Petikan Dari: Aplikasi Solat Fardhu
Ulasan: Nurul Diyana Mohamed
Orang yang meninggalkan solat fardhu kerana INGKAR adalah dihukum kafir dan terkeluar daripada Islam (murtad). Pemerintah Islam wajib menyuruhnya bertaubat dan bersolat. Sekiranya enggan, boleh dihukum bunuh dan jenazahnya tidak harus dimandikan, dikafankan dan disolatkan juga tidak harus dikebumikan diperkuburan Islam.
Orang yang meninggalkan solat fardhu denganSENGAJA / MALAS tetapi masih beriktikad solat itu wajib, maka ia perlu mengqada'kan semula solat yang telah ditinggalkan dan bertaubat. Pemerintah Islam wajib menyuruhnya bertaubat dan bersolat dan sekiranya enggan, maka wajib dibunuh dengan kaedah hukum hudud. Ianya tetap dianggap sebagai Islam dan jenazahnya diuruskan sebagaimana orang Islam.
Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda, ;
وَبَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَة
"Sesungguhnya sempadan seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan solat."
Nauzubillah. Ini sesuatu yang kita patut elakkan dari berlaku ke atas diri kita dan anak-anak kita.
www.nhdbabyshop.com
No comments:
Post a Comment