Thursday, February 25, 2016

Mendidik Anak-Anak

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Rasa banyaknya yang kurang dalam menjaga dan mendidik anak-anak.

Banyak lagi yang perlu dilakukan.

Membesarkan anak-anak itu senang. Bagi makan kenyang, membesar bagi juara, mula sekolah lepas pada cikgu, masuk universiti, kahwin dan dah habis cerita.

Mendidik anak-anak untuk hafal A to Z, kenal warna, kira 1-10, baca alif ba ta sampai ya. Semua itu Hana dah berjaya buat sebelum umur 3 tahun pun. Ammar 1 tahun setengah dan pandai sebahagiannya.

Cabaran terbesar adalah mendidik anak-anak mencintai Allah SWT. Mempunyai akhlak Al Quran yang mana kita sendiri belum tentu ada. Mungkin anda ada, saya sendiri yang terasa masih banyak yang kurang.

Cara sebenarnya sangat senang, jadikan ia amalan dalam kehidupan seharian. Semua berani cakap "Islam is the way of life". Tapi saya nak tanya "is it??". Tolong semak semula cara hidup kita.

Sama juga dengan hendak ubah gaya hidup sihat, coach saya Mazlina Shahrudin selalu cakap
"focus on the lifestyle" sama juga dengan urusan iman, fokus pada cara hidup sepenuhnya.

Macam pesanan guru saya Dr. Fauzan N Siti. Hendak cerita tentang sunnah nabi suka makan tembikai tetapi cerita semasa tengah buat perkara lain, macam mana? cerita waktu tengah makan tembikai lah.

Ini sebenarnya membebel pada diri sendiri supaya tidak lupa dan leka. Iman manusia ini ada pasanh surutnya. Kena istiqamah. Sama la juga dengan bab berniaga kena menghadap muka guru untuk "refresh" ilmu sekali-sekala.

Keinginan memang kena kuat. Impian kena jelas. In Shaa Allah berjaya.

Sebab blog saya www.nuruldiyanamohd.com tentang pendidikan awal kanak-kanak. Jadi sekali sekala kena tulis untuk peringatan semua dan pembaca setia.

Saya doakan kita semua berjaya mendidik anak-anak yang bukan sahaja hafiz Al Quran tetapi anak-anak yang mempunyai akhlak Al Quran itu sendiri. In Shaa Allah.

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment