Tuesday, August 11, 2015

Satu Keluarga, Satu Kumpulan

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Semalam, hari yang bersejarah jugalah bagi kami sekeluarga. Ketua kumpulan kami pergi berkursus dan meninggalkan kami, tiga ahli kumpulan yang lain termasuk saya yang menyandang jawatan sebagai penolongnya.

Sebagai satu keluarga, kami seringkali mengingatkan yang kami adalah satu kumpulan. Nakhoda kami, ketua kumpulan kami tentulah si ayah. Saya, sebagai timbalannya dan anak-anak sebagai ahli kumpulan atau anak-anak kapal. Kami mahu seluruh ahli keluarga kami tahu kepentingan diri masing-masing. Hidup tanpa arah tujuan bukanlah sesuatu yang boleh diterima oleh kami.

Bagi kami, inilah salah salah satu cara supaya setiap daripada kami lebih bertanggungjawab dan dalam masa yang sama tahu kepentingan diri masing-masing. Sebab adakalanya si ayah atau ketua kumpulan payah benar hendak menyediakan keperluan diri hanya kerana memikirkan tentang ahli kumpulan yang lain. Walhal hakikatnya keperluan dia juga penting kerana andaikata ada yang kurang atau beliau jatuh sakit, pastilah lumpuh satu organisasi kami. Saya juga tentulah terpaksa bekerja lebih. Jadi sebenarnya menjaga diri sendiri juga adalah untuk ahli kumpulan yang lain juga.

Kami mengharapkan cara ini mampu mengukuhkan lagi silaturrahim di antara kami yang setakat ini menunjukkan perkembangan yang positif. In Shaa Allah. Amin.

Semoga saya kuat dan tabah meniti hari-hari selama seminggu tanpa ketua kumpulan kami. Walaupun dia tiada di sisi buat sementara waktu harapnya saya kuat menghadapi. Semoga semangat kami lebih kuat bersatu sekembalinya nanti. Besar harapan saya semoga anak-anak kapal memberikan kerjasama dan segala-galanya baik-baik sahaja.

Setakat ini sehari yang berlalu segalanya baik-baik sahaja. Hanya kena lebih berusaha di waktu petang kerana banyak kerja yang harus dilakukan seorang diri. Mungkin kena mula dilakukan lebih awal daripada kebiasaan. Benarlah kata-kata salah seorang kawan kepada saya yang menjadi pegangan saya sekarang, bila sy ada masalah, takut saya akan ingat;

"Tiada benda yang hendak ditakutkan, Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Yang paling penting kita kena takut, takut Allah SWT tak ampunkan dosa-dosa kita bila mati nanti.

Mohon doa semua agar semuanya berjalan lancar. Amin.

Ingin mudah menguruskan anak-anak? miliki pengendong bayi (baby carrier) yang ergonomik dari kami di www.nhdbabyshop.com atau hubungi 0139747810 untuk bayaran ansuran bulanan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment