendiri. Syukur pada Allah SWT saya masih kuat sehingga ke hari ini. Sama juga isu tentang penggunaan ergonomic baby carrier.

Kadang-kadang ada juga rasa penat kerana rakyat Malaysia sekarang hidup di zaman  mahu tetapi tentang hal-hal begini masih jauh mundur. Sudahlah mundur, suka pula mengkritik dan mencampuri urusan ibu bapa lain berlagak dia lah yang paling pandai mejaga anak.

Bagi saya, lebih elok dan lebih baik sekiranya kita menjaga kesayangan sendiri sahaja. Apa yang kita lihat mungkin tidak sama  dengan apa yang berlaku. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Jika salah, sama-samalah kita berdoa semoga mereka diberikan hidayah. Atau mungkin boleh kongsikan nota pembacaan yang kita ada. Atau sekiranya kita tidak tahu fakta sebenar, kita juga boleh buat sedikit pembacaan untuk pengetahuan.  Itu jauh lebih baik.

In Shaa Allah.

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, April 14, 2015

Mengejar Kekayaan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Kalau bercerita tentang mempunyai wang yang banyak semua orang pun mahu. Antara kaya wang ringgit dan kasih sayang mana yang anda mahu?

Kalau bagi saya, saya pilih kaya kasih sayang. Saya mahu hidup dipenuhi kasih sayang Allah SWT, ibu, suami, anak-anak dan kaum keluarga.

Tidak dinafikan kehidupan di atas muka bumi ini segala-galanya memerlukan wang. Jadi wang itu satu keperluan. Saya cuma berdoa semoga kami dikurniakan rezeki yang cukup dan penuh dengan redha Allah SWT. Jika berlebihan itu adalah bonus untuk saya, anak-anak suami dan keluarga.

Siapa yang tidak mahu kesenangan hidup? malahan setiap hari kami berdoa dan berusaha, cuma kamilah insan-insan terpilih yang Allah SWT beri ujian untuk sentiasa beringat dalam berbelanja. Alhamdulillah.

Terkilan juga bila ada rakan-rakan niaga yang memerli seolah-olah kurang usaha kerana lebih mengutamakan keluarga. Tetapi kalau memikirkan apa yang orang kata sampai bila kita tak akan rasa bahagia.

Saya punya dua anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian saya, bila saya curi sedikit masa mereka saya sudah rasa amat bersalah. Mereka hadiah Allah SWT untuk saya. Masa kecil mereka semua sekali. Tidak akan saya sia-siakan.

Saya tidak korbankan kerjaya untuk mengabaikan keluarga tetapi saya korbankan kerjaya demi syurga Allah SWT. Mertarbiah diri untuk mentarbiah anak-anak, bersabar dengan suami dan orang-orang sekeliling yang banyak menguji kesabaran mencampuri urusan rumahtangga kami.

Saya insan biasa, ada emosi, ada rasa marah. Jadi kena selalu memotivasikan diri untuk terus berada di landasan yang betul. Berdoa supaya Allah SWT membatu dalam memberi ilham menulis berniaga dan yang paling penting menguruskan tiga orang bayi termasuk suami.

Pernah mendengar ceramah dari seorang pakar motivasi berbangsa Arab suatu masa dulu, walau seramai mana anak kita. Suami tetap bayi kita yang pertama. Semoga setiap dari kita bukan sahaja kaya dan berjaya di dunia tetapi juga Di akhirat sana.

In Shaa Allah.

www.nhdbabyshop.com

Monday, April 13, 2015

Akademik Versus Akhlak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Dalam meneruskan hidup ilmu banyak membantu saya dalam menghadapi kehidupan sehari-hari. Terutama Sekali ilmu agama. Tetapi dalam masa yang sama ilmu akademik juga banyak membantu terutama sekali dalam menguruskan urusan duniawi. Contohnya memasak, mendidik anak, menguruskan rumahtangga, kerjaya serta memberi motivasi.

Contohnya untuk mengajar anak dari  huruf A sampai Z saya juga perlu tahu huruf A sampai Z. Untuk menyanyi menceriakan  hari anak-anak saya perlu tahu lagu-lagu yang sedap didengar atau sekurang-kurangnya pernah mendengar lagu-lagu untuk saya ubah suai lirik supaya sedap di dengar.

Untuk mendidik anak ilmu agama, saya perlu memantapkan diri dengan ilmu Allah SWT. Supaya tidak silap, tidak salah. Belum lagi bab saya perlu meyakinkan suami pentingnya mendidik anak-anak.

Jadi kedua-duanya penting, ilmu akademik penting dalam menjalani kehidupan duniawi atau hidup sehari-hari tetapi berbanding ilmu akademik ilmu agama lagi penting.

Bagi saya ilmu akademik itu keperluan sebab apabila kita meminta kerja tentulah yang di minta atau di tanya tentang akademik atau sekurang-kurangnya pengalaman. Ilmu agama pula bagi saya lebih kepada pengawalan kepada kehidupan seharian supaya kita atau anak-anak tidak tersasar dari landasan kebenaran. Selain membina akhlak yang baik dalam diri anak-anak.

Jadi jika ditanya pendapat saya, saya mengutamakan ilmu agama tetapi dalam masa yang sama tetapi memberikan ilmu akademik buat anak-anak. Semoga anak-anak dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. In Shaa Allah. 

Thursday, April 9, 2015

Mula Seawal Kandungan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Malam tadi apabila melihat Ammar masuk kereta sahaja bukan main gembira lagi ambil buku dan buat-buat baca,  saya katakan pada suami "ingatkan kakak sahaja yang minat buku tetapi adik pun sama". Jawab suami; "Ummi kan suka membaca sejak mengandung lagi, hari-hari baca, tentulah anak pun suka baca".

Seumur hidup saya lihat lelaki lebih suka main berbanding perempuan yang suka membaca, jadi saya tidak mengharap Ammar tunjukkan minat seawal usia ini. Kebiasaan saya, saya memang suka gantung buku, tampal poster, sana-sini walaupun di kereta. Selain untuk elak anak bosan, saya berhabis duit beli semua keperluan homeschooling anak dan menayangkan semua itu untuk memberi pendedahan ilmu kepada anak-anak.

Selain solat lima waktu yang wajib di jaga, saya yakin dan percaya ilmu juga wajib dijaga. Setiap perkara haruslah bersandarkan kepada ilmu supaya kita hidup di landasan yang betul. Menggunakan perkataan yang betul supaya orang tidak tersalah faham. Kadang-kadang, emosi juga dapat dijaga kerana ilmu juga adalah Sumber motivasi.

Terkesan saya, dengan tindakan beberapa individu atau adik-adik yang menggunakan ayat sesuka hati. Hendak dikata tidak pandai, SPM sampai dapat 11A. Tetapi beza antara "menggatal" dan "gatal-gatal" sahaja tidak tahu. Harapnya bukanlah hanya menghafal buku sebagaimana beberapa orang kawan semasa di universiti dulu.

Masih saya ingat betapa mereka sanggup mengelak dari membuat tugasan kemahiran dan fokus pada kerja-kerja dokumentasi kerana tidak tahu dan tidak mahu buat tugas kemahiran. Biasanya saya hadapi apabila bekerja satu kumpulan dengan rakan-rakan berbangsa cina. Result memang bagus, tapi jenis hafal buku.

Apabila memegang jawatan sebagai jurutera di syarikat terkemuka pula, saya turut berhadapan dengan rakan-rakan yang hafal buku juga. Kalau boleh semua benda nak ikut buku. Tapi bila buat kerja tidak mampu. Saya pula lebih suka ikut acuan pekerja-pekerja berpengalaman untuk mudahkan kerja.

Menggunakan ilmu yang ada sebagai panduan tetapi ikut pengalaman orang lama-lama. Cari penyelesaian yang terbaik. Maknanya, saya gunakan segala ilmu yang telah saya belajar tetapi belajar dari pengalaman orang lama. Kemudiannya buat keputusan yang terbaik dan sudah tentulah dengan sokongan pihak atasan.

Apabila berkerlapangan, memang tempat saya di sisi orang-orang lama tak kira apa jawatan. Chargeman, Assistant Engineer, Technichian dan banyak lagi. Semua saya buat kawan. Termasuklah jaga bangunan pun saya buat baik. Saya tolak ego jauh-jauh sebab saya tahu, pangkat dan jawatan itu bukanlah apa-apa. Kita manusia semua sama. Lebih-lebih lagi dalam Islam ada mengajar perkara yang sama.

Alhamdulillah selama bekerja segala urusan saya mudah dengan bantuan semua pihak. Berbanding jurutera yang ego berlagak, saya yakin pencapaian saya jauh lebih baik walaupun ketika masih baru. Syukur pada Allah SWT yang banyak memberikan ilmu dan ilham untuk saya bekerja sehinggalah sekarang, walaupun di posisi berbeza. Allah SWT lah yang banyak membimbing saya melalui segala ilham dan ilmu-Nya.

Saya percaya keperluan mendidik anak semenjak dari kandungan dan seawal mungkin adalah sangat penting. Mentarbiah mereka dari sudut agama terutamanya. Apabila mempunyai asas yang kukuh, cukup solat lima waktu sehari semalam. Cukup ilmu yang ada. In Shaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja.

Walaupun kita tidak mampu konsisten mengajar anak setiap hari, kerana semua itu perlukan disiplin yang tinggi. Sediakan sahaja segala keperluan-Nya. Di awal umur anak-anak biarkan mereka meneroka ilmu. Berikan pendedahan. Jangan ada sebarang unsur paksaan. Jadikan situasi belajar sesuatu yang seronok. Biar sikit-sikit asal masuk dalam fikiran anak. Bimbang nanti kalau dipaksa anak-anak lebih cenderung menjadi generasi menghafal buku pula, berbanding generasi yang benar-benar berilmu.

Elakkan dari membandingkan anak-anak. Beri kebebasan belajar tetapi tetap berikan hak ilmu untuk anak-anak. Jika perlu, kita boleh jadikan pengalaman rakan-rakan atau menguruskan anak-anak terdahulu sebagai benchmarking dan panduan dalam mendidik anak-anak tetapi jangan sesekali membandingkan mereka. Kerana situasi setiap anak-anak itu berbeza.

Contohnya, anak-anak yang tinggal di nursery atau pengasuh ramai anak tentu sahaja lebih banyak terdedah kepada kosa kata berbanding anak-anak yang di jaga oleh ibu sendiri. Lebih-lebih lagi anak pertama. Kalau anak ke dua mungkin pencapaiannya lebih baik. Sebab sumbernya cuma satu, ibu. Ayah pula hanya di malam hari atau di hujung minggu atau ketika cuti.

Saya suka peribahasa dari Puan Naik Eliani dalam buku tulisan beliau "Ajar Anak Kecil Membaca Awal" yang juga turut di jual di NHD BABY SHOP.

"Literasi bukanlah satu anugerah, Tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak"

Jumpa lagi.

www.nhdbabyshop.com

Tuesday, April 7, 2015

Mahu Anak Belajar Surah dan Solat?

Khusyuk dengar YPad.

Sebab dia kecil lagi ummi tekankan alif ba ta., surah-surah pendek, bacaan dalam solat siap gambar, huruf-huruf hijahiyah siap contoh bergambar.

Ada juga sebutan A b c ..z siap perkataan dalam bahasa inggeris.

Seperti gadget tapi bukan gadget betul. Hanya permainan berbentuk pembelajaran yang boleh digunakan sebagai tool untuk elak anak bosan belajar. Satu variasi. Ibu ayah pun turut sama tambah ilmu.

Jadi ibu bapa itu perlu ilmu yang banyak. Menyusu perlu ilmu, menguruskan anak perlu ilmu, Mengajar anak lebih-lebih lagi memerlukan ilmu.

Y Pad ini masih ada dalam stock kedai kami. Ready stock di www.nhdbabyshop.com. Stok terhad.

Selamat mencari ilmu.

Saturday, April 4, 2015

Budak Jatuh Escalator Tingkat 6?

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Syukur dikurniakan kawan-kawan yang baik, rakan-rakan Facebook saya masing-masing marah dan mengutuk penyebaran gambar budak mati jatuh escalator.

Masing-masing ada anak. Semua orang pun nak anaknya selamat. Nak anak dijauhi malapetaka, marabahaya dan segala perkara-perkara buruk. Tapi malang tak berbau.

Kadang-kadang memanglah ada salah ibu bapa tetapi janganlah cepat menghukum orang, belum kena atas batang hidung sendiri senanglah cakap.

Cukuplah ambil sebagai peringatan diri sendiri dan mengingatkan yang tersayang. Janganlah masing-masing berlagak mahu jadi tuhan.

Kita sendiri pun bukan selalu di dalam kawalan. Bukan baik sangat pun. Cukuplah kalau tengok kan kesayangan kita sendiri, peringatan untuk lebih hati-hati. Masalahnya masyarakat ni masing-masing berlumba-lumba berlagak akulah jaga anak paling bagus kat dunia ni.

Apa yang penting bukan siapa yang paling bagus tetapi masing-masing lakukan yang terbaik. Berusaha untuk tidak lalai. Beringat. Semoga Allah SWT melindungi kita dan anak-anak semuanya. Amin.

Al Fatihah untuk arwah.

www.nhdbabyshop.com

Friday, April 3, 2015

Shopping Pertama Selepas GST

Teks: Nurul Diyana Mohamad.

Sebelum GST dilaksanakan banyak kebimbangan mengenai perbelanjaan, ekonomi negara dan sebagainya yang saya fikirkan.

Semalam kali pertama membeli belah selepas GST. Membeli belah dalam rasa berhati-hati dan beringat. Suami minta di masakkan spagetti. Sudah lama tidak buat katanya. Dalam memilih barang, bukan main lagi saya pilih yang harga berpatutan. Kalau boleh nak yang paling murah, biarpun tak ada jenama. Bukan main ambil sahaja macam selalu.

Kemudian terdetik dalam hati "ada juga kebaikan GST ni pada aku".
Begitulah kita, bila terhantuk baru nak terngadah. Bila susah baru nak beringat. Itu cara saya dalam menangani GST. Taraf hidup dikira sangat sederhana dengan seorang suami yang kurang lebih lima tahun berkhidmat dengan kerajaan dan saya berniaga online secara kecil-kecilan sambil menguruskan anak-anak dan rumahtangga.

Pendapatan utama kami hanya dari suami seorang sahaja. Pendapatan saya untuk diri saya dan back up suami andai tidak mencukupi, membantu ibu di kampung dan ada kalanya beli barang kehendak untuk suami dan anak-anak.

Bagaimanalah agaknya nasib rakyat yang berpendapatan rendah, baru-baru ini Ada terbaca mengenai anak yang ditinggalkan di hadapan rumah orang, lengkap berpakaian dan berkelambu bersama sepucuk surat minta dijaga anaknya kerana masalah kewangan.

Tadi menghubungi ibu di kampung bercerita, kata ibu di sana juga ada yang sanggup memberikan anak kepada orang sebab sudah ada ramai anak. Tidak mampu jaga lagi. Walhal bagi saya, setiap anak itu ada rezeki masing-masing. Tinggal ibu bapanya berusaha sahaja.

Tapi biasalah mungkin si ibu terlebih bimbang akan masa depan si anak. Mana ada ibu yang tidak menyayangi anak-anak melainkan jika hati sudah hitam. Macam tajuk drama pula ayat saya ni. Tapi begitulah hakikatnya, jarang ada ibu yang ingin melepaskan anak-anaknya melainkan benar-benar terdesak.

Sehari dua ini juga banyak sungguh berita kejadian samun dan rompakan dari rakan-rakan. Ada yang mengacukan senjata ketika mangsa mengeluarkan wang di ATM, ada kereta dipecahkan dan tangan dipotong kerana ingin menyamun barang kemas dan semalam di Bandar Enstek ada kejadian tembak-menembak polis dan perompak yang katanya perompak meninggalkan kereta dan lari  ke dalam semak buat kami bimbang pula mahu keluar rumah. Harapnya sudah tertangkap lah.

Terdetik persoalan, adakah GST ini telah meletakkan semua orang dalam keadaan terdesak?

Walaupun saya 100% tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST ini kerana menurut ilmu dan pengetahuan dari sudut agama yang saya ada dan beberapa siri perbahasan antara saya dan suami.  Kami sebulat suara bersetuju bahawa cukai hanya untuk orang bukan Islam, untuk orang Islam kita ada zakat.

Itupun masih di rasa kan kurang telus pelaksanaannya kerana kita lihat sana sini kaunter pungutan zakat, tetapi kaunter pemberian zakat atau sekurangnya informasi tentang permohonan untuk penerimaan zakat oleh orang yang bekelayakan tiada pula. Bagaimana orang susah yang tiada talian internet atau ilmu hendak mendapatkan hak mereka? akhirnya lahirlah pengemis di sana sini.

Kadang-kadang bila ada yang minta sedekah geram sahaja saya ajak mereka pergi makan, tidak mahu beri duit kerana bimbang mereka menjadi mangsa sendiket. Tapi kerana bimbang kan sendiket dan saya sendiri punya anak-anak kecil yang sentiasa dibawa bersama jugalah, terpaksa abaikan sahaja.

Kebiasaannya suami beri sedikit wang, kami telah mendengar pandangan beberapa Ustaz bahawa jika kita beri dan ikhlaskan itu juga di kira sedekah. Bekalan akhirat kita. Apa yang terjadi selepas itu di luar kawalan kita. Tapi kadang-kadang kami tidak beri juga kerana bimbang kegiatan ini berleluasa.

Saya pernah terlibat dengan satu program khidmat masyarakat selama beberapa bulan semasa selepas habis belajar. Saya tahu dan telah menyaksikan sendiri bagaimana bertungkus lumusnya penganjur untuk memahamkan orang-orang atasan akan kepentingan program, meminta dana ibarat mengemis duit mereka sedangkan itu adalah duit syarikat atau mungkin duit rakyat juga.

Mereka langsung tidak dapat memahami akan kepentingan membantu orang susah, apatah lagi mengenali apa itu erti susah. Mungkin patut ada satu program di Malaysia ini untuk orang kaya-kaya pergi mengalami sendiri pengalaman menjadi orang susah supaya  mereka insaf dan lebih memahami. Atau mungkin syarat untuk menjadi pemimpin masa depan perlu ada satu tempoh masa khidmat masyarakat tinggal bersama orang susah sebelum melayakkan diri menjadi pemimpin. Baru betul.

Atau kita boleh lihat dari sudut pandangan ini, orang yang berjaya, adalah orang yang maju ke hadapan tak kira apa masalah. Tidak melihat  kesalahan orang lain tetapi hidup di atas kesalahan itu dan jadikannya "push factor" untuk lebih berjaya.

Teruskan berdoa semoga Allah SWT membantu dan melindungi kita semua dari segala kekejaman, khianat dan hasad dengki manusia, jin dan syaitan. Hakikatnya tiada satu pun perkara yang berlaku tanpa izin dari Allah SWT.