Teks: Nurul Diyana Mohamed.
Aksi hindustan dalam kereta. Sekejap sahaja masa berlalu membesarkan dua "hadiah" dari Allah SWT ini.
Memang best mempunyai adik-beradik. Ingat lagi semasa kecil walaupun tidak membesar bersama-sama kakak-kakak kerana jurang usia yang jauh tetapi kepulangan kakak-kakak semasa cuti dan hari raya adalah saat yang paling ditunggu-tunggu.
Pagi-pagi lagi dah tercongok dekat jambatan jalan masuk ke rumah tunggu kakak balik. Walaupun itu bermaksud perhatian ma dan arwah ayah akan tertumpu pada kakak-kakak (5 orang). Sebelumnya hanya ada saya, abang dan adik. Menjadi satu-satunya anak perempuan terakhir dalam keluarga sudah tentulah di manja lebih.
Bila dah ramai-ramai, kalau Saya merajuk dan hilang waktu makan pun mereka tidak sedar sebab sekali sekala jumpa memang riuh rendah suasana. Mereka cuma mencari masa kena basuh pinggan, sedih tak?
Tetapi Saya tahu mereka semua sayangkan saya kerana selalu terlebih prihatin dan sentiasa sanggup berkorban demi Saya. Terima kasih kakak-kakak ku. I love you so much! Maaf sebab selalu jadi adik yang manja dan degil.
www.nhdbabyshop.com
No comments:
Post a Comment