Teks: Nurul Diyana Mohamed.
Baru-baru ini Hana Damia demam panas secara tiba-tiba. Saya seperti biasa mengambil pengalaman lalu cuma mengawal suhu, membasahkan badan dari semasa ke semasa dan memantau selama tiga hari sebelum bertindak membawa ke klinik.
Sebab saya percayakan kuasa Allah SWT. Saya percaya bahawa tubuh kecil kurniaan Allah SWT itu mempunyai sistem pertahanan yang cukup kuat dalam melawan penyakit. Pengunaan dadah seperti paracetamol atau lebih dikenali dikalangan kita sebagai panadol hanyalah sebagai suatu pelalian.
Perasan atau tidak walaupun setelah diberikan ubat dan suhu sudah kebah, selepas beberapa jam suhu akan naik semula. Apabila di beri ubat semula, susu turun kembali dan begitulah seterusnya. Antibiotik yang diberikan doktor juga wajib di habiskan kerana bimbang apabila timbul penyakit lain dan antibiotik sama diberikan, antibiotik itu sudah tidak berkesan kepada badan anak. Atau mungkin lebih teruk, kuman menjadi semakin kuat.
Sama juga konsep dengan vaksin. Vaksin adalah kuman yang lemah yang di berikan kepada tubuh anak-anak supaya antibodi sedia ada dalam badan anak mampu melawan penyakit dan seterusnya menjadi kuat untuk melawan kuman yang sama sekiranya terjadi di kemudian hari.
Sebab itu terdapat ibu bapa hebat di luar sana yang tidak membenarkan anak-anak mereka di vaksin. Kerana di percayai penvaksinan ini banyak membawa kemudaratan. Dari penyakit yang tidak pernah ada jadi ada. Pernah juga terjadi kepada anak sahabat saya yang comel di mana setiap kali pemvaksinan di lakukan anaknya akan demam dalam satu tempoh yang lama. Bekerja pun terpaksa ambil cuti kecemasan sahaja. Gaji selalu dipotong.
Tetapi demi anak di gagahkan juga. Akhirnya membawa kepada keputusan beliau berhenti kerja kerana tidak tahan anak selalu sakit dan orang tua pula selalu meminta mengambil anak. Ibu mana yang kuat apabila sentiasa dipisahkan dengan anak-anak. Selepas melahirkan anak ke dua beliau melakukan pembacaan penuh dan memutuskan untuk tidak memberi vaksin dan nekad mengusahakan 100% penyusuan susu ibu.
Anak pertama hanya menyusu susu ibu sebentar sahaja kerana tekanan orang tua. Memang akan ada yang mempertikaikan apa sahaja keputusan yang kita sebagai ibu bapa buat, seperti saya sendiri walaupun tahu mengenai keburukan vaksin dan agak tidak rela kuman pelbagai penyakit di suntik ke dalam badan anak saya kononnya atas dasar kebaikan perubatan, tetapi terpaksa merelakan kerana tidak mahu bertambah tertekan kerana desakan keluarga.
Sudahlah isu penyusuan lengkap susu itu sahaja sehingga dua tahun sahaja saya sudah tidak mampu tahan sabar. Kadang-kadang sehingga terlepas amarah apabila berhadapan dengan orang-orang tua atau muda yang tiada ilmu pengetahuan akan kebaikannya. Pelbagai kajian dan pembacaan yang dilakukan hanyalah untuk menguatkan diri sendiri. Syukur pada Allah SWT saya masih kuat sehingga ke hari ini. Sama juga isu tentang penggunaan ergonomic baby carrier.
Kadang-kadang ada juga rasa penat kerana rakyat Malaysia sekarang hidup di zaman mahu tetapi tentang hal-hal begini masih jauh mundur. Sudahlah mundur, suka pula mengkritik dan mencampuri urusan ibu bapa lain berlagak dia lah yang paling pandai mejaga anak.
Bagi saya, lebih elok dan lebih baik sekiranya kita menjaga kesayangan sendiri sahaja. Apa yang kita lihat mungkin tidak sama dengan apa yang berlaku. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Jika salah, sama-samalah kita berdoa semoga mereka diberikan hidayah. Atau mungkin boleh kongsikan nota pembacaan yang kita ada. Atau sekiranya kita tidak tahu fakta sebenar, kita juga boleh buat sedikit pembacaan untuk pengetahuan. Itu jauh lebih baik.
In Shaa Allah.
www.nhdbabyshop.com
No comments:
Post a Comment