Wednesday, February 17, 2016

Perbezaan Anak-anak

Teks dan Foto: Nurul Diyana Mohamed

Pagi selepas mandi Hana si anak dara yang lagi 2 hari akan menjengah masuk 3 tahun siap bersihkan bilik air, besen yang dia guna buat mandi siap di buang airnya dan diterbalikkan dengan kemas sebagaimana ummi biasa buat. 

Tengah hari semasa tengah masak, Ammar si mujahid buka tutup minyak canola baru beli di dapur dan mandi minyak satu dapur. Kakak cuma melihat dan meninggalkan lokasi kejadian. Dan adik dengan seronoknya terus bermain minyak. Sudah tentu ummi pastikan adik lap minyak selepas itu dan mop kemudiannya dengan bantuan ummi. 

Sudahnya nasi claypot ummi pukul 2 baru siap dari pukul 12.30 tengahari. Menu yang sepatutnya senang kononnya ummi buat sebab ayah di luar kawasan. Tetapi jadi lama. 

Ammar dan Hana dua insan berbeza, jika di medan perang hana akan jadi orang yang kreatif merancang dan Ammar akan menjadi pelaksana operasi. 😊

Anak-anak di hadapan mata, sihat kuat dan pintar. Nikmat apa lagi yang hendak kita dustakan. 

Subhanallah....Alhamdulillah..

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment