Thursday, August 6, 2015

Turun Naik

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Tersenyum seketika membaca assessment di internet seketika tadi. Malu sendiri kerana sudah lama tidak update blog.

Sebagai manusia yang lemah, kita selalu ada turun dan naik. Kadang rasa semangat, kadang rasa lemah. Kadang rasa rajin, kadang rasa malas. Sama juga macam keimanan kita.

Jadi kena selalu ingatkan diri tentang impian hati, tulis pada whiteboard sticker pada dinding besar-besar dan tengok hari-hari. Saya perasan bila sudah lama saya tidak buat sebab itulah semangat jadi lemah, sentiasa terlupa untuk update blog. Dengan alasan ketandusan idea.

Padahal orang macam saya ini, pegang sahaja pena berduyun-duyun idea datang. Kalau taip di smartphone, apabila buka aplikasi blog. Kadang-kadang tajuk yang ditulis lain tetapi di pertengahan jalan tulis pasal benda lain. Sudahnya tukar tajuk. Senyum sendiri saya kadang-kadang. Tiada idea kononnya.

Samalah juga dengan kasih sayang pada anak, rasa kasihan pada anak. Dewasa ini kita seringkali dihujani dengan berita sedih mengenai penderaan kanak-kanak, sangat menyedihkan apabila ada yang sanggup mendera kanak-kanak yang tidak berdaya, malah ada yang sanggup memotong anggota bayi yang dilahirkan bagi menutup kesilapan walaupun diberitakan bayi itu telah meninggal lebih awal. Semua tu soal iman, soal kewarasan fikiran.

Soal iman turun naik itu biasa, seorang guru pernah menasihati saya ; "Pastikan solat cukup, In Shaa Allah boleh menghindari segala perlakuan buruk". Sebab itulah dikatakan solat itu tiang agama. Rumah tanpa tiang akan runtuh bukan? Sebab itu adakalanya ada majikan yang mewajibkan pekerja yang bersolat untuk diambil bekerja.

Untuk perniagaan menjadi maju sudah tentulah memerlukan pekerja-pekerja yang jujur dan beriman. Malah salah satu soalan temuduga jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang tempat saya belajar dahulu ; " Adakah anda solat cukup 3 waktu? " selain "Adakah anda merokok?".

Satu tips lain yang saya rasa sangat berguna adalah melihat wajah anak sedang tidur. Cubalah, anda pasti merasa belas dan sayang. Anak memang adakalanya menguji kesabaran kita, tetapi kita juga harus ingat, suatu masa dahulu kita juga sama. Jika ibu bapa kita tidak sabar, adakah kita masih ada dan berjaya sekarang? Bukannya lahir terus besar.

Muhasabahlah diri, nescaya anda akan lebih menghargai penat lelah ibu bapa kita. Sebagaimana pendapat ibu saya, hanya anak-anak yang mempunyai anak yang faham dan lebih menghargai ibunya.

Untuk kita lebih beringat boleh beli satu whiteboard sticker yang senang dipasang di dinding rumah anda. Ada dijual di www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment