Wednesday, August 12, 2015

Anak Tidak Cukup Susu?

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sempena bulan penyusuan susu ibu ini ramai pula ibu baru yang bertanya tentang susu ibu. Ada yang tanya bagaimana mahu memastikan anak cukup susu? ada yang mahu dikongsikan perjalanan menyusukan anak-anak kerana dikatakan terlalu susah. Ada pula yang bertanya bagaimana mahu cerai susu.

Penulisan kali ini saya tujukan khas buat ibu yang benar-benar mahu susukan anak-anak dengan susu ibu sahaja. Yang benar-benar berhajat, berimpian dan kuat semangat. Selain daripada itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Saya percaya setiap kehidupan yang kita jalani itu unik, jadi saya tak berhak menilai kehidupan sesiapa, apatah lagi menjatuhkan hukum.

Ilmu yang saya cuba sampaikan ini adalah dari kursus yang saya hadiri semenjak hamil anak pertama, dari pembacaan dan juga pengalaman saya sendiri. Secara asasanya sahaja dapat saya rungkai, selebihnya akan saya kongsikan di masa hadapan jika diberikan kesempatan. In Shaa Allah.

Kunci penyusuan susu ibu ialah ketabahan seorang ibu. Saya dulu anak pertama pun pengalaman dan liku-liku boleh dikira agak dasyat juga. Anak tak pandai latch on, nipple crack, kata-kata orang sekeliling tentang anak tidak cukup susu suruh campur FM, suruh bagi air masak banyak-banyak, hendak dibagi gula garam, hendak dibagi makan dan banyak lagi tak terkira rasanya dugaannya.

Tapi demi impian susu ibu saya, saya kuatkan semangat walaupun dekat setahun menghadapi masalah nipple crack atau puting melecet, kesakitannya memang tidak tertanggung. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.  Bila dah ada gigi lain pula masalahnya, selalu luka digigit terutama sekali bila anak tengah mamai. Itulah perjalanan 2 tahun 1 bln menyusukan anak pertama saya. 7 bulan terakhir adalah tandem nursing dengan si adik yang sehingga sekarang masih menyusu secara ekslusif.

Tips saya untuk pastikan sama ada susu cukup atau tak, pastikan anda menyusukan anak sebelah payudara dalam lingkungan 15 hingga 30minit setiap sesi atau kalau dia tak mahu, next penyusuan pastikan bagi payudara yang sama supaya semua zat yang diperlukan dapat pada anak (sebabnya zat dalam kandungan susu ibu dikeluarkan berperingkat, lemak akhir sekali).

Perut bayi baru lahir memang hanya sebesar biji guli, jadi memang sepatutnya bayi cepat lapar. Bukan kerana tidak cukup susu. Bayangkan perut sekecil itu diisi dengan air masak? apa khasiat yang diperolehi? Lagipun bayi cepat lapar bermaksud susu ibu senang hadam (mempunyai enzim yang sama;  manusia + manusia). Lagi cepat hadam, lagi banyak zat dapat kan?

Kenapa susu tepung baby lambat lapar ? enzim haiwan + manusia, jadi lambat hadam dan ada sesetengahnya kekal sebagai lemak tidak dapat dihadam.

Tips lain lagi tengok warna najis bayi. Kalau warna kuning maksudnya bayi dapat semua zat. Alhamdulillah. Kalau ada hijau berkemungkinan bayi tidak dapat bahagian lemak yang menyumbang kepada berat badan bayi. Kalau merah ada campuran darah. (Ini terpakai untuk anak menyusu susu ibu sahaja. Yang dah makan tak apply sebab ada warna makanan lain lagi kan?)

Yang paling penting ibu kena yakin, percaya, usaha dan doa. Selebihnya kita tawakkal. Semoga rezeki di pihak kita semua untuk meneruskan jihad ini. In Shaa Allah. Amin.

Temui kami di www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment