Saturday, July 11, 2015

Isteri Berkerja Vs Suri Rumah

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Jalan-jalan di facebook terjumpa satu luahan hati si suami mengenai isteri bekerja, oleh sebab penulis ingin tahu mengenai pendapat ibu-ibu mengenai luahan hatinya maka ini pendapat peribadi saya.

Bukan kebimbangan seorang ayah sahaja. Seorang ibu lebih-lebih lagi sehingga ada yang mengambil keputusan drastik berhenti kerja demi anak-anak (sayalah tu).

Tetapi setiap kehidupan itu berbeza, unik. Kita tak tahu apa yang orang lain hadap. Kesusahan mereka. Kebiasaan mereka. Kalau macam saya sudah biasa hidup susah (dibesarkan oleh ibu tunggal penoreh getah sahaja) , jadi kalau takat makan pakai apa ada tiada masalah.

Kakak-kakak pun selalu kata, saya ni campak mana pun boleh hidup. Sebab mereka biasa nampak saya berdikari. Kalau suami isteri rasa mampu untuk berkorban tiada masalah. Tapi janganlah menjatuhkan hukum atas kehidupan orang lain. Ingat senang ke ibu bekerja perah susu secara konsisten (3jam sekali tak silap) semata-mata nak bagi anak susu ibu. Saya sendiri belum tentu sanggup. Memilih untuk direct feed anak selama 2 tahun. Dari satu sisi rasa sudut tu tak kuat.

Kakak-kakak saya majoriti ibu bekerja, apa yang anak-anak mereka kena hadap dek kerana karenah pengasuh, orang gaji, nursery itu jugalah yang menjadi antara kekuatan saya untuk berhenti kerja. Banyak sangat kisah, rasa tak sanggup nak cerita. Sehinggakan waktu-waktu cuti semester di universiti memang majoriti dikorbankan demi menjaga anak-anak saudara. Orang gaji larilah, diabaikan pengasuhla, ada yang patah tangan di diamkan sahaja, ada juga yang ditinggalkan pengasuh dengan gantung botol susu di buaian dan macam-macam lagilah.

Tetapi mereka terpaksa bekerja demi masa depan, demi membantu suami. Ada suami yang bergaji kecil sahaja jadi perlu dibantu, ada suami yang menderita sakit jantung dan kencing manis bertahun lamanya, jadi perlu berkorban bekerja demi menampung kos perubatan dan persekolahan anak--anak yang sedang membesar. Ada rakan yang saya kenal di facebook, suami kemalangan kehilangan kaki tidak mampu bekerja lagi dah, jadi harus bekerja demi menampung tujuh ahli keluarga, tiga daripadanya OKU, dua warga emas, seorang lagi baru berumur tiga tahun.

Jadi, berhenti menilai, berusahalah yang terbaik untuk kehidupan sendiri. Islam itu indah, tidak memberatkan umatnya. Walau apa pun keputusan yang dibuat teruskanlah berdoa semoga anak-anak kita sentiasa dibawah lindunganNya. Amin.

No comments:

Post a Comment