Monday, August 24, 2015

Anda Rasa Hidup Anda Susah?

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Sebentar tadi terbaca perkongsian yang dikongsi oleh mentor ABDR, Kak Masayu Ahmad di Facebook mengenai kisah luahan hati bagaimana seorang lelaki yang kehilangan ibu bapa semenjak berumur 14 tahun berdikari sendiri sehingga berjaya menjadi Cikgu.

Sebahagian dari kisah ini pernah  saya lalui. Tapi tidaklah sehebat mana. Kalau saya, sengaja cuba berdikari semenjak dari sekolah rendah sebab tahu ma ayah cuma menoreh getah membesarkan 8 orang anak.

Bila arwah ayah meninggal ketika masih 15 tahun. Bermula kisah sebenar-benarnya berdikari. Menguruskan urusan permohonan ke Universiti semata-mata sendiri. Kerap naik bas dari Ketereh ke KB pergi checkup Xray, beli barang keperluan, pengesahan dokumen semua menapak sendiri. Pernah terlintas membandingkan diri dengan abang dan kakak-kakak, daftar kerja pun arwah ayah hantar lagi, walaupun hanya naik bas hingga ke KL, ke JB. Pengorbanan seorang ayah.

Tapi saya, angkut barang dari Kelantan ke Perak sendiri, Dari Perak Ke KL Ke Pahang bersama Kakak No.5 hanya kerana nak mendapatkan tandatangan kakak No. 2 dan No.5 sebagai penjamin belajar dan seterusnya mendaftar. Susah-susah pun dah rasa bersyukur sangat dah.  Benar, kita susah ada lagi yang lagi susah.

Kesusahan itulah yang mengajar kita erti kematangan. Erti bersyukur. Erti pengorbanan. Erti kasih sayang. Sungguh saya sangat menyayangi setiap inci ahli keluarga saya walau apa pun yang berlaku. Walau seperit mana terluka. Tetap memaafkan. Malah hampir melupakan.

Nikmat apa lagi yang kita tidak syukuri. Hidup ini cuma pentas dugaan. Kesenangan yang sementara. Yang tidak kekal. Apa yang ada cuma PINJAMAN. Waima kebolehan untuk bernafas juga pinjaman. Kalau rasa anda susah, ada yang jauh lagi susah.

Ingat kesenangan itu mungkin DUGAAN yang paling besar. Boleh melalaikan. Chin up! dan cakap Alhamdulillah. Bersyukurlah.

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment