Friday, July 22, 2016

[PERKONGSIAN HEBAT]

Teks: Nurul Diyana Mohamed

Salam Jumaat Yang Barokah,

Sungguh, Penulisan Ini Menyentuh Hati Saya. Lebih Kurang Sama Sahaja Perjuangan Kami, Perjuangan Setiap Dari Kita. Di Pengakhirannya Kita Mahu BERJAYA. Untuk Diri, Untuk Insan Yang Kita Sayang. Semoga Diri Ini Dapat Istiqamah Berjuang Demi BIG WHY Cinta-Cinta Hati. Fasa Kejayaan Pasti Tiba, Cepat Atau Lambat. Sungguh, Allah SWT Itu Maha Kuasa. Dia Mampu Memberikan Apa Yang Dia Mahu Berikan Dan Kepada Sesiapa Yang Dia Mahukan. 

==========

REVIEW NIAT.

Seperti yang di janjikan.

Saya yakin setiap dari kita pernah melalui fasa kesakitan, di hina, di cemuh di khianati, ditipu di tikam dari belakang.
Semua rasa ini menyebabkan kita bangkit dan terus berjuang untuk membukitkkan kejayaan hasil dari kesakitan itu.

Tetapi kekadang kita lupa dari kesakitan itu kita bangkit berniaga dan berjuang dengan niat yang salah.

"Suatu hari nanti tengoklah aku akan buktikkan pada kau, aku boleh berjaya, aku akan buktikkan aku juga boleh berjaya dari penderitaan air mata ini!, Tengoklah nanti..." (Getus suara hati kita)

Dari situ kita bangkit, melalui kelas demi kelas ilmu. Dari situ kita berjuang, dari situ kita melalui saat2 kebangkitan, kita bina perniagaan, kita lalui ujian, kekadang kita rasa sukar, kekadang seperti ada jalan, kekadang kita down, kekadang rasa terhalang.

Ada juga yang bernasib baik dan berjaya setelah mengharungi dan jatuh kembali hilang arah tanpa tahu punca.

Sejak saya belajar ilmu memaafkan, renew niat, berdamai dengan diri sendiri dan orang lain di saat itu lah segalanya turut berubah. Saya belajar dan saya amalkannya, ia bukan nya sehari, ia perlukan latihan demi latihan yang konsisten.

Akhirnya segala di permudahkan dan di atur cantik. Kini bukan lagi kita yang penat mencari atau mengejar rezeki hanya dengan menjemput rezeki itu dengan teknik yang betul.

Pesanan saya, betulkan semula niat kita, kita mahu berjaya bukan kerana mahu membalas dendam, atau membuktikkan kepada orang yang pernah menyakiti kita, tapi kerana kita mahu hadiahkan pada diri kita sendiri kerana kuat dan terus berjuang bersama kita, kita mahu hadiahkan kejayaan buat orang yang kita sayang, kita mahu menyebarkan manfaat kepada seramai mungkin manusia.

Ubah perkara ini, review dan renew kembali segala niat kita dalam berniaga dalam membina kebangkitan atau kekuatan. Ianya pasti menjadi lebih mudah dan indah dengan izin Allah.

Sekian perkongsian dari hati saya, hanya orang yang tenang boleh menenangkan, hanya orang yang bahagia boleh membahagiakan.

Jika rasa perkongsian ini memberi manfaat, share dan tag sahabat anda supaya saya boleh add sebagai sahabat fb. Salam sayang, sayang Jumaat yang Mulia. :)

#Silakansharejagaetikapenulisan#
#rowenateamhebat

=================

Credit To Telegram Cikgu Ada Adwa

Nurul Diyana Mohamed

"Peneraju Inovasi Alas Tilam No.#1 Di Malaysia"😊

No comments:

Post a Comment