Saturday, January 31, 2015

Hebatnya Ayah!

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Hebatnya ayah!

Situasi harini balik ke kampung suami.

Ummi lupa 100% bath tub wajib Ammar ni. Kalut dengan Ammar demam.

Tengok dalam beg balik kampung ada ni.

Telekung solat ummi pun tak perlu dipinta dan siap tersedia dalam bilik.

Bangga sebentar jadi isterinya.

Biasanya semua ini ummi yang kena sediakan. Ummi memang perlukan benda ni bila mandikan Ammar yang gagah perkasa tu. Tak lekat dipegang.

Bath tub ini dibeli dari kedai NHD BABY SHOP ummi la, di mana lagi.

Friday, January 30, 2015

Luahan Hati Ummi

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Kalau ikut kehendak ummi dua tahun baru boleh tengok TV.

Tidak perlu cerita banyak, cuba buka buku rekod kesihatan anak. Ada tulis televisyen perlu dielakkan untuk anak di bawah umur dua tahun. Umur atas dua tahun pun pengawalan hanya 1-2 jam sehari sahaja. Kenapa? Sebab tidak bagus untuk perkembangan awal kanak-kanak. Noktah.

Tapi sebab ayah dan lain-lain. impian ummi hancur. Geramji.

Macam payah je nak jumpa orang yang boleh penuhi impian ummi yang satu ni. Pasal ebf pun banyak cabaran. Tolong la hormati keputusan saya.

Damia dulu pun bertahan beberapa bulan sahaja.

Ammar petang ni excited tengok upin dan ipin. Seharian ummi tak buka TV. Bila dapat tengok siap gelak-gelak excited. Sedih pun ada bila cerita habis.

Macam-macam.

Tunggu la ummi homeschooling kakak sampai pandai. Bagi tahu guna smart pen upin dan ipin. Suruh kakak ajar ammar. Suka sangat kan?

Jom ajar anak guna smart pen upin dan ipin. Beli kat www.nhdbabyshop.com

Anak Bawah 7 tahun Hanya Layak Disayangi

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Beberapa hari lepas, tiba-tiba sahaja suami balik dan kata; "Memang betul apa yang sayang cakap anak bawah tujuh tahun tak boleh marah-marah kena sayang sahaja", "Dalam ceramah ustaz tadi, abang dengar dia kata berikan sepenuh kasih sayang sehingga anak berumur tujuh tahun, beri apa sahaja, bila dah tujuh tahun baru mula didik dan bertegas. Sampai satu peringkat lagi anggap macam kawan" sambung beliau. "Baru abang faham apa yang ayang cerita selama ni" Sambil menceritakan secara detail apa yang beliau dengar dalam satu ceramah agama. 

Saya sebenarnya tidaklah begitu mengingati setiap bait bicara beliau.  Sedangkan saya dah banyak baca tentang ini sebenarnya tapi saya hanya suka ambil kisah selari dengan tahap perkembangan anak-anak saya sahaja. Tidak mahu jadi terlalu rigid, jadi biarlah saya mengingati apa yang saya guna untuk anak-anak saya. Pening kepala nanti nak ingat semua. Tapi tidaklah susah sebenarnya. Cuma lupa. Jika berkesempatan, saya akan buat satu post ilmiah tentang perkara ini. In Shaa Allah.

Bersambung..

Thursday, January 29, 2015

Sira Labu

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed.

Dua tiga hari ini banyak peningkan kepala ma teringin nak makan sira labu. 

Ini simptom tak cukup zat. Kene tambah lagi vitamin organik shaklee lepas ni. Sibuk, tak sempat nak buat tempahan baru. (Kejap lagi nak tambah bekalan, sesiapa nak tempah boleh whatsapp saya di 013-9747810. Kedai online buka 7 hari seminggu 24 jam sehari).

Nasib baikla ma sporting layankan anak. 

Lastly, terjadilah sira labu ke labu sira. Makanan pencuci mulut kegemaran saya. Hanya biasa dijumpai di kelantan sahaja.

Jadi ibu begitulah kan? Bagaimana ibu kita melayan kita sedari kecil, kita pun kena melayan anak-anak dengan cara yang sama atau lebih baik. 

Hati saya sebagai anak cuma akan tenang apabila dapat menelefon dan mendengar suara ibu saya walaupun berada jauh di perantauan. Sampaikan saya belikan telefon mudah alih yang mempunyai akaun yang sama dengan saya bagi membolehkan saya menelefon beliau secara percuma setiap hari. Yang perlu dibayar hanyalah sewa talian. Dalam masa yang sama saya hadkan penggunaan RM50 seorang antara saya, ma dan suami. 

Jadi, peruntukan untuk kami bagi bill telefon sebulan kurang daripada RM150. Menelefon sesama kami adalah percuma tetapi sekiranya ma ingin menelefon anak-anak yang lain masih mempunyai had panggilan RM50 sebulan, malah jumlah RM150 had itu boleh dikongsi guna sekiranya tidak diguna oleh ahli yang sepatutnya. Kebiasaannya yang banyak menggunakan talian telefon tentulah suami saya kerana bekerja di luar. Saya pula banyak menggunakan internet, hanya menelefon kurier atau supplier sekiranya ada masalah sahaja. Selebihnya hanya berkomunikasi melalui aplikasi whatsapp atau email. Setakat ini sudah lebih setahun kami buat begini. Alhamdulillah banyak membantu dalam bajet kami. 

Yang penting dapat menelefon ibu setiap hari, ibu dan anak yang saling memberi semangat. Kadang-kadang sampai tiga kali sehari berborak. Di usia 61tahun ibu masih menoreh getah kerana bosan di rumah sendirian. Anak-anak semua sibuk dengan dunia berkeluarga masing-masing dan majoritinya jauh di perantauan. Untungnya ada kakak yang sulung tinggal berdekatan, bolehla tolong jenguk bertanya khabar apabila balik kerja. 

Tapi saya juga mengambil peranan dengan bertanya khabar setiap hari sebab ibu paling rapat dengan kami sekeluarga, banyak perkara yang tidak diberitahu kepada anak-anak yang lain saya tahu. Mungkin juga kerana saya kerap menelefon, jadinya saya tahu perbezaan suara ibu sihat atau tidak. 

Harapnya hubungan saya dah anak-anak nanti pun sama hubungannya seperti saya dan ibu. Ibarat manisnya sira labu, pencuci mulut kegemaran saya. 

Ibu selalu pesan, bagaimana layanan kita kat ibu bapa kita begitulah yang akan anak buat pada kita. Memang ada benarnya kata ibu, dari pengalaman orang tua-tua begitulah. 

Tapi sebagai seorang muslim, kita ada Allah SWT. Hati anak-anak ada pada Allah SWT. Di samping berusaha mendidik anak dengan baik, baik secara kepimpinan bertauladan mahupun didikan ilmiah. Kita perlulah menggunakan senjata kita sebagai orang muslim, iaitu berdoa.

Berdoa pada Allah SWT dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Supaya Allah SWT melindungi anak-anak dan diri kita sendiri. Kerana akhirnya hanya Allah SWT yang mampu menjaga kita. Sama ada melalui anak-anak atau banyak lagi cara lain. 

Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu sama ada yang tersurat dan tersirat. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

In Shaa Allah. 

Wednesday, January 28, 2015

Harga Yang Perlu Dibayar Bila Menjadi WAHM

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: NHD BABY SHOP

Semalam kebanyakan masa saya terpaksa dihabiskan dengan menguruskan Projek Kutu/ansuran/tunai SSC Onya Baby dan pembinaan website baru www.nhdbabyshop.com setelah website designer melarikan diri setelah menerima bayaran sedangkan aplikasi shipping masih bermasalah. Sudahnya saya cuma menggunakan website untuk membuat rekod walaupun telah menghabiskan ratusan ringgit.

Dan apa yang lebih mengecewakan adalah saya langsung tidak tahu bagaimana ingin membuat pembaharuan untuk website lama www.nhdbabyshop.com.my sehingga website tersebut akhirnya digantung tanpa rekod.  Semua rekod juga hilang akhirnya dan saya terpaksa bermula dari bawah.

Semuanya adalah kesalahan saya kerana terlalu mempercayai bekas pelajar suami saya. Semua pesanan ringkas dan panggilan telefon saya kepada beliau juga dipandang sepi tanpa jawapan. Adakah memang niat ingin menipu sedari awal? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Dan apa yang menarik, kata website designer baru saya, berkemungkinan dia cuma tumpang website itu kepada domain yang lain. Hanya Allah SWT sahaja tahu perasaan saya merasa ditipu. Inginkan penjelasan  tapi apabila segala jenis pesanan dan panggilan selama ini tidak berjawab. Saya fikir, tidak mengapalah, saya maafkan dia. Lagipun Allah SWT lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Dengan manusia mungkin dia boleh menipu tapi dengan Allah SWT memang tidak boleh.

Sekarang saya ingin buka buku baru dengan website baru dan designer yang baru. In Shaa Allah. Walaupun sedikit ralat tidak dapat memiliki domain yang lama tapi saya masih ada NHD BABY SHOP. Nantikan website baru saya siap di www.nhdbabyshop.com. Kad nama yang berlambak telah di cetak itu nanti saya potonglah .my dibelakangnya. Atau kalau ada rezeki lebih. Cetak sahaja yang baru.

Selain minat menulis, saya juga minat dalam bidang pengendongan bayi atau babywear. Semalam juga sebahagian besar masa diperuntukkan untuk membantu seramai mana pelanggan mendapatkan SSC Onya Baby pada harga promosi baik secara tunai/kutu/ansuran. Semua itu ada di NHD BABY SHOP.

Sangat seronok bila dapat mengendong bayi dengan betul dan selamat. Menggunakan pengendong bayi yang diiktiraf. Usah dipersoalkan kenapa pengendong bayi yang betul agak mahal. Kalau masih ada yang teringin mahu tahu saya ingin bagi anda satu soalan: Adakah keselamatan bayi boleh dibuat main-main dengan hanya membeli pengendong bayi atau baby carrier yang bernilai RM50 dipasaraya?

Lagi parah sebab semua yang dijual di pasaraya selain tidak diiktiraf selamat ia juga adalah Crotch Carrier yang banyak memberikan keburukan pada ibubapa dan bayi. Kaki bayi yang tergantung boleh menyebabkan hip disleksia dan badan ibu ayah pun akan sakit sebab design dia tak support betul. Banyak kes yang saya jumpa secara peribadi di group facebook Malaysian Babywearers boleh mengakibatkan sakit belakang dan ada yang sehingga menyumbang pada masalah kesihatan yang lebih parah seperti slip disk.

Tapi pendapat setiap orang berbeza kan? Saya cuma menyebarkan ilmu yang saya yakin betul. Selebihnya terpulang kepada ibu bapa masing-masing. Saya juga menyokong free parenting. Apa sahaja yang kita percaya sekalipun, itu terpulang pada pertimbangan masing-masing. Mana ada ibu bapa yang tak sayangkan anaknya kan?

Saya mendoakan supaya walau apa pun keputusan yang anda ambil, semoga segalanya adalah keputusan yang betul dan diredhai Allah SWT. Tapi kalau berminat dengan SSC Onya. Boleh sertai kami di NHD BABY SHOP untuk kutu atau tunai atau ansuran. Semua kami terima. Tapi promosi hanya sehingga 18/02/2015 sahaja dan selagi stok masih ada. Kalau nak memastikan stok itu milik anda, cepat-cepat whatsapp saya di 013-9747810 dan pm di facebook peribadi saya Nhdbaby Diyana.


Monday, January 26, 2015

Pentingkah Pendidikan Awal Kanak-Kanak?

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Wah! Berpuitis pula saya malam ini. Macam lagu Allahyarham P.Ramlee pula. Tapi itulah hakikatnya yang berlaku antara saya dan suami.

Tapi tidaklah sampai bergaduh sebenarnya. Kami lebih kepada berselisih pendapat mengenai pendidikan awal anak-anak. Semuanya bermula apabila suami memulakan perbincangan dengan saya mengenai niat beliau mencari duit tambahan dengan mengajar tuisyen.

Tapi saya sebagai isteri dengan selamba menjawab, abang peruntukkan didik anak sejam sehari dulu baru boleh ajar anak orang lain yang mengudang perbahasan tentang kenapa pentingnya pendidikan awal anak-anak. Suami mempertikai kerana tidak tahu kepentingan mengajar anak sejak dari dalam kandungan.

Dialog kami:

Suami: Bagaimana ingin mengajar anak sedangkan mereka masih kecil. Bila anak dah pandai banyak nanti, abang ajarlah.

Saya: Pada pendapat abang dari mana agaknya Damia dapat keluarkan perkataan seperti menjerit "sejuk!" ketika mandi atau "sayang.." bila ingin membodek abang dan banyak lagi perkataan lain?

Suami: Kan ayang selalu cakap pasal kepimpinan melalui tauladan, dia ikut kitalah.

Isteri: Sedangkan masa tu kita tak pernah sebut pun perkataan tu?

Suami: Diam.

Suasana memang agak sedikit tegang ketika itu tapi sebentar sahaja. Itulah akibatnya kalau tidak suka membaca. Suami jenis yang suka mendengar dan menonton rancangan ceramah atau motivasi sahaja untuk ilmu. Sedangkan saya suka membaca, menulis, berkongsi dan mendengar juga.

Suami memang jauh beza sikapnya daripada saya. Teori pasangan berdarah O versus darah B memang kena dengan kami. Walaupun berbeza cara dan pendapat tetapi haluan kami sama. In Shaa Allah. Itulah yang menjadikan kami kehidupan berumahtangga kami penuh warna warni.

Mungkin juga salah satu sebab kerana kami keduanya berpelajaran tinggi. Jadi pendapat isteri memang tak mahu kalah. Selagi saya rasa betul, saya akan pertahankan.

Memang terlalu penting mendidik anak seawal dari dalam kandungan lagi. Suami mungkin cuma tidak faham sebab tidak biasa. Kalau saya dah terangkan nanti, fahamlah dia. Antara cara dan kepentingan mendidik anak dari kecil ialah:

1) Apabila kita mengajaknya berbicara, bermain dan bergurau, ibu bapa dapat merangsang perkembangan pemikiran, afektif, konatif, psikomotorik, mahupun dzauq (kehalusan getaran batin).

2) Sekiranya kita membiasakan diri membaca asma' Allah kepada anak-anak, In Shaa Allah anak-anak akan mengalami sentuhan tauhid dalam diri mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda:"Awalilah bayi-bayimu itu dengan kata-kata Laa ilaaha illallah."

Memberikan pendidikan awal kepada anak-anak bukanlah bermaksud mengajar A,B,C, D atau Alif, Ba, Ta, Tsa. Ia lebih daripada itu. Kita boleh pelbagaikan cara kita mendidik anak-anak. Malah sambil bermain juga masih dikira mengajar. Seperti bermain Building Block yang saya pernah ceritakan sebelum ini, ia banyak membantu Damia dalam mengkoordinasi tangan dan mata beliau.

Pada abad ke-13, seorang menteri kerajaan Romawi, Frederick 11 pernah mengadakan penyelidikan untuk mengkaji bagaimana manusia dapat berbahasa ke atas sekumpulan bayi. Bayi-bayi itu di jaga dengan baik; disusukan, dimandikan dan dirawat tetapi tiada sesiapa pun dibenarkan berbicara, bernyanyi atau mendodoikan mereka tidur. Penyelidikan ini berakhir dengan penuh tragis dengan kesemua bayi itu meninggal secara misteri. Sampai begitu sekali komunikasi memberi kesan kepada psikologi anak-anak.

Jadi, satu lagi cara untuk mendidik anak-anak sedari kecil adalah menyanyikan lagu dan bercerita dengan anak-anak. Mengikut kajian, bayi yang berusia empat bulan sangat menyukai suara ibunya berbanding wanita lain.

Sunday, January 25, 2015

Damia Ajar Ayah

Budak manja duduk atas riba ayah bermanja pun boleh bawa buku kain alif ba ta..

Sambil-sambil dia ajar ayah.

Damia: "ba" "ba"

Ayah: Lagi?

Damia: "Bird" sambil tunjuk pada gambar burung.

Ayah: Tu bukan huruf la.

Damia: "Cat, Cing-cing" sambil tunjuk gambar kucing.

Ummi geleng kepala je dari belakang. Bila sihat macam-macam ragamnya.

Siapa  nak order softbook? :)

Saturday, January 24, 2015

Hari Mengumpul Ahli Onya

Teks: Nurul Diyana Mohamed.
Foto: Pembekal

Saya memang minat dengan pengendongan bayi buat saya rasa ingin mencuba semua Ergonomic Baby Carrier yang ada.

Pagi ini bangun sahaja bersolat subuh dan mula bekerja. Bila di kira-kira pelanggan yang berminat dengan kutu Onya yang baru digembar-gemburkan, Alhamdulillah. Cukup satu kumpulan. Jadi, mula dululah.

Pengengdongan bayi ni ini banyak memberi faedah dari segi kesihatan bayi. Pernah dengar tentang terapi Kanggaroo Care yang banyak digunakan si negara Barat? Apabila anak berada rapat dengan ibu bapa atau penjaga, kualiti kesihatan bayi juga makin meningkat.

Menurut beberapa kajian yang dijalankan, bayi premature yang menggunakan terapi Kanggaroo Care mempunyai 50% peluang untuk keluar hospital lebih awal.

Membawa bayi dalam kendongan juga lebih senang kerana selain bayi selamat dari bahaya, penggunaan Ergonomic Baby Carrier seperti SSC, Wrap, Ring Sling dan Pouch dapat membantu kita memahami baby cues yang membolehkan kita memahami kehendak bayi kita.

Yang paling saya suka, tiada lagi lenguh tangan berbanding mengendong bayi secara manual. Penggunaan SSC seperti Onya dan Pognae memang banyak membantu melancarkan kerja-kerja seharian saya di samping meningkatkan kualiti kesihatan ibu dan anak. In Shaa Allah.

Bagi yang berminat, boleh whatsapp saya di 013-9747810. Hanya sms atau whatsapp sahaja yang diterima bagi memudahkan kerja saya merekod. Terima kasih.

Friday, January 23, 2015

Kutu SSC Onya

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Beberapa minggu lepas saya ada bercerita mengenai "Babywearing Introduction Event" kan?

Di sana Allah SWT pertemukan saya dengan pembekal SSC Onya. Dan harini Allah SWT buka pintu hati saya untuk menghubungi beliau. Setelah berbincang dengan suamo, berbincang dengan pembekal. Saya nampak jalan untuk saya meneruskan projek baru Kutu SSC Onya pula. In Shaa Allah.

Malam ini ingin bertanya Allah SWT dulu. Beristikharah. Kalau dipermudahkan, In Shaa Allah akan diteruskan. Semuanya berlaku dengan izin Allah SWT. Hanya Dia yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Semoga usaha ini diberkati In Shaa Allah.

Kenapa saya tertarik kepada Onya ialah kerana saya pernah mencuba jenama ini. Sangat ringan buatannya. Sesuai dengan iklim Malaysia. In Shaa Allah. Kebetulan sebelumnya saya sedang memakai SSC jenama lain. Bila bertukar kepada Onya, pandangan pertama saya "Wah! Ringannya.."

Kami bertukar kad nama kemudiannya. Doakan projek ini berjaya ye semua. Saya tinggalkan anda dengan gambar saya ber'onya. Tapi muka terpaksa letak smiley, malu sebab terlebih senyum.

Thursday, January 22, 2015

Cerita Anak Demam dan Meruam

Alhamdulillah...

Belajar mengucapkan syukur atas banyak lagi nikmat yang Allah SWT dah berikan.

Harini hari yang penuh dugaan, bangun pagi-pagi rasa badan sang puteri ada panas sikit, demam.

Sang putera pula tak boleh pakai lampin pakai buang. Nanti kulit jadi merah-merah, meruam. Lampin pakai buang kan banyak bahan kimia. Bekalan lampin kain moden kena tambah lagi. Cepat betul habis guna lampin, heavy wetter. Nasib ada lagi stock lebihan jualan di kedai online ummi NHDBABY SHOP. Kene cari masa untuk prewash.

Dalam demam si puteri, diajak makan sikit je yang lalu. Macam-macam gaya pujuk, sampai makan dalam khemah sudahnya. Lagi buat ummi susah hati.

19hb Februari ni cukup 2 tahun. Adakah kerana mahu besar? Biasanya susah betul mahu demam. Dua tiga hari ini tak kemana-mana pun boleh demam.

Seharian baring sahaja dengan anak-anak. Hanya sempat bangun mencuci lampin kain Ammar di waktu pagi dan sekadar memasak sup dan nasi guna noxxa di tengah hari untuk makan tengahari. Tapi bila tak aktif panasnya makin menjadi-jadi. Kain basah sentiasa di tangan, bimbang mahu biarkan. Macam-macam kes yang pernah dengar terjadi bila badan anak terlalu panas. Bagi susu badan banyak-banyak. Berdoa semoga Allah SWT jadikan sebagai ubat. Memang cukup tak suka kalau sampai kena makan ubat demam.

Kebetulan malam ini ayah keluar ambil kawannya yang juga jiran kami dari stesen komuter. Bawa Damia dan Ammar keluar bagi badan berpeluh supaya panas cepat keluar. In Shaa Allah.

Dalam gambar sedang belajar susun duit selepas balik tadi. Alhamdulillah walaupun badan masih hangat, sudah mula aktif kembali. Lega sikit hati. Moga-moga demamnya cepat pergi.

Bila demam anak kerap menyusu, ummi dah mengidam macam-macam tanda kekurangan zat. Tadi dah makan banyak, bimbang pula badan naik. Mohon pembaca semua doakan anak-anak saya cepat sembuh ye?

Terima kasih.

Wednesday, January 21, 2015

Kisah Anak Yang Terlalu Sayangkan Ibunya

Teks: Nurul Diyana Binti Mohamed.

Awal pagi ini terjaga pukul 2.30pagi. Tukar lampin kain moden Ammar yang Ayah sediakan kat tepi sebelum tidur. Ummi pule tertidur kepenatan semasa menyusukan anak-anak. Si kakak ayah dah tukarkan sebelum tidur. Budak-budak ni memang kene berjadual tukar lampin kalau tidak nanti merah semua. Lepas tukar je lampin kain moden yang juga NHDBABY SHOP jual bermula dengan harga bermula RM18 untuk satu CD dan 2 insert. Harga bergantung pada jenis lampin kain.

Selesai sahaja tukar lampin kain moden, dapat lihat selesanya dia. Tak perlu ulit dah tidur lena. Alhamdulillah. Teringat ada beberapa urusan yang menjadi tanda tanya, jadi alang-alang dah terjaga nak tanya Allah sebentar. Teknik BAD
(Bertanya Allah Dahulu). Memang nak mudah apa-apa kena tanya Allah SWT. Tapi biasala, mentarbiah diri sendiri ini sama sahaja susahnya macam didik anak-anak. Jadi kalau didik diri sendiri pun dah susah jangan komplen susah didik anak-anak. Redha dan berusaha sahajalah.

Sedang bertafakur di tikar sejadah dengar pula bising bunyi Damia merengek. Terjaga la tu. Tapi saya teruskan juga sampai siap mengharapkan ayah terjaga tengokkan si anak sulung. Jangan di ganggu adiknya sudahla. Kalau adik terjaga, sudahnya malam ini ummi berjagalah.

Selesai bersolat, saya ke ruang tamu yang menjadi ruang tidur kami empat beranak buat masa sekarang. Anak-anak tengah kecil dan Ammar memang lincah bergolek-golek buat kami bimbang mahu tidur atas katil. Bimbang ummi ayah mahu tidur selesa, anak yang mendapat sakit. Jadi ibu bapa kenalah berkorban demi anak-anak sikit.

Alhamdulillah kakaknya dah pandai berdikari turun katil sendiri seawal umur satu tahun lebih sejak mula-mula belajar berjalan lagi. Siang atau pagi hari kalau dia tertidur dalam bilik, biarkan sahaja nanti akan bangun sengeh-sengeh cari ummi. "Umi! Umi! Umi!", inilah perkataan comel beliau bila bangun tidur dan tengok saya tiada. Selagi tak menyahut "Ummi kat sini sayang" atau melihat saya selagi itulah berbunyi. Tapi yang ajaibnya kalau bangun tidur nampak ummi berada berhampiran dia boleh lagi sambunng tidur satu round lagi. Kalau ummi golek-golek sama, lama la dia tidur. Tiada apa yang nak dibimbangkan sangat dengan si kakak. Cabaran sekarang banyak pada anak nombor dua kami Muhammad Rizq Ammar.

Tapi malam ni lain sikit karenahnya, adik lena tidur dia pula merengek. Bila keluar lihat tengah peluk-peluk ayah sambil merengek, kesal saya tiada kat sebelah bila terjaga agaknya. Bila nampak saya terus datang pada saya dengan nada merengek-rengek. Bila didodoikan tidur, selepas lima minit lena kembali. Itupun setelah beberapa kali mencari gaya tidur yang sesuai. Sudahnya tidur mengiring atas bantal menyusu.

Dengan anak-anak macam inilah saya, manja semuanya. Tiada ayah tidak apa, berbulan pulang ke kampung berpantang pun tiada masalah. Tapi semalam bermalam di hospital melahirkan adik, bila balik demam sehari dua. Terpaksa manjakan kakak lebih. Ammar pula lebih banyak berdikari tetapi pun tak boleh jauh dari ummi. Tinggalkan sekejap dengan ayah, tak lama mesti menangis gear lima. Sudahnya terpaksa kendong guna SSC Pognae sambil bekerja. Ingatkan kurang kasih sayang pada si kakak bila beranak awal. Tapi kasih sayang melimpah ruah pada budak berdua ini. Semuanya bersyukur kepada segala kemudahan yang ada, ada internet dan telefon pintar mudah alih; saya dapat berniaga dan menulis dari rumah, ada periuk sebaguna noxxa; saya dapat jimatkan masa memasak, ada alat bantu mengajar; suami boleh tolong ajarkan anak-anak, ada VCD pembelajaran; boleh dipasangkan ketika sibuk bekerja dan banyak lagi kemudahan yang lain. Kebanyakannya dijual di NHDBABY SHOP. Hubungi sahaja saya untuk tempahan dan maklumat lanjut.

In Shaa Allah akan cuba membantu semampu mungkin. Sekarang kutu noxxa untuk januari telah masuk kumpulan ke dua. Rancang cuma satu kumpulan untuk satu bulan tapi Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT masih ada lagi permintaan. Peluang untuk pelanggan mendapatkan pemudah cara dengan berkutu. Bayar sikit-sikit lama-lama selesai. Tidak membebankan mana-mana pihak. In Shaa Allah. Jika mahu beli tunai juga kami terima dengan hati terbuka. 

Tuesday, January 20, 2015

La haula wa la quwwata illa billah

Teks: Nurul Diyana Mohamed
Foto: Internet

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Harini nak berkongsi tentang zikir kegemaran saya dalam menempuhi kehidupan seharian. Memang kena zikir ini dengan jalan kehidupan saya.

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّه
ِ
La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

Dalam kehidupan yang mencabar seperti dunia sekarang kita sering menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan.

Dari masa bersekolah, belajar di universiti, bekerja sebagai seorang jurutera, berkahwin, hamilkan anak sulung, mengorbankan kerjaya demi keluarga, memulakan bisnes online, menghamilkan dan melahirkan anak ke dua dan kemudiannya membuat keputusan untuk menjadi seorang penulis ada pelbagai rintangan yang terpaksa saya tempuhi.

Kisah-kisah seperti terpaksa berdikari seawal Darjah 4 kerana ibu disahkan menghidap ketumbuhan rahim, berulang alik berubat dan akhirnya melakukan pembedahan buang rahim semasa saya di menduduki UPSR, satu-satunya Datuk yang saya ada dan sayang meninggal ketika saya di Darjah 4, Ayah yang meninggal dunia tiba-tiba ketika saya masih baru mendaftarkan diri ke Tingkatan 4, dilanggar motosikal ketika pulang dari sekolah, mendaftarkan diri tanpa ibu ayah ke universiti, difitnah rakan baik sendiri beberapa kali, terpaksa melahirkan Damia secara pembedahan walaupun bukaan sudah 8cm, ibu yang menjaga saya patah di beberapa tempat kaki dilanggar kereta ketika 11 hari berpantang, menjaga ibu sakit dan berpantang dengan bayi di samping menjaga luka pembedahan sendirian, menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat, mendidik anak-anak dan banyak lagi, semuanya memerlukan saya menyedari bahawa tiada daya dan tiada kekuatan dalam diri saya kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Saya sentiasa berdoa semoga Allah SWT berikan saya kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan dan cabaran kehidupan ni. Tidak lagi terlintas bahawa diri sayalah yang paling malang di dunia tetapi sebaliknya saya menyedari di sebalik segala dugaan dan cabaran kehidupan itu terselit rahmat Tuhan.

Allah SWT tidak akan pernah menduga saya sekiranya saya tidak mampu untuk menghadapi. Dia menduga mengikut kemampuan saya dan jika sebaliknya itu kerana Dia mahu saya kuat, Dia mahu saya beringat kerana seringkali apabila kita dalam keadaan senang dan selesa terlalu mudah untuk kita melupakan Yang Esa.

Saya gunakan zikir ini untuk berdialog memohon redha Allah SWT dan mohon diberikan kekuatan. Mengaku sayalah insan yang lemah. Zikir inilah yang sentiasa bermain dalam minda saya setiap ketika saat diuji mahupun tidak.

Sebagai manusia biasa kita seringkali berbuat salah. Penting juga untuk sentiasa beristighfar memohon keampunan kerana dibimbangi ada salah dan silap kita yang tidak kita sedari yang membuatkan Allah SWT terpaksa memberikan kita peringatan. Bukan untuk kita menyalahkan takdir.

Teringat pula kisah penceritaan daripada rakan-rakan bagaimana seorang wanita yang kami kenali murtad semata-mata kerana diuji dengan kejadian rogol dan beliau menyalahkan Allah SWT. Nauzubillah. Mungkin juga kerana beliau tidak pernah merasa hidup susah kerana dilahirkan dalam keluarga berada. Tapi walaubagaimanapun, saat diuji, zikir lah ubat terbaik untuk hati.

In Shaa Allah.

Monday, January 19, 2015

Pengalaman Berharga

Masih terkejut dan kagum dengan apa yang berlaku dua hari lepas. Sedar tak sedar rupanya terskip satu hari misi menulis. Jadi, matlamat satu hari satu post masih tidak kesampaian.

Segalanya dirasakan berlaku terlalu lambat. Petang sabtu 17/01/2015 yang lepas suami tiba-tiba sahaja mengajak kami ke Port Dickson. Saya yang sedang memasak pulut kuning dan rendang ayam menggunakan noxxa agak ralat kerana tiba-tiba sahaja idea suami itu datang. Walaupun saya pada kebiasaannya agak seronok berjalan-jalan tanpa dirancang tetapi kali ini saya mempertimbangkan masa yang agak suntuk, malam akan menjengah tiba, dua orang anak kecil, masa untuk bersiap, jarak perjalanan yang memakan masa hampir satu jam, badan yang sedang kepenatan dan situasi saya yang sedang memasak. Langsung tidak kena.

Saya pula jenis yang sukar untuk menolak, apatah lagi apabila permintaannya dari suami. Bermalas-malasan sahaja bersiap selepas tidurkan anak-anak. Suami pula meminta izin ke masjid untuk bersolat Asar dan saya redhakan. Apabila suami kembali, saya masih belum bersiap, apabila suami bertanya saya tidak tahu ingin cakap bagaimana agar suami tidak kecil hati. Tapi memikirkan masalah tak akan selesai juga dan sudah lewat, saya akhirnya berbincang juga dengan suami menceritakan keadaan yang tidak sesuai dan mencadangkan supaya kami keluar makan malam sahaja. Walaupun suami kelihatan agak ralat pada mulanya tetapi suami akhirnya akur dan bersetuju untuk ke Dataran Putrajaya sahaja kerana niat beliau ingin menbawa anak-anak bermain kerana risau anak bosan berada di rumah sahaja seharian. Saya pula hanya mengikut sahaja dan bersiap.

Sampainya kami ke Putrajaya yang jaraknya lebih kurang 30 minit sahaja disambut dengan hujan lebat dan kemudiannya gerimis. Tapi masih ada yang sanggup berpayung meredah hujan bermain dengan anak-anak. Kami melihat dari dalam kereta sahaja walaupun Damia dan tidak sabar mahu keluar. Perkataan "jom..jom..jom.." kerapkali keluar dari mulut beliau mengajak kami keluar. Kebetulannya sudah dekat maghrib. Sebab kenapa tempat ini menjadi pilihan adalah kerana lokasi di hadapan masjid. Kebiasaanya kami suami isteri mesti akan mempertimbangkan amanah yang satu ini jika kemana-mana.

Tidak lama kemudian Azan Maghrib berkumandang dan saya mencadangkan suami supaya terlebih dahulu pegi solat berjemaah dan kami akan menunggu di kereta dan selepas beliau bersolat suami akan menggantikan tempat saya menjaga anak-anak. Lagipun sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga, dalam Islam lebih elok dan molek sekiranya suami bersolat jemaah di Masjid berbanding saya. Pada mulanya suami ingin kami semua keluar ke Masjid Putra tapi saya bimbang Damia tidak dapat saya kawal ketika beliau bersolat. Bimbang Damia bermain hujan dan saya pula tidak dapat mengejar kerana mengendong Ammar.

Selepas suami selesai bersolat saya pula keluar untuk bersolat di masjid dan pada kali ini suami ingin ikut sama dan membawa anak-anak. Saya pasangkan pengendong bayi berjenama Pognae ke badan suami dan beliau mengendong Ammar sementara saya memimpin tangan Damia. Suami pula memayungkan kami.  Memang mudah bila mengendong bayi, boleh lakukan dua kerja dalam satu masa. Ibu bapa yang masih belum pernah merasai sila lah cuba. Jangan dirisaukan anak kengkang atau apa, itu semuanya mitos. Jika masih kecil di bawah umur 4 bulan boleh gunakan pengendong bayi jenis wrap atau ringsling. Apabila telah berumur 4bulan ke atas sudah boleh guna SSC seperti kami. Untuk penjelasannya boleh hubungi saya. Saya akan kongsikan nota-nota yang saya ada. In Shaa Allah.

Berbalik pada cerita saya tadi, kami berempat kemudiannya masuk ke masjid bersama-sama. Apabila hampir ke tempat solat, saya dan suami membawa haluan masing-masing. Suami membawa anak ke ruangan lapang di bahagian tepi masjid dan saya turun ke tingkat bawah ke tempat mengambil wuduk. Kebiasaanya saya suka menggunakan lift tapi kali ini terlalu ramai pelajar yang saya agak mungkin ada program di sini, jadi saya gunakan tangga sahaja untuk turun ke bawah. Satu tingkat sahaja, tak ada masalah.

Selesai berwuduk saya menggunakan lift untuk ke tempat solat wanita di tingkat dua. Naik dua tingkat, rasa tinggi pula nak menapak mengguanakan tangga. Semasa di dalam lift sempat berbalas senyum dengan salah seorang dari pelajar yang ramai tu dan saya perasan loghat mereka bukan dari Malaysia walaupun masih boleh saya fahami. Saya lihat ada antaranya yang memakai jaket tertulis Brunei Darussalam dan membawa beg untuk bermalam.

Selesai bersolat sempat juga bertegur sapa dengan seorang pelajar yang katanya dari Jordan tapi berasal dari Indonesia. Bahasa Indonesianya terlalu pekat tapi dapat juga saya fahami kerana waktu masih belajar dulu dua daripada kakak saya pernah menggunakan khidmat pembantu rumah berbangsa Indonesia ketika anak-anak masih kecil. Yang dapat saya faham mereka mengikuti program pertukaran pelajar dan pada malam itu ada program Pendidikan Islam.

Bersambung....

Betapa Allah itu Maha Mengabulkan tiap permohonan hamba-Nya seperti firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 186,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada
mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.”

Saturday, January 17, 2015

Anak Tumpahkan Air?

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Ke mana hari ini semuanya?

Hari minggu seperti hari ini kalau tak ke mana-mana kami berada di rumah sahaja. Mengemas, memasak, berkebun, bermain dengan anak-anak dan melakukan apa yang patut.

Pagi-pagi lagi suami dah siap vacumm bilik-bilik. Semangat menggunakan penyedut hampagas  baru idaman beliau setelah beberapa lama penyedut hampagas kepunyaan kami rosak. Kali ini beliau mencari penyedut hampagas yang batangnya besi pula. Batang plastik senang rosak. Suami memang sangat suka menggunakan penyedut hampagas apabila mengemas, saya pula lebih suka menggunakan penyapu sebab tak suka dengan bunyi bising yang dikeluarkan.

Kami suami isteri memang berbeza dari segi keinginan dan kehendak tetapi tujuan kami sama, ingin melihat rumah kemas dan anak-anak tinggal dalam persekitaran yang bersih. In Shaa Allah.

Sedang menyapu di balkoni hari ini Damia ikut sama keluar ke balkoni. Selepas menyapu dia pula naik basikal yang saya letakkan di situ. Mulanya saya peruntukkan balkoni tu untuk Damia bermain, siap mop lantai bagi bersih lagi. Tapi kesuntukkan masa seharian membuatkan saya tidak sempat nak membersihkan balkoni setiap hari sedangkan di sini tiap-tiap hari angin kuat dan daun-daun terbang ke lantai balkoni.

Tapi sekiranya mempunyai masa, saya akan membersihkan dan membenarkan Damia bermain di situ. Kadang-kadang saya bawa Damia sambil saya sendiri mengendong Ammar untuk bermain di belakang rumah. Syukurlah di kuarters baru kami ini ada tanah lapang sedikit di belakang rumah. Kuarters lama lebih besar dan selesa tetapi di belakangnya gaung. Lagipun dahulu kami di tingkat 2. Jadi, agak ralat untuk turun ke bawah. Alhamdulillah walaupun kuarters sekarang lebih kecil tetapi yang penting kami masih bersama-sama. Dan In Shaa Allah segala-galanya akan lebih baik.

Buat pengetahuan semua, dahulu ayah Damia dan Ammar warden di Politeknik Nilai, jadi kami tinggal di kuarters Warden. Tetapi ketika sarat mengandungkan Ammar, tiba-tiba sahaja beliau meletakkan jawatan. Semua berlaku dalam masa yang singkat, kebetulannya sudah lama saya meminta beliau berhenti kerana kerapkali beliau terpaksa berkerja sampai pagi kerana pada masa tu jawatan Pengurus Asrama belum dipenuhi. Jadi, terpaksa melakukan dua kerja dalam satu masa. Belum lagi termasuk terpaksa menghantar pelajar sakit ke hospital dan balik hampir waktu subuh. Sekiranya saya keseorangan atau hanya bersama Damia, In Shaa Allah masih boleh diuruskan. Tapi apabila sudah ada dua anak, bimbang juga malam-malam terpaksa sendiri. Silap haribulan anak-anak menangis, ummi mereka juga akan turut menangis.

Tadi semasa bermain dengan Damia, terlintas difikiran risau beliau haus. Jadi, saya mengambilkan segelas minuman coklat reevo yang juga dijual di NHDBABY SHOP. Minuman coklat yang sangat sedap kegemaran seluruh keluarga. Semenjak boikot minuman yang berkaitan dengan Zionist Israel. Inilah minuman kami. Keluaran tempatan dan lagi sedap.

Setelah minum beberapa teguk sambil diperhatikan, saya biarkan pula beliau berdikari minum sendiri. Tapi tidak beberapa lama saya pandang ke arah lain, saya dengar bunyi cawam jatuh. MasyaAllah, Damia tumpahkan minuman pula. Tapi disebalik reaksi reflek terkejut saya, saya memilih untuk senyum dan berkata "Damia tak sengaja ye tumpahkan air?, terlepas dari tangan ye?" Walaupun kata-kata saya tidak mendapat jawapan dari Damia, saya sambung lagi "Damia duduk elok-elok ye, tunggu sekejap ummi ambilkan kain basah dan lap"

Mungkin apabila berdepan dengan situasi ini ibu-ibu akan memarahi anak-anak tetapi saya pegang cara didikan anak dalam sunnah Rasulullah SAW, anak-anak di bawah umur 7 tahun hanya layak disayangi dan bukan dimarahi. Jadi, sebolehnya saya akan bersabar. Minda saya juga telah diprogram untuk perkara-perkara sebegini. Jadi, tidak susah untum saya bersabar. Malah, sekelumit rasa marah pun tiada apabila anak-anak berbuat salah.

Pernah juga sekali dua saya hilang sabar atau termarah tapi lebih kepada tidak tahu apa nak buat. Masih banyak perlu dipelajari mungkin. Itu terjadi apabila Damia berbuat salah dengan sengaja kerana inginkan perhatian, dilarang, dipujuk tidak jalan. Sedangkan ketika itu saya sedang sibuk memasak atau ada kerja yang memerlukan prioriti. Mungkin ibu-ibu yang mahir tentang ini boleh berikan saya pendapat bagaimana ingin menguruskan waktu sebegitu.

Doa saya semoga saya berjaya mendidik anak-anak ini menjadi hamba Allah yang berjaya,  pemimpin yang baik dan anak-anak soleh solehah untuk masa hadapan. In Shaa Allah.

Friday, January 16, 2015

Kebaikan Menggunakan Lampin Kain Moden

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Ketika sedang mempersiapkan ammar pagi ini, terlintas untuk berkongsi kelebihan produk yang satu ini. Penggunaan lampin kain.

Ini item wajib yang perlu ada untuk anak-anak saya. Selain menjimatkan wang dalam tempoh masa yang panjang, ia juga sangat membantu ketika anak meruam akibat cuaca panas, terlalu aktif bergerak, banyak berpeluh mahupun kerana penggunaan lampin pakai buang.

Saya seorang yang berkulit sensitif, Damia dan Ammar juga. Kulit saya sangat sensitif sehinggakan berada dalam bilik atau kereta berhawa dingin dalam satu tempoh yang lama sahaja kawasan bibir dan mata boleh jadi kering menggelupas. Berada dalam cuaca panas yang lama dan kurang meminum air juga akan mengakibatkan kesan yang sama. Sudahlah menanggung sakit kurang lebih seminggu setiap kali kena, parut hitam juga turut terhasil selepas sembuh. Kerap mencuci pinggan mangkuk yang menjadi kewajipan suri rumah akan menghasilkan kulit tangan yang kering dah menggelupas. Sebab tu saya selalu memastikan saya mengambil vitamin dan meminum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Mungkin genetik dari saya, ammar dan damia juga kerap meruam bila cuaca panas. Kalau tidak kena gaya pemakaian lampin pakai buang juga akan terjadi perkara sama. Saya perhatikan setiap kali meruam di bahagian lampin apabila diusahakan dengan penggunaan kain lampin moden atau kain lampin biasa yang dilipat. Alhamdulillah kesan merah akan berkurangan dan cepat sembuh. Tapi kalau ketika itu memerlukan saya keluar yang kebiasaannya saya gunakan lampin pakar buang, akan meruam kembali. Kemudiannya usahakan dengan lampin kain moden semula, hanya sekali penggunaan sudah nampak kesan merah berkurangan. Memang jelas sekali perbezaannya.

Sedih, sayu dan menebal rasa bersalah di hati saya setiap kali melihat anak meruam. Pada mulanya saya gunakan lampin pakai buang supaya senang nak menguruskan anak-anak dalam kesibukan harian saya bekerja dari rumah. Lagipun, saya ingatkan ammar ikut kulit ayahnya tetapi saya silap. Ammar juga berkulit sensitif saya seperti saya dan kakaknya Damia. Kami memiliki kulit yang cantik tetapi sensitif. Kalau tidak meruam, kulit anak-anak memang tiada sebarang cela, lembut dan mulus. Pantangnya banyak, selain cuaca panas dan penggunaan lampin pakai buang, penggunaan sabun yang tidak sesuai juga akan menimbulkan masalah besar. Kulit boleh jadi kering, kemerahan dan meruam sehingga kadang-kadang terkoyak kulit.

Sejak Damia masih bayi saya memang menggunakan lampin kain moden di rumah, saya memborong sendiri dari pembekal dan selain untuk kegunaan sendiri turut menjual lampin kain moden di kedai online saya NHDBABY SHOP.

Sekarang, untuk Ammar saya juga gunakan kain lampin moden ketika berada di rumah. Selamat dan menyelamatkan. Kos lampin pakai buang juga jimat untuk tempoh masa panjang. Kadang-kadang satu pek lampin pakai buang sebulan pun malu-malu untuk habis. Kalau ketika Damia masih bayi, saya hanya gunakan lampin pakai buang ketika saya basuh semua lampin kain moden, pakai sementara menunggu lampin kain moden kering atau ketika keluar berjalan-jalan atau pulang ke kampung. Senang tinggal pakai dan buang sahaja kan?

Tetapi sekarang saya lebih memilih untuk melipat lampin kain biasa dan menggunakan seluar getah ketika perlu membasuh lampin kain moden. Bukan kerana menjaga ekonomi tetapi kasihankan anak yang kulitnya menjadi merah apabila menggunakan lampin pakai buang. Mungkin kerana banyaknya bahan kimia yang digunakan.

Dalam mendidik anak-anak, saya percaya anak-anak yang sihat dan selesa akan mengoptimumkan kesan pembelajaran. Letak diri kita di situasi anak-anak, jika tidak sihat atau tidak selesa tentulah tidak dapat belajar dengan baik. Jadi, saya harap perkongsian saya ini dapat membantu ibu bapa yang mempunyai masalah sama dengan saya. 

Saya pula kenalah lagi gigih membasuh lampin kain moden selepas ini. Kalaupun perlu memakai lampin pakai buang, mungkin hanya ketika keluar bersiar-siar sebentar atau pulang ke kampung. Ketika itu guna lampin pakai buang anak-anak nampak lebih cantik dan tampan. Lampin kain moden agak besar dan boleh di ubah saiznya, jadi saya lebih suka pakaikan ketika berada di rumah tanpa seluar. Corak-coraknya yang menarik tidak memerlukan saya memakaikan seluar lagi di bahagian luar. Boleh tengok contoh yang Ammar guna di dalam gambar. Cantik bukan? Boleh whatsapp ke 013-9747810 untuk tempahan dan maklumat lanjut.



Thursday, January 15, 2015

Ajar Anak Berdikari

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Seorang ibu pasti tahu dan kenal perkembangan anak-anaknya.

Menurut hemat saya, Damia pada umur 1 tahun 11bulan dah mula pandai nak berdikari sendiri. Mungkin juga sebab dapat adik awal kan?

Harini selepas mandi ajar Damia sapu losyen sendiri. Alhamdulillah dia suka. Mengajar anak berdikari mengikut minat anak memang lebih mudah.

Ajar sedikit demi sedikit dan jangan memaksa. Ikut kesesuaian dan minat.

In Shaa Allah. Cepat pandai.

Tuesday, January 13, 2015

Mahu Anak Yang Baik?

Ramai yang bertanya, bagaimana mahu mendidik anak menjadi baik.

Didik diri sebagaimana kita mahu anak di didik.

Pernah dengar pepatah "Kepimpinan melalui tauladan"?

Itulah dia. ;)

Berserah Pada Allah SWT

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Di setiap detik perjalanan hidup saya, saya banyak berserah pada Allah SWT.

Selama ini saya cuma berusaha sehabis baik demi anak-anak, suami dan keluarga.

Saya sedar saya punya banyak kekurangan yang tidak memungkinkan saya memiliki yang terbaik dari Allah SWT. Tapi saya, hamba Allah SWT yang hina tetap berusaha sehabis baik. Selebihnya saya serahkan pada Allah SWT.

Tapi hari makin hari Damia yang baru pandai mengucapkan perkataan-perkataan tanpa pandai membuat ayat panjang banyak memberikan hadiah untuk saya. Setiap perkembangan positif beliau saya puji, saya banggakan, saya berikan ciuman kasih sayang.

Kepada ibu bapa pembaca sekalian, saya seru anda. Walaupun sejahil mana kita, selemah mana kita, walau sebanyak mana rintangan, lakukanlah yang terbaik untuk anak-anak. Kerana sebagaimana didikan anak dalam Islam. Di bawah umur 7 tahun, berilah sepenuh didikan dengan penuh kasih sayang.

Menyeru bukan kerana merasa diri ini bagus tetapi saya ingin lihat kita semua berusaha merubah anak-anak menjadi generasi cemerlang berakhlak mulia. Mungkin ada di antara kita yang melahirkan pemimpin ulung untuk masa hadapan.

Sunday, January 11, 2015

Babywearing Education Event

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. 11 Januari 2015. Ada event dekat Putrajaya Lake Club. Yang melibatkan minat saya dalam pengendongan anak.

Pagi-pagi lagi dah bangun uruskan kerja kedai sambil kawal rasa teruja. Tunggu anak bangun baru nak bersiap sedangkan majlis mula pukul 9 pagi lagi. Segaja pentingkan tidur anak-anak.

Bila Damia bangun pukul 8.30pagu lagj pening sebab dia dah panjang akal. Ummi pening campur gembira.

Tapi Alhamdulillah dah pandai gunakan perkataan Assalamualaikum...

Nak masuk umah Damia cakap "ash'shaikum" ..

Kalau lepas ayah mandikan masuk bilik tengok ummi tengah ralit siapkan adik pun cakap "Ash'shaikum" berulangkali selagi ummi tak jawab. Ummi plak lambat pick up.

Bila jawab "Waalaikumussalam sayang ummi" dan bagi ciuman terus senyum lebar.

Terima kasih Allah. 

Sekarang masih dalam perjalanan ke putrajaya, berhenti di stesen minyak tadi belikan damia air kotak. Ayah pula ralit bermain game di telefon. Sudahnya anak cucuk sendiri air kotak dengan pen sambil straw pegang di tangan.

Begitulah hari saya dengan anak-anak. Walaupun penat, cukup gembira dan puas hati. Mengorbankan kerjaya untuk sesuatu yang berbaloi. In Shaa Allah.

Saturday, January 10, 2015

Tarik Minat Anak

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Dalam mendidik anak, saya percaya perkara pertama yang perlu kita usahakan adalah menarik minat anak.

Kalau ingin anak membaca awal, kenala tarik minat anak membaca. Bagaimana?

1) Sediakan buku-buku yang berwarna-warni.
-Warna yang menarik senang menarik perhatian. Jadi, pastikan sediakan buku-buku yang menarik untuk anak baca walaupun anak masih belum pandai membaca. Sebaiknya sediakan sejak dari bayi supaya boleh pupuk minat anak membaca dari awal. Jika risau anak koyakkan. Beli Buku Kain. Kami ada jual di NHDBABY SHOP buku kain.

2) Penggunaan Kad Imbas.
-Penggunaan Kad Imbas mampu menarik minat anak, dengan cara melayangkan sekejap sahaja Kad Imbas di hadapan anak. Anak saya sendiri sangat seronok bermain kad imbas ini dan sudah dapat mengenal beberapa huruf hijahiyah tetapi dengan syarat haruslah konsisten dalam mendidik anak, barulah anak pandai. Saya sendiri masih lagi belajar untuk konsisten.

Tapi pastikan anda sediakan lebih dari satu set sebab sudah pasti anak akan koyakkan dan gigit. Sekiranya ingin yang tahan lama boleh beli yang tebal macam Set Kad Imbas dan Marker dari NHDBABY SHOP.

Kalau nak yang biasa tetapi mementingkan ukuran kad yang besar boleh guna set Kad Imbas Bijak Alif Ba Ta. Saya sendiri gunakan untuk anak saya. Dengan saiz 15cmx23cm tentu anak-anak tambah seronok.

Setiap perkara bermula dari asas, iaitu minat. Bila dah ada minat, segalanya jadi mudah. Anak lebih bertahan lama untuk belajar sebab ada minat. Sama macam kita ibubapa yang bekerja. Sekiranya berkerja dengan penuh minat, sudah tentu akan bertahan lama bukan. Jika tiada minat hari-hari rasa macam nak berhenti kerja. Buat kerja macam terpaksa.

Jadi, kesimpulannya pupuk minat anak sejak bayi. Malah tidak mustahil sejak dari dalam kandungan. Semasa mengandung si ibu banyakkan membaca buku, In Shaa Allah anak yang lahir juga akan jadi pencinta ilmu.

Friday, January 9, 2015

Memasak Dan Belajar Bersama Anak

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Cerita malam tadi.

Semalam hari lahir suami saya. Disebabkan kekangngan masa dan budget semasa, pada saat-saat terakhir buatkan kek gula hangus ini.

Tengok resipi macam senang, semua bahan-bahan pun ada di dapur. Kebetulannya Ammar sedang tidur ketika tu. Saya pun terus ke dapur memulakan misi membuat kek untuk suami.

Dah beberapa kali cuba buat kek, dalam 5 kali percubaan ada 1 kek tak menjadi sebab terlalu padat. Mungkin terlebih mix. Dan ada satu kek guna noxxa yang sangat best dan sedap tapi sayangnya masa pindahkan kek kepada pinggan tak tekup siap-siap kek menggelongsor dan jatuh senget dalam pinggan. Pertama kali kukus guna periuk bertekanan tinggi noxxa, saya tidak menyangka tahap tidak melekat perium noxxa sampaikan kek boleh menggelongsor turun. Hancur kek saya.

Kerana kecewa saya dah nekad, sekali lagi buat kalau tidak menjadi, saya akan pencen dari buat kek. Oh, saya bukan jenis pembuat kek.

Semasa mula menyiapkan bahan kek, Damia sedang bermain di ruang tamu tetapi apabila beliau melihat saya hendak memasak. Laju dia meluru ke dapur. Kebiasaanya apabila bekerja dengan minyak panas atau periuk panas saya memang tak akan benarkan Damia ada di dapur. Bimbang saya tersalah langkah atau Damia sendiri ringan tangan pegang sana pegang sini.

Tapi kali ini saya benarkan Damia mengacau adunan kek kerana tidak melibatkan benda panas. Lagipun, dengan membantu saya memasak saya yakin dia akan ada lebih pengalaman dan minat dalam memasak. Orang perempuan kenalah pandai memasak kan?

Bergilir kacau dengan Damia memang kena banyak bersabar. Anak kacau adunan kek dengan perlahan. Ummi kalau boleh nak cepat. Banyak lagi urusan nak buat. Biasala, jadi WAHM kerja tak pernah habis. Surirumah sahaja sudah tidak menang tangan. Inikan pula bekerja dari rumah.

Alhamdulillah akhirnya adunan kek selesai. Akhir sekali guna mixer juga sudahnya. Kemudian biarkan adunan kek gula hangus dalam peti ais 5-6jam sebelum boleh mula di kukus dalam noxxa.

Setelah beberapa tambahan masa kukusan sedia ada mungkin kerana saiz cup yang kami gunakan besar, malamnya dapat juga buat kejutan kek air tangan Damia untuk ayah. Ayah yg mengantuk pun tak jadi tidur.

Memang seronok Damia.

Memasak kek bersama-sama anak memang saat yang manis. Anak pun lagi gembira memasak sambil belajar.

Walaupun hanya kek simple dari kami.

Selamat Hari Lahir Ayah! :)

Thursday, January 8, 2015

Testimoni Pelanggan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Hadiah yang tidak dijangka.

Bangun pagi-pagi buka handphone dapat testimoni ni.

Pelanggan ni beli sampai 4 unit whiteboard sticker. 2 untuk diri sendiri, 2 untuk kakak.

Terima kasih ana.

Alhamdulillah pelanggan suka, saya lagi gembira!

Wednesday, January 7, 2015

Hanya Ibu Yang Kenal Anaknya

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Tersentuh apabila mendengar luahan hati seorang ibu hari ini.

"Setiap orang ibu pasti lebih mengenali anaknya berbanding orang lain.

Baru sebentar tadi saya pergi mengambil  barang dari kereta kawan sebelah apartmen. Saya dan kawan tersebut ada membeli barang bersama-sama dan kongsi kos pengeposan. Perancangannya, beliau sepatutnya singgah menghantar barang ke rumah saya selepas pulang dari bandar Nilai tetapi kerana halangan hujan lebat dan membawa  anak kecil, beliau meminta saya untuk menyuruh suami mengambil barang yang ditinggalkan dalam kereta tidak berkunci di hadapan rumah.

Tetapi kebetulannya si ayah ke kedai membeli barang berniaga dan membawa si kakak. Si adik pula baru saya tidurkan selepas menyusu. Tidak mahu menyusahkan suami dan setelah yakin anak akan tidur sehingga saya sempat mengambil barang, saya keluar sebentar ke sebelah rumah setelah meminta izin suami terlebih dahulu. Lagipun rasa tidak manis suami mengambil barang dari kereta seorang wanita yang suaminya tinggal berasingan. Bimbang apa pula kata jiran-jiran nanti.

Selepas mengambil barang, terserempak pula dengan seorang lagi jiran yang juga antara pelanggan saya. Bimbang dikatakan sombong, saya menegur. Tetapi sayangnya saya pula seolah-olah dituduh leka menjaga anak kerana meninggalkan anak seorang diri di rumah. Katanya macam-macam boleh berlaku dalam masa sebentar itu.

Ada benarnya kata beliau tapi jauh di sudut hati saya, saya tetap yakin bahawa anak saya selamat kerana saya hanya keluar ke hadapan apartment sebelah dan kemudian balik semula. Tidak menyinggah ke mana-mana. Ingin di bawa anak, anak sedang tidur, tambahan pula hujan gerimis. Berbanding bersama saya, sudah tentulah anak lebih selamat dan selesa tidur di rumah. Sama seperti anak sedang tidur, dan kita membuat kerja di dapur.

Sekiranya anak tidak tidur, saya suka mengendong anak sambil menyiapkan bahan memasak. Tapi bila memasak, tentulah diletakkan, bimbang anak terpercik minyak masak.

Sejujurnya saya sedikit terasa dengan kata-kata jiran saya itu, tapi mungkin sama seperti saya dengan anak pertama. Begitu obses dengan keselamatan anak, bila anak sudah dua barulah tahu membahagikan masa dan mencari masa. Kalau tak pandai membahagi masa, alamatnya kelaut la semua kerja. Makan pun tapau kedai la nampaknya.

Tadi saya sedikit terkilan, tapi selepas menulis, Alhamdulillah sedikit lega. Bersyukur Allah SWT berikan kelebihan ini. Menulis banyak membantu saya dalam mengatasi masalah seharian, dalam meneruskan misi positif mendidik anak-anak.

Saya cuma ibu biasa yang cuba menjadi luar biasa, tetapi bila dinilai orang seolah-olah dikata tidak bertanggungjawab, terasa juga. Saya sendiri cuba sedaya upaya untuk tidak menilai orang lain. Perkara yang saya rasakan tidak betul kebanyakkannya saya cuma jadikan pengajaran untuk diri sendiri, tidaklah sampai menegur mengata seolah-olah orang lain tidak bertanggungjawab. Tidak apalah, mungkin ini pengajaran buat saya.

Bila balik semula setelah tidak sampai lima minit ambil barang di dalam kereta kawan, setelah kembali anak masih tidur. Alhamdulillah, semuanya terjadi masih selari dengan hemat saya. Sesungguhnya inilah kali pertama kerana kebiasaannya saya meninggalkan kepada si ayah. Tetapi ini mungkin yang terakhir kali juga. Saya tidak mengharapkan penilaian sesiapa tetapi apa yang berlaku saya anggap sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.

Jadi, selepas ini tiada lagi tukar barang ataupun apa-apa perkongsian dengan kawan-kawan kerana kekangngan masa saya hanyalah untuk anak-anak dan suami. Cuba berbuat baik dan berkongsi dengan jiran-jiran, hendak hidup bermasyarakat, tetapi lain pula jadinya."

Cerita di atas saya tulis dan olah untuk pengajaran bersama. Jangan terlalu suka menilai orang, kita sama-sama ibu bapa. Tanpa sedar, kita mungkin telah menyakiti hati ibu yang lain. Mungkin apa yang kita rasa tidak sama dengan apa yang terjadi. Seorang ibu mesti lebih mengenali anak-anaknya. Bukan sahaja lebih dari ibu lain, malah lebih dari bapa anak itu sendiri.

Saya sendiri pernah merasakan bahawa tidak elok meninggalkan anak walaupun sebentar, terutamanya semasa membesarkan anak pertama. Sekarangpun anak sudah dua, walaupun anak tidur dan saya sibuk bekerja, sekejap-sekejap saya akan melihat anak.

Saya juga pernah merasakan tidak patut meninggalkan anak-anak sendirian dirumah, tapi tidaklah sampai menghalang si ibu mengambil barang di hadapan rumah. Saya cuma ambil peringatan untuk diri sendiri, menilai orang tidak sama sekali.

Semoga kita sama-sama dapat menjadi ibu yang baik di dunia dan di akhirat. Semoga kita jauh dari sikap-sikap yang suka menyakiti hati orang lain. Nauzubillah..

Doa Dan Usaha

Lihat jam sudah menjengah 12:20am ketika saya mula menulis. Sudah masuk hari baru rupanya.

Jadi doa dan  azam saya untuk membekalkan satu post sehari di blog masih belum dapat saya capai hari ini. In Shaa Allah saya akan terus berusaha demi minat saya yang mendalam dalam bidang penulisan. 

Menulis sambil membesarkan dua anak kecil sungguh mencabar, ada ketikanya idea sedang datang mencurah-curah tapi anak pula yang menangis minta susu. Belum sempat ambil buku catatan idea yang mentor suruh sediakan anak dah teresak-esak. Dapat anak-anak yang kalau menangis terus tekan gear lima. Kakak mahupun adik memang mempunyai kaletah yang hampir sama. 

Tapi Alhamdulillah anak-anak saya baik-baik sahaja. Itu yang penting. Saya sentiasa berdoa semoga anak-anak sihat, sempurna, cerdik, berakal, berilmu dan beramal soleh. Semoga Allah SWT perelokkan akhlak mereka dan merdukan suara mereka untuk membaca Al- Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W

Doa ini saya olah semula daripada doa untuk ibu mengandung seperti di bawah ini:

Doa Ibu Mengandung

Saya sangat sukakan doa ini kerana ia mencapai segala yang saya impikan untuk anak-anak saya. Dan memandangkan anak telah lahir keduanya, saya ubah doa ini mengikut kesesuaian.

Semoga doa ini sentiasa dimakbulkan oleh Allah SWT. Saya yakin dan percaya yang Allah SWT akan memakbulkan doa saya kerana doa adalah senjata bagi orang Islam. 

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi" - (HR Hakim)

Jadi, jika mahu anak yang baik, soleh dan solehah, kena wajibkan diri untuk sentiasa doakan anak-anak. Terutamanya doa seorang ibu, yang tidak ada hijabnya untuk sampai kepada Allah SWT. 

Baru sebentar tadi saya terbaca satu perkongsian di Facebook Puan Sarah mengenai satu pesanan Ustaz Pahrol Mohd Joi di satu majlis ilmu keibubapaan yang diadakan di surau Al-Kauthar S4, Bandar baru Bangi pada 1 Jan 2015. 

Beliau menyuruh kita bersabar dalam mendidik anak-anak. Sebagaimana susahnya mendidik diri kita sendiri untuk solat di awal waktu, baca Al-Quran satu mukasurat sehari, mengerjakan amalan sunat seperti puasa sunat,Solat Dhuna dan Tahajjud, bersedekah dan membantu orang, begitulah susahnya kita hendak mendidik anak-anak mahupun orang lain. Matlamatnya sudah benar, ingin anak berjaya di dunia dan di akhirat tetapi sayangnya kita tidak cukup sabar dan bijaksana. 

Anak-anak dilahirkan ibarat sehelai kain putih, kita sebagai ibubapalah yang mampu mencorakkan warna warni ke atas kain putih itu. Semoga kita sebagai Ibubapa mampu mendidik anak menjadi insan yang soleh dan solehah. 

Yang paling utama pada hemat saya, kita kena perbetulkan matlamat, matlamat kita yang sebenar ialah mendidik anak menjadi Hamba Allah bukannya demi kepentingan diri sendiri. Saya masih ingat dalam salah satu ceramah agama yang saya pernah ikuti, sebagai ibu bapa, kita tidak boleh mengharapkan anak-anak untuk menjaga kita tetapi berharap dan berdoalah kepada Allah SWT. Hanya Allah SWT lah yang mampu membantu kita dan bukannya anak-anak. Mungkin anak-anak akan jadi perantara tetapi tidak semestinya anak-anak sahaja kerana ALLAH SWT lah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. In Shaa Allah.

Selain berdoa, semenjak dari dalam kandungan saya telah berusaha dengan pelbagai cara demi anak-anak dan suami. Kedua anak saya masih menyusu badan. Si kakak 1 tahun 11 bulan pada 19 Januari 2015 ini masih menyusu penuh dan si adik 4 bulan masih menyusu secara ekslusif tanpa sebarang makanan. Pelbagai pahit manis telah saya telan bagi mencapai misi penyusuan anak mengikut sunnah Rasullullah SAW sekurang-kurangnya 2 tahun. Segala yang buruk saya buang jauh-jauh, saat manis perhubungan semasa menyusukan anak saya jadikan sebagai penguat semangat.

Selain penyusuan penuh, saya juga telah mula menjebakkan diri dalam pengendongan bayi semenjak selepas berpantangkan si kecil Ammar. Satu usaha yang boleh merapatkan hubungan ibu-anak, boleh meningkatkan tahap kesihatan anak, selain banyak membantu dalam menguruskan anak-anak. 

Apa yang saya cuba sampaikan, selain berdoa, kita juga harus berusaha. Dengan izin Allah SWT, saya percaya yang semuanya akan baik-baik sahaja. Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

Mohon doa dari pembaca juga supaya saya kuat dan konsisten menulis untuk hari ini dan dihari-hari seterusnya. In Shaa Allah. 

Monday, January 5, 2015

Belajar Dari Kita

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Anak-anak memang suka belajar dari apa yang kita lakukan.

Setiap apa yang kita lakukan diperhati dan lambat atau cepat akan berlaku ulang tayang juga.

Dari satu sisi ini sangatlah bagus untuk mendidik anak tapi dari sisi yang lain ia bermaksud kita perlu menjaga akhlak dan memastikan tiada salah laku.

Ulang tayang ini sedang berlaku kepada kami sendiri sekarang, pada umur 1 tahun 10 bulan saya dapat perhatikan damia banyak melakukan perkara-perkara yang pernah atau selalu kami lakukan. 

Contoh pertama adalah ketika selepas makan. Kebiasaannya saya akan mengemas meja makan selepas makan dan mengetepikan kerusi makan bayi Damia ke tepi dinding. Tetapi semenjak selepas makan beberapa hari lepas Damia sudah pandai menarik dan meletakkan kerusi makannya seperti yang saya selalu lakukan. Sebagai seorang ibu, saya rasa sangat bersyukur kerana beliau telah mula berlatih untuk membantu saya membuat kerja rumah.

Tetapi, itu juga bermaksud kami perlu lebih berhati-hati dalam membawa diri kerana bimbang ada perlakuan tidak elok yang ditiru oleh anak.

Mempunyai anak, bukan sahaja tugasannya mendidik anak tetapi mendidik diri supaya menjadi insan yang lebih baik.

In Shaa Allah.