Sunday, February 1, 2015

Menasihati atau Mengatur?

Sesetengah orang sudah biasa mengatur kehidupan orang lain. Kalau atur dengan ilmu tak apa juga tetapi malangnya hentam kromo sahaja.

Mungkin ada yang kata mereka hanya menasihati tapi sebenarnya mereka mengatur dan memaksa. Sedih bukan?

Setiap ibu bapa ada impian untuk anak-anak.

Sebelum berimpian tentulah terlebih dahulu di kaji selidik. Jadi insan berilmu dan bukannya hentam kromo.

Macam misi penyusuan susu ibu Damia yang 19hb February ini genap 2 tahun, cabarannya terlalu banyak. Tapi saya kuat sebab saya berilmu, saya hadiri kursus penyusuan susu ibu semasa hamilkan damia. Seorang diri kerana suami bekerja.

Yang paling terkesan kepada saya apabila mengetahui bahawa susu tepung mengandungi kandungan melanin sama seperti pembuatan pinggan mangkuk sebagai pengawet bagi memastikan susu tepung tahan lama. Walaupun dikatakan pada kuantiti yang dibenarkan, saya nekad tidak mahu benda seperti itu ada dalam perut anak saya terutamanya sebelum umur 2 tahun. Sebolehnya sehingga dewasa.

Kalau perlu minum susu selepas umur 2 tahun, saya lebih memilih susu segar. Itu belum lagi termasuk masalah penghadaman kerana enzim binatang tidak sama dengan manusia.

Saya kongsi ilmu yang saya timba untuk pengetahuan suami dan Allah SWT beri dia kelapangan hati untuk menerima yang terbaik demi anak-anak. Seterusnya kami berdoa dan berusaha semoga berjaya. Kami minta pada Allah SWT dan dia beri lagi  kami kemampuan setakat hari ini. Terima kasih Allah kerana masih memberi rezeki untuk saya tandem nursing adik dan kakak sampai ke hari ini.

Kami suami isteri mencuba untuk bersikap terbuka dalam menerima nasihat tapi dalam masa yang sama masih tetap berpegang pada impian dan nekad kami. Tapi  malangnya sedikit kecewa kerana ada pihak-pihak yang mempertikai keputusan kami dan cuba mengatur setiap langkah hidup perjalanan dan keputusan kami.

Walaupun ramai yang datang kepada saya meminta nasihat dan panduan mengenai susu ibu, saya tidak pernah memaksa mereka untuk mengikut cara saya. Hanya memberi panduan, sokongan dan berkongsi ilmu yang saya ada sahaja.

Saya lebih menyukai konsep free parenting, walaupun agak kasar tetapi suka untuk saya kata. Daripada suka sangat mengatur hidup orang lain lebih baik pergi beranak sendiri.

Penyusuan susu ibu hanyalah satu contoh. Belum termasuk lagi pasal bab makan dan minum anak, pakaian anak, fesyen rambut anak, pelajaran anak, permainan anak, pemakaian saya, tudung yang saya pakai, kehidupan saya, cara saya, kesukaan saya dan banyak lagi.

Saya doakan insan-insan yang suka mengatur hidup orang lain ini bertaubat dan bersikap lebih menghormati orang lain.

Saya juga berharap semoga saya lebih kuat dalam meniti hari yang mendatang dalam menghadapai insan-insan sebegini. Sedikit kecewa tetapi sudah rezeki saya, jadi saya redha dan terus berdoa semoga mereka berubah atau dijauhkan dari hati saya tersakiti.

Mohon juga pembaca di luar sana sekiranya tanpa sedar kita teratur hidup orang lain walaupun kononnya merasa berniat baik. Berubahlah.

Kepada yang menjadi mangsa seperti saya, bertabahlah.

No comments:

Post a Comment