Teks: Nurul Diyana Mohamed
Dalam meneruskan hidup ilmu banyak membantu saya dalam menghadapi kehidupan sehari-hari. Terutama Sekali ilmu agama. Tetapi dalam masa yang sama ilmu akademik juga banyak membantu terutama sekali dalam menguruskan urusan duniawi. Contohnya memasak, mendidik anak, menguruskan rumahtangga, kerjaya serta memberi motivasi.
Contohnya untuk mengajar anak dari huruf A sampai Z saya juga perlu tahu huruf A sampai Z. Untuk menyanyi menceriakan hari anak-anak saya perlu tahu lagu-lagu yang sedap didengar atau sekurang-kurangnya pernah mendengar lagu-lagu untuk saya ubah suai lirik supaya sedap di dengar.
Untuk mendidik anak ilmu agama, saya perlu memantapkan diri dengan ilmu Allah SWT. Supaya tidak silap, tidak salah. Belum lagi bab saya perlu meyakinkan suami pentingnya mendidik anak-anak.
Jadi kedua-duanya penting, ilmu akademik penting dalam menjalani kehidupan duniawi atau hidup sehari-hari tetapi berbanding ilmu akademik ilmu agama lagi penting.
Bagi saya ilmu akademik itu keperluan sebab apabila kita meminta kerja tentulah yang di minta atau di tanya tentang akademik atau sekurang-kurangnya pengalaman. Ilmu agama pula bagi saya lebih kepada pengawalan kepada kehidupan seharian supaya kita atau anak-anak tidak tersasar dari landasan kebenaran. Selain membina akhlak yang baik dalam diri anak-anak.
Jadi jika ditanya pendapat saya, saya mengutamakan ilmu agama tetapi dalam masa yang sama tetapi memberikan ilmu akademik buat anak-anak. Semoga anak-anak dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment