Saturday, February 21, 2015

Berada di Luar Kawasan

Assalamualaikum..

Saya berada di kampung halaman sekarang, cadangnya hanya untuk beberapa hari tetapi disebabkan suami tiba-tiba ditugaskan untuk ke luar kawasan selama seminggu jadi saya dan anak-anak merelakan diri untuk ditinggalkan di kampung halaman dengan gembiranya.

Bukan senang nak pulang ke kampung sendiri, kekangan mempunyai anak kecil dan jarak yang jauh. Sepatutnya sembilan jam perjalanan tetapi kebiasaannya jadi sebelas jam kerana banyak berhenti dan keadaan jalan yang tidak berapa elok.

Semenjak selepas berpantang, inilah kali pertamanya dapat pulang ke kampung halaman. Hampir empat bulan. Rasanya sudah banyak air mata ibu mengalir kerana rindukan anak, menantu dan cucu-cucu. Kakak-kakak pun sering bertanya. Rasa bersalah hanya Allah SWT yang tahu.

Kali ini dapat tinggal lama sikit. Syukur Alhamdulillah. Gembiranya hanya Allah SWT yang tahu. Lagi-lagi sebab ada lagi adik beradik lain dapat pulang bercuti.

Tapi talian internet di kampung agak sukar didapati. Jadi, mungkin agak sukar untuk saya menaip dan menyiarkan entri. Jadi, diharap pembaca dapat memahami.

No comments:

Post a Comment