Thursday, April 9, 2015

Mula Seawal Kandungan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Malam tadi apabila melihat Ammar masuk kereta sahaja bukan main gembira lagi ambil buku dan buat-buat baca,  saya katakan pada suami "ingatkan kakak sahaja yang minat buku tetapi adik pun sama". Jawab suami; "Ummi kan suka membaca sejak mengandung lagi, hari-hari baca, tentulah anak pun suka baca".

Seumur hidup saya lihat lelaki lebih suka main berbanding perempuan yang suka membaca, jadi saya tidak mengharap Ammar tunjukkan minat seawal usia ini. Kebiasaan saya, saya memang suka gantung buku, tampal poster, sana-sini walaupun di kereta. Selain untuk elak anak bosan, saya berhabis duit beli semua keperluan homeschooling anak dan menayangkan semua itu untuk memberi pendedahan ilmu kepada anak-anak.

Selain solat lima waktu yang wajib di jaga, saya yakin dan percaya ilmu juga wajib dijaga. Setiap perkara haruslah bersandarkan kepada ilmu supaya kita hidup di landasan yang betul. Menggunakan perkataan yang betul supaya orang tidak tersalah faham. Kadang-kadang, emosi juga dapat dijaga kerana ilmu juga adalah Sumber motivasi.

Terkesan saya, dengan tindakan beberapa individu atau adik-adik yang menggunakan ayat sesuka hati. Hendak dikata tidak pandai, SPM sampai dapat 11A. Tetapi beza antara "menggatal" dan "gatal-gatal" sahaja tidak tahu. Harapnya bukanlah hanya menghafal buku sebagaimana beberapa orang kawan semasa di universiti dulu.

Masih saya ingat betapa mereka sanggup mengelak dari membuat tugasan kemahiran dan fokus pada kerja-kerja dokumentasi kerana tidak tahu dan tidak mahu buat tugas kemahiran. Biasanya saya hadapi apabila bekerja satu kumpulan dengan rakan-rakan berbangsa cina. Result memang bagus, tapi jenis hafal buku.

Apabila memegang jawatan sebagai jurutera di syarikat terkemuka pula, saya turut berhadapan dengan rakan-rakan yang hafal buku juga. Kalau boleh semua benda nak ikut buku. Tapi bila buat kerja tidak mampu. Saya pula lebih suka ikut acuan pekerja-pekerja berpengalaman untuk mudahkan kerja.

Menggunakan ilmu yang ada sebagai panduan tetapi ikut pengalaman orang lama-lama. Cari penyelesaian yang terbaik. Maknanya, saya gunakan segala ilmu yang telah saya belajar tetapi belajar dari pengalaman orang lama. Kemudiannya buat keputusan yang terbaik dan sudah tentulah dengan sokongan pihak atasan.

Apabila berkerlapangan, memang tempat saya di sisi orang-orang lama tak kira apa jawatan. Chargeman, Assistant Engineer, Technichian dan banyak lagi. Semua saya buat kawan. Termasuklah jaga bangunan pun saya buat baik. Saya tolak ego jauh-jauh sebab saya tahu, pangkat dan jawatan itu bukanlah apa-apa. Kita manusia semua sama. Lebih-lebih lagi dalam Islam ada mengajar perkara yang sama.

Alhamdulillah selama bekerja segala urusan saya mudah dengan bantuan semua pihak. Berbanding jurutera yang ego berlagak, saya yakin pencapaian saya jauh lebih baik walaupun ketika masih baru. Syukur pada Allah SWT yang banyak memberikan ilmu dan ilham untuk saya bekerja sehinggalah sekarang, walaupun di posisi berbeza. Allah SWT lah yang banyak membimbing saya melalui segala ilham dan ilmu-Nya.

Saya percaya keperluan mendidik anak semenjak dari kandungan dan seawal mungkin adalah sangat penting. Mentarbiah mereka dari sudut agama terutamanya. Apabila mempunyai asas yang kukuh, cukup solat lima waktu sehari semalam. Cukup ilmu yang ada. In Shaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja.

Walaupun kita tidak mampu konsisten mengajar anak setiap hari, kerana semua itu perlukan disiplin yang tinggi. Sediakan sahaja segala keperluan-Nya. Di awal umur anak-anak biarkan mereka meneroka ilmu. Berikan pendedahan. Jangan ada sebarang unsur paksaan. Jadikan situasi belajar sesuatu yang seronok. Biar sikit-sikit asal masuk dalam fikiran anak. Bimbang nanti kalau dipaksa anak-anak lebih cenderung menjadi generasi menghafal buku pula, berbanding generasi yang benar-benar berilmu.

Elakkan dari membandingkan anak-anak. Beri kebebasan belajar tetapi tetap berikan hak ilmu untuk anak-anak. Jika perlu, kita boleh jadikan pengalaman rakan-rakan atau menguruskan anak-anak terdahulu sebagai benchmarking dan panduan dalam mendidik anak-anak tetapi jangan sesekali membandingkan mereka. Kerana situasi setiap anak-anak itu berbeza.

Contohnya, anak-anak yang tinggal di nursery atau pengasuh ramai anak tentu sahaja lebih banyak terdedah kepada kosa kata berbanding anak-anak yang di jaga oleh ibu sendiri. Lebih-lebih lagi anak pertama. Kalau anak ke dua mungkin pencapaiannya lebih baik. Sebab sumbernya cuma satu, ibu. Ayah pula hanya di malam hari atau di hujung minggu atau ketika cuti.

Saya suka peribahasa dari Puan Naik Eliani dalam buku tulisan beliau "Ajar Anak Kecil Membaca Awal" yang juga turut di jual di NHD BABY SHOP.

"Literasi bukanlah satu anugerah, Tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak"

Jumpa lagi.

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment