Monday, April 20, 2015

Bagaimana Ilmu Membantu Ibubapa

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Dalam dunia ilmu sekarang pencarian ilmu adalah sangat-sangat kritikal. Bukanlah ilmu agama semata-mata tetapi ilmu agama adalah prioriti. Ilmu psikologi, ilmu keibubapaan dan ilmu berkaitan anak-anak pula adalah keperluan.

Kerana pada zaman sekarang pendekatan mendidik anak-anak jauh berbeza dari zaman dahulu. Jika dahulu kita di takut-takutkan oleh orang tua. Kadang-kadang sampai boleh mendatangkan syirik kerana lebih takutkan kata-kata orang tua dahulu daripada Allah SWT. Contohnya kalau sanding dua pengantin salah satunya tidak dapat anak. Bukankah dapat atau tidak dapat anak itu urusan Allah SWT.

Ayat itu di ulang cakap apatah lagi apabila ada di antaranya yang benar-benar lambat mendapatkan anak. Kasihan pula melihat masyarakat dimomokkan dengan perkara sebegini. Padahal sekiranya kepercayaan sampai sudah tidak ingat Allah SWT sudah boleh jatuh syirik. Nauzubillah..

Di zaman dahulu rasa hormat lahir dari rasa takut tetapi sebenarnya tanpa rasa takutpun jika dilayan dengan betul anak-anak akan merasa dihormati dan memahami bahawa menghormati orang lain adalah satu kemestian. 

Ilmu psikologi dapat membantu para ibu bapa memahami anak-anak mengikut perkembangan minda mereka. Contohnya situasi yang saya hadapi baru-baru ini. Hana Damia yang berumur 2 tahun 2 bulan tantrum(mengamuk) kerana tidak mahu menurut kehendak kami yang mahu pergi membeli barang seterusnya pulang ke rumah sedangkan hakikatnya sudah berjam-jam dibiarkan bermain tidak henti-henti.

Kami layankan sahaja kerana hari minggu memang hari untuk anak-anak. Kebiasaannya bila di ajak pergi tidak menjadi masalah, paling tidak pun kalau menangis perlu pujuk sebentar dan sudah ceria kembali. Tetapi kali ini beri apa pun tidak mahu walaupun minuman kegemaran jus oren yang tidak pernah ditolak.

Bijaknya Suami mencari tempat bertenang di suatu sudut sementara Saya pergi membeli jus Oren. Siapa yang tidak malu apabila orang sekeliling melihat. Hendak marah pun tidak berguna kerana masyarakat kita memang terlebih prihatin.

Apabila Suami sudah rasa mahu marah Saya jadi peneutral keadaan kerana melalui pembacaan Saya tahu Anak tantrum pasti ada sebabnya. Saya percaya Hana Damia penat dan mahu tidur. Jika masuk baby carrier pasti selesai masalah. Sayangnya Onya Baby Carrier kepunyaannya kami sengaja tinggalkan kerana mahu Hana Damia jalan-jalan dan adik pula sedang lena dalam baby carrier kepunyaanya. Silap kami membuat keputusan.

Setelah memujuk beberapa ketika tetapi tidak jalan juga. Saya katakan pada Suami biar Saya dukung Ammar bare hand kerana Saya tidak sanggup lagi melihat Hana Damia tantrum dan menyakitkan diri apabila menghempaskan badan dalam troli kereta pinjam yang disediakan pihak jusco.

Pada mulanya Suami tidak percaya yang Hana Damia mahu tidur tetapi kerana sudah tiada cara Suami mengalah dan beri Ammar pada Saya. Suami angkat Hana Damia ke dalam baby carrier Ammar. Biarpun kepunyaan adik dan sudah tidak k2k(knee to knee support) tetapi untuk pemakaian yang sementara masih boleh.

Lagipun apabila anak sudah enam bulan dan ke atas sebenarnya keperluan k2k itu tidak begitu kritikal pada anak tetapi beralih pula kepada ibu bapa kerana dibimbangi sekiranya dipakai terlalu lama boleh menyebabkan sakit badan.

Dengan izin Allah SWT dalam masa tidak sampai lima minit dalam baby carrier, Hana Damia tertidur. Mana tamatlah episod drama tantrum anak kami. Pada awalnya Suami sudah mengajak untuk pulang ke rumah, masuk dalam baby carrier juga hanya kerana mahu senang urusan memulangkan troli dan perjalanan ke kereta.

Tetapi mungkin kerana gembira masalah sudah selesai agaknya, dalam perjalanan ke kereta Suami cadangkan letak beg dan sambung shopping barang dapur. Saya tentulah mengikut sahaja kerana tidak perlu lagi menyinggah tempat lain untuk membeli barang dapur lagi. 

Alhamdulillah, bagaimana sedikit ilmu yang di cari mampu menyelesaikan masalah kami dengan izin Allah SWT. Jadi, kepada ibu bapa di luar sana, marilah Kita sama-sama bersabar dengan anak-anak. Carilah ilmu sebanyak mungkin demi mereka. Saya seru diri saya dan anda, elakkan dari menyakiti anak-anak.

Sesungguhnya mereka adalah amanah Allah SWT kepada Kita, pinjaman semata-mata. Jangan apabila tiada di pinta-pinta apabila sudah ada di abaikan hak mereka. Nauzubillah..    

----------------------------------

Onya Baby Carrier ada dijual  di www.nhdbabyshop.com. Bayaran ansuran disediakan.

No comments:

Post a Comment