Friday, July 10, 2015

Cara Mudah Urus Anak Tantrum

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sejak akhir-akhir ini jarang bersiaran. Hati membuak-buak untuk menulis setiap hari tetapi hakikatnya tidak semudah yang disangkakan. Untuk membuka laptop dengan anak kecil payah sekali, masalah ketiadaan talian internet streamyx dan aplikasi blogger di telefon pintar pula meragam sama. Sudahnya kerjaya menulis turut ke laut sama seperti kerjaya sebagai seorang peniaga. Peniaga online tetapi kemudahan internet terhad, bagaimana tu?

Saya anggap ini semua dugaan untuk mahu berjaya, dari sisi lain ini juga satu peluang untuk saya memberi lebih perhatian kepada rumahtangga, suami dan anak-anak. Masa kecil mereka cuma sekali. Dirasakan masih banyak kekurangan yang perlu saya dan suami perbetulkan. Masih ada perkara yang lebih baik harus dilakukan.

Doa kami semoga anak-anak ini membesar menjadi insan soleh-solehah, semoga tiada satu pun salah silap kami yang diikuti, semoga elok akhlak budi bahasa sampai ke besar. Membesarkan anak-anak itu tidak mudah. Cabarannya amat besar dan hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membantu.

Contohnya seperti malam ini, selesai iftar bersama para pelajar di bawah seliaan suami di Dataran Nilai dan singgah sebentar di Giant, Nilai selepas itu dirasakan sudah cukup penat. Sebagai ibu menyusu, masih perlu menyusu dan menguruskan anak kedua tetapi dalam masa yang sama entah kenapa si kakak merengek tanpa henti selama berjam-jam lamanya tidak makan pujuk. Tidak tahu di mana silapnya, mungkin kerana terlalu penat hingga susah mahu tidur. Ummi ayah cuba kawal emosi. Bangun berwuduk, bersihkan diri, selesaikan apa yang patut, tenangkan diri sendiri terlebih dahulu kemudian capai satu babywearing gear dan dukung anak.

Alhamdulillah satu kaedah yang tidak pernah mengecewakan kami suami isteri. Suami sambung tidur dan saya carry anak sulung kami sambil susun beberapa baju. Ajaibnya kuasa Allah SWT bagaimana dia menjadikan satu ketenangan dalam diri anak-anak apabila berada dekat dengan ibunya. Melihat bagaimana Hana yang asalnya sudah menangis sampai mata bengkak begitu tenang kemudiannya dan akhirnya terlena dalam beberapa minit sahaja buat saya begitu mensyukuri kerana membuat pilihan tepat menjadi seorang babywearers dan juga menjual beberapa jenis gear di www.nhdbabyshop.com

Maafkan ummi sayang kerana terpaksa menguruskan adik terlebih dahulu sebelum menguruskan kakak. Maafkan ummi kerana tidak mampu memberi perhatian lebih awal. Ummi harap ayah dapat tenangkan Hana tetapi tidak berjaya. Ummi harap ummi ayah dapat jadi ibu bapa yang lebih baik untuk Hana dan Ammar. Semoga ayah diberikan lebih kebolehan untuk memujuk anak-anak, Amin.

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment