Monday, August 24, 2015

Anak Orang Slow? Berhenti Menilai

Teks: Nurul Diyana Mohamed.

Hanya Allah SWT yang tahu berapa bangga kami sebagai ummi ayah kepada pinjaman yang satu ini.

Elok paras rupa dan budi bahasa. Setiap kali dimarah kerana kenakalannya dia akan menghulurkan salam meminta maaf. Hanya berhenti menangis apabila ummi ayah senyum, cium dahi dan cakap "ummi ayah sayang kakak, perangainya elok-elok ye sayang". Walaupun kemudiannya buat lagi. Itulah anak-anak namanya.

Ummi ayah hanya suka-suka ajar A-Z, Alif Ba Ta, 1-10, shapes dan sebagainya tidak pernah memaksa dan menekan tetapi tiba waktunya sekitar umur dua tahun dia sudah kenal A-Z kecuali W dia susah nak sebut, 1-5 jadi mainan mulut, sebutan mudah shape seperti circle, star dia pandai, kasut sudah pandai pakai dan buka sendiri walaupun kadang-kadang terbalik, tapi bila kata " selipar tu terbalik, change kakak" dia terus tukar. Kebanyakan binatang juga dia tahu nama lengkap dengan bunyi sekali terutamanya yang ada di poster-poster di dalam rumah kami. Benda-benda lain yang biasa dia lihat juga.

Ada banyak lagi perkara yang buat kami sebagai ibu bapa bahagia. Tetapi kerana kesopanan dia ada yang kata dia SLOW tanpa tahu apa yang dia mampu lakukan.  Kalau ibubapa lain sudah tentu melatah tetapi kami lebih kenal siapa NHD kami.

Cuma mahu cakap, berhentilah membanding menilai anak-anak, walaupun anak sendiri, anak-anak orang lain apatah lagi. Anda mungkin akan menyakiti hati orang dengan kata-kata anda. Kerana setiap anak itu istimewa, hebat, Allah SWT jadikan cukup sempurna.

Nikmat apa lagi yang anda tidak syukuri. Kami menyukuri nikmat yang satu ini. Alhamdulillah.

www.nhdbabyshop.com

No comments:

Post a Comment