Tuesday, April 14, 2015

Mengejar Kekayaan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Kalau bercerita tentang mempunyai wang yang banyak semua orang pun mahu. Antara kaya wang ringgit dan kasih sayang mana yang anda mahu?

Kalau bagi saya, saya pilih kaya kasih sayang. Saya mahu hidup dipenuhi kasih sayang Allah SWT, ibu, suami, anak-anak dan kaum keluarga.

Tidak dinafikan kehidupan di atas muka bumi ini segala-galanya memerlukan wang. Jadi wang itu satu keperluan. Saya cuma berdoa semoga kami dikurniakan rezeki yang cukup dan penuh dengan redha Allah SWT. Jika berlebihan itu adalah bonus untuk saya, anak-anak suami dan keluarga.

Siapa yang tidak mahu kesenangan hidup? malahan setiap hari kami berdoa dan berusaha, cuma kamilah insan-insan terpilih yang Allah SWT beri ujian untuk sentiasa beringat dalam berbelanja. Alhamdulillah.

Terkilan juga bila ada rakan-rakan niaga yang memerli seolah-olah kurang usaha kerana lebih mengutamakan keluarga. Tetapi kalau memikirkan apa yang orang kata sampai bila kita tak akan rasa bahagia.

Saya punya dua anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian saya, bila saya curi sedikit masa mereka saya sudah rasa amat bersalah. Mereka hadiah Allah SWT untuk saya. Masa kecil mereka semua sekali. Tidak akan saya sia-siakan.

Saya tidak korbankan kerjaya untuk mengabaikan keluarga tetapi saya korbankan kerjaya demi syurga Allah SWT. Mertarbiah diri untuk mentarbiah anak-anak, bersabar dengan suami dan orang-orang sekeliling yang banyak menguji kesabaran mencampuri urusan rumahtangga kami.

Saya insan biasa, ada emosi, ada rasa marah. Jadi kena selalu memotivasikan diri untuk terus berada di landasan yang betul. Berdoa supaya Allah SWT membatu dalam memberi ilham menulis berniaga dan yang paling penting menguruskan tiga orang bayi termasuk suami.

Pernah mendengar ceramah dari seorang pakar motivasi berbangsa Arab suatu masa dulu, walau seramai mana anak kita. Suami tetap bayi kita yang pertama. Semoga setiap dari kita bukan sahaja kaya dan berjaya di dunia tetapi juga Di akhirat sana.

In Shaa Allah.

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment