Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet
Bila rasa marah, rasa hilang sabar pada anak-anak ingat Allah SWT. Anak-anak amanah-Nya untuk kita.
Perbanyakkan menatap wajah anak ketika tidur. Wajah suci polos yang tiada dosa. Mereka datang dari syurga Allah SWT, suci bersih tiada dosa. Anak-anak syurga ini ibarat kain putih, tangan kitalah yang mencorakkannya sama ada menjadi majussi atau nasrani.
Jika buruk hasilnya jangan sesekali menunding jari ke arah orang lain, tengok diri, tengok suami anda dan buat penilaian. Adakah tangan kita lebih banyak di telefon pintar berbanding membelai anak-anak? Fikir-fikir dan renung-renungkan.
Jika kita rasa tanggungjawab ini susah, pengorbanan ini besar, fikir semula. Apa kita sanggup mengorbankan anak-anak demi kepentingan dunia yang entah hari ini atau esok akan tamat? atau mungkin beberapa minit lagi? bila ajal memanggil, di saat nazak, apa sahaja kebaikan yang ingin dilakukan sudah tidak laku. Jadi, saya ingatkan diri saya dan anda, bersabarlah. Allah SWT sentiasa ada untuk kita.
No comments:
Post a Comment